Menantu PM akan singkirkan Najib

28 06 2008

AKhir-akhir ini hampir semua media arus perdana membincangkan mengenai pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin (RPK) tentang kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Umum sudah mengetahui bahawa imej Timbalan Perdana Menteri semakin tercalar akibat daripada pengakuan bersumpah tersebut.

Pernahkah kita bertanya, mengapa Raja Petra begitu yakin?

Siapakah dibelakang beliau?

Daripada maklumat yang kami terima, ini adalah percaturan menantu PM dan rakan-rakan tingkat empatnya. Matlamat mereka mudah, singkirkan Najib Tun Razak sebelum pemilihan agong yang akan datang.

Disaat dan ketika ini, Khairy dan teman-temannya tergelak terbahak-bahak melihat Timbalan Perdana Menteri letih untuk menjawab soalan-soalan daripada media ketika berada dimana-mana majlis.

Ahli-ahli UMNO yang sayangkan parti jangan biarkan menantu terus mencaturkan parti untuk kepetingannya. Kita jangan lupa tentang hubungan menantu Pm dan Anwar Ibrahim. Beliaulah yang membekalkan maklumat-maklumat kepada parti-parti pembangkang untuk memburukkan imej Najib Tun Razak, anak bekas Perdana Menteri kedua Malaysia.

Anak Jati Rembau.


Tindakan

Information

34 responses

28 06 2008
chenoyye

Anti khairy,

Berasas ke tuduhan ini?Tapi dulu memang saya pernah dengar yang si Khairy ni pernah nak ‘tackle’ YB Nurul Izzah semasa Anwar masih jadi TPM.Tapi bila Anwar dalam ‘krisis’,dipecat sebagai TPM oleh PM semasa itu,dan penggantinya ialah AAB,maka rancangan Khairy bertukar hala kepada si Nori anak perempuan AAB ,yang akan menjadi PM selepas TDM berundur.Jadi logik juga kalau dia buat begitu sebab cita-cita nak jadi PM di usia muda tidak terhalang.

Harap-harap TIDAK!!

salam
chenoyye

28 06 2008
dr_butiq

ah kau kalau Khairi bagi duit berjuta kau pun lentok gak.kau tak dapat gi duit kau kutuk lah.perjuangan semua tu mengarut.duit semua boleh beli kat atas dunia ni terutama org2 mcm kau

28 06 2008
suraksakh

Satu lagi napolism yang berlaku dalam negara. Kita hairan masih ada orang yang menyebelahi menantu PM dengan menyebut “duit semua boleh beli kat dunia ni”, ini terbukti khairy membeli semua konconya dengan duit. Memang dajal sungguh perbuatan mereka ini. Dari mana Khairi dapat duit berjuta-juta sedangkan usianya baru menjangkau 30-an. Sebelum pak lah jadi PM tak nampak dia jutawan pun. Memang kita tidak perlu bising2 dengan keadaan sekarang, rakyat ada mata ada perasaan, kuasa di tangan rakyat. Tidak perlu ego dan tidak perlu melawan dengan duit, duit tidak semestinya dapat beli semua, kecuali KJ dan PM beli semua rakyat, tetapi bukan dengan rm50 satu undi, nilai rakyat pun seperti nilai KJ, PM jugak. Bukanya rakyat tidak suka BN, yang rakyat pangkah pembangkang tu bukannya mereka suka pembangkang, tetapi merekaa dah mual dan muak dengan apa yang PM dan menantunya buat. Tidak perlu marah kalau ramai yang mengutuk KJ dan PM, sebab mereka salah guna duit rakyat, memang mereka mampu bagi sesiapa saja duit berjuta sebab itu bukan duit mereka, itu duit rakyat.

28 06 2008
ketua imam hadhari

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LE….
SI LEMBUT TU DAH LAMA TUN SURUH LAWAN
PORK LAH DIA TAK BERANI….

28 06 2008
ketua imam hadhari

CUBA TANYA PORK LAH TENTANG ‘UGAMA’ YANG AHLINYA
KENA PERGI ‘SULUQ’ 7,14,44 HARI DISESUATU TEMPAT.

WIRIK DALAM KELAMBU KONON NYA KELAMBU IBARAT GUA
HIROQ.

KENA ‘ROBITHOH’ GURU (JELMAKAN WAJAH GURU) DAHULU
SEBELUM TAKBIR DAN NIAT SEMBAHYANG.

TARIKAT INI TAK BOLEH CERITA KAT ORANG, ‘RAHSIA’. KALAU
CERITA DIA AKAN JADI GILA DAN SEBAGAINYA.

KONON NYA HANYA AHLI TARIKAT INI SAJA LAH YANG AKAN MASUK SYURGA.

MACAM MACAM LAGI AMALAN YG PELIK PELIK DAN DAH
BERPULUH TAHUN DAN BERPULUH RIBU PENGIKUT NYA.

PORK LAH TAK TAHU……..?
YE KE……….?
SERUPAKAN……..?

KALAU BERANI PORK LAH ISTIHAR TARIKAT INI HARAM

29 06 2008
ataturk

kalu betul spt yg ditulis, cuba kita lihat plaak pd isteri tpm tu, aku rasa lah dia ni cukup bahaya orgnya, pertama sekali seorang perempuan melayu yg sanggup tinggalkan suaminya utk kahwin dgn menteri, kedua sanggup kata tak ngaku anak pd ketika anak perempuannya nak kahwin dgn fadzli (penyanyi)anak datuk yaakob ini jelas dia tak datang pd hari perkahwinan anaknya itu.

Jadi kemungkinan utk dia belot sekali lg pun tetap ada sebab sejarahnya mmg membuktikan sedemikian, pembelotan yg boleh dia lakukan adalah terhadap suaminya sekali lagi demi wang berbilion ringgit, sbb itulah tpm menerima hukum karma kerana menyiksa bekas isteri pertamanya dahulu dgn menuduh perempuan itu gila sedangkan perempuan itu tersiksa dek perbuatannya. tpm dikelilingi oleh manusia yg mempunyai peluang seluas-luasnya utk menjatuhkannya,sbb manusia2 ni berada dlm selimutnya sendiri.

Gimanapun ini hanya andaian shj.

29 06 2008
suraksakh

Sekiranya benar kata dr butiq, mengapa masih ada negara maju yang pentadbirannya jauh lebih bagus daripada Malaysia? Jangan ingat setiap orang dajal seperti Khairi dan AAB. Cuba fikirkan keringat rakyat yang menampung kemewahan si Khairi itu. Bukannya salah Khairi dan AAB melesapkan wang rakyat, tetapi jangan sampai rakyat nampak. Nak jadi penyangak biarlah profesional sikit. Jangan ingat rakyat yang miskin sahaja, rakyat yang lebih kaya daripada Khairy dan AAB pun masih berlambak. Cubalah suruh si Khairi tu hulurkan 10juta kepada mereka yang sedang cuba menjatuhkan kuasanya, kerana mereka yang berani dan berprinsip kukuh sememangnya lebih berada. Jangan sesekali menghina kemiskinan rakyat dengan wang haram. Mentaliti seperti anda inilah yang akan membawa negara kita ke lembah kebankrupsian. Kalau setiap manusia begitu keji dan sanggup menepikan amanah rakyat dengan menerima rasuah, apa akan terjadi sekiranya Warent buffet, Bill Gate, Geoge Soros, Lee Kah Sing atau sesiapa sahaja yang kaya di dunia ini membeli semua Perdana Menteri dan organisasi pentadbiran negara? Malaysia pun sekaligus akan mejadi milik peribadi mereka dan habislah Petronas dan minyak sawit kita jadi milik mereka. Sememangnya dengan kekayaan mereka itu dapat menguasai dunia. Fikirlah dengan ilmu.

29 06 2008
alexo

jangan ambil peduli apa dr_butiq cakap. Teruskan menulis. Bukan semua orang akan bersetuju dgn apa yang kita tulis.

29 06 2008
Meluat! sikit2 melayu ...

he he camtula perangai pemimpin melayu yang tak berpegang pada ISLAM. KEADILAN & UMNO sama saja, baik PAKLAH, NAJIB, KHAIRI & ANWAR sama saja ….. YANG BODO … rakyat jelata yang dok bagi mandat kat depa ….. HIDUP ISLAM !!

AKHIRAT nanti jom pakat melawat pemimpin2 malaysia yang korup kat dalam NERAKA …. untung2 bleh gak tengok FIRAUN yg ada bersama depa ……. ALLAHU AKBAR!!

29 06 2008
antimenantupm

betul ke mamat ni berpakat dgn RPK? kalau boleh berikan bukti yg sah bro! jgn main tuduh2! aku harap mamat ni tak akan capai apa yg dihajatkan…

30 06 2008
arbai

ANTI KHAIRY,

LU PIKIRLAH SENDIRII,
LAHNI BERITA ANWAR LAGI HEBAT..!!!
DAH SEPULUH TAHUN ANUNYA TAK PAKAI? BARU SEKARANG DAH NAK ON BALIKK?? BANYAK LAMA ANU TU BERTAHAN, IALAH BAYANGKAN SEPULUH TAHUN BUKAN NYA SATU HARI? KALU AKU PUNYA TU BUKAN 10 TAHUN.. LAHNIPUN SEKEJAP-SEKEJAP AJE NAK.. CEHH CERITA LAMA LAH TUU.. APA NAK FIKIRKAN? SEKARANG NI MKALUMAT PELAKON2 HEBAT KONPIRASI DSAI 10 TAHUN DULU DAH ADA DITANGANNYA TUNGGU UNTUK MELETUP JE TULAH PASAL 10 TAHUN MELIWAT BALIK?? ADA AKAI KAH KORANG???

ps* lepas ni jangan heran diorang angkat katil lak..TAPI CAMNELAK KES ADUAN RAJA PETRA? TU KES BERAT TU..ORANG BUNUH ORANG…

30 06 2008
lubang_rahsia

apasal website ni berat pada najib.. aku rasa dia tu pun sama jugak palat nya especially bini dia tu, so baguslah ada web ni & ada jugak web rpk.. kat sini bukak tembelang paklah and menantu kesayangan dia, rpk pulak bukak tembelang najib dan ayam serama dia, bila dua2 dah terbukak abih sampai telanjang bulat tak boleh nak tutup dah, dua2 boleh pelingkup abih so boleh lah kita pilih pemimpin baru yg lebih baik dari depa2 ni.. teruskanlah usaha tuan.. bagus bagus

30 06 2008
anti kerajaan 3 beranak

dr_butiq… kalo dah si KJ (kera jantan) bagi duit… amik je la. dah tentu itu duit kite (rakyat) bodo!! itu pun takleh pikir..

dasar gampang punya KJ!!!

30 06 2008
littlewonder

ni la die cth2 org yg memalukan bangsa melayu…n agama islam..
x paham betol..apsal la manusia ni tamak betol.
sume pasal kuase n duit..
jakun sgt ke jumpe duit byk2..ape yg bes sgt..
bes ke duit byk2..joli sane sini…tp hati x tenang..makin jauh dgn tuhan..
mmg aq x paham..
nak kaye raye kuasa besa…ikotla care yg betol x bole ke..
tamak sgt..sume mende nak express..ni la die melayu..
bile bangsa laen mengata..melatah..marah..
tp diorang ckp berdasar ape yg diorang tengok..
haishh..

bilelaa boleh aq tgk msia ni aman damai.

1 07 2008
Kerbaubalau

RPK begitu yakin membuat kenyataan bersumpah adalah kerana:-

1. Dia bersumpah bahawa ada orang MEMBERITAHUnya yang Rosmah dan mereka yang lain berada di lokasi pembunuhan.

2. Dia BUKAN bersumpah yang dia sendiri (RPK) melihat kejadian

3. Jadi sebab itu dia begitu yakin kerana dia (RPK) tidak boleh disabitkan kesalahan kerana dia bukan bersumpah melihat kejadian, sebaliknya dia bersumpah mendengar orang ke tiga berkata demikian.

4. Siapa orang ketiga sudah tidak penting samada benar-benar wujud atau sebaliknya.

5. RPK tidak pula bersumpah yang pihak ketiga itu benar2 wujud.

6. Sesiapa pun boleh membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka MENDENGAR seseorang mengatakan sesuatu.

7. Ini semua adalah sebahagian konspirasi pemimpin-pemimpin Melayu untuk menjatuhkan sesama Melayu, untuk kepentingan peribadi. Mereka ini terlampau taksub untuk jadi pemimpin sehingga sanggup memperbelakangkan bangsa, agama dan negara. Pergi jahanam dengan mereka-mereka ini!

1 07 2008
Pro KJ (masih tunggu $)

Saya berasa amat kecil hati kerana laman mengampu KJ iaitu prokhairy.com tidak lagi memberi kesempetan untuk mengampu menantu hikmat ini kerana komen sudah kena blok!
Ayoh kita pergi berdemo 5 hb Julai ini minta sedara Jinggo buka balik lamannya tu

2 07 2008
themalayhope

anti khairy, aku suka gambar monyet tu hahahahaha

2 07 2008
daela

erm…macam nk melompat bila dengar berita DSAI dituduh meliwat lagi..aku sokong kata2 arbai

2 07 2008
sumpittsauber

yg mampu aku buat hanyalah ketawa… itulah wajah dan rupa orang2 kita.. matang? jauh sekali
ahli2 politik kita miskin dengan isi ilmu.. masing2 cuma ingin memenuhkan tembolak masing2 dengan harta juta2.. tapi kemana? hidup manusia sehebat2 manusia pun dalam lingkungan 50 tahun.. after that dah tak ada gunanya.. just tengok je biarpun perempuan secantik mana didepan mata.. itulah yang mereka kejarkan.. begitu juga kuasa.. yang sukar untuk bernafaf sekarang ini adalah rakyat.. nak hidup perlu mengikat perut demi anak2 dan isteri demi semua nya… tapi apa mereka peduli? dan adakah mereka peduli.. sedang mereka semua ada driver masing2.. ada elaun masing2…

jadi dari kita persoalkan hidup mati politikus2 giler kita.. baik kita mencari tapak untuk kekalkan kuasa rakyat.. biar rakyat berjuang untuk rakyat… bukan untuk diri sendiri.. tapi mana nak cari eh???

2 07 2008
Pixxius

semua di sini ada matlamat yang sama. Mungkin ada antara kita yang mampu fikirkan sesuatu supaya rakyat dapat bertindak dalam membantu menyelamatkan negara ini. harap dapat senaraikan beberapa tindakan yang mampu dilakukan oleh setiap lapisan rakyat.

3 07 2008
Dally Eusoff

dr_butiq … mu jangan buat statement terbuka gitu. mu ingat orang skarang ini smeuanya dah hilang taqwa? Mu ingat semua org macam mu? Tunggu je duit datang nak isytihar sokong sapa or keje ngan sapa or bla bla bla. Jaga ckit bila buat statement.

3 07 2008
hassan

Hubungan dan Konspirasi Anwar-Najib -Malaysiakini
Sila layari http://www.keadilantruth.blogspot.com/
Nampaknya sejak laporan kes liwat Anwar Ibrahim dibuat 28 Jun lalu, bukan sahaja Anwar yang bersusah payah mempertahankan dirinya malah juga kini Najib dan Rosmah pula yang semakin tidak nyenyak tidur.
Pertembungan diantara Anwar-Najib untuk menjadi Perdana Menteri semakin hebat. Daripada maklumat yang diperolehi, pembantu kepada Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari telah ditangkap oleh polis dan dipaksa untuk membuat laporan polis terhadap Anwar di atas tuduhan liwat.
Krisis telah bermula. Najib yang semakin tersepit di atas pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin terpaksa menggunakan taktik kotor sebegini untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim.
Melihat kepada senario ini, ada pemerhati politik berpandangan bahawa isu liwat ini sebenarnya mempunyai serampang dua mata iaitu untuk menjatuhkan Anwar-Pembangkang dan Najib. Jika ramalan dan telahan ini betul bermakna ada pihak ketiga yang bermusuhan dengan kedua-dua mereka iaitu Anwar dan Najib yang mencari kesempatan untuk memburuk-burukkan pemimpin ini.
Logiknya ada apabila Anwar semakin hampir untuk merampas Putrajaya dan Najib dikatakan mungkin akan bertanding jawatan Presiden Umno. Maka dari teori ini anda mungkin boleh berfikir siapa di belakang isu ini ……….(untuk menambahkan koleksi orang-orang yang mungkin terlibat di belakang Saiful – sebelum ini orang tuduh Najib sekarang tambah seorang atau dua lagi )…SIAPAKAH ORANG ITU?
Penasihat PKR pernah mendakwa bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertemu Rosmah Mansor, selain rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof.
“Saiful Bukhari mempunyai hubungan yang rapat dengan Khairil Anas dan Najib. Beliau bertemu berulang kali dengan Khairil Anas dan Rosmah,” katanya. “Beliau bukan pegawai peribadi saya. Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan Najib.”
Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau akan mendedahkan bukti dakwaannya dalam masa terdekat.
Kesimpulan pada kenyataan Anwar telah membayangkan betapa beliau cemburu dengan pasangan gaynya Saiful Bukhari dan berkemungkinan berlakunya pertengkaran dan ugutan diantara mereka berdua hingga memaksa Saiful membongkar hubungan seks liwat mereka.
Perkara yang sama juga pernah terjadi di pejabat TPM di mana berlakunya pertengkaran diantara Khairil Anas dan Wan Shihab oleh kerana terlalu cemburu kepada Najib yang sering memihak kepada Kharil Anas.… Dahulunya mereka berdua ini dikatakan begitu intim dan rapat sebelum mereka berpecah kepada dua jabatan yang lain.
Di mana Khairil Anas kini menjaga Najib dan Wan Shihab pula menjaga Datin Rosmah.
Khairil Anas, Wan Shihab dan Saiful Bukhari adalah tergolong diantara anak-anak ikan Najib. Mereka mempunyai hubungan seperti pasangan kekasih. Bezanya mereka ini lelaki dan sukar untuk kita ramalkan.
Bukan Anwar sahaja yang begitu rakus dengan kaum lelaki, tetapi tidak kurang dengan Najib. Bezanya, Najib begitu pandai menyembunyikannya dan begitu berhati-hati menyembunyikan status sebenarnya.
Amat memalukan apabila Najib sanggup mengambil anak-anak ikannya bekerja di pejabat TPM. Khairil Anas yang berkhidmat di Uia sekarang bertugas sebagai penulis ucapan Najib pada bahagian dasar dan penyelidikan.
Anwar-Najib rupanya sama miskipun orang yang berlainan. Moral kedua mereka amat hancur. Selayaknya digelar pemimpin al-juburi. Mereka hanya tahu menggunakan keadaan untuk meneruskan hayat mereka samada dari segi kehidupan ataupun berpolitik. Sungguh hina dan tidak bermaruah.
Perkumpulan kesemua anak ikan yang ditempatkan sepejabat sebenarnya memudahkan Najib menyelia segala tindakan mereka. Jika mereka cuba untuk curang, maka senanglah Najib mengambil tindakan tatatertib sepertimana ‘tindakan wajib’ yang dilakukan oleh Anwar terhadap Saiful hinggakan Saiful sudah tidak tahan lagi diperlakukan.
Disebabkan itu jugalah Khairil Anas dan Wan Shahab tidak boleh ke mana-mana selain melekat bersama Najib. Dan Rosmah pula terpaksa mendiamkan diri kerana dia juga telah lama memasang angan-angan untuk menjadi “First Lady”.
Apa sudah jadi dengan Malaysia ini. Kenapa? Sudah tiada lagikah anak-anak muda yang ikhlas bekerja untuk membantu Najib mentadbir negara? Kenapa Najib sanggup mengambil mereka yang kurang akhlak bekerja dipejabat TPM semata-mata untuk memuaskan nafsunya.
Ramai lagi anak-anak muda yang mempunyai potensi besar yang boleh membantu Najib mentadbir negara ini. Sikap Najib memang begitu jijik sekali. Beliau tidak layak digelar pemimpin nombor dua negara apatah lagi hendak menerajui negara ini pada masa akan datang.
Majoriti ulama iaitu Malik, Abu Yusuf dan Muhammad (dua orang murid Abu Hanifah), Syaf`ie dan Ahmad mengatakan hukuman liwat ialah bunuh dan ia termasuk jenayah hudud (Dr. Ahmad Fathi Bahnasi, Madkhal al-Fiqh al-Jina’I al-Islami, m.s: 60).
Pertama, liwat sama hukumnya dengan berzina. Tetapi, dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina. Malah Rasulullah s.a.w melaknat golongan yang meliwat isteri melalui dubur.Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:”Sesiapa yang mendatangi wanita atau isteri melalui dubur (liwat) atau menemui tukang tilik lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kafir (tidak mengimani) risalah yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w.” – Hadis riwayat al-Darimi.Kedua, sesiapa yang melakukan maksiat berterusan digelar sebagai ahli fasiq sama ada dosa besar atau dosa kecil. Hakikatnya, tidak sah ahli fasiq mewalikan anak perempuannya. Namun, jika dia telah bertaubat pasti ALLAH menerima taubatnya kecuali syirik. Jika syirik, dia wajib melafazkan kembali
Kalimah syahadah kerana telah murtad.Firman ALLAH S.W.T:”Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan sesiapa yang mensyirikkan_NYA tetapi mengampuni dosa selain daripada itu.” – Surah al-Nisa”: 116.Ketiga, hukuman bagi perbuatan liwat sama ada peliwat atau mangsa liwat secara rela ada sedikit perbezaan dengan hukuman zina. Penzina

3 07 2008
1984

Pak Lah dan Khairy antara punca kekalahan BN di 5 negeri

3 07 2008
jendul

Betul ke orang2 keliling KJ dapat habuan yang banyak dan mewah walaupun umur masih muda? BPR tak siasat ke atau tak dibenarkan siasat? Peliklah…

3 07 2008
huha

The plan of operation
The main features of the Weishaupt plan of operation required his Illuminati to do the following things to help them to accomplish their purpose:
1. Monetary and sex bribery was to be used to obtain control of men already in high places in the various levels of all governments and other fields of endeavor. Once influential persons had fallen for the lies, deceits, and temptations of the Illuminati, they were to be held in bondage by application of political and other forms of blackmail, threats of financial ruin, public exposure, and physical harm, even death to themselves and loved members of their families.
2. The Illuminati who were on the faculty of colleges and universities were to cultivate students possessing exceptional mental ability and who belonged to well-bred families with international leanings, and recommend them for special training in Internationalism. Such training was to be provided by granting scholarships, like the Rhodes Scholarship, to those selected by the Illuminati. All such scholars were to be first persuaded and then convinced that men of special talent and brains had the right to rule those less gifted on the grounds that the masses do not know what is best for them physically, mentally, and spiritually.
3. All influential people who were trapped to come under the control of the Illuminati, plus the students who had been specially educated and trained, were to be used as agents and placed behind the scenes of all governments as experts and specialists. They would advise the top executives to adopt policies which would, in the long run, serve the secret plans of the Illuminati’s one world conspiracy, and bring about the destruction of the governments and religions they were elected or appointed to serve.
4. They were to obtain absolute control of the press so that all news and inforation could be slanted to convince the masses that a one world government is the only solution to our many and varied problems. They were also to own and control all the national radio and TV channels.
After reading these four points of strategy, we have to admit that our mass communications media is controlled at all levels, and that at all levels our governments are also infiltrated and controlled, just like Weishaupt had planned back in the 1700’s. Unfortunately, few people are aware of this fact, which is why they make little sense out of many of the world events that take place today.

No4 Same Dgn =KJ ??

Nie antara cara illuminati nak menguasai dunia..

Kalo KJ +Anwar dua Illumianati maka hancur lar MALAYSIA..

5 07 2008
rakyatbiasa

naper lama tak update ni… saya sentiasa mengikuti perkembangan dari web ni…

5 07 2008
pakpu

Zaman sekarang ni, macam-macam fitnah yang berlaku. Sampaikan aku sendirik pun jadi keliru, mana yang benar, mana yang salah.

Masing-masing sudah berani menabur fitnah, atas tujuan yang satu – merebut kuasa. Kalau beginilah caranya, tunggulah kemurkaan Allah dan kehancuran!

Aku setuju dengan saranan mufti supaya dua-dua tu bersumpah dengan menjunjung al-quran.

Kerajaan sekarang pulak porak peranda. Caca-marba!

7 07 2008
Ms.Anthrope

Khairy or not – kalau tuduhan RPK diwujudkan benar, our DPM patutlah disingkirkan. Aku bukan penyokong Khairy but I think all these accusations must be investigated thoroughly as a moral issue regardless of the political implications the truth may bear.

8 07 2008
iMan

APA PUNYA ANWAR LA TU! BARU KELUAR DARI PENJARA DAH TERSEBAR KES LIWAT DIA TU…LAMA DIA DOK TAHAN KAT PENJARA TU…DAH ADA BINI…PERGI BUAT DENHAN BINI LA…NAK MELIWAT NI KENAPA? BANGAN PUNYA ANWAR IBRAHIM…ANAK BINI DIA TU PUN MUKA TAK TAHU MALU…

13 07 2008
hazam08

aduh…..makin pening pulak senario politik yang berlaku sekarang ni…susah nak bezakan antara yang benar dan batil…jom kita pekena teh tarik

15 07 2008
Pengundi Senyap

AAB ke, KJ ke, NTR ke, RMH ke, MH ke, GP ke,DSAI ke, kaki tidur ke, kera ke, najis ke, dan ape ape ke ….. aku tak peduli…bagi aku dan rakyat kuasa beli kami telah berkurangan, gaji tak naik, harga barang dan minyak naik.

Kalau dulu RM100 bolih beli 10 barang sekarang hanya 5 barang shj. Besok tak tahu lagi…

Mari kita pikir pasal kita, kalau perlu kurang pakai kereta, kita pakai moto-basikal, atau pakai basikal. Kalau dulu makan nasi sapinggan 2x sahari sekarang kita makan 1x sahari. Bulan puasa dah dekat….eloklah mula dari sekarang.

Meh yg besar-besar tu…kalu ada lori ke bas ke buat macam kat Perancis mogok…jgn jalan saminggu..kita tengok macamana…KL & Malaysia ni.

29 07 2008
FATIMA AZAHRA

i MAN, isteri DSAI tu doktor pakar, bukanya bodoh tak de kelulusan. Dia lagi tahu siapa suaminya. Logik akal, nak tengok pribadi seseorang, tengok keluarganya. Keluarga Anwar keluarga yang soleh. Sejuk hati memandang. Mana ada anak menteri kat Malaysia ni macam anak Anwar? Bijak dan menutup aurat, bukannya terkinja-kinja kat disko macam anak beberapa menteri yang ku kenal.

24 08 2008
merinewboy

pening gak..tapi tak mustahil ada perancangan KJ & group. Tengok 12 jam sblm PRK PPauh.Tentu ada brita gempak keluar….

11 12 2008
abc

aku nk tempeleng khairy jamaludin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: