P’wakilan bantah Khairy, Ali mengundi
Sekurang-kurangnya dua perwakilan Muar memboikot pengundian jawatan tertinggi Umno hari ini kerana membantah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dibenarkan mengundi.
Datuk Kadar Shah Sulaiman Shah dan adiknya Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak akan menyertai lebih 2,050 perwakilan memangkah calon pilihan masing-masing.
Tindakan mereka diambil ekoran surat bantahan mereka berhubung perkara itu telah ditolak oleh pengerusi tetap perhimpunan agung Umno, Tan Sri Onn Ismail.
Lembaga Disiplin Umno minggu lalu mendapati naib presiden itu dan Khairy bersalah selepas ejen-ejen mereka terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.
Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden, manakala Khairy diberi amaran tetapi dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno yang dimenanginya semalam.
Onn memanggil Kadar naik ke pentas untuk mengambil jawapannya terhadap bantahannya itu.
Bantahannya jelas ditolak apabila Onn memanggil Mohd Ali dan Khairy mengundi calon-calon yang bertanding.
Sebelum pengundian bermula kira-kira 12 tengah hari tadi, suasana kempen saat akhir sampai ke kemuncaknya pagi ini apabila penyokong bersesak-sesak mengedar kad nombor calon-calon masing-masing.
Selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selesai menyampaikan ucapan dasar pada 11.15 pagi, para penyokong menjerit-jeritkan nombor calon pilihan masing-masing tanpa henti.
Ratusan penyokong berkumpul di hadapan pintu keluar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam pakaian dan tag bercetak nombor pengundian bagi calon pilihan mereka.
Tinjauan Malaysiakini mendapati ada juga penyokong yang memakai topeng wajah calon pilihan mereka.
Suasana sesak dan terlalu bising itu menyebabkan pergerakan menjadi sukar dan mengganggu hampir seratus petugas media yang menunggu barisan pemimpin tertinggi parti itu keluar dari dewan untuk mendapatkan komen mereka berhubung ucapan Abdullah.
Keadaan gamat dan sesak itu memaksa polis dan anggota RELA beberapa kali membuka laluan untuk pemimpin parti itu keluar dari dewan.
Anggota penguatkuasa juga menutup tempat itu dengan plastik penghadang bagi mengelak kumpulan penyokong mengganggu pergerakan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.
Kumpulan penyokong juga kelihatan memenuhi tingkat bawah bangunan Umno itu, tempat skrin besar ditempatkan dan gerai jualan..
Seramai 68 calon bertanding bagi jawatan-jawatan timbalan, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT).
Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.
Dari sini.
Mac 28, 2009 pada 12:51 am
Entah jin apret manala yang membantu, ttibe je kputusn kua, penyangak ni plak yg mnang.. Mengikut bbrapa sms yg diterima dari para perwakilan UMNO (U n Me kNow Only) di PWTC naik buncet perot dan bermewah2la kadam2 hasil dari habuan c Kj ni. Cara mana di bgi tkla wa tau sbb wa pun tk pgi.
Maka si Umno yg makin tenat ni tk lama lagi akan berkuburla kerana diserang oleh virus KJ. Ksian akar umbi yg mghrpkn pucuk yg pg megundi bnr2 pucuk dri pokok dan dhn yg sama, upenya pucuk daun pokok parasit yang pg..bukan sja dia subur mnumpang di pokok akar umbi..plan2 pokok pun dimakan smpai mati. Mka busukla akar umbi.
Nilah kerenah org2 umno @ melayu. Usahkan bangsa nak dijualnya, negara ni pun tk lama lagi dilelong ke eBay.
Majoriti mengatakan anak Che Det yg akan naik, tapi apakndaya, Mukhriz bukan drifter yg pndai mendrif tyr blakang, nk lwn gn drifter yg punya skill ganas, koner camner pun tk gayat punya..
Sekuat mana pun AMT tu pun nanti jika tk disekat virus KJ plan2 kan memakan sumsun.. Tk caya tengoklah Pilihnraya akan dtg, SELAMAT MALAM ROMEOLA UMNO!!!
Mac 28, 2009 pada 10:16 am
nak buat cam,na? pemuda lebih suka khairi dan khir toyol lak pecah undi mukhriz..jadilah khairy304.. memang hampeh khairy tu,…! Takpelah lepas ni aku takkan undi BN..jangan najib pilih kj jadi menterinye sudah..taklut kalau paklah dah janji ngan najib utk ambik kj jadi menteri die…punahlah malaysia..!
Mac 30, 2009 pada 8:37 pm
menantu hantu btol laaa..kaki rasuah leh jd leader ke..KM melaka tolong letak jwtn seberapa pantas
Mac 31, 2009 pada 9:33 am
JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR
JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR
SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH PROF DR ALI JUMA’AH
pada:
JUMAAT , 10 APRIL 2009
14 RABIUL AKHIR 1430
aturcara:
7.25 : – AZAN & SOLAT MAGHRIB
- BACAAN RATIB AL-HADDAD
8.30 : – AZAN & SOLAT ISYAK
- CERAMAH SS MUFTI MESIR
- BERSURAI
di MASJID AL-FALAH USJ 9.
SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
http://pondokhabib.wordpress.com
April 1, 2009 pada 11:16 am
saya menyokong bahawa menentu pak lah tidak layak memegang jawatan ketua pemuda umno.ini tidak adil
April 3, 2009 pada 4:33 am
Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-6;
Najib Razak
-azienmat-
(03 April ‘09)
April 25, 2009 pada 12:02 am
Dulu saya undi BN yakni Pro UMNO, sekarang dengan adanya penyangak-penyagak yg tidak berhati perut seperti Khairy Jamaluddin, Azeez Rahim, Nazri Aziz, Awang Adek, Mahathir Khalid, dan Noh Omar membuatkan saya mengubah undi ke Pembangkang atau parti bebas kalau calon tu Melayu. (Minta maaf bukan nak bersifat perkauman, kaum lain tak undi calon melayu walaupun dari parti komponen BN)
Saya amat berharap ada hero melayu genius atau sekurang-kurangnya bijak dan yang lebih kurang ihklas supaya dapat mengembalikan kepercayaan kepada UMNO.
Ingat, kebanyakkan pemimpin makan duit walaupun parti yang kononnya menegak agama tapi makanlah berpada-pada dan jangan lupa agihkan juga kekayaan (projek-projek) kepada bangsa melayu yang semakin layu.
Pada saya, punca kekalahan UMNO bukan berpunca dari kekuatan Pembangkang atau kononya fitnah pembangkang tapi ianya dari UMNO itu sendiri.