Ezam = Norza Zakaria = Wan Farid = Menantu PM

24 07 2008

Terbukti kemasukan Ezam kedalam UMNO langsung tidak membantu memperkuatkan UMNO. Malahan Ezam dilihat lebih banyak memberikan keutungan politik kepada Anwar Ibrahim daripada membantu memperkukuhkan UMNO.

Mengapa saya berkata begitu?

Setiap kali Ezam bersuara dalam isu liwat, sokongan terhadap Anwar akan bertambah. Kata-kata Ezam tidak dipercayai oleh rakyat. Ini adalah kerana Ezam pernah masuk penjara kerana mempertahankan Anwar daripada tuduhan liwat. Kini apabila beliau “turnover”, Ezam hanya dianggap sebagai orang yang telah dibeli dan kata-katanya tidak mempunyai kredibiliti.

Ezam juga tidak dilayani oleh Anwar, Azizah dan Azmin. Segala isu yang dibangkitkan oleh Ezam tidak mendapat sambutan daripada pemimpin tertinggi PKR. Kini beliau seolah-oleh seperti anjing yang menyalak dibukit.

Mengapa sekarang Ezam senyap dalam isu liwat Anwar?

Kerana dia telah disuruh DIAM oleh pimpinan tertinggi UMNO dalam isu liwat ini. Lebih banyak dia berbicara, lebih banyak keuntungan yang akan diperolehi oleh Anwar Ibrahim. Malahan kini telah timbul cakap-cakap dikalangan rakyat bahawa Ezam lah yang bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri.

Sebab itu Ezam disuruh diam. Kata-kata Ezam lebih banyak merosakkan daripada menguntungkan. Tak pasal-pasal Timbalan Perdana Menteri pula dituduh berkonspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Semua ini salah Ezam.

Siapa yang sebenarnya menaja kemasukan Ezam kedalam UMNO?

Mungkin ramai yang belum tahu, mungkin juga ramai yang dah tahu. Orang yang memulakan hubungan dengan Ezam tak lain tak bukan ialah ayam sabung menantu PM iaitu Dato’ Norza Zakaria. Melalui Norza, menantu PM memberikan wang agar Ezam membangunkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).

GERAK dijadikan landasan untuk Ezam menarik seramai mungkin penyokong PKR untuk bersama NGO itu. Apabila tiba masa sesuai, Ezam akan masuk UMNO bersama-sama dengan pengikutnya dalam GERAK. Akan tetapi, tidak begitu ramai yang menyertai Ezam kedalam UMNO. Cikgu Badrul orang yang selama ini rapat dengan Ezam tidak bersamnya ketika beliau masuk UMNO. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Farid Wan Ahmad yang juga proksi menantu PM dalam kabinet adalah diantara pemain-pemain utama kemasukkan Ezam kedalam UMNO. Dengan kerjasama Norza, Wan Farid telah membawa Ezam berjumpa dengan Pak Lah. Seperti biasa, menantu PM yang mendapat keuntungan besar apabila rebat diberikan oleh kerajaan melalui Pos Malaysia, yang mencaturkan gerakan ini. Beliau dan Norza bermain dibelakang tabir. Wan Farid menjadi frontline bersesuaian dengan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri.

Seperti biasa, Pak Lah yang tidak tahu apa-apa hanya bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh menantunya. Menantu PM meyakinkan bapa mertuanya bahawa Ezam boleh digunakan untuk menyerang saki-baki penyokong Dr. Mahathir didalam UMNO dan juga menyerang Anwar.

Sebab itu kita boleh lihat sekarang, Hishamuddin Tun Hussein menjadi “kecut telur”. Banyak fail rasuahnya berada ditangan Ezam. Pendek kata, jika Hisham bersuara, dia akan merengkok didalam penjara akibat daripada kes rasuah semasa beliau memimpin Kementerian Belia dan Sukan.

Benar Ezam telah menyebabkan Hishamuddin Tun Hussein bersama Pak Lah. Tetapi beliau masih lagi gagal untuk memecahkan kekuatan Anwar Ibrahim.

UMNO membelanjakan RM 5 juta untuk membawa Ezam kedalam UMNO. Akan tetapi, Ezam sedikitpun tidak menguntungkan UMNO. Malahan UMNO rugi kerana menerima Ezam. Ezam tidak memperkuatkan UMNO tetapi memberikan kekuatan yang luar biasa kepada boss lamanya.

Terbukti menantu PM, Wan Farid dan Norza Zakaria tersilap percaturan. RM 5 juta dihabiskan semata-mata untuk membawa masuk “sampah-sampah” seperti Ezam dan kawan-kawannya.

Bersambung.

 

Anak Jati Rembau