PKR: Biarkan Ezam cabar Anwar

1 08 2008

PKR Selangor hari ini mencadangkan kepada Umno agar meletakkan bekas pemimpin kanan parti itu Mohamad Ezam Mohd Nor mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Umno patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding berikutan kesediaannya bertanding menentang penasihat PKR itu di mana-mana kawasan parlimen, lapor Bernama.

“Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak,” kata Abdul Khalid, yang juga menteri besar Selangor, selepas majlis ramah mesra bersama media di Shah Alam hari ini.

Minggu lepas, Anwar membayangkan akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini awal minggu ini, Mohamad Ezam berkata beliau berharap dapat diberikan peluang mencabar bekas ketuanya itu di kerusi parlimen tersebut.

Dalam satu sidang media pada hari yang sama, bekas setiausaha politik Anwar dan ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan melahirkan hasratnya mencabar mantan bosnya di Bandar Tun Razak, kini disandang oleh Abdul Khalid.

Anwar petang ini mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

wan azizah resign permatang pauh by election for anwar 310708 06Dr Wan Azizah menguasainya selama lebih dua penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Anwar kelmarin menyatakan kesediaannya bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu tetapi menukar keputusan itu memandangkan petisyen yang difailkan oleh calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzi dijangkan memakan masa.

Mengulas sama ada peluangnya terjejas dengan sisatan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, Anwar berkata:

“Mereka memancing selama sebulan tetapi tidak mendapat seekor ikan pun. Mereka mungkin dapat buah kelapa dan sangkakan ikan.”


Tindakan

Information

3 responses

1 08 2008
robert13

Saya rasa PR dan BN pun sedang cemas dengan situasi yang mereka hadapi sendiri. PR berhadapan dengan kesangsian terhadap PAS untuk berunding dengan UMNO, manakala UMNO pula berhadapan dengan pengaruh DSAI di dalam menumbangkan parti dan kerajaan persekutuan tidak lama lagi.

UMNO tiada pilihan lain melainkan untuk menghantar peserta yang paling layak untuk bertanding dengan DSAI. Manakala DSAI pula semakin terdesak untuk mendapatkan kerusi jawatan memandangkan kes sodominya akan memberi impak yang kuat terhadap hidupnya.

Kenyataan Khalid yang mencadangkan UMNO untuk meletakkan Ezam sebagai calon untuk menentang DSAI menunjukkan mereka yakin bahawa Ezam akan kalah dalam bertanding nanti. Kalau tidak mustahil mereka akan memberi cadangan sedemikian.

Ezam yang merupakan ahli bekas PKR masih lagi boleh diragukan. Seandainya pada masa kini Ezam berpaling tadah pada UMNO dengan sengaja kalah di dalam bertanding nanti, maka sudah tentunya DSAI akan dapat kerusi di dalam parlimen, yang memberikannya peluang untuk merebut jawatan perdana menteri dan menumbangkan kerajaan persekutuan yang ada sekarang.

7 09 2008
kulitpisang

http://www.kulitpisang.com

Jika Azizah sekali yang mendedahkan – Anwar akan tentang

Jika Wan Azizah sekali yang bersumpah dan buat pendedahan kepada rakyat, Anwar pasti akan menafikan dan isterinya juga akan dijadikan musuh bersama-sama dengan sokongan penyokong fanatik PKR. Anwar akan lakukan apa saja untuk mencapai cita-cita politik Mat Jeninnya.

Bagi Anwar, apa saja yang boleh membawa beliau sebagai Perdana Menteri akan digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat dan nafsu beliau yang sedang membuak-buak yang telah disimpannya selama 10 tahun. Bangsa akan digadai dan agama akan dipersendakan, inikan isterinya. Anwar sanggup membuang semua kawan-kawan rapat yang telah berjuang untuk beliau ketika dipenjara dahulu jika mereka menghalang kehendak dan keinginan besar beliau.

Sesiapa sahaja yang akan menghalang beliau akan pasti ditentang dan akan menerima padah dari fitnah yang akan dilemparkan kepada sesiapa sahaja yang akan menjadi batu penghalang perjalanan beliau untuk mencapai cita-citanya. Bagi beliau Saiful adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukannya dan beliau hampir terjerat dan hampir saja mahu membuat pengakuan apabila ada kesilapan teknikal dimakahmah yang mendakwa beliau sebagai melakukan sex diluar tabie secara suka sama suka. Persoalan beliau mengenai kenapa hanya beliau sahaja yang dituduh hampir-hampir tercetus pengakuan Anwar mengenai kes aduan liwat berkenaan.

Anwar tidak mungkin akan bersumpah kerana tahu sumpahan itu akan melaknati dirinya, menangis airmata darah sekalipun beliau tidak akan melakukannya. Ketua Dewan pemuda Pas Sallehen Mukhyi meminta Anwar Ibrahim untuk bersumpah dan berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga. Kita mungkin sudah dapat mengagak apa sebabnya. Anwar enggan bersumpah, tapi bagi penyokong Anwar yang bagaikan disihir tidak akan mempercayai apa yang telah berlaku kerana sokongan mereka kepada Anwar tidak ada hadnya.

Anwar menggunakan kaedah menyerang kembali lawan yang mencabar beliau untuk bersumpah. Hari ini Anwar telah mengugut Timbalan Perdana Menteri dengan Isu Port Dickson, seperti biasa isu yang akan direka tanpa bukti. Jika Anwar mahu dedahkan, dedahkanlah, Najib pernah difitnah oleh Anwar lebih dari ini.

Bagi mengelakkan diri dari terus ditekan supaya besumpah, Anwar telah mencari pertolongan dari luar dengan membawa Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid didatangkan khas dari Indonesia untuk bantu kempen bagi pihak Anwar. Walau apa pun motif diterbangkan Gus Dus dari Indonesia ke Malaysia, dalam musim pilihanraya Permatang Pauh ini, ia tetap dilabel sebagai ‘pertolongan kempen dari luar’.

Rakyat Malaysia akan bertanya kenapa perlu diterbangkan ‘ulama’ luar kalau semata-mata untuk membersihkan ‘isu liwat Anwar’, seolah-olah memperlekehkan ulama-ulama dalam negara dalam menangani isu berkenaan. Melainkan Mufti Perlis, Saiful juga telah membuktikan bahawa ulama politik di Malaysia juga mementingkan kuasa dan seolah-olah ditipu juga oleh Anwar Ibrahim, mereka lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Tidak dipastikan apakah maksud berdiam diri ulama-ulama Malaysia.

Turut mengulas juga Ustaz Haji Hadi Awang, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Haron Din, tetapi mereka tidak mempertikaikan tentang kesahihan lafaz sumpah, sebaliknya pertikaikan soal aspek teknikal sahaja. Namun begitu, kenyataan mereka turut ditafsirkan sebagai berpolitik kerana mereka adalah pemegang jawatan utama dalam politik PAS. Bermakna kebergantungan Anwar untuk membersihkan diri daripada isu liwat semata-mata bersandar kepada ‘ulama’ politik luar. Gus Dur tidak mampu mengubah apa-apa tanggapan rakyat Malaysia terhadap Anwar.

Anwar sepatutntya tidak perlu menjemput Gus Dur datang ke Malaysia, Gus Dur tak ‘nampak’ apa yang berlaku di Malaysia, Gus Dur juga tidak nampak apa yang ada dihadapan beliau, lebih baik Anwar sendiri pilih mana-mana masjid atau mana ceramah di Permatang Pauh, lafaz “Wallahi

30 05 2010
um

biarkan la dah rezeki kj nak jadi tm…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: