Strategi Melawan Ezam Masuk UMNO

4 06 2008

Diambil dari sini.

Suatu berita SMS tergempar sudah masuk!

Dr Mahathir akan dijadikan Ketua Baru GERAK menggantikan Ezam Mohd Nor yang telah kembali menganggotai UMNO. Sebelum ini, Dr Mahathir telah berhenti keahliannya dari UMNO.

Kembalinya Ezam ke UMNO agak pelik. Dia boleh datang ke Parlimen untuk menyerahkan borang dan Pak Lah boleh terima begitu sahaja.

Tan Sri Mahyuddin tidak begitu selesa dan berkata Ezam adalah seorang yang mempunyai rekod dan tentu sekali memerlukan Majlis Tertinggi untuk meluluskan. Dato Najib datang terima borang, berkata, “Orang ramai boleh buat tafsiran” dan terus keluar.

Oleh kerana UMNO sudah macam bapak dan keluarga dia punya, maka Ezam yang pernah maki seranah UMNO disambut dengan penuh publisiti.

Baca baki entri ini »

Advertisement




Menantu PM kekal ahli parlimen Rembau

4 06 2008

Hari ini Mahkamah Tinggi Seremban menolak petisyen yang dikemukakan oleh Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard untuk mencabar keputusan pilihanraya di Rembau. Klik disini.

Satu keputusan yang menyedihkan buat rakyat Rembau. Segala bukti-bukti penipuan menantu PM yang cuba dikemukakan kepada mahkamah telah ditolak.

Menantu PM pasti akan terus rakus. Sedikit demi sedikit tanah Malaysia akan tergadai ke Singapura.

Ahli-ahli UMNO mesti melakukan sesuatu.

Sekat kemaraan menantu PM! Sekat agen Singapura ini! Sekat agen Israel ini!

Anak Jati Rembau