Harga Minyak : Cara Pak Lah Selesaikan Masalah

5 06 2008

Diambil dari sini.

Hari ini telah diumumkan bahawa harga petrol telah dinaikkan sebanyak RM 0.78 seliter,  bermakna,  rakyat hari ini terpaksa membayar RM 2.70 bagi setiap liter,  berkuatkuasa 12 tengah malam ini.  Walaupun pada mulanya dikatakan akan menaikkan harga petrol pada bulan Ogos,  namun seperti biasa Pak Lah sekali lagi memungkiri kata-katanya kepada rakyat.

Saya sendiri yang telah pun merancang perbelanjaan saya untuk mempersiapkan diri menghadapi kenaikan harga minyak dua bulan lagi seperti melangsaikan hutang dan sebagainya,  menepuk dahi kerana terpaksa pula menghadapi kenaikan ini secara tiba-tiba.

Jika kita masih ingat,  tahun 1997-1998 dahulu ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi,  Perdana Menteri ketika itu,  Tun Dr Mahathir telah menambat nilai matawang kita.  Kesannya,  rakyat ketika itu tidak begitu terasa bahang kegawatan tersebut.  Begitulah gaya seorang pemimpin dinamik yang mampu menyelamatkan rakyatnya daripada merasai secara terus setiap konflik dan krisis yang dihadapi dunia.  Idea dan buah fikirannya akan menjadi perisai kepada rakyat daripada merasai kesusahan.  Berbeza dengan Pak Lah hari ini,  yang setiap keputusannya menuntut rakyat bersama-sama menderita bersama kerajaan menanggung masalah negara.

Pemimpin seperti Pak Lah dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah,  sebaliknya lebih berminat memberikan penjelasan kepada rakyat supaya rakyat memahami “kesusahan” kerajaan.  Contohnya,  menjelaskan kepada rakyat,  bahawa negara lain membayar harga petrol lebih mahal daripada Malaysia.  Ini bukanlah perkara yang diharapkan oleh rakyat daripada sebuah kerajaan yang telah dipilih.  Rakyat mahukan penyelesaian,  bukannya penjelasan.

Lihat sahajalah zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketika dahulu,  hinggakan pada satu tahap di mana timbalannya hendak mendapatkan bantuan IMF,  tetapi Dr Mahathir telah berjaya mengeluarkan penyelesaian terbaik yang tidak membebankan rakyat walaupun ketika itu dunia huru-hara kerana kemelesetan ekonomi.  Saya pada masa itu mempunyai beberapa orang rakan dari negara jiran berasa kasihan mendengar keluhan mereka kerana terpaksa menanggung kesusahan kerana kerajaan mereka gagal menangani masalah kemelesetan ekonomi tersebut.  Di dalam hati saya ketika itu mengucapkan rasa kesyukuran kerana mempunyai Perdana Menteri yang bijak seperti Tun Dr Mahathir.

Pak Lah nyata kekurangan idea.  Beliau sebenarnya tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika dunia dilanda kegawatan seperti ini.  Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang bijak,  berpandangan jauh dan berwawasan untuk menangani segala krisis yang mungkin dihadapi.  Kerana itulah rakyat memerlukan kerajaan.  Rakyat memilih kerajaan untuk dipertanggungjawabkan memikirkan masalah rakyat.  Bukannya kerajaan yang tidak habis-habis membebankan rakyat dengan masalah kerajaan.

Tetapi itulah cara Pak Lah menyelesaikan masalah. Memang harga minyak global sekarang sangat tinggi tetapi bagi saya itu bukan soalnya.  Soalnya sekarang ini adalah kerajaan hari ini tidak lagi mampu memberikan subsidi.  Mengapa begitu?  Jawapannya mudah,  kerajaan pimpinan Pak Lah hari ini tidak lagi mampu menjana ekonomi dengan berkesan.  Kantung kewangan kerajaan semakin kekeringan dan pertumbuhan ekonomi pula adalah lembap.  Sepatutnya Pak Lah duduk semeja berbincang dengan Dr Mahathir meminta buah fikiran berdasarkan pengalaman luas Dr Mahathir mentadbir negara.  Tapi hari ini Tun dihina,  dikutuk dan dikeji.

Kepada rakyat Malaysia,  saya menyeru supaya kita semua menunaikan solat taubat.  Mungkin kita terlalu banyak melakukan dosa hinggakan kita dikurniakan seorang Perdana Menteri yang dungu seperti Pak Lah.  Lihat sahajalah jawapan Pak Lah ketika negara tidak cukup beras tempoh hari,  disuruhnya pula kita makan ubi kentang dan makan nasi segenggam sehari.  Siapa sahaja boleh jadi PM begitu.  Kesimpulannya,  Pak Lah harus undur.  Beliau patut mengakui beliau tidak mampu memimpin negara membangun seperti Malaysia.  Berundur bukan bererti kalah,  tetapi akan diingati oleh rakyat sebagai pengunduran penuh maruah dengan mementingkan kepentingan rakyat melebihi segala-galanya.


Tindakan

Information

60 responses

5 06 2008
jemari2

Kenaikan harga minyak yang begitu tinggi, menyebabkan harga barangan keperluan lain juga akan turut naik, ini bermakna rakyat terpaksa menanggung beban yang begitu berat untuk meneruskan kehidupan seharian dengan kos sara hidup yang bakal akan naik..apakah ini yang di mahukan oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri??..

Masa zaman Dr M dulu harga minyak naik juga, tapi tidaklah seperti hari ini, rakyat tidak begitu merasa bahang kenaikan harga minyak, inilah yang dikatakan pemimpin bijak, berbanding dengan Pak Lah..apa yang telah beliau lakukan, walaupun bagi rebet atau apa sahaja ia masih tidak mendatangkan apa kesan kepada rakyat, lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan rendah.

Kalau gaji naik seperti harag minyak takpe juga, ini harga minyak naik, gaji mereka masih sama, apa yang bezanya..??..kasihan mereka yang mempunyai tangunggan yang ramai, mana nak cari duit, mana nak tampung kos sara hidup, nak bayar itu , nak bayar ini,…tak fikir ke Pak Lah?

Pak lah takpe ada duit, tujuh keturunan pun belum tentu habis duit Pak Lah,…jika tiada pendekatan-pendekatan yang lebih bijak dilakukan Pak Lah nescaya berbagai masalah lain yang akan timbul selepas ini,…

Rasanya cukuplah sampai sini je Pak Lah mentadbir negara kita, banyak yang mengarut beliau lakukan,…kesiankanlah rakyat yang memilih kerajaan untuk membela nasib mereka, tetapi sebaliknya pula yang berlaku…

5 06 2008
wr

yup
paklah pm=paklah pandir melayu
wat malu bangsa jek
paklah lagi tolol dr pak pandir
letak jawatan je la si pandir woi
org dah cemuih tgk mu kat tv
dok ghok cetong org trg kata
bodoh tolol
semua org nyampah, tp mu masih terhegeh2 lagi

5 06 2008
Lady Bird

AWAS!!
Ohhh. Awas….
ohhh..ohh… Awas..
Kerana kamu ohh…

PAK PELAHAP makin pelahap!!
Minyak naik, Darah pun naik ni!!!

5 06 2008
eliza azmi

huhu..pak lah punya pasal lah ni aku dah tak boleh nak drive dalam kl lagi..minyak makin mahal..gaji sama ajer..tak macam gaji para jemaah menteri..hari2 duduk cop duit..nampaknya kena lah pg keje naik lrt..jgn pasni tambang kenderaan awam naik dah ..!

5 06 2008
zack

Kepada Penyokong BN terimalah 2 berita gembira

1 . Minyak Naik Harga

2 . Kerusi Rembau milik kerbau

Apa jadi ye kalau pagi semlm kerusi Rembau dikosongkan ? adakan Petang semlm akan ada kenaikan minyak ?

Cuba renungkan

5 06 2008
salam perjuangan

Salam Perjuangan

Saya amat terharu dan sedih atas komen Corpetro said… di http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html

Antara komen beliau yang begitu menyentuh hati saya “saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan…. itu minyak harga rm1.92 je….dengan rate skrang ni rm 2.70mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

Isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula…tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis… terima kasih kerajaan malaysia….”

Ini baru sekelumit kisah yang dihadapai akibat kenaikan harga minyak ini… saya pasti terlalu byk yg menghadapi kesukaran dan keperitan hidup akibat keadaan ini…

Entah lah apa yang harus kita lakukan… selain drp berjimat dan cuma mengaturkan hidup kita sebaiknya dengan menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang…

Namun keadaan ini adalah hasil “KEBIJAKSANAAN” PM kita sekarang yang mana mahukan rakyat menanggung kesusahan bersama kerajaan. Amat berbeza sekali di zaman TDM yang mana kerajaan waktu itu rela menanggung susah demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat… kerajaan sanggup melaksanakan ikhtiar lain tanpa memberikan kesan terus pada rakyat… tapi sekarang kerajaan lebih rela menyusahkan rakyat dari menanggung dan memikirkan jalan keluar masalah ini…

SAYA, RAKAN-RAKAN DAN PASTINYA RAKYAT MALAYSIA KESEMUANYA baik pembangkang atau penyokong kerajaan jauh di sudut hati pasti MERINDUI DAN MENGENANGKAN BETAPA MAKMUR SERTA STABILNYA SEWAKTU PEMERINTAHAN TDM…

Ya Allah moga akan lahir seorang pemimpin yang memiliki dan mewarisi kebijaksanaan, ketajaman akal fikiran dan ketokohan seperti TDM semoga Malaysia terus Aman, Maju Dan Makmur seterusnya selamat demi masa depan generasi kita yang mendatang…

TDM saya mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan umur yg panjang agar TDM terus dapat membela kami rakyat malaysia…

BANTULAH KAMI…

Renung-Renungkan, Salam Perjuangan

5 06 2008
Lawyer_Linggam

Memang tak gune betul ler si pok lah ni, seingat aku ler masa TDM dulu, walaupun memang sume org sedia maklum yg dia pun sapu gak peluang2 kerajaan bagi anak2 dan kroni dia, tapi masih ada banyak lagi utk di kongsi dgn rakyat. So rakyat tak ler menderita sebab naik harga minyak ker, krisis matawang ker.. Pok Lah ni mmg ler berbeza, dia bukan sahaja menunjukkan keterampilan yg dia ni alim, ahli ugama, dia benarkan anak2 beranak dan kroni menantu dia sapu rete negara sampai habih licin. Ini lah sebab nya subsidi minyak kena tarik ni, supaya ada bajet pembangunan utk terus diberikan pada kroni2 dia..Kalau Pak Lah lah PM masa krisis matawang 97 dulu, aku rasa tak mustahil dia dah jual separuh Malaysia ni kat IMF dan Singapore hanya untuk terus kekal berkuasa. Terimakasih Pak Lah dan kerajaan yg terus dipimpin oleh pemimpin korup dan bodoh ni. Tuii

5 06 2008
Affuan

tahapahapa la pak lah ni. aku setuju ngan ko. nampaknya kita kena solat taubat sumer, pikir balik kenapa Tuhan bagi sebodoh-bodoh manusia seperti Pak Lah untuk menerajui Malaysia.

5 06 2008
Affuan

bila nak buat rally? aku yakin ramai nak turun ni.

5 06 2008
hanitha

salam, alhamdulillah…dpt juga jumpe semula blog ini…semoga mereka yang hack blog lamer menerima balasan yang sepatutnya. ALLAH MAHA MENGETAHUI…AMIN

5 06 2008
hamba Allah

pak lah sudah LAH…
pening pale pikir minyak naek x terduga.. baru tgh hari 2 bace paper gomen ckp minyak maybe naek ogos,wlwpun rumours dah terdengarr minyak akan naek mlm nie… tup2 ptg 2 org tua ni umum minyak naek!! memang dasar pembohong!!! sekali lagi kite kene tipu bulat2…

mcm biase la pak lah ckp..
1- UBAH GAYA HIDUP
…ape org tua ni tahu gaye hidup, die bolehla hari2 naek merc,g mane2 ade jet sendiri,klw betol die suruh tukar gaye hidup, die sendiri tukar bwk kancil!
2- MINYAK KITE MASIH TERMURAH DI ASIA!!
… hallo EN LAH..cukup la ckp bende 2 dari dulu smpai skrg, rakyat bukan bodoh n dungu sngt!! nape nak compare minyak kite ngan spore, thailand n negare laen? contohnye spore, diorg mmg layak dpt harga mahal sbb diorg x DE MINYAK!! kite produce minyak n among the best in the world, so kite mmg layak dpt harga murah!! mcm UAE n negara2 afrika..
….one more thing…relatively, our fuel considered expensive, because let say an engineer earn 2000 sin dollar,n another engineer which is staying in Malaysia earn 2000 Ringgit. but we spent RM 2.70 per liter,
and they spent 1.50 sing dollar per litre, so relatively WE SPENT MORE ON FUEL COMPARE TO OUR FRIEND IN SINGAPORE!!!

ADOI PAK LAH…

…..mak bapak and akak aku jual kuih petang sbg sumber hidup, syukur pade Allah dimurahkan rezki..
…..sekarang bayangkan harge minyak yg naek MELAMPAU2, aku tau parents n akak aku mesti tgh pening kpale mcm mane diorg nak cover kenaikan harge minyak ni…
….aku betul2 sian kat diorg n aku dpt rasekan kemungkinan diorg terpakse stop bisnes sebab klw diteruskan jgk SIAPA YG NAK MEMBELI KUIH YG BERHARGE 50 SEN SEKETUL!!!
….n ape yg aku siankan lagi tempat 2 memang lubuk rezki kpd hampir 20 orang PENIAGA MELAYU YG BERNIAGA MCM MAK AKU DARI PAGI SAMPAI MALAM, so bayangkan semua surrender nak niage,kite telah kehilangan 20 PENIAGE MELAYU KECIL2LAN AND 20 KELUARGA KEMUNGKINAN KEHILANGAN PUNCA PENDAPATAN…
dan itu baru satu kawasan…

YA ALLAH BESAR SUNGGUH RASANYA BALA YG KAU TURUNKAN….

TERIMA KASIH PAK LAH KERANA TELAH MELAKUKAN LANGKAH YANG TERBAIK UNTUK MEMBANTU RAKYAT.

p/s: tak pernah aku brani komen dlm ape2 blog kutuk2 gomen sebab aku takut gak masuk ISA ke ape ke, tapi kali nie memang melampau sangat, sampai aku naik benci pulak tgk PAK LAH.. dan aku luahkan dlm web nie….

5 06 2008
Lawyer_Linggam

betul tu hamba allah, kalau nak compare harga minyak dengan negara lain, dua benda penting kene tgk dulu , satu adakah negara tu ada keluarkan minyak , mcm M’sia ni, kita adalah pengeksport bersih minyak (net exporter) kenapa beria sangat nak eksport walhal baik pakai kek negara sendiri mcm di Venuzuela. No 2, per capita income, kek S’pore memang le mahai, tapi tgk le gaji sekor2. Udah ler mmg tinggi, matawang pulak tinggi dari kita, setakat harga minyak SG2 per litre pun depa tak heran lah. Betul lah, stop take us as a fool.

Kalau betul lah lepas ni PM pergi mana2 naik kancil, mmg ler aku boleh tabik ..

5 06 2008
imam ugama hadhari

KALAU BANGSA KETURUNAN (BADAWI) JAHAT CARI MAKAN DENGAN
GUNA UGAMA MAKA ANAK CUCU MENANTU PUN IKUT JADI SYAITAN.

BANGSA MUKA TEBAL MACAM KULIT BABI TAK SEDAR RAKYAT DAH BENCI.

5 06 2008
imam ugama hadhari

TANYA DOLAH KENAPA SEBIJI DURIAN DI JEPUN HARGA NYA RM80
TAPI KAT MALAYSIA HANYA RM8 SAJA

KASIHAN RAKYAT MALAYSIA KENA TIPU PM SENDIRI

5 06 2008
Padan Muka

Padan Muka for those who votes for BN in PRU-12

kakakakakakaka

5 06 2008
nikdublin

Memang otak Paklala ngan DSAI sama. Kalau dunia gawat je, rakyat sendiri yang mesti tanggung. Yang disuruh kita makan ubi tu yang tak tahan dengar tu. Zaman atuk aku dulu makan ubi zaman jepun coz memang tak ada penyelesaian coz jepun yang memerintah. Yang dia dok buat mega project tu sapa yang suruh? Rakyat boleh dapat makan semua tu ke? Memang Paklala ni kurang cerdik. Disebabkan kurang cerdik tu sekarang dah gelabah coz federal reserve dah sikit. Dulu lain sekarang lain. Bengong!

5 06 2008
Pak-lah-pm

Terima kasih pengundi BN, sapa yang pangkah BN korang rasa la….tapi yg tak bestnya dengan aku-aku sekali kena gak.

Aku tak sangka dalam kita ada Agong yang bijaksana , tiba2 ada plak PM yang paling DUNGU .

Ptg tadi bapak aku pi isi minyak RM50 , dapat suku tank je, keta kecik tu kalau full tank RM120… ni apa ke jadah punya minyak….letak emas ke….

Aku plak baru nak menyesuaikan diri dgn harga RM1.92 se liter , buat statistik, kaji jlan mana yg save duit, hari apa sesuai naik public transport, sapa yangboleh konsi kereta dan sebagai nya,

tiba2 si bodohLAH ni naik harga …. pening depress, korang takpelah pakai duit rakyat beli kertea, beli minyak, isi minyak pun tak pernah….susahnya aku dan semua rakyat malaysia, tak kira bangsa, agama, pahaman politik…. punah malaysia disebab PM tido ni …(aku rasa dia bangun2 terus dapat idea : “eh jom kita annouce naik minyak” ….pas buat press conference sambung tido balik….) so stupid…

6 06 2008
Kaling Kimpang

Ape nak jadi…?

Dulu-dulu…
Time study dulu2, aku terpaksa makan megi je sebab duit bapak aku tak cukup untuk menampung perbelanjaan study.. nak harapkan biasiswa, tak layak la pula.. jadi, terpaksa le makan megi dan minum air paip je hampir setiap hari.. kalau nak makan mewah, alamat x cukup la sampai hujung bulan.. bapak aku keje ape je.. anak-anak pulak ramai.. Jadi azam masa tu, aku nak study betol2, bergraduat, dan dapat pekerjaan yang setara dengan kelayakan aku…

Sekarang…
Sekarang ni, alhamdullilah.. aku dah dapat graduat dan menjawat jawatan yang setara dalam agensi kerajaan.. Baru je nak menikmati macamana kehidupan orang yang dah bekerja… Sewa rumah.. Bayaran tol.. Bil api&air.. Makan nasik dan sayur yang berkhasiat.. Bla2…
Tapi, sekarang ni aku nak consider balik makan megi lagi.. sebab harga minyak dah naik, saving aku pula memang akan sengkek.. PM cakap, “ubahkan cara hidup”.. macamana ni..? dengan gaji yang macamni, tapi kos makan, minyak dah naik… dah takder cara yang sesuai lagi.. Mungkin aku terpaksa batalkan impian nak kahwin tahun ni atau tak kahwin langsung kalau macam ni.. Duit semua pergi minyak.. hadui…

Kita nak pemimpin negara yang bijak.. Kita nak perubahan yang lebih baik dalam hidup.. Kita nak kemajuan dalam hidup… Tapi lain pula yang jadinya..

6 06 2008
Pembebel

SOKONGLAH LAH LAGI~! SEMUA YANG PANGKAH BN ARI TU, AKU UCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH!

9 06 2008
Adzrah

Sejak dua tiga hari lepas, mainstream media memomokkan semua rakyat Malaysia dgn kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan, dan cadangan menaikkan harga sekitar Ogos. Semuanya temberang semata-mata.

Segalanya terbukti semalam – apabila kenaikan harga petrol lebih 40% daripada harga lama.

Aku memang sejak lama dulu lagi perasan, orang2 di Malaysia ni selalu ditipu media. Media dgn agenda-setting masing2, bla, bla, blaaa…

Kesimpulan daripada seminar yg aku hadiri bulan lepas mengenai Media dan PRU 2008, pembentang2 kertas kerja sepakat mengatakan bahawa media digesa lebih telus, objektif dan melaporkan utk rakyat – bukan utk memperbodohkan mereka.

Aku setuju. Kali ini jangan anda tertipu lagi, kalau media mengatakan sesuatu – read between the lines. Mesti ada sesuatu yg cuba disembunyikan. Lihat, dengar dan buat penilaian anda sewajarnya.

9 06 2008
STopa

Baguih..
Empunya cerita…
Si Pork Lah dah buat dah..
itulah kepada sesiapa yang PANGKAH BN & UMNO… Ini hadiah dari PORK LAH yang memerintah Negara MalaySIAL…

9 06 2008
anti khairy dan paklah

UBAH GAYA HIDOP! emm… nampaknya mkn ubi kayu ler…

10 06 2008
Mohd Zamri

From the Star Online 5 June 2008:

Idris: There’s no global fuel shortage
By WONG SAI WAN

ISTANBUL: There is no shortage of oil in the world and its present price level was driven up by unreal speculation, said Malaysia Airlines managing director and chief executive Datuk Seri Idris Jala.

He said the present oil price at over US$135 was unrealistic and based on certain global events that might have caused a shortage of supply.

“These people (speculators and hedge funds) buy oil futures and say that this or that event may cause an oil shortage.

“Not very long after this, people react to this and by then the message would be ‘there is a shortage of supply’ even though there is none,” Idris told the international media here at the close of the 64th International Air Transport Association annual general meeting.

IATA, which is an association of legacy full service airlines with over 200 members, had issued a statement at the end of its meeting that the industry was now in a state of an emergency because of the fuel price crisis.

Idris was a former senior executive with Shell Plc based in London and the Hague for almost 20 years. While there, he had headed various departments, including business development.

Speaking as a former oilman, Idris said there were two ways to see whether there was an oil shortage.

“First, look at the oil tankers at sea. If they are not moving and just floating out at sea, that means they have no crude or processed oil to transport. That is not happening and that means there is no shortage.

“Second, go to the petrol stations. If there are long queues, that means there is a shortage. Again, this is not happening and this can only mean there is more than enough supply.

“As an ex-oilman, I tell you there is no shortage.”

Idris pointed out that certain analysts and financial companies that produced reports about the shortage were also oil futures traders.

Asked what he thought was the fair value of crude oil at present, Idris replied: “US$40.”

He also criticised speculators and hedge funds, saying that he did not trust anything that he could not touch.

“I always believe in the brick and mortar – something I can touch. These people are trading with nothing.

“Many years ago, we at Shell had wanted to buy Enron. I was leading the team then and we hired over 60 consultants to study how a company with no oil fields, refineries or gas stations could make so much money.

“One of the consultants tried to convince me to recommend to the Shell bosses to buy Enron but I said no because I could not touch what they were trading in,” Idris said in the one-hour briefing for the media about MAS’ performance and future.

He only expressed his opinion on the oil crisis after being asked by several journalists.

Idris was proven right on Enron because the so-called energy company collapsed four years ago under massive accounting fraud.

10 06 2008
penyokong PR

Pak Lah = helah = undurlah = tidurlah – mimpilah = kecewalah = bodohlah
= macam macam lah

10 06 2008
Padan Muka

pru-13 jangan lagi pangkah BN lah. ketuanan melayu??? ptui. dari mimpi lah ada ketuanan melayu. sudah 50 tahun, ketuanan BN-UMNO itu pasti ada.

ada apa manfaat kepada melayu dalam 50 tahun ini? ya ada….. kroni kroni BN-UMNO sahaja yang ada. hidup senang, tak payah kerja sampai leway malam, tidur rumah mewah, kereta beratus ribu, hari hari makan udang, ketam, ikan, shark fins, ginseng. berbilion bilion ringgit di bank bank luar negara.

melayu malaysia sahaja yang bodoh dan sombong selama 50 tahun dan tengah mimpi-mimpikan “ketuanan melayu” yang ditipu oleh BN-UMNO. tengok lah singapura, minyak takde, padi takde, apa pun takde. tapi wang lebih tinggi daripada kita. mana perginya wang petrol, beras, getah, balak dan lain lain export kita? kenapa kita masih di waktu 1960an???

kita makan pun tak cukup kenyang dan sekarang kena bayar wang kita untuk kroni BN-UMNO untuk mereka savings bank di luar negara berbilion bilion ringgit.

kita ada apa? ada, memang ada….. ada basikal, ada motorsikal, bank ada tiga ratus ringgit lebih sahaja, hari hari makan nasi lemak, nasi goreng, nasi telur…..

11 06 2008
Padan Muka

siapa padan muka? siapa yang salah selama 50 tahun ini? kita orang melayu lah yang salah pangkah BN-UMNO selama 50 tahun ini. tengok pemimpin luar negara lain yang kaya, semua faedah untuk rakyat negara sendiri. kita terlalu jauh 50 tahun berbanding dengan mereka. yalah…… badawi selalu banding kita dengan burma, indonesia, thailand dan negara yang miskin dan tak ada petrol/getah export. tapi tak banding dengan pengexport petrol negara lain.

sudah berapa kali petrol kita naik 5 tahun ini? kita pengexport petrol lah. tapi badawi berbanding dengan pengimport petrol negara lain. padan muka, bodoh, sombong lah macam ini.

kita ada apa? kerja sampai lewat malam lah. makan tak kenyang lah. hidup susah payah lah, rumah sewa tak mampu bayar lah, motorsikal pun ditarik balik kerana tak mampu bayar bulanan.

saya seorang melayu pun rasa malu. pukimak yang dikatakan oleh BN-UMNO ketuan melayu! ditipu hidup-hidup oleh BN-UMNO. pru-13 saya dan rakan-rakan, keluarga, bini semua mesti pangkah kerajaan PR. saya tak mahu ditipu hidup-hidup lagi. saya tak mahu sombong jadi ketuanan melayu lagi. ketuanan melayu ini mainan politik BN sahaja.

kepada rakan-rakan semua yang baca komen saya, tolong tendang BN-UMNO keluar di pru-13 yang akan datang. ini bukan untuk saya seorang sahaja, tapi untuk semua melayu dan kaum-kaum lain yang hidup di malaysia tercinta ini. harap suatu hari nanti kita dapat hidup senang dan negara kita kaya.

disamping itu, saya berdoa kepada allah, datuk seri anwar ibrahim dapat sokongan daripada sabah dan sarawak mp untuk menyelamatkan negara tercinta kita ini.

Inshaallah.

11 06 2008
Mr.PotatoChip

Haa….haaa…haaa….. padan muka rakyat Malaysia ( maka ketawa terbahak-bahak ” Kingdom Of Trio 3 Beranak ” diatas strategi & langkah menghisap kekayaan bumi Malaysia serta isi-isinya ke dalam tembolok dia orang )

12 06 2008
Padan Muka

kan DSAI telah memberitahu semua rakyat malaysia petrol akan naik bila BN menang pemerintahan negara. sekarang tahu lah orang yang sombong pada ketuanan melayu = ketuanan BN-UMNO. nak tunggu lima tahun lagi? yalah, hidup susah lima tahun lagi lah. apatah lagi? petrol naik semua barang naik = (BN) lah.

(EAT WHAT YOU HAVE DONE) = (SENDIRI PUNYA TAHI SENDIRI MAKAN LAH)
padan muka kepada penyokong BN hari tu.

penyokong-penyokong BN-UMNO jangan angan-angan harap akan BN-UMNO makan tahi semeja dengan awak. mimpi pun tak jadi ni. bodoh & sombong. kerana sombong kamu, kita yang telah dikhianat oleh orang sombong ni dan terpaksa hidup sengsara untuk lima tahun lagi ni.

sekarang doa doakan, mengharap harapkan DSAI dapat sokongan dari mp sabah/sarawak crossover ni dan kuasai pemerintahan negara. pada masa inilah kita punya hari merdeka pertama untuk malaysia. merdeka 50 tahun???? waktu tunku abdul rahman itulah hari merdeka.

sekarang ni….. kita macam pakistan, bangaladesh, myanmar …….. vietnam, thailand, indonesia dan philipina lebih kaya daripada kita dah.

saya sekeluarga pun berhijrah ke thailand kalo DSAI tak dapat hentikan krisis BN-UMNO ini.

13 06 2008
kuikuikui

btol2..
aku sokong padan muka.
UMNO perjuangkan melayu?pigidahhh!!
sembang ja lebih,habuk pn tarak.perjuangkan kroni ada la!!
tgk apa jd ngan sanusi?apa salah dia sampai kna sack jd presiden UIA?
UIA BKN HAK MILIK UMNO!!

14 06 2008
J.D.

Cerita Lawak

Pada suatu hari, seorang Pak Lah telah ditemuramah oleh seorang wartawan. Berikut adalah wawancara yang telah diadakan:

Wartawan: Apakah sebab utama kerajaan menaikkan harga minyak?
Pak Lah :Sebab minyak tu kita gerudi naik dari bawah laut. Sebab
tu harganya kami naikkan…..

14 06 2008
J.D.

Cerita Lawak

Pada suatu hari, Pak Lah telah ditemuramah oleh seorang wartawan. Berikut adalah wawancara yang telah diadakan:

Wartawan :Apakah sebab utama kerajaan menaikkan harga minyak?
Pak Lah :Sebabnya minyak tu PETRONAS gerudi naik dari bawah laut.
Wartawan :Bila kerajaan bercadang untuk menurunkan harga minyak?
Pak Lah :Apabila minyak turun macam air hujan.
Wartawan :Rizab minyak negara dijangka kehabisan pada tahun 2014.
Apakah strategi kerajaan untuk menghadapi masalah ini?
Pak Lah :Jangan risau. Kita hantar angkasawan ke Marikh dan cari
minyak di sana.

21 06 2008
wawasan2020

napelah korang semua benci sangat kat Pak Lah dan Umno ni?Kenaikan minyak memang takleh dielakkan krn ini adalah kenaikan minyak global.Dah berbuih-buih mulut dah aku terangkan korang tapi masih tak paham-paham lg. Korangkena tau jatuh bangun Melayu berada di atas tangan Umno. Kalau Umno jatuh tersungkur maka jatuh tersungkurlah Melayu dan jikalau Umno kukuh maka kukuhlah Melayu.Mana satu yg korang pilih?Itupun takleh pikiaq ke. Gunalah otak sikit beb, jangan dok komen yg bukan-bukan je.

22 06 2008
Padan Muka

“wawasan2020” = “kroni BN”

yalah, guna otak untuk kekayaan mu (kroni BN) shaja? otak apa mu tu ha? kepala otak khairy jamban ke?

23 06 2008
anzsai

“wawasan2020=kroniBN=baruakhairy=kainkesatkakipaklah”

24 06 2008
sYLaR

WAWASAN 2020 = PORK LA = KJ (KERA JANTAN)..BUDUH…
PIII LA LU…

25 06 2008
wawasan2020

jangan salah anggap, aku kat sini hanya NAK PERBETULKAN KEADAAN drpd menjadi lebih parah dan juga bg mengelakkan korang semua drpd menerima atau terpengaruh dengan maklumat-maklumat yg tak betul pasal BN dan Umno di dalam internet ni.Anyway BN tetap BN kini dan selamanya.

25 06 2008
AnakMinang

wahai ww2020…aden bukan nak sokong sapo² tapi kalu dah idup aden pun susah camni…nak buek po sokong paklah antek tu laie….wa’ang jgn jadik bodo ww2020….wa’ang tgk la sendiri apo yg c KJ laknat tu dah buek…..TDM pun tau yg bukan paklah antek tu yg buek keputusan tapi bebudak tingkek 4….wa’ang tu jgn jadik katak bawah tempurung….wa’ang g baco apo yg TDM tuleh dlm blog eh bukak skik mato tu….paklah ni mmg bodo tuli….bangang eh melantun lantun….dulu maso TDM jadik PM sumo org ckp we’eh tu jahek la tu la ni la….tapi aden tak kesah pasa masia ni aman….idup pun seleso jo…..mase gawat dulu pun aden leh jo iduik….ni datang paklah antek tu iduik pun dah susah….anak banak we’eh tu konyang makan duik….aku nak cito la apo yg jadik kek baling ni ha….dulu DUN baling ni tak ponah yg BN monang….pastu paklah ni lotak lah mashitah tuptup toruih monang….dah elok mashitah duduk sepenggal….c KJ antek tu leh suh tuko ngan org we’eh c azeez mamak itam logam..siap ckp kalu tanak lotak org we’eh pemudo umno nak boikot pru12 aritu….paklah pun lotak la mamak itam tu….padan muko kalah….toruih sampai skang aden tak nampak muko mamak
pantek tu….dah la paklah oiii….wa’ang ronti jo la jadik PM sobolum uro aro masia ni…..ado leh ckp nak amek tindakan ahli UMNO yg boikot…..bodo paklah ni penipu org jo laa…menantu azazil we’eh sendiri yg uguik nak boikot tu tanak lak wa’ang amek tindakan….paklah ni elok tembak pakey nuklear jo baru pueh ati

PAKLAH ANTEKKKKKK…..KANDIQQQQ

25 06 2008
anzsai

Korang perasan tk..tiap kali mana2 barua BN ni nk menyibuk tk kira la kt sini ke kt Youtube ke……dia mesti cuba nk tegakkan benang basah dgn menggunakan hujah yg bodoLah….cam hanya UMNO bleh tolong org Melayu…BN jek boleh memerintah….blablabla…dah terang lagi bersuluh dah kepandiran Pak Lah and Co….lagi tk mau ingat ka….oklah kalu pembangkang yg ckp bleh ckp ada motif politik…tp ni skrg ni TDM pun ckp…yg tu hape?Aku ingat diaorg ni memang dilatih utk menebalkan muka buat tak malu utk perasan bagus…la…

Anyway AnakMinang..speaking ko mmg berabuk satu hapah pun tk paham….tp disebabkan ko pun turut melaknat AAB..aku orait jerr….

25 06 2008
BN buduh

wawasan2020: hang ni buta ka apa? gaji hang tu terlebih byk ka sampai tak rasa harga minyak naik? kalau dah banyak sangat bagi subsidi kat aku. hang ni memang stupid & kroni BN! org macam hang ni la yang menyusahkan hidup ktorang!!

25 06 2008
budak bt6

jgn laa jd bodo dah terang2 pak lah tu lemah. lembik ,kuat tido.
org amno ni kalau nampak kubur ahli dia berasap pun sokong jugak.memang org malaysia x pikir panjang .
time harge minyak naik mulela cakap susah laa ape laa.masa mengundi ‘conggok’ duk markas umno tgu duit psg bendera.

x sedar2 lagi………..

26 06 2008
wawasan2020

aku tak pahamlah dgn PR terutamanya PAS yg dah gila agaknya dengan undang-undang yg mereka cipta sendiri tanpa berlandaskan islam seperti yg mereka laung-laungkan sebelum ini .Terbaru satu lagi peraturan bodoh ciptaan PAS yg dilakukan oleh kerajaan PAS di Kelantan dengan mengenakan saman kepada perempuan melayu yg memakai gincu dan kasut tumit tinggi.Bukan main pendek lagi akal mereka, adakah logiknya kononnya dgnnya dengan memakai gincu dan tumit tinggi boleh cenderung kpd kejadian rogol menjadi semakin berleluasa?Ataupun Si Badut drpd pemimpin PAS ini yg membuat undang-undang ini memang mempunyai hawa nafsu yg kuat dimana mereka tak boleh melihat perempuan pakai gincu dan kasut tumit tinggi yg boleh menyebabkan ‘barang’ mereka jadi naik.

skg baru paham, rupa-rupanya apa yg dilaungkan oleh PR sebelum ini terutamanya PAS kononnya BN=Barang Naik sebaliknya Barang Naik itu ditujukan kepada pemimpin PR terutama PAS yg tak boleh melihat perempuan memakai gincu dan tumit tinggi yg boleh menyebabkan pemimpin badut PAS mengalami ‘Barang Naik’.Tolonglah selamatkan Malaysia drpd jatuh ke tangan PR ini yg mempunyai akal yg pendek lagi bodoh ini, jadi sama-samalah kita sokong Barisan Nasional untuk kesejahteraan bersama.Kalaulah beginilah cara PR mentadbir malaysia maka hancurlah Malaysia dan jikalau di takdirkan Malaysia jatuh ke tangan PR maka nasi sudah menjadi bubur dan menyesal pun dah tak berguna.

26 06 2008
anzsai

wawasan2020:peraturan tu dibuat atas satu hukum Islam yg dipanggil tabarruj….kalu lu tk paham balik tanya ustaz…..org PAS mana buat undang2 tk pikir2 ……BN jer yg selalu buat cam tu…..

27 06 2008
MetFly

The story about Subsidy….

A man called CheDot owns a farm which can produce 10 apples every day. He has 5 workers to operate the farm. Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally. The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40. He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities. He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit.
Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save.

When CheDot retired, a new landlord, PokLeh comes to continue the farm operation. He says to the workers: “We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking. From now on all of you only need to pay
RM1.00 for each apple you eat. It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm.”

The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily. Their earning decrease from RM2.00 to RM1.00 per person. As usual, PokLeh sells the 4 apples and he gets RM40. He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers. He gets RM5.00 as profit.
On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers. In total, he gets RM10 as profit every day.

Soon, the apple price increases to RM20 each. The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily. Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close friend, Samy.. Samy says:”Apple cost naik, improvement cost also misti
naik.” So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50. In actual, the improvement only cost RM30. The remaining RM20, PokLeh and Samy share evenly among themselves.

Let’s calculate how much PokLeh gets daily:

RM10 (from farm improvement cost)
RM20 (Net profit by selling 4 apples: [Gross profit, RM80] ?
[Improvement cost, RM50] ? [Wages RM10] = RM20)
RM5 (from selling apples to his workers)

In total, PokLeh gets RM35 daily compare to RM10 initially when he takes over the farm from CheDot. His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person.

The greedy PokLeh does not want to stop there. One day, he says to his fellow workers:” You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1. See how lucky you are! I have to SUBSIDY
RM19.00 for each of the apple you buy and total I need to SUBSIDY RM95.00.
This will greatly burden the farm and we might get bankrupt if we continue like this. In order to avoid bankruptcy, I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bare the remaining
RM18.50 per apple as my subsidy to you all. ”

So, greedy PokLeh adds RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.

After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of a ‘SUBSIDY’ given by the government. The RM95 subsidy was never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidy generously ‘given’…

27 06 2008
Johan Kamarul

bila nak wat rally ni?? Aku ikut je klu ada yg bawa kepala.. jum ar…

27 06 2008
sulaiman syah

Salam…, aku tinggal di seremban, dua tahun lepas aku ditukarkan di PJ. Mula-mula dulu aku naik kereta selama hampir tiga bulan berulang alik dari seremban ke PJ ,tak tahan dengan minyak dan tol aku bawa motor pula sampailah sebelum harga minyak naik.Aku dah lamapun tukar cara hidup aku dari bawa kereta bawa motor pula itu pun belum cukup bulan penuh dah nyawa ikan kantong aku,nasib baik bini aku kerja jual nasi lemak pagi-pagi buta di kaki lima jalan. Dahulu isi RM 10 boleh pergi balik dari seremban ke pj,dan kini dan selamanya aku kena isi RM 18 pegi balik. TERIMAKASIH Pocklah dan Bn naikkan harga minyak sebab aku dah tak tahu nak tukar cara hidup camna lagi kecuali aku rompak ATM agaknya.

28 06 2008
anzsai

Sekali la ngan cash deposit machine….tp jgn amik check deposit lak…..tq PorkLah dan Co

28 06 2008
wawasan2020

alah isu minyakkan isu global.skg ni harga minyak dunia melambung naik, apasalah AAB naikkan sedikit harga minyak pun tak boleh?kau tengok negara Indonesia, Singapore, India, China, Thailand dan lain-lain negara lagi juga menaikkan harga minyak di negara dia org masing-masing.Lupakanlah isu minyak dan tumpukan kepada perjuangan dan memperkukuhkan BN dan berikanlah sokongan penuh kepada pucuk pimpinan AAB.faham?

28 06 2008
coretan

begini la nasib rakyat malaysia..
hanya mampu bersuara di blog²..
tapi tidak mampu bertindak..
yang berkuasa (Pak Lah & Co. ) tetap terus menindas..
yang lemah (rakyat) menjadi mangsa..

pikir² kan la & selamat beramal…

29 06 2008
megnet

bengong lah wawasan 2020 ni..stetmen2 ko ni mbuktikan ko ni pendek akal..kalo budok tadika boleh la ko bg stetmen2 cenggini..ya allah ya tuhan ku..tajam kan la pikiran mahklukmu yg sorang ni..nk kene baca yassin kt tepi tinge budak ni..hadoiiiii

29 06 2008
Boyot

Salam,

Saya begitu bersetuju tentang pendapat, yg mengatakan kita semua mesti bertaubat. Kerana dosa kitalah menyababkan Allah menurun kan bala kepada kita dgn memberi pemimpin yg begitu zalim. Kalau dulu masa TDM memerintah bermacam-macam tuduhan kita lemparkan, bemacam-macam gelaran kita berikan kepada beliau, sekarang bila kita dapat pemimpin seperti pak lah baru kita tahu bagaimana pemimpin yg korup boleh lakukan kepada negara dlm jangkamasa yg sangat pendek. Jika TDM pemimpin yg begitu korup seperti yg digambarkan oleh ramai pihak, saya rasa dah lama dah kita rasa susah.
Kepada yg bersungguh sungguh menuduh TDM rasuah dan korup, zalim, firaun dan sebagainya mintalah maaf sementara TDM masih bernafas.

30 06 2008
suraksakh

Ini lagi sorang bandingkan harga durian di Jepun dan harga durian di Malaysia. Mestilah harga durian di Jedpun mahal sebab Jepun bukan pengeluar durian!!!

30 06 2008
suraksakh

To gain respect is by “earn”, not by demand or by force. Faham?

30 06 2008
anzsai

Bagi aku la…dah 50 tahun merdeka tp BN masih gagal menaikkan taraf hidup rakyat malaysia…pendapatan tahunan S’pore adalah 5 kali pendapatan kita…..sedangkan S’pore sebuah negara yg kurang hampir tkde langsung sumber bumi…Thailand plak bleh berbangga dgn highway 6 lane yg tkyah bayar sebijik tol pun….tak dinafikan TDM ada kelebihan tersendiri dlm mentadbir..at least negara luar buka mata dgn kita….tp sejak AAB..?kita semakin merosot samada luar mahupun dalam….Disebabkan taraf hidup kita yg rendah…kita tak mampu bertahan bila berlaku kegawatan ekonomi….dah masa untuk kita beri peluang pd PR utk memerintah…kalu kita boleh tolerate dgn kelemahan BN selama 50 thn..apalah sangat kalu kita bagi peluang PR at least 10 tahun…..we have the power to shape our future…why not try something new and fresh…..

30 06 2008
anti kerajaan 3 beranak

wawasan2020… haku kesian la tgk ko! Tuhan dah bagi ko otak yg cerdik pun ko tak boleh nak pikir dgn baik…
bodo-bodo…

Dasar gampang punya Khairy…

1 07 2008
anzsai

Mudah-mudahan Allah selamatkan kita dari kerajaan 3 beranak …..mudah-mudahan PR akan berjaya menumbangkan BN…sekarang mereka dah terdesak utk menjatuhkan Anwar…kemungkinan bukan karier politik aje yg tergugat malah nyawa beliau mungkin terancam…..tak sabar rasanya nak menunggu 16 Sept……hidup PR…….

2 07 2008
ssha

wawasan2020, isu kasut tumit tinggi + gincu hal kecik jer. hang kalu ada shell card share dgn aku, psl barang aku dh lama tk naik sejak minyak naik ni..air naik kepala da!

2 07 2008
Anak Bumi Sarawak

Minyak naik kami rakyat Sarawak yang menanggung susah. Punya cibai kerajaan sekarang ni. Kerajaan BN ni tak sedar ke minyak tu % tu hasil dari Sarawak. Sepatutnya kami orang Sarawak memang sewajarnya menikmati hariga minyak yang murah kerana kerana Sarawak pengeluar minyak. Di sebabkan pemimpin jahanam lahnat pak lah and ci cibai khairy tu hampeh……aku harap sangatlah PR ini mampu menumbangkan kerajaan yang tak punya kesedaran yang tinggi. Hanya tahu menyusahkan rakyat.

Tak lain tak bukan Pak Lah Babi tu asyik cakap minyak kita murah dari negara asia lain. Hai pak lah kita ni negara pengeluar minyak bukan pembeli. Tengok brunei dia orang jual minyak kat rakyat dia hanya $0.53 per liter dan tengok sekarang kenderaan luar pun dah kena harga lain RM2.80 tu mahal dari harga Negara kita punya minyak.Bagus dan cantik langkah Negara Brunei buat tak macam Malaysia masih juga jual minyak harga subsidi kepada rakyat Singapura and Thailand. Bagi aku ler aku tak halal kan dunia dan akhirat si pak lah mencekik hasil rakyat demi kepentingan dia sendiri.

3 07 2008
anzsai

Pak Lah bodo…….

4 07 2008
sulaiman syah

SYUKUR…APABILA AKU MENDENGAR NASIHAT IBU KU DAHULU… PADA TAHUN AWAL 90 AN AKU NYARIS PERGI TEMUDUGA SEBAGAI “POLIS DI RAJA MALAYSIA”KALAU TIDAK HARI NI TUJUH KETURUNAN KELUARGA AKU KENA SUMPAH SERANAH DENGAN RAKYAT MALAYSIA. IBU KU PESAN “KAU FIKIR BAIK-BAIK KERJA POLIS NI SETIAP HARI KENA SUMPAH DENGAN ORANG…BLA..BLA..” DAN HARI INI AKU MENJADI ORANG YANG BERJASA PADA KEDUA IBUBAPA KU TIDAK SEPERTI ADA SEORANG SAHABAT BAPANYA SEORANG BEKAS SARJEN POLIS SETIAP HARI DOK SUMPAH ANAK “DAH BESAR NANTI KAU NAK ISAP DADAH KE” HAAA BETUL-BETUL ANAK DIA HISAP DADAH DAN ULANG ALIK MASUK KONDO KAJANG.

22 09 2008
juita

udah2 lah…gantilah org lain pulak…tgok camne…duniawi semata….gantilah pemimpin yg perjuangkan islam..bnyk org dh keliru…msia tak demokrasi pun..islam hadhari tak releven pun..manusia yg patut diangkat darjat dihumban kebawah…tak patut..tak patut…ISA undang2 zaman jahiliah…akhbar perdana suka putar belit maklumat…sepandai2 manusia…pandai kt dunia je…duit rakyat pun bnyk dibazirkan..patutnye duit rakyat bg lah kt smua bkn kakitgn kerajaan jek…apalah nk jd dgn pemimpin zaman sekarang nie…bnyk kaki kipas kot…paling tidak nk jaga periuk nasi masing2..rasuah terang2 pun org buat2 tak nmpk..yg tak tau tak ape lah…yg dh tau otak pandai geliga mcm tarik rambut dlm tepung pulak…subahat2…org yg mengaku islam pn tk nk sokong hukum hudud…takut apenye…undang2 Allah tu lah yg terbaik..dh 50 tahun merdeka tak kn masih nk tgu2…org bkn islam tu bia lah guna undang2 diorg…yg org islam ni takut sgt ape cerita…hukuman kt akhirat tu la yg patut kene takut..siape yg kata hukum hudud tu tak releven maknenye menidakkan hukum Allah…..org yg patut sampaikan ilmu agama kene gam, golongan alim ulamak jadi imam kt masjid negara pun kene masuk ISA…org yg tak salah kene hukuman yg tak patut…bnyk sgt golongan yg kejar pangkat…ilmu dunia ok la tp tak seimbang dgn ilmu akhirat….rosak2…hiburan makin melampau2..remaja sekarang disogok dgn hiburan yg agak melampau..bila suh g tgok bola, konsert, karnivel hiburan wah3 bukan main…suh g imarahkan masjid emmmh…jrg sekali..nk masuk masjid pun ade dh yg kene beli tiket dulu…..cerita tahyul dibangga2…rosak akidah….papan iklan nk pempuan2 seksi gak….buh la papan iklan wajib solat, wajib tutup aurat ke paling tidak buh peringatan azab kubur….kn menarik…ke mana lah pulak si saiful bahari…aik dah senyap ker….banyak kepalsuan…benda2 tak logik pun org masih duk percaya…semoga ALLAH jauhkan bala@bencana kpd Msia….Amin….

Tinggalkan Jawapan kepada anzsai Batal balasan