Menantu PM akan singkirkan Najib

28 06 2008

AKhir-akhir ini hampir semua media arus perdana membincangkan mengenai pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin (RPK) tentang kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Umum sudah mengetahui bahawa imej Timbalan Perdana Menteri semakin tercalar akibat daripada pengakuan bersumpah tersebut.

Pernahkah kita bertanya, mengapa Raja Petra begitu yakin?

Siapakah dibelakang beliau?

Daripada maklumat yang kami terima, ini adalah percaturan menantu PM dan rakan-rakan tingkat empatnya. Matlamat mereka mudah, singkirkan Najib Tun Razak sebelum pemilihan agong yang akan datang.

Disaat dan ketika ini, Khairy dan teman-temannya tergelak terbahak-bahak melihat Timbalan Perdana Menteri letih untuk menjawab soalan-soalan daripada media ketika berada dimana-mana majlis.

Ahli-ahli UMNO yang sayangkan parti jangan biarkan menantu terus mencaturkan parti untuk kepetingannya. Kita jangan lupa tentang hubungan menantu Pm dan Anwar Ibrahim. Beliaulah yang membekalkan maklumat-maklumat kepada parti-parti pembangkang untuk memburukkan imej Najib Tun Razak, anak bekas Perdana Menteri kedua Malaysia.

Anak Jati Rembau.