BERANIKAH EZAM CABAR ANWAR DI PERMATANG PAUH? ~ Ref Malaysiakini

1 08 2008

Mana perginya Ezam Mohd Nor, kalau sebelum lantang ingin mencabar Anwar di Kulim-Bandar Baharu mengapa beliau belum mengeluarkan kenyataan untuk mencabar Anwar di Permatang Pauh. Takut, gusar, kecut atau tidak berani?

Kalau sebelum ini Ezam begitu bersemangat untuk bertanding dengan Bekas Mentornya mengapa tidak di Permatang Pauh, mungkin nostalgia lama menghantui Ezam agaknya. Apa yang hendak ditakutkan Ezam ada Umno dibelakang yang sudah tentu akan menggunakan segala jentera kerajaan, duit rakyat, media massa dan SPR untuk berkempen menentang Anwar di Permatang Pauh.
Apa yang hendak digusarkan, BN boleh membeli undi pengundi mungkin dengan nilai ribuan ringgit. BN boleh mengugut mengundi supaya jangan mengundi Anwar. BN ada media untuk memfitnah Anwar dan Pakatan Rakyat. BN ada media untuk menayangkan rakaman Anwar menari, pengakuan Sukma dan Saiful bahawa mereka diliwat. BN ada SB-SB yang boleh memprovokasi rakyat untuk melakukan kekasaran kepada pengundi. BN ada seribu satu macam senjata sulit yang boleh digunakan. Apa yang Ezam takutkan.
Sudah pasti Pak Lah dan Najib akan menjadi ‘Santa Claus’ yang akan membahagi-bahagikan projek segera kepada pengundi Permatang Pauh seperti yang dilakukan pada setiap kali pilihanraya kecil.
Namun bukan mudah untuk Ezam dapat bertanding di Permatang Pauh. Imam Pencen Pirdaus Ismail(kaki sepak peti undi) sudah tentu ingin bertanding sekali lagi untuk menonjolkan diri sebagai ‘Giant Killer’ jika boleh dapat mengalahkan Anwar. Nampak kalau beliau bertanding sekali kemungkinan SPR terpaksa menyediakan lebih banyak peti undi takut-takut nanti Imam Pencen ini akan menyepak peti undi sampai pecah kerana kalah.
Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa PKR Selangor hari ini mencadangkan kepada Umno agar meletakkan bekas pemimpin kanan parti itu Mohamad Ezam Mohd Nor mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil kerusi Permatang Pauh.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Umno patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding berikutan kesediaannya bertanding menentang penasihat PKR itu di mana-mana kawasan parlimen, lapor Bernama.
“Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak,” kata Abdul Khalid, yang juga menteri besar Selangor, selepas majlis ramah mesra bersama media di Shah Alam hari ini.Minggu lepas, Anwar membayangkan akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Sewaktu dihubungi Malaysiakini awal minggu ini, Mohamad Ezam berkata beliau berharap dapat diberikan peluang mencabar bekas ketuanya itu di kerusi parlimen tersebut.
Dalam satu sidang media pada hari yang sama, bekas setiausaha politik Anwar dan ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan melahirkan hasratnya mencabar mantan bosnya di Bandar Tun Razak, kini disandang oleh Abdul Khalid.Anwar petang ini mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.
Dr Wan Azizah menguasainya selama lebih dua penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.Anwar kelmarin menyatakan kesediaannya bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu tetapi menukar keputusan itu memandangkan petisyen yang difailkan oleh calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzi dijangkan memakan masa.
Mengulas sama ada peluangnya terjejas dengan sisatan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, Anwar berkata:”Mereka memancing selama sebulan tetapi tidak mendapat seekor ikan pun. Mereka mungkin dapat buah kelapa dan sangkakan ikan.”




PKR: Biarkan Ezam cabar Anwar

1 08 2008

PKR Selangor hari ini mencadangkan kepada Umno agar meletakkan bekas pemimpin kanan parti itu Mohamad Ezam Mohd Nor mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Umno patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding berikutan kesediaannya bertanding menentang penasihat PKR itu di mana-mana kawasan parlimen, lapor Bernama.

“Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak,” kata Abdul Khalid, yang juga menteri besar Selangor, selepas majlis ramah mesra bersama media di Shah Alam hari ini.

Minggu lepas, Anwar membayangkan akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini awal minggu ini, Mohamad Ezam berkata beliau berharap dapat diberikan peluang mencabar bekas ketuanya itu di kerusi parlimen tersebut.

Dalam satu sidang media pada hari yang sama, bekas setiausaha politik Anwar dan ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan melahirkan hasratnya mencabar mantan bosnya di Bandar Tun Razak, kini disandang oleh Abdul Khalid.

Anwar petang ini mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

wan azizah resign permatang pauh by election for anwar 310708 06Dr Wan Azizah menguasainya selama lebih dua penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Anwar kelmarin menyatakan kesediaannya bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu tetapi menukar keputusan itu memandangkan petisyen yang difailkan oleh calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzi dijangkan memakan masa.

Mengulas sama ada peluangnya terjejas dengan sisatan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, Anwar berkata:

“Mereka memancing selama sebulan tetapi tidak mendapat seekor ikan pun. Mereka mungkin dapat buah kelapa dan sangkakan ikan.”