Najib harus biarkan Permatang Pauh dan fokus untuk dapatkan pencalonan tanding Presiden

4 08 2008

Semalam Pak Lah turun ke Permatang Pauh. Dia bawa sekali kawan baik menantunya, Ezam Mohd Noor yang suka mencabar dan bersumpah itu.

Nampak gayanya, Ezam lah yang akan jadi calon pilihan bapa mertua Khairy itu walaupun UMNO Permatang Pauh ada calon pilihan mereka.

Tak mengapalah…. Mungkin Permatang Pauh penting bagi Pak Lah dan menantunya. Maklumlah, negeri Perdana Menteri itu telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dulu waktu kempen PRU 12 tu, dengar sangat cakap menantu. Sibuk datang Kelantan. Akhirnya apa sudah jadi? Jatub tersungkur kubu-kubu kuat UMNO di Selangor, Perak, Kedah dan juga negeri Pak Lah sendiri di Pulau Pinang.

Maklumlah, menantunya kan bijak pandai. Lulusan luar negeri.

Dalam UMNO sekarang, hanya tinggal Najib sahaja yang boleh mencabar Pak Lah. Najib hanya perlu berani sedikit lagi. Sokongan UMNO ada pada Najib dan bukan pada Pak Lah dan menantunya. Pelan peralihan kuasa pada 2010 adalah satu penipuan besar.

Najib harus lawan Pak Lah.

Biarkan Pak Lah, menantu dan Ezam sibuk di Permatang Pauh. Najib dan penyokong harus pusing keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO yang akan memberinya tiket untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Biarkan pertarungan Pak Lah dan Anwar di Permatang Pauh. Lagipun Permatang pauh adalah negeri Pak Lah dan Anwar. Najib tidak perlu sibuk-sibuk.

Tanpa sokongan UMNO Pulau Pinang sekalipun, Najib mampu untuk mendapatkan pencalonan yang cukup.

Muhyiddin Yassin adalah orang yang terbaik untuk dijadikan regu Najib. Dengan adanya Muhyiddin, seluruh negeri Johor akan memberikan sokongan kepada Najib.

Biarkan Pak Lah, menantu dan Ezam buang masa di Permatang Pauh.

Najib harus fokus untuk dapatkan pencalonan bagi menyingkirkan Pak Lah dan menantunya dari UMNO!!!

Anak Jati Rembau.