Menantu PM akan singkirkan Najib

28 06 2008

AKhir-akhir ini hampir semua media arus perdana membincangkan mengenai pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin (RPK) tentang kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Umum sudah mengetahui bahawa imej Timbalan Perdana Menteri semakin tercalar akibat daripada pengakuan bersumpah tersebut.

Pernahkah kita bertanya, mengapa Raja Petra begitu yakin?

Siapakah dibelakang beliau?

Daripada maklumat yang kami terima, ini adalah percaturan menantu PM dan rakan-rakan tingkat empatnya. Matlamat mereka mudah, singkirkan Najib Tun Razak sebelum pemilihan agong yang akan datang.

Disaat dan ketika ini, Khairy dan teman-temannya tergelak terbahak-bahak melihat Timbalan Perdana Menteri letih untuk menjawab soalan-soalan daripada media ketika berada dimana-mana majlis.

Ahli-ahli UMNO yang sayangkan parti jangan biarkan menantu terus mencaturkan parti untuk kepetingannya. Kita jangan lupa tentang hubungan menantu Pm dan Anwar Ibrahim. Beliaulah yang membekalkan maklumat-maklumat kepada parti-parti pembangkang untuk memburukkan imej Najib Tun Razak, anak bekas Perdana Menteri kedua Malaysia.

Anak Jati Rembau.

Advertisement




Kau tetap Kera Jantan dihatiku….

23 06 2008





Kepimpinan Khairy dicabar di Rembau

22 06 2008

(Dari Malaysiakini)

Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Rembau hari ini menawarkan dirinya untuk bertanding mencabar Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda bahagian dalam pemilihan parti kali ini.

Azman Mohd Sah berkata bahagian berkenaan pergeraian Pemuda Umno bahagian berkenaan memerlukan perubahan terutama selepas isyarat jelas dari pengundi muda dalam pilihanraya semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Perubahan kepimpinan ini diperlukan kerana kita selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja,” katanya dalam satu sidang akhbar di Seremban.

“Malah kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan di dalam pergerakan ini,” tambahnya.

khairy jamaluddinMenurut laporan Bernama, Khairy juga merupakan naib ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sokong MB

Dalam pilihanraya umum lalu, Khairy berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau.

Azman, 37, seorang ejen insurans, adalah juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Siliau.

Azman mendakwa setakat ini beliau mendapat sokongan lapan ketua Pemuda cawangan di bahagian itu. Bahagian Rembau mempunyai 108 cawangan.

“Saya dan rakan-rakan Pemuda di bahagian Rembau dengan ini juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Ketua Bahagian Rembau.

“Kami turut menyokong pencalonan menteri besar sebagai naib presiden Umno sekiranya beliau berhasrat bertanding ke peringkat itu,” katanya.





Konspirasi Menantu PM dan Raja Petra untuk jatuhkan Najib

21 06 2008

Sudah terang lagi bersuluh. Menantu PM kini berpakat dengan Raja Petra Kamarudin, penggendali laman Malaysia Today untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Petra: Isteri Najib di ‘lokasi jenayah’
Jun 20, 08 10:33pm
Siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin – walaupun Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menafikannya sebelum ini.

Kali ini pengendali blog Malaysia Today meningkatkan kredibiliti dakwaannya melalui satu akuan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin – masih lagi mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Seperti artikelnya awal bulan lalu yang menyeretnya ke mahkamah, yang pernah dijawab dan dijelaskan oleh setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, akuan bersumpah ini diberikan perhatian serius oleh pihak Najib.

“Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan,” kata setiausahanya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk-bentuk tindakan seterusnya yang bakal diambil.

Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan mereka ada kaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada perbuatan untuk “memfitnah dan mereka-reka cerita”.

Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom ‘C4’ dan isterinya yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Laporan perisikan

Mayat Altantuya didakwa telah hancur dibom dengan ‘C4’ di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.

Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.

Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra mengesahkan kandungan akuan bersumpah tersebut – yang kini dimuatkan di sebuah blog (bukan Malaysia Today).

Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.

Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.

Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, “seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan.”

Dakwaan terbaru

Penulis itu bagaimanapun tidak mendedahkan beberapa nama yang didakwanya mempunyai maklumat tentang perkara itu.

Raja Petra berkata, beliau membuat akuan bersumpah itu untuk menggesa semua pihak berkenaan tampil bagi mendedahkan maklumat sebenar agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci.

Dalam temubual melalui telefon, Raja Petra menjelaskan alasannya tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.

Penulis blog berkata, memandangkan tiada tindakan diambil terhadap laporan polisnya pada 2001 – ketika beliau mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi – beliau tidak yakin lagi untuk membuat laporan polis.

Polis telah menyiasat Raja Petra awal bulan lalu berhubung artikelnya bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ – juga mengaitkan Najib dan Rosnah dalam kes pembunuhan kontroversi itu.

Penganalisa politik Abdul Razak Baginda – yang dikaitkan dengan menteri pertahanan itu – dan dua anggota polis pasukan khas UTK sedang dibicarakan berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dikenakan hukuman mati.

Perkara ini ditimbulkan baru-baru ini oleh kerana umum sudah tahu Pak Lah sedang menghitung hari didalam UMNO. Menantu PM tahu, jika Pak Lah jatuh, beliau akan turut jatuh.

Raja Petra diupah untuk memastikan cita-citanya untuk menjadi PM pada umur 40 tercapai. Semua orang tahu Khairy Chronicles yang ditulis oleh Malaysia Today bertujuan untuk mempopularkan Menantu PM.

Tidak jelaskah lagi?





Mengapa harga minyak dinaikkan?

17 06 2008

“Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

” Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. “Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” kata Abdullah.”

Figure2 di atas tidak termasuk “Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain.”

Diterima dari seorang pembaca. Terima kasih.

Anak Jati Rembau





Biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya

13 06 2008

Dahulu ketika kami mulakan blog Anti Khairy dengan menggunakan Blogspot.com, sengaja kami spare kan satu lagi alamat Anti Khairy di WordPress.com. Kami telah menjangka, sudah pasti menantu PM akan membelanjakan berjuta-juta RM untuk mengupah sesiapa sahaja yang boleh menghentikan blog Anti Khairy.

“Pencuri” blog Anti Khairy mendakwa kami menulis semata-mata diatas kebencian kepada menantu PM. Ya, ingin saya tegaskan disini, bahawa kami memang bencikan menantu PM. Mengapa? Mudah sahaja. Menantu PM menggadai negara kepada Singapura demi untuk mencapai cita-cita politiknya.

Kepada moderator baru blog Anti Khairy di Blogspot, anda boleh hijack blog tersebut, tetapi anda tidak dapat menghentikan kami untuk terus mendedahkan agenda jahat menantu PM. Andai kata blog ini juga berjaya di Hijack, tidak ada masalah. Kami sentiasa boleh mewujudkan laman blog yang baru.

Asalkan agenda kami untuk menyekat kemaraan menantu PM yang telah menyebabkan BN hilang kuasa dua-pertiga di Parlimen daripada terus menggadai nagara.

Selamatkan NEGARA!

Selamatkan UMNO!

Singkir Menantu PM!

Anak Jati Rembau.





Radio Belia: Satu Lagi Projek Khairy Jamaluddin Di KBS !!

10 06 2008

Oleh: cucumatkilau


  Baru-baru ini terdapat ura-ura bahawaa Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan akan mewujudkan stesen radio khas iaitu Radio Belia bagi memberi peluang kepada golongan itu menyuarakan pendapat dan pandangan secara terus kepada masyarakat dan kerajaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, stesen radio khas itu berlainan dengan slot tertentu untuk pendengar muda yang disediakan oleh stesen radio sedia ada.Ini kerana, jelas beliau, sasaran utama merupakan golongan belia yang mewakili satu pertiga atau 11 juta daripada 26 juta penduduk Malaysia

Sebelum ini Cucu pernah mendedahkan bahawa Ismail Sabri ini adalah boneka yang menjadi “kuda tunggangan” Khairy di kebinet Pak Lah. Sebelum pilihanraya umum, sudah jelas kedengaran disana sini sememangnya Khairy akan mengambilalih tempat Azahlina di Kementerian Belia dan Sukan.

Ini ditambah lagi dengan minat mendalam Khairy terhadap bolasepak hingga terciptanya rancangan realiti boleasepak “My Team” di TV3 suatu ketika dulu. Begitu gah sekali My Team dibawa ke Old Trafford, Manchester United kemudian diketemukan dengan pasukan Malaysia (B23) dan Indonesia yang akhirnya kecundang begitu sahaja. Minat khairy terhadap bolasepak juga menyebabkan Tengku Mahkota Pahang, Tengkua Abdullah Sultan Hj. Ahmad Shah terpaksa mengundur diri dan memberi laluan kepada anak muda itu menjadi Timbalan Presiden FAM yang baru. Namun, hingga kini kita pun tidak faham apa yang dibangunkan oleh Khariy agaknya.





6 Sebab Kalimullah Wajar dipecat

10 06 2008

Diambil dari sini.

Enough is enough. Nampaknya kekalutan didalam NSTP tidak dapat dibendung lagi. Didalam ethic bidang professional, jika kekalutan terjadi, seseorang perlu bertanggungjawap. 6 sebab yang amat memalukan dan patutnya menjadi alasan kukuh agar Kalimullah dipecat dari apa jawatan di NSTP (advisor, chairman dsb) dan sekaligus Brendan Pereira dan kuncu-kuncunya perlu menerima nasib yang sama:

1. Penyiaran kartun Willie Miller yang jelas mencemuh Rasullullah SAW. Walaupun tidak menyiarkan karikatur Rasullullah SAW, namun kartun tersebut jelas menghina Baginda. Dalam keadaan panik, spin master di NST cuba mempertahankan kredibility NST yang nyata telah musnah teruk dimata orang islam di negara ini.

Mereka secara defensive cuba membawa satu bentuk konspirasi kononya ada dalang yang mempunyai “personal vendettas” yang cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci NST kerana mereka berani berkata benar. Menggunakan teori konspirasi untuk mempertahankan diri pernah dilakukan oleh seseorang di mahkamah pada tahun 1999. Sesuatu yang perlu diketahui oleh NST dan spinmasternya, rakyat tidak boleh diperbodohkan.

Kemarahan orang ramai melalui NGO tidak ada maksud yang lain selain daripada tersiarnya kartun tersebut. Sekiranya kerajaan berlaku adil, tindakan mesti diambil terhadap NST seperti yang telah diambil terhadap Sarawak Tibune dan Guang Ming.

2. Membocorkan isi mesyuarat tertutup UMNO
Kalimullah dengan angkuh cuba semacam memberi amaran kepada Datuk Zam bahawa dia tahu apa yang berlaku walaupun ianya rahsia, dan dia berani kerana ada orang yang sentiasa membela walaupun seteruk mana tingkah lakunya.Kalimullah sebenarnya ingin mendapat simpati rakyat agar rakyat berdiri dibelakangnya sekiranya  Menteri Penerangan mengambil tindakan kepada mereka. Namun sebenarnya rakyat sudah muak dan menyampah dengan tingkah laku Kalimullah yang semakin beraja dihati ini.

3. Memalukan PM didalam saga pembelian DRB-HICOM
Bagaimana NST boleh mengumumkan kepada negara bahawa TS Nasimuddin telah berjaya menewaskan TS SM dalam pembelian DRB sedangkan Pak Lah belum pun membuat pengumuman rasmi. Nampak nyata NST berpihak kepada ‘AP King’ ini atas sebab2 yang mereka sendiri tahu. Tapi memalukan Pak Lah dengan mengatakan Pak Lah mengubah pendirian disaat-saat akhir agar rakyat memaafkan ‘kegelojohan” NST tidak boleh diterima. Keputusan Perdana Menteri hanya boleh diketahui umum hanya apabila ia telah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

4. Membiarkan Brendan mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru
Sekali lagi NST memalukan Pak Lah apabila sedang UMNO cuba untuk menggerakkan pelan agar DEB dicetuskan semula, NST yang dimiliki oleh UMNO dan sudah menjadi lidah kerajaan sebegitu lama, memperlekehkan usaha Pemuda UMNO ini sendiri melalui artikel yang ditulis oleh pengarangnya, Brendan Pereira.

5. Menjadi alat untuk memburukkan Tun Mahathir
Ramai yang sedia maklum betapa pengarang2 NST dan Kalimullah sendiri bencikan Tun Mahathir. Amat jelas bagaimana berita2 Tun yang telah diadu domba untuk tujuan memburukkan Tun Mahathir dan menjadi alat untuk sabotaj individu yang rapat dengan beliau. Lihatlah bagaimana mereka mempermainkan isu proton dimana sms orang ramai dalam “NST mobile interactive service” digunakan untuk menghentam proton dan Tun Mahathir sendiri.

6. Menyiarkan berita yang sepatutnya rahsia
Baru2 ini keluar berita tentang Senai Airport sedang mencuba untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM200 juta dari bank tertentu dan dlm proses untuk diluluskan. Sekali pandang tidak ada salahnya berita sedemikian, namun sesuatu yang sepatutnya menjadi rahsia telah disebarkan kepada umum. Telah menjadi akta Bank bahawa segala butiran berkenaan pelanggan mesti menjadi rahsia. Sesuatu yang amat serius sekiranya butiran tentang pinjaman pelanggan samada yang telah diluluskan ataupun tidak disebarkan kepada umum. NST telah secara tidak lansung melanggar akta Bank tersebut dan pihak yang bertanggungjawap wajar dikenakan tindakan. Adakah kebocoran ini disengajakan untuk sabotaj TS Syed Mokhtar, seorang peniaga melayu yang berjaya, tetapi menjadi business enemy kepada kawan baik Kalimullah sendiri.

Selain dari 6 sebab diatas, kita juga amat terkejut apabila ada beberapa kali NST menjadi seperti lidah rasmi kerajaan Singapura. Secara sedar atau tidak, pernah sekali NST dimuka depan menyiarkan amaran dari menteri luar Singapura tentang tindak tanduk kerajaan M’sia untuk meneruskan usaha membina jambatan munkin mendapat padah dari segi undang2 antarabangsa. Kenapa perlu NST menjadikan kata2 dari Singapura ini dimuka depan seolah2 ia adalah satu yang amat mengancam dan perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia.





Dimana pemimpin UMNO ketika rakyat menderita?

5 06 2008

Semalam Perdana Menteri Abdullah Badawi mengumumkan kenaikkan harga minyak. Petrol dinaikkan sebanyak 78 sen manakala diesel naik sebanyak RM 1.

Malam semalam jalan sesak hampir disemua kawasan. Pengguna berpusu-pusu ke stesen minyak untuk memenuhkan tangki mereka.

Hari ini dilaporkan parti pembangkang telah memulakan demonstrasi. DAP pagi tadi berdemonstrasi berhampiran dengan puduraya. Walaupun diadakan pada awal pagi, 50 orang hadir. Nampakkah anda mengapa Barisan Nasional hilang penguasaan terhadap beberapa buah negeri dalam pilihanraya yang lalu?

Ketika rakyat menderita, pihak pembangkang menghampiri mereka. Tidak kelihatan pemimpin UMNO bersama mereka.

Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Mahathir yang bersuara. Lihat video ini:

Malaysiakini turut melaporkan bantahan Mukhriz terhadap kenaikkan harga minyak.

Untuk membaca kenyataan penuh Ahli Parlimen Jerlun tersebut, klik disini.

Anak Jati Rembau





Harga Minyak : Cara Pak Lah Selesaikan Masalah

5 06 2008

Diambil dari sini.

Hari ini telah diumumkan bahawa harga petrol telah dinaikkan sebanyak RM 0.78 seliter,  bermakna,  rakyat hari ini terpaksa membayar RM 2.70 bagi setiap liter,  berkuatkuasa 12 tengah malam ini.  Walaupun pada mulanya dikatakan akan menaikkan harga petrol pada bulan Ogos,  namun seperti biasa Pak Lah sekali lagi memungkiri kata-katanya kepada rakyat.

Saya sendiri yang telah pun merancang perbelanjaan saya untuk mempersiapkan diri menghadapi kenaikan harga minyak dua bulan lagi seperti melangsaikan hutang dan sebagainya,  menepuk dahi kerana terpaksa pula menghadapi kenaikan ini secara tiba-tiba.

Baca baki entri ini »