Radio Belia: Satu Lagi Projek Khairy Jamaluddin Di KBS !!

10 06 2008

Oleh: cucumatkilau


  Baru-baru ini terdapat ura-ura bahawaa Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan akan mewujudkan stesen radio khas iaitu Radio Belia bagi memberi peluang kepada golongan itu menyuarakan pendapat dan pandangan secara terus kepada masyarakat dan kerajaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, stesen radio khas itu berlainan dengan slot tertentu untuk pendengar muda yang disediakan oleh stesen radio sedia ada.Ini kerana, jelas beliau, sasaran utama merupakan golongan belia yang mewakili satu pertiga atau 11 juta daripada 26 juta penduduk Malaysia

Sebelum ini Cucu pernah mendedahkan bahawa Ismail Sabri ini adalah boneka yang menjadi “kuda tunggangan” Khairy di kebinet Pak Lah. Sebelum pilihanraya umum, sudah jelas kedengaran disana sini sememangnya Khairy akan mengambilalih tempat Azahlina di Kementerian Belia dan Sukan.

Ini ditambah lagi dengan minat mendalam Khairy terhadap bolasepak hingga terciptanya rancangan realiti boleasepak “My Team” di TV3 suatu ketika dulu. Begitu gah sekali My Team dibawa ke Old Trafford, Manchester United kemudian diketemukan dengan pasukan Malaysia (B23) dan Indonesia yang akhirnya kecundang begitu sahaja. Minat khairy terhadap bolasepak juga menyebabkan Tengku Mahkota Pahang, Tengkua Abdullah Sultan Hj. Ahmad Shah terpaksa mengundur diri dan memberi laluan kepada anak muda itu menjadi Timbalan Presiden FAM yang baru. Namun, hingga kini kita pun tidak faham apa yang dibangunkan oleh Khariy agaknya.

Bahkan pasukan Malaysia terus terperosok ke tangga ke bawah dalam ranking FIFA yang terbaru.

Atas alasan inilah, Khairy memang dilihat bakal menerajui KBS. Namun segalanya bagai ditakdirkan. Beliau bukan sahaja dimenangkan dengan undi pos di Rembau malahan juga ramai calon pilihannya yang kecundang dalam pilihanraya umum lalu. Maka akhirnya seluruh negara menyalahkan Pak Lah kerana akur dengan percaturan Khairy dalam menentukan calon pilihanraya umum ke-12 lalu. Selepas kalah teruk, maka BN kehilangan majoriti 2/3 kerusi di parlimen. Akhirnya Pak Lah terpaksa akur dan tidak berani melantik Khairy ke dalam kabinet. Bahkan, si Rafidah yang begitu lantang menentang perlantikan Khairy telah ditendang oleh Pak Lah dari portfolionya selaku Menteri MITI sejak sekian lama. Berita ini telah heboh ke telinga orang-orang UMNO akar umbi dan tidak dapat disorok-sorok lagi oleh Pak Lah.
Dan, sebagai pengubat kekecewaan Khairy dibenarkan memilih sekutunya berada dalam kabinet sebagai proksi. Maka lahirlah muka-muka baru seperti Ismail Sabri dan Wan Farid serta ramai lagi. Manakala “waris” Khairy di kabinet lama Pak Lah, Shaziman Abu Mansor dikekalkan. Menurut ceritanya Ismail Sabri merujuk Khairy supaya mengekalkannya sebagai calon di parlimen Bera. Ini menyebabkan calon pilihan yang itu orang kuat KBS, Md Yassin telah diterajang oleh Ismail Sabri. Sebelum ini nama Md. Yassin itu hangat diperkatakan untuk menggantikan tempat Ismail di parlimen Bera. Perkara ini memang sudah menjadi bualan dan tidak dapat disembunyikan lagi oleh orang-orang UMNO di Bera. Maka, Ismail Sabri naik kerana Khairy. Ini bermakna beliau harus membalas jasa Khairy yang menyelamatkan karier politiknya di Bera.
Maka, apabila Ismail diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan, itu patanda yang begitu jelas beliau akan melaksanakan agenda Khairy untuk memunggah segala khazanah yang ada di KBS. Sebab itu kita tidak hairan, bila Ismail Sabri banyak melaksanakan idea lapok untuk kepentingan Khairy. Antaranya memasukkan “Rakan Siber” ke dalam rakan muda serta membina “Gelanggang Rakyat” di setiap DUN yang menelan belanja jutaan ringgit. Walhal sebelum ini perkara tersebut telah dilaksanakan oleh Azahlina Tomboy. Beliau telah melaksanakan pembinaan “kompleks Rakan Muda” hampir di kesemua parlimen BN di negara kita. Apa yang menghairankan kita ialah, bukan selalu pun acara sukan itu diadakan sebenarnya. Cuma sekali sekala barulah digunakan Kompleks Rakan Muda itu. Namun dek kerana projek yang menelan belanja jutaan ringgit bagi mengisi perut pemimpin UMNO ini, maka ia dibina dengan begitu canggih sekali. Itu pun kononnya masih tidak memenuhi keperluan sukan rakyat setempat. Inilah yang sememangnya tidak masuk akal.
Apakah kewajaranya pula “Gelanggang Rakyat” pula ingin dibina di setiap DUN yang menggunakan wang rakyat itu. Sebaliknya yang lebih mengecewakan ialah projek itu hanya akan dibina di DUN yang diwakili oleh BN sahaja. DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat tidak diberi atas alasan rakyat menolak kerajaan dan mahukan pembangkang. Maka mereka tidak akan menerima kemudahan tersebut. Sungguh malang sekali nasib rakyat di kawasan terbabit, bila mempunyai pemimpin yang jumud seperti ini. Maka yang pasti akan mendapat keuntungan jutaan ringgit ialah pemimpin UMNO yang berselindung di sebalik pemaju projek berkenaan. Apa yang pasti sudah pastilah Ismail Sabri pasti akan memberi projek itu kepada Khairy nanti.

Maka semakin kembonglah perut anak muda ini mendapat habuan demi habuan lagi. Mana mungkin Ismail tidak mahu menurut kehendak Khairy yang telah menyelamatkanya dulu!.

Melihat kepada senario ini, jelaslah kepada kita KBS sebenarnya milik Khairy. Sebagai melaksanakan lagi agendanya maka terwujudlah idea untuk mengadakan sebuah radio khas untuk belia. Hairan sungguh, walhal radio yang sedia ada di negara kita ini sudah semestinya menjadi aspirasi belia. Bukankah majoriti pendengar radio adalah terdiri daripada golongan belia?. Mengapakah tidak diperbanyakkan lagi program yang menggalakkan pertumbuhan minda, kreativiti dan memperkukuhkan nilai murni serta jati diri golongan ini. Apa yang ada kebanyakkan stesyen radio hanya menggalakkan unsur-unsur hiburan semata-mata. Maka, adalah menjadi kewajaran untuk KBS memaksa atau menyeru pemilik radio sedia ada memperbanyakkan rancangan berkaitan belia. Tidak perlulah lagi untuk mewujudkan stesyen radio khas untuk belia. Sebab lama kelamaan fungsinya adalah sama iaitu hiburan, hiburan dan hiburan.
Apa yang jelas, sebenarnya radio belia yang dimaksudkan itu adalah radio Khairy untuk meneruskan agendanya dengan lebih mudah. Inilah yang berlaku sebenarnya. Maka itu usahlah si Ismail Sabri beriya-iya benar untuk itu. Beliau sebenarnya langsung tidak mempunyai kreadibiliti untuk menjadi menteri UMNO. Tambahan pula sebelum ini beliau juga ada kes khalwat di sebuah hotel di KL. Manakala anaknya sendiri terlibat dengan hiburan iaitu Dafi AF.

Ini bermakna sudah pastilah radio yang bakal diwujudkan itu juga nanti pasti berpaksikan hiburan semata-mata. Paling penting dan apa yag pastinya ialah Radio Belia itu juga adalah satu lagi projek Khairy di KBS !! [ Minyak: Bukan Salah Naik Harga, Tapi Salah Tipu Rakyat !! ]


Tindakan

Information

30 responses

10 06 2008
jaim

orang tua-tua ada berkias, ikan berenang dalam air sudah kenal jantan betinanya.

Begitu jugalah halnya dengan KJ ni. Sebaik-baik muncul sahaja watak KJ dalam scenario politik negara , bermacam-macam cerita mula kedengaran. Pada mulanya dianggap khabar angin, tetapi setelah apa yang berlaku hari ini, maka semakin jelaslah, satu persatu apa yang dikatakan semua itu hampir menunjukkan kebenarannya.

KJ bertuah kerana agendanya dibantu oleh pak mertua dan para opportunis dalam UMNO seperti Ismail Sabri yaakob.

Jika benar khabar-khabar angin yang mengatakan 42 wakil rakyat BN akan keluar BN jika Pak Lah di paksa berundur, maka benar jugalah khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa calon-calon BN dalam PRU12 ditentukan oleh KJ (walaupun PL sering menafikannya)

Saya rasa terkilan dengan cara perlantikan para menteri oleh PL (KJ in reality?) Sebagai contoh Ismail Sabri Yaakob Zahid si pema— Ibrahim dan Ahmad Saberi Chek. Entah dari bukit mana 3 ekor monyet ni turun tiba-tiba dilantik menteri. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah kenaikan pangkat para timbalan menteri yang lebih senior. Tidakkah ini ada AGENDA namanya

So kita rakyat Malaysia semua perlu berhati-hati dengan si budak jahat KJ ni. Hapuskan dan kejar dia hingga ke lubang cacing. Pastikan KJ and para tali baruahnya hapus dari UMNO.

Cita-cita KJ bukan nak jadi perdana menteri malaysia di usia 40 tahun tetapi lebih dahsyat lagi khabar-khabar angin yang mengatakan KJ mahu jadi Presiden Malaysia di Republik Malaysia paaada usia 40 tahun

RENUNG-RENUNGKANLAH RAKYAT MALAYSIA SEMUA!!!!!

10 06 2008
Affuan

er, sokong lah lagi. hehe.

10 06 2008
Nasron al-Jauhari

polis kata jangan…

10 06 2008
imam ugama hadhari

Semua ketua pemuda dan ketua UMNO bahagian dipelihara oleh KJ.

Projek gelanggang rakyat tu nak menambahkan lagi duit kat barua2 tu supaya sokang Pork Lah dan KJ pada perhimpunan UMNO nanti.

RAMAI NYA RAKYAT MALAYSIA BONGOK

10 06 2008
Sangat Sabar Orangnya

blog anti khairy tak serik juga ye?

Aku sumbat masuk dalam, nanti baru nyesal kau!

Anak bini, cucu ciciti, melutut minta ampun, minta simpati.

Ingatlah susah semasa senang, ingatlah meskin masa berada. Jangan takbur! Ingatlah cerita macam mana satu makhluk, akhirnya menjadi iblis!

Selwat kepada nabi banyak-banyak, siap-siaplah sebelum…..

10 06 2008
penyokong PR

tak sabar lagi nak tunggu sehingga 16 september.
en tah apa MP dari Sabah nak tunggu lagi ???
bila tak nak mereka lompat mereka lompat.
bila nak mereka lompat mereka tak nak lompat.
pelik lah orang Sabahan.

11 06 2008
HermanSamsudeen

Demo lagi:Ingat Minyak…..sekarang, kita jangan jadi hangat2 taik minyak….

Kepada sahabat2 yang begitu terasa dengan kenaikkan harga minyak ini, jangan duduk peluk tubuh sahaja..ayuh kita buktikan. Tak guna kita mengeluh bersendirian.

Ini adalah masalah satu negara, angkara BN yang durjana..ayuh kita bersama-sama, buktikan bahawa tindakan kerajaan BN ini salah dan ditoloak oleh rakyat. Ayuh turun berdemo sebelum minyak naik lebih tinggi lagi.

Jangan lupa janji kita 13 Jun 2008, selepas solat jumaat. Kita berarak dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.

Sebagai tanda soladariti dan kemarahan rakyat pakailah baju MERAH!…kenapa mesti MERAH…ya..MERAH itu lambang keberanian dan semangat yang membara….ia juga adalah lambang untuk menunjukkan ketegasan dan keseriusan kita dalam membatah kenaikkan harga minyak ini…

INGAT! MERAH itu bukan milik Umno…jangan lelong warna merah itu pada UMNO…MERAH itu adalah milik rakyat…Umno patut tukar warna rasmi parti mereka kepada warna yang lebih kusam…mereka tak layak pakai merah kerana mereka hingga kini masih takut untuk suarakan ketidakpuashatian rakyat atas tindakkan pemimpin mereka.

Jadi, jangan lupa…13 jun adalah hari rakyat merampas perjuangan tulen dari Umno..kita bersatu bangkit dengan jiwa yang merdeka untuk menunjukkan pada mereka bahawa rakyat tidak takut pada kerajaan Umno-BN lagi.

Selain dari Demontrasi ini juga, hari ini PAS Wilayah akan hantar satu surat bantahan kenaikkan harga minyak kepada PM pada jam 11 pagi di Perjabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Jam 2 petang pula, PAS Wilayah pula akan serah surat bantahan dan seruan agar pemimpin BN bertanggungjawab atas isu ini. Surat akan diserahkan pada sekretariat BN di PWTC. Bagi yang berminat, boleh berkumpul di Bus Stand depan The Mall jalan Putra.

Sebelum itu. Pemudawilayah juga telah lancar Kempen Kutipan tandatangan yang dirasmikan oleh Presiden 8 Jun lalu.

Dokumen memorandum boleh di download di sini. Bagi yang datang KL Jumaat ini, boleh datang terus ke pejabat YB. Titiwangsa di Kg. Baru bagi dapatkan salinan hardcopy secara percuma..

Diharapkan rakan-rakan dan seluruh rakyat dapat memberikan kerjasama dengan mengedar dan mengumpulkan tandatangan bagi menjayakan kempen ini khusus untuk mendesak Kerajaan Barisan Nasional tunduk pada tuntutan rakyat.

Bagi yang telah berjaya mengumpulkan senarai tandatangan, diharapkan dapat mengembalikan dokumen berkenaan kepada Sekretariat DPPWP sebelum 11 Julai 2008 (Jumaat) ke :

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
18-3 Tingkat 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
TelFax : (603) 40421559
Zulkarnain : 0193764089
Herman : 019-2168557
Blog : http://dppwp.wordpress.com
Email : pemudawilayah@gmail.com

Bagi mereka yang masih bersemangat meneruskan kempen bantahan…pemudawilayah juga menyediakan program Edaran risalah pada;

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 5 petang
Tempat : Pasar Malam Jalan TAR (Bermula di Hadapan Masjid India hingga Ke Pertama Kompleks.

Dan seterusnya pada malam itu satu ceramah akan diatadakan seperti maklumat berikut;

ceramah rakyat MEMBANTAH KENAIKKAN HARGA MINYAK

14 Jun 2008 (Sabtu)

9.00 malam

Pejabat Wakil Rakyat Titiwangsa, Kg. Baru

Speaker:

YB. Dr. Lo’Lo Hj. Mohd Ghazali
YB. Amiruddin Shaari
Ust. Idris Ahmad
Mohamed Hanipa Maidin

11 06 2008
rizal

apa la blog boleh kene hijack … lama jugak tak dapat masuk … ni aku dapat masuk pun sebab org yg hijack blog ko tu kasik link ke sini …

11 06 2008
penyokong PR

berharap semua yang membagi ulasan gunakanlah
bahasa malaysia yang betul dan tepat untuk
mengelakkan pencemaran bahasa. saya orang cina malaysia
amat mencintai bahasa melayu, bahasa yang
termudah sekali untuk di pelajari dan di kuasai
di dunia ini.
Terima kasih

11 06 2008
imam ugama hadhari

NEGARA TERMISKIN;

Nigeria rm 0.32 satu liter
Turkemnistan rm 0.25 satu liter
Venezuela rm 0.16 satu liter

MALAYSIA rm 2.70 satu liter ?????????

PUKIMAK PORK LAH MENIPU RAKYAT

11 06 2008
tapir ajaib

kalau korang nak tau, anak si ismail sabri tu (dafi AF5) gay. aku bukan nak mereka cerita. boypriend dia tu, kawan aku (pelakon lelaki yg sedang naik – impak maksima). mmg aku tau pelakon ni gay dah lama dah. dari zaman dia sekolah lagi. tapi tak sangka betul yg anak menteri ni pun gay jugak. maklumlah. nampak muka baik gila. kalau korang tak percaya cerita aku, pasang je spy. aku convince yg wartawan hiburan banyak dah tau. tapi memandangkan isu ni berkenaan dgn anak menteri, takde la berani diaorang nak hebohkan cerita ni. tambahan pulak, bapaknya kroni si KJ haram tu. lagi la tak berani..

12 06 2008
ANTI KJ

Helo sangat sabar orangnya yang bullshit…… ini negara bapak lu punya ka? Suka suka lu nak sumbat orang masuk dalam. Kalau nak sumbat, sumbat pak lah n kroni yang jual batu putih dan akan jual tanah malaya ni pada singapore. Kurang ajar punya manusia. Lu ngan pak lah memang sama kurang ajar. Jangan cerita bab agama kalau lu sendiri tak cermin diri. Tak payah nak nasihat owner blog ni, nasihat pak lah jangan jadi penipu rakyat. Dalamkan sikit nasihat agama tu pada pak lah suruh dia bertaubat duit dia makan satu keluarga sampai cucu cicit tu semua duit haram duit rakyat.

12 06 2008
Lady Bird

Kpd TAPIR AJAIB.
Ada jugak dgr cerita tntg DAFI tu jadi Gay. Tapi tak tau couple dgn siapa.
Pelakon lelaki yg maksudkan tu, AWAL ke?

Ish..ish… Dulu KBS diterajui oleh TOMBOY.
La ni pulak anak menteri pulak GAY.
cobaan……
cobaan……

12 06 2008
jemari2

Pasal lah sangat sabar orangnyer nak sumbat2 orang dalam penjara nie…kalau tak suka kat blog antiKHAIRY nie jangalah masuk, p la pat len buat menyemak jer kat sini, nak bagi komen yang tak membina langsung…kita kat sini nk menegakkan kebenaran mengenai KHAIRY tuh, nak selamatkan negara Malaysia,…pa daa….

12 06 2008
anti khairy

SANGAT SABAR ORANGNYA… INI JUAK2 KHAIRY CIBAI TAKPUN JUAK2 PAK PUKILAH!

12 06 2008
penyokong PR

sabar semua. hari yang di nantikan akan sampai juga.

12 06 2008
imam ugama hadhari

BRO, MANA CERITA BARU ?

12 06 2008
pelita88

INI RADIO BELIA, SAYA PUNYA IDEA. SAYA DAH LAMA BUAT PROPOSAL TAPI KERTAS KENA KEBAS, TERIMA KASIH PUN TAK ADA. ITU LAH DAH SESAL KAWAN DENGAN LANUN-LANUN IBU KOTA.

13 06 2008
Ransom

itulah …apa nak jadi dgn maniusia

13 06 2008
Ransom

test

14 06 2008
mannsgor

salam

antikhairy teruskan perjuangan anda untuk menyelamatkan kita semua dan jangan dilayan sangat sabar orangnya tu…dia dah kene beli…

15 06 2008
Piggy Singh

Saya ni memang anti Khairy dan konco-konconya, termasuk bapak mentua dia, abang ipar dia, kawan-kawan dia, sedara-mara dia dan sewaktu dengannya. Bila anti Khairy kena hijack saya memang menyirap gila, tapi yang herannya kenapa pula si hijacker keluarkan comment yang bagi link to the new anti khairy website? Boleh anak jati rembau tolong jawab?

21 06 2008
korkmu KJ

Takde sapa ke boleh jatuhkan KJ nie… jath lingkup kan dia… org camnie tak patut dibiarkan bermaharajalela…

23 06 2008
Encik Pokok

Sorry la kalo korang tak suka komen aku..

Cuma aku rasa KJ nie sorang yg sangat bijak (~lebih kurang Anwar jer kredibiliti dia) cuma dia nak naik cepat sgt & saluran yg dia guna tu kurang tepat.

Betol tak?

24 06 2008
AnakMinang

bijak palo ayah ang…..dio tu nak makan duik yo…kalu dah namo azazil tu…buek apo pun bondo jahek gak tak kemano pun….paklah ni plak dah ilang otak gak eh duk makan duik memulo dulu malu tapi skang ni dah sodap dok makan duik tak ingek la alal ko aram ko…cam anak aram jo paklah ni…..antek kelian anak banak…aden nak doa bondo tak bayik pun bukan buleh tapi kalu tak doa…..wa’ang mampuih la KJ woooooo sonang cito skit…..paklah kandiqqqqqqqqqqqqqqqq

19 07 2008
cikgukh

BLAH LA KO KHAIRY..MELUAT DH KAMI RAKYAT MALAYSIA TGK MUKA HG….ANANK HARAM KE APA DIA NE…

9 08 2008
kamerasulit

Bro,

Tak baik tau Bro cakap member saya teruk sekali macam tu.
Bro baik sangat ke?? Kalau Bro jadi menteri Bro tak bagi projek kat kawan-kawan Bro ke? Mustahil Bro tak bagi projek kat sedara mara. Bro pasti belum ada menantu. Maka Bro tak tahu macam mana rasa sayangnya Pak Mertua pada menantu. Sebab menantu masih simpan anak betina kita. Cuma kalau depan mata Pak Mertua menantu heret betina lain, maka bolehlah kita hot. Tapi kalau kita dapat menanti yang sayang anak kita dan lulusan luar negara pula.. tak ke bangga Pak Mertua.

So Bro, lu jangan le cakap my boss teruk sangat. Dia memang besar kat over sea, so tak kan nak buat perangai macam orang felda. Orang Felda ada yang lagi teruk beb.. hisap ganja. Member I tak hisap ganja.. dia hisap……. dan cigar. Itu hari gua tengok dia hisap cigar RM500 sebatang. Bro nak cakap apa… gua tengok Cigar tu dalam terletak tangah bibir dia macam gua tengok blue filem aje.

OK Bro.. Bro tunggu your turn. Ada peluang projek bro sapu mana yang dapat. Jangan Bro nak try jadi menantu PM, tak tahu bila. Tok Najib pun tak ada anak perempuan. Kalau ada pun anak tiri, tapi satu dah kena kebas.

Bro sabar dulu lah.. Ok.

3 09 2008
Pokok pinang

apalah menantu paklah ni. berlagak mcm malaysia ni bapak dia punya. tak pernah terjadi dalam sejarah melaysia anak menantu PM mcm kadok naik toncang mcm beruk ni..

13 10 2008
abang beca

gua x sokong umno sebab budak khairy ni la.pas dia blah gua sokong la blik umno

3 09 2009
pekidot

sian KJ tau
br nk naik kn name dia
kasi le dia can
tp nmpk cm over exited je barua 2
tu yg nyampah 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: