6 Sebab Kalimullah Wajar dipecat

10 06 2008

Diambil dari sini.

Enough is enough. Nampaknya kekalutan didalam NSTP tidak dapat dibendung lagi. Didalam ethic bidang professional, jika kekalutan terjadi, seseorang perlu bertanggungjawap. 6 sebab yang amat memalukan dan patutnya menjadi alasan kukuh agar Kalimullah dipecat dari apa jawatan di NSTP (advisor, chairman dsb) dan sekaligus Brendan Pereira dan kuncu-kuncunya perlu menerima nasib yang sama:

1. Penyiaran kartun Willie Miller yang jelas mencemuh Rasullullah SAW. Walaupun tidak menyiarkan karikatur Rasullullah SAW, namun kartun tersebut jelas menghina Baginda. Dalam keadaan panik, spin master di NST cuba mempertahankan kredibility NST yang nyata telah musnah teruk dimata orang islam di negara ini.

Mereka secara defensive cuba membawa satu bentuk konspirasi kononya ada dalang yang mempunyai “personal vendettas” yang cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci NST kerana mereka berani berkata benar. Menggunakan teori konspirasi untuk mempertahankan diri pernah dilakukan oleh seseorang di mahkamah pada tahun 1999. Sesuatu yang perlu diketahui oleh NST dan spinmasternya, rakyat tidak boleh diperbodohkan.

Kemarahan orang ramai melalui NGO tidak ada maksud yang lain selain daripada tersiarnya kartun tersebut. Sekiranya kerajaan berlaku adil, tindakan mesti diambil terhadap NST seperti yang telah diambil terhadap Sarawak Tibune dan Guang Ming.

2. Membocorkan isi mesyuarat tertutup UMNO
Kalimullah dengan angkuh cuba semacam memberi amaran kepada Datuk Zam bahawa dia tahu apa yang berlaku walaupun ianya rahsia, dan dia berani kerana ada orang yang sentiasa membela walaupun seteruk mana tingkah lakunya.Kalimullah sebenarnya ingin mendapat simpati rakyat agar rakyat berdiri dibelakangnya sekiranya  Menteri Penerangan mengambil tindakan kepada mereka. Namun sebenarnya rakyat sudah muak dan menyampah dengan tingkah laku Kalimullah yang semakin beraja dihati ini.

3. Memalukan PM didalam saga pembelian DRB-HICOM
Bagaimana NST boleh mengumumkan kepada negara bahawa TS Nasimuddin telah berjaya menewaskan TS SM dalam pembelian DRB sedangkan Pak Lah belum pun membuat pengumuman rasmi. Nampak nyata NST berpihak kepada ‘AP King’ ini atas sebab2 yang mereka sendiri tahu. Tapi memalukan Pak Lah dengan mengatakan Pak Lah mengubah pendirian disaat-saat akhir agar rakyat memaafkan ‘kegelojohan” NST tidak boleh diterima. Keputusan Perdana Menteri hanya boleh diketahui umum hanya apabila ia telah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

4. Membiarkan Brendan mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru
Sekali lagi NST memalukan Pak Lah apabila sedang UMNO cuba untuk menggerakkan pelan agar DEB dicetuskan semula, NST yang dimiliki oleh UMNO dan sudah menjadi lidah kerajaan sebegitu lama, memperlekehkan usaha Pemuda UMNO ini sendiri melalui artikel yang ditulis oleh pengarangnya, Brendan Pereira.

5. Menjadi alat untuk memburukkan Tun Mahathir
Ramai yang sedia maklum betapa pengarang2 NST dan Kalimullah sendiri bencikan Tun Mahathir. Amat jelas bagaimana berita2 Tun yang telah diadu domba untuk tujuan memburukkan Tun Mahathir dan menjadi alat untuk sabotaj individu yang rapat dengan beliau. Lihatlah bagaimana mereka mempermainkan isu proton dimana sms orang ramai dalam “NST mobile interactive service” digunakan untuk menghentam proton dan Tun Mahathir sendiri.

6. Menyiarkan berita yang sepatutnya rahsia
Baru2 ini keluar berita tentang Senai Airport sedang mencuba untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM200 juta dari bank tertentu dan dlm proses untuk diluluskan. Sekali pandang tidak ada salahnya berita sedemikian, namun sesuatu yang sepatutnya menjadi rahsia telah disebarkan kepada umum. Telah menjadi akta Bank bahawa segala butiran berkenaan pelanggan mesti menjadi rahsia. Sesuatu yang amat serius sekiranya butiran tentang pinjaman pelanggan samada yang telah diluluskan ataupun tidak disebarkan kepada umum. NST telah secara tidak lansung melanggar akta Bank tersebut dan pihak yang bertanggungjawap wajar dikenakan tindakan. Adakah kebocoran ini disengajakan untuk sabotaj TS Syed Mokhtar, seorang peniaga melayu yang berjaya, tetapi menjadi business enemy kepada kawan baik Kalimullah sendiri.

Selain dari 6 sebab diatas, kita juga amat terkejut apabila ada beberapa kali NST menjadi seperti lidah rasmi kerajaan Singapura. Secara sedar atau tidak, pernah sekali NST dimuka depan menyiarkan amaran dari menteri luar Singapura tentang tindak tanduk kerajaan M’sia untuk meneruskan usaha membina jambatan munkin mendapat padah dari segi undang2 antarabangsa. Kenapa perlu NST menjadikan kata2 dari Singapura ini dimuka depan seolah2 ia adalah satu yang amat mengancam dan perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia.


Tindakan

Information

4 responses

10 06 2008
Lady Bird

Sebab tu la skrg dah tak beli & baca langsung akhbar BERITA HARIAN.
Berita yg di siarkan semuanya manis2 & baik belaka.
Makin lama baca Berita Harian makin muak & memualkan!!!
Sekrg beli ahkbar Utusan M’sia dgn Sinar Harian.
Berita pun bagus & tak ada diskriminasi.
Boikot Media Prima!!!!

10 06 2008
guy bird

Komen drp blog asal antikhairy…
* mcm la diorg tu betul sgt…pandai2 hack blog org….

Sunday, June 8, 2008
Penjelasan

Selamat bertemu semuanya..
Jelasnya memang ada beberapa kekeliruan yang timbul bila saya pada mulanya melihat blog anti khairy yang asal.Jadi saya pun hijack sekejap blog ini sebab nak tahu sebenarnya isi kandungan dan kebenaran berita ini.Sebagai kesimpulannya kebanyakan isi didalam blog ini pada asalnya semuanya bermotifkan kebencian dan tiada keaslian.Jadi saya pun hack sekejap blog ini untuk lihat respon penulis blog ini.So apa yang saya dapat kepada penulis blog ini,ikutlah tatasusila agama,adat resam dan semangat kemelayuan kita.Pastikan beritanya benar-benar betul dan tak baik untuk memaparkan kisah yang tidak benar.Check your story 1st.
Saya tidak diupah oleh sesiapa pun kerana apa yang saya mahukan kebenaran.Dan saya telah lihat kebenaran tersebut dengan semua email didalam antikhairy@gmail.com.
Jadi kepada mod blo asal ini jika nak semula blog ini mail ke antikhairy@gmail.com. dan saya akan kembalikan blog ini semula dan please be a respectable moderator.Maa

10 06 2008
imam ugama hadhari

PORK LAH PUKIMAK MENATANG TU MANA TAU APA.
KALIMULAH DAN HISHAMUDIN AUN BIAWAK (KPK NSTP) BUAT
PORK LAH MACAM KALDAI TUA PUN DIA TAK SEDAR, SEBAB ADA SAHAM.

BAKAL PM NANTI KENA LAH INGAT, DUA EKOR BIAWAK KAT
NST TU KENA LAH BUBUH DALAM GUNI BUANG KAT JAMBAN TAIK.

27 06 2008
anti kerajaan 3 beranak

kalo teman2 nak tau.. Kalimullah nie BAPAK ‘kesayangan’ kepada si KJ berok tu. Dia la yg mengajar si KJ berok buat jahat dalam politik mesia! Dia yg suh kawin dgn helikopter si NURI tu… supaya si KJ berok boleh control Pak Bodolah.

Kesian Pak Bodolah… kena bodo2 je dgn anak menantu ko tu! muahahahahahaaaaaa…..

Dasar gampang punya KJ… kesian org mesia. isk… isk..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: