SURAT TERBUKA KEPADA DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI

5 06 2008

Tarikh : 25 Mac 2008

Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip

No KP : 660622-04-5355

No Ahli UMNO : 03468736

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Tertumpu Kepada Allah SWT, Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Ya Murakbalin (YMb) Abdullah Badawi,

Sukacita saya memaklumkan kepada YMb bahawa surat ini saya tulis secara terbuka kerana segala apa yang akan saya sampaikan di sini bukan lagi suatu rahsia, malah ianya sudah menjadi bualan umum di kalangan rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO di mana sahaja mereka berada.

Sebagai orang UMNO dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya memilih untuk berterus terang di dalam surat ini. Bukankah selama ini YMb pernah menjerit mencabar rakyat dengan menyatakan “beritahu saya perkara sebenar – tell me the truth”. Agaknya selama ini YMb sentiasa di beritahu perkara-perkara palsu sekadar penyedap telinga sahaja. Walaupun saya sedar pada hakikatnya – you cannot accept the truth – tetapi demi menyahut cabaran YMb dan dengan izin Allah, saya akan beritahu YMb perkara yang sebenarnya.

Baca baki entri ini »

Advertisement




Strategi Melawan Ezam Masuk UMNO

4 06 2008

Diambil dari sini.

Suatu berita SMS tergempar sudah masuk!

Dr Mahathir akan dijadikan Ketua Baru GERAK menggantikan Ezam Mohd Nor yang telah kembali menganggotai UMNO. Sebelum ini, Dr Mahathir telah berhenti keahliannya dari UMNO.

Kembalinya Ezam ke UMNO agak pelik. Dia boleh datang ke Parlimen untuk menyerahkan borang dan Pak Lah boleh terima begitu sahaja.

Tan Sri Mahyuddin tidak begitu selesa dan berkata Ezam adalah seorang yang mempunyai rekod dan tentu sekali memerlukan Majlis Tertinggi untuk meluluskan. Dato Najib datang terima borang, berkata, “Orang ramai boleh buat tafsiran” dan terus keluar.

Oleh kerana UMNO sudah macam bapak dan keluarga dia punya, maka Ezam yang pernah maki seranah UMNO disambut dengan penuh publisiti.

Baca baki entri ini »





Menantu PM kekal ahli parlimen Rembau

4 06 2008

Hari ini Mahkamah Tinggi Seremban menolak petisyen yang dikemukakan oleh Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard untuk mencabar keputusan pilihanraya di Rembau. Klik disini.

Satu keputusan yang menyedihkan buat rakyat Rembau. Segala bukti-bukti penipuan menantu PM yang cuba dikemukakan kepada mahkamah telah ditolak.

Menantu PM pasti akan terus rakus. Sedikit demi sedikit tanah Malaysia akan tergadai ke Singapura.

Ahli-ahli UMNO mesti melakukan sesuatu.

Sekat kemaraan menantu PM! Sekat agen Singapura ini! Sekat agen Israel ini!

Anak Jati Rembau





Penjelasan Blog Pengendali Blog Anti Khairy

3 06 2008

Kami telah membuat posting di ruangan komen blog Anti Khairy yang telah digodam oleh menantu PM itu dan konco-konconya. Mereka telah berjaya mendapat password kami dan telah membuang keseluruhan posting kami.

 

Oleh yang demikian, kami telah berpindah ke https://antikhairy.wordpress.com.

 

Kami akan membuktikan bahawa kamilah pengendali sebenar blog Anti Khairy . Kami akan terus menyerang menantu PM tersebut sehingga dia disingkirkan.

Anak Jati Rembau.