Pendedahan komplot politik Umno di sebalik tuduhan terhadap Anwar

12 08 2008

Mohd Rashidi Hassan

Tue | Aug 12, 08 | 5:14:35 pm MYT

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulangi beberapa kali peringatan terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang didakwanya secara cuai terbabit dalam konspirasi mengenakan tuduhan liwat ke atas beliau.<!–

Iklan

–>

Kata Anwar, PM secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan karier politik beliau.

“Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang,” ujarnya.

Sebelum ini Ketua Umum KeADILan itu sering mengelak untuk bertembung dengan PM. Kelihatan jelas beliau hanya menumpukan serangan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang didakwanya terbabit dalam pelbagai kes berkaitan rasuah.

Sehingga timbul suatu persepsi di kalangan rakyat, bahawa seolah-olahnya tercetusnya konflik peribadi Anwar-Najib. Anwar menuduh Najib terbabit dalam kes Altantuya Shaariibuu, manakala Najib mengaitkan Anwar dengan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Mengapa berlaku sebaliknya? Anwar kini dengan nada yang tegas memberikan peringatan seumpama itu terhadap Abdullah?

Ada sumber mendakwa sewaktu kes pertama yang mendakwa Anwar dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdullah adalah antara yang disebut-sebut terbabit.

Ketika itu, selain Tun Dr Mahathir Mohamad, antara yang didakwa terbabit sebagai konspirator utama yang terbabit dalam ‘mengenakan’ Anwar adalah Tun Daim Zainuddin, Dato’ Aziz Shamsuddin, Dato’ Tengku Adnan Tengku Mansor, Dato’ Megat Junid Megat Ayob, Dato’ Seri Sanusi Junid dan beberapa orang lain.

Sewaktu Mahathir memecat Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998, Abdullah ketika itu menjadi Menteri Luar yang berada di Amerika Syarikat.

Selepas Mahathir memecat Anwar, Abdullah adalah antara individu yang pertama membuat kenyataan dari luar negara, menyokong pemecatan Anwar.

Sehingga ada yang sumber yang mengatakan, Mahathir melantik Abdullah menjadi penggantinya, ‘sebagai hadiah’ daripada kesetiaan yang tidak berbelah bahaginya kepada Mahathir, khususnya dalam kes Anwar.

Pada ketika itu, walaupun Najib menjadi Naib Presiden yang paling kanan, namun beliau tidak dilantik. Barangkali bukan kerana beliau lebih muda daripada Abdullah, tetapi Najib kelihatannya lebih berhati-hati untuk ‘mengiyakan’ serangan Mahathir terhadap Anwar berbanding Abdullah.

Justeru ada yang berpendapat, Abdullah Badawi sejak awal-awal lagi (sejak sebelum 1998) sudah ‘establish’ dengan grup yang mempercayai Anwar terbabit dengan salahlaku liwat.

Maka tidak hairan kali ini, ada yang mendakwa beliau terbabit dalam ‘second accusation’ terhadap Anwar.

Apakah Abdullah benar-benar terbabit, terserah kepada pihak berkenaan membuktikannya.

Apakah Abdullah sahaja yang terbabit? Apakah mungkin menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas orang kanan Anwar, Mohamed Ezam Md Nor turut menjadi pelakon utama sandiwara terbaru ini?

Cara pembikinan dakwaan pertuduhan liwat ke atas Anwar

Menurut sumber beberapa bulan sebelum pilihan raya umum, dalam satu mesyuarat Gerak, pengerusinya Ezam ada membayangkan bahawa bekas bosnya, Anwar Ibrahim akan terbabit dengan satu lagi kes liwat.

“Waktu itu Ezam membayangkan nama lain (enggan disebut) sebagai pelakon utama yang akan terbabit dengan Anwar, tetapi alih-alih nama Saiful pula timbul.

“Watak-watak dan nama yang disebutkan Ezam waktu itu berbeza dengan watak yang berlaku, tetapi jalan cerita atau plot dramanya sama,” kata sumber berkenaan.

Persoalannya bagaimana nama Saiful boleh timbul dalam kes ini. Menurut cerita kawan-kawan yang bertugas di pejabat Anwar, sejurus sebelum pilihan raya Saiful dibawa bertugas di pejabat tersebut oleh seorang bekas staf yang bernama Rahimi.

Rahimi dikenali amat rapat dengan Ezam. Pada waktu itu Ezam sudah lama keluar daripada KeADILan dan sering membuat berbagai kenyataan mengkritik KeADILan dan Anwar sendiri.

Namun, semua mereka menerima kehadiran Saiful dengan sangka baik, dalam keadaan Anwar kekurangan staf kerana kesibukan masing-masing berhadapan dengan pilihan raya umum.

Maka, bermula sebagai tugasan sukarelawan, sebagai ‘pembancuh kopi’ sehingga kepada tugasan mencatat beberapa perundingan dan perbincangan Anwar dengan pihak-pihak tertentu, Saiful turut terbabit.

Namun, apabila timbul kes yang didakwa Saiful bahawa beliau diliwat Anwar. Semua staf-staf Anwar terkejut dengan dakwaan beliau.

“Sehari sebelum Saiful hilang (difahamkan tiga hari sebelum membuat laporan polis), beliau berbual-bual dengan kami tanpa menunjukkan sebarang apa-apa yang pelik berlaku.

“Beliau menyapa kami, siap dengan senyuman lagi, tetapi apabila tuduhan ini dibuat ke atas bos (Anwar), kami amat terkejut,” kata seorang staf Anwar.

Ada sumber yang rapat memberitahu Saiful dibawa untuk mendapatkan ‘rawatan akibat diliwat’ ke Pusrawi oleh Rahimi dan seorang rakan Ezam (namanya akan didedahkan kemudian).

Mereka juga dikatakan membawa Saiful ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas gagal mendapatkan ‘laporan yang memuaskan’.

“Yang sahihnya Saiful berjumpa dengan Ezam, sehari sebelum Saiful membuat laporan polis ke atas Anwar. Rakan-rakan lain juga ada, mereka tidak dibenarkan menyertai perbincangan empat mata antara Ezam dengan Saiful,” dakwa satu sumber lain.

Daripada keterangan-keterangan yang diperolehi secara berasingan melalui staf Anwar dan rakan-rakan dalam KeADILan, dapat digambarkan secara jelas bahawa, kemungkinan Ezam terbabit dalam komplot bagi merencanakan pertuduhan ke atas Anwar amat besar.

Jadi bagaimana pula Abdullah dan Khairy turut dibabitkan sama dan adakah Najib benar-benar terbabit dalam komplot ini.

Peranan Ezam-Khairy untuk mengenakan Najib?

Umum mengetahui Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan berkawan rapat dengan kroni utama Khairy, Dato’ Norza Zakaria yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Kemasukan dalam Umno Ezam tidak ada kena mengena dengan Najib. Tetapi mengapa Najib terheret dalam kes ini?

Jika Ezam memasuk Umno melalui Khairy dan menghantar borang terus kepada Abdullah di Parlimen, mengapa pula dalam kes Saiful ini, Ezam menyuruh Saiful menemui Najib?

Daripada ‘appointment’ yang disetkan oleh Ezam untuk Saiful berjumpa Najib. Najib mendengar aduan Saiful. Melalui kenyataannya Najib mengakui bahawa Saiful ada berjumpa dengannya.

Persoalannya mengapa Saiful tidak dibawa Ezam untuk mengadu terus kepada Abdullah? Atau siapakah yang menyuruh Ezam mendapatkan ‘appointment’ dengan Najib? Apakah dalam plot ini, Khairy turut terbabit untuk ‘mengenakan’ Najib?

Hasil daripada ‘appointment’ yang disetkan Ezam tersebut, Najib tersepit dan dibelasah kiri dan kanan oleh Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ada kawan-kawan media yang rapat dengan orang-orang Umno berkata, jika Najib tidak menemui Saiful (dalam ‘appointment’ yang disetkan oleh Ezam), Najib boleh ‘mencuci tangan’ dan beliau tidak perlu hendak ‘pening kepala’ dengan tekanan Anwar.

Dan, jika Khairy terbabit dalam kes ini, plot drama menjadi lebih besar. Ianya bukan sekadar pertuduhan liwat ke atas Anwar, malah ianya mengheret kepada ‘game’ pemilihan dalam pucuk pimpinan Umno menjelang Disember depan.

Semua plot-plot cerita ini menggambarkan wujud ‘permainan’ besar politik. Dan apabila Ezam yang memulakan langkah ini, apakah tidak mustahil ada ‘tangan-tangan’ utama yang mencatur ‘permainan’ ini.

Bagi orang-orang Umno, mereka mengesyaki ‘tangan’ utama yang memainkan peranan untuk mempertahankan kedudukan Abdullah, ‘menghapuskan’ Anwar dan menghalang kemaaran Najib, tidak lain tidak bukan adalah Khairy dan Norza.

Apakah Khairy dan juak-juaknya mampu melakukan tindakan politik seperti perumpamaan Inggeris ‘killing two birds with stone’?

Persoalan di sebalik hubungan Ezam-Khairy-Norza

Apakah sekarang ini Ezam turut sama terbabit menjadi pelakon utama yang turut sama terbabit dalam percaturan politik dalaman Umno?

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Ezam, jelas bahawa bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan itu mendapat pembiayaan daripada Khairy dan Norza melalui Gerak.

Ada sebahagian kenalan penulis, yang juga merupakan kroni-kroni rapat Ezam mengakui mendapat ‘laba’ yang besar daripada peruntukan yang diperolehi Ezam.

Ada yang bercerita dengan kawan-kawan, mereka hanya mendapat ‘kuah’ daripada ‘setalam lauk’ yang diterima oleh Ezam. Kuah-kuah pun nilaiannya ratusan ribu ringgit, sehingga ada yang membeli kereta baru secara ‘cash’, membeli rumah dan membuat ‘renovation’ yang mahal harganya.

Jika ‘kuahpun’ nilaiannya ratusan ribu ringgit, tidakkah Ezam yang menerima ‘setalam lauk’ boleh diumpamakan menerima jutaan ringgit daripada pihak-pihak berkenaan.

Itu pun ada yang mendakwa, ketika ditanya kepada Ezam adakah itu sahaja (ratusan RM) upah yang diterima oleh beberapa individu tertentu, Ezam dilaporkan sebagai berkata, “….tunggu dulu, ini baru masuk sikit, ada lagi nak masuk.”

Selain daripada itu sumber yang rapat dengan Ezam memberitahu, selepas Ezam memasuki Umno dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Gerak, beliau digantikan oleh Mohd Nazri Yunus.

“Kalau saudara hendak tahu, Nazri ini adalah staf Inska, sebuah institut pemikiran yang dibiayai sepenuhnya oleh Norza,” dakwa seorang sumber.

Jika semua dakwaan ini betul, wah hebat betul permainan politik yang dimainkan oleh Khairy, Norza dan Ezam.

Sejauhmana dakwaan ini betul, penulis tidak dapat mempastikannya. Penulis hanya membuat analisis daripada sumber cerita daripada individu-individu berasingan, yang ditemui secara berasingan, lalu digabungjalin menjadi sebuah teori yang ada rasionalnya.

Rumusan daripada ‘permainan politik ini’ kes liwat ini sebenarnya sudah menjadi lebih besar. Bukan setakat tuduhan terhadap Anwar. Ianya mengheret kepada ‘triangle battle’ antara Abdullah – Anwar – Najib.

Sama ada Abdullah sedar tentang ‘game’ ini tidak penting. Tidak ada bezanya jika ianya membabitkan Khairy.

Namun apapun yang berlaku ketika ini, sama sekali tidak akan menjejaskan peluang Anwar untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Masalah yang lebih besar dihadapi Barisan Nasional dan Umno selain daripada menghadapi Anwar ialah kecamukan politik dalaman.

Sama ada Abdullah dapat bertahan sehingga Jun 2010, sama ada Najib dapat menjadi PM sebelum itu, atau mungkin juga Anwar dapat membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya dicongkak dengan langkah yang amat berhati-hati dan kritikal. – mks. _


Tindakan

Information

31 responses

13 08 2008
wengerkhairy

Ini nampak macam artikel yang dicetak rompak, dah berkali kali cerita ini dikitar semula. Cubalah reka cerita baru, saya rasa memang susah nanti menjadi anti Khairy kerana tak banyak idea, Khairy kan pemimpin yang hebat dan strategis yang begitu genius. So join my Pro Pro Khairy Pak Lah kempen di kepulauan padedoh.
Hidup KJ! Hidup Ezam (jikalau dia ditaja oleh KJ), Hidup Pak Lah!

13 08 2008
infogue

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/pendedahan_komplot_politik_umno_di_sebalik_tuduhan_terhadap_anwar

promosikan artikel anda di http://www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

14 08 2008
Meluat! sikit2 melayu ...

Ini lah crita manusia akhir zaman … benar atau tidak itu bukan persoalannya .. tapi itulah hakikatnya bila tidak berpegang pada ajaran ISLAM. PAKLAH tu pun sembang ja ISLAM H** tapi bini sendiri pun tak reti nak pakai tudung .. hampeh. Najib ? bini lagila cam opera cina. Apa ada pada melayu … title melayu ka yang nak tolong kita kat akhirat nanti.

Yang peliknya masyarakat melayu sekarang ni dok sayang sangat UMNO pasai apa? kononnya membela nasib melayu … betuika? Islam tak tang mana? Takpa la noo depa ingat depa buat naya kat orang tu sempat nak tobat …. takpa kita tunggu dan lihat siapa yg kena? aku dok doa ja, sapa yg zalim terima azab sensara kat dunia ni tak kira la siapapun dari PKR, UMNO atau PAS sekalipun. Biar jadi cam KAMAL ANTARTUK, tak dterima bumi sampai la … manusia zalim.

15 08 2008
somchai

INTERESTING….., ramai sudah mentelaah teori yang ada rasionalnya.

15 08 2008
jack loqman

hahaha kau orang ni semua kena dipermain kan….. yang untung orang politik so buat apa kita nak bergaduh… lebih baik kita bangun kan ekonomi orang islam… supaya lebih dihormati oleh masyarakat islam… bersatu lah wahai teman2 ku….. mereka ada agenda mereka… agenda kita satu je… untuk meningkat kan ekonomi kita haruslah bersatu…….

15 08 2008
15 08 2008
siddiq azani
15 08 2008
siddiq azani
17 08 2008
wengerkhairy

Saya nak mengucapkan sokongan yang tak berbelah bagi kepada Sedara Ezam yang baanyak berjasa di permatang pauuuuh.

Saya juga nak menakluk blog ini seperti singapura telah menakluk PBP. Setelah ditakluk, blog ini akan direnamakan sebagai

antiantikhairy.wordpress.com iaitu anak syarikat kepada padedoh.wordpress.com

Terima kasih
Wenger Khairy

18 08 2008
Meluat! sikit2 melayu ...

uii awat lambat sangat update nih …. asyik dok tapis ja nih. ni yg maleh nak visit blog nih. ok cau

18 08 2008
19 08 2008
anonymous

bodoh la ko ni wengerkhairy…khairy tu agen yahudi la.takkan ko tak tau lagi.dpt masuk univ kat uk dulu pun sebab yahudi yg bawa masuk.ko ni ketinggalan zaman la.

19 08 2008
bangsa Cina Malaysia

Asalamualaikum

the chinese are 100% solidly supporting DSAI to be the next PM of Malaysia.

to my malay and indian friends
come let us together show and prove our solidarity and rally
behind DSAI.

forget about saiful sinful or whatever fool .

Alhamdulilah everything went smoothly during nomination day.

just go all out and vote DSAI for he will not only be our MP but also our next PM for all Malaysian.

long live DSAI and may god bless you and your family.

Ameen

20 08 2008
Tok Uban

Beberapa soalan kepada penulis…
Pernahkah anda berjumpa dengan saudara Khairy?
Adakah anti khairy ini berdasarkan pengalaman & pemerhatian peribadi saudara penulis?

Kerana sekiranya ingin menulis blog anti seseorang berdasarkan gossip yang di dengar di sana sini, saya sendiri boleh menulis blog mengenainya, tetapi adakah blog itu akan mempunyai kredibiliti?

Saya sendiri seorang researcher.. 1 tahun masa saya ambil untuk mendekati kumpulan Khairy tanpa mereka sedari niat sebenar saya…sehingga kini saya boleh katakan yang saya tahu luar dan dalam saudara khairy.

Saya akui ada kebaikan dan ada kelemahan yang nyata dengan saudara khairy ini. Saya tahu kerana boleh di katakan saya tahu pergerakannya 24jam sehari. Apa programnya dan apa aktiviti sosialnya semuanya saya tahu.

Saya ingin tekankan di sini bukan saya anti kepada saudara penulis, tetapi ingin membetulkan fakta yang tidak benar.

Kenyataan penulis berkenaan pengelibatan Khairy dengan kemasukan Ezam adalah 100% tidak benar. Ini saya yakin 100% kerana khairy pun secara peribadi agak sangsi dengan kemasukan ezam.

Dan Norza kroni utama Khairy itu memang mengarut… sekiranya anda membuat research, anda akan tahu Norza itu tidak pernah berkroni dengan Khairy… Buatla kajian sikit kalau ya pun nak tulis blog berkenaan seseorang..
bukannya susah, join bebudak umno wilayah.. buat soalan dan survey dengan beberapa orang kuat norza…saya amat pasti yang u akan dapat tahu bahawa kenyataan anda di atas adalah 100% tidak benar..

My advise to penulis.. tolonglah buat research sikit.. kalau ye pun berminat untuk menjadi blogers…

Kekadang saya terpikir apa sebenarnya punca u wujudkan blog anti kj ni. Kalau setakat untuk mengiya dan mengolah gossip di internet.. saya rasa anda tidak layak untuk menguruskan blog ini… saya cabar saudara penulis untuk buat research dan kajian mendalam… pergi cari bahan secara peribadi…jangan dengar gossip orang…selam sendiri dan cari bahan sendiri…saya pasti blog saudara yang akan datang bukanlah anti kj tetapi anti DSAI… percayalah

21 08 2008
anti kerajaan 3 beranak

KJ ni licik.. sbb tu susah nak dapat info pasal dia. Tapi itu tak jadi masalah.. Allah maha mengetahui. kebenaran pasti akan datang… percayalah!!!

24 08 2008
Babi KJ

FFFFuuuucccckkkkk khairi Jamaluddin

25 08 2008
adek

kalau mereka itu mengaku yg mereka orang islam dan percaya kpd ALLAH jd masing2 bersumpahlah…habis cerita!!!

26 08 2008
din

RE-FO-MA-SI!

din
OKT Black 14
Manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/

27 08 2008
chees

penulis antikhairy,jangan terkejut kalau kebelakangan ni kelibat-kelibat forumer pro UMNO bersepah disini..

semenjak isu anwar,umno telah mengupah antara 200-400 “forumer” termasuk blogger untuk memantau blog yang panas..kebanyakan mereka adalah org kerajaan,dan IRC..

nak kenal mereka senang je,tengok point yang sama diulang-ulang,cuma nick yang berubah..

hati-hati dan teruskan perjuangan anda..

27 08 2008
Waris Jari Hantu

Nampaknya blog ini kebutuan sumber umpatan. Elok saja bersekongkol dengan Pro-Khairy…

Hidup Kaki Jubor
Hidup Racun Lalang
Angkat sumpah untuk senang
Balasan Allah bukan sekarang

Hidup Kaki Tidur
Hidup Korek Jubor
Harta negara yang kita cari
Biarkan Melayu-Bukan-UMNO hancur

27 08 2008
Minda Kosong Kelantan

Tahniah, jawapan atau keputusan rasmi untuk pilihanraya permatang pauh sudah pun terungkai.. kemenangan dengan majoriti melebihi calon BN di perolehi oleh pihak DSAI (PKR), tahniah Dato seri Anwar Ibrahim. Jalanilah tanggungjawab yang di pertanggungjawabkan kepada Dato Seri, amanah rakyat perlu di titikberatkan. pada masa yang sama kami ingin mempelawa kepada blogger2, pelawat2 blog supaya Dapatkan Perisian E-Perakaunan (E-Perniagaan) untuk kegunaan kira-kiraan dalam kerja perakaunan. Elok bagi individu yang berurusan dengan kerja-kerja akaun. Di jamin 100% dengan sokongan / memiliki perisian ini, pelajar tingkatan 3 dapat melakukan kerja-kerja perakaunan sebagaimana kerani kewangan, akauntan dan graduan-graduan universiti Untuk keterangan lanjut sila layari laman web http://www.guamusang.net

29 08 2008
Minda kosong kelantan

Apa-apa pun kepanasan pilihan raya kecil permatang pauh telah pun selesa.. nak tak nak rakyat malaysia kena terima kenyataan yang PKR meraih undi lebih 15 berbanding dengan parti lawan nya.. sekarang ini kita lihat dan perhatikan apa yang berlakusecara terbuka, secara lapang dada, suara kita sebagai rakyat bawahan tak kan kemana.. Tapia apa-apa pun daripada kita cakap-cakap kedai kopi baik kita bloging kan artikel-artikel kita ke blog . harap kepada blogger-blogger teruskan perjuangan.. teruskan ber-artikel, kemukakan lah pandangan (pendapat), komen, syoran (syor) / saranan yang positif.. biar kena pada tempat dan cara.. biarpun artikel, berita yang di kemukakan panas dan pedas.. JANJI benar.

Apa-apa pun kami pihak http://www.guamusang.net ingin mempromosikan product kami kepada anda yang berkaitan..
Dapatkan perisian penuh E-Perakaunan (E-Perniagaan) dengan harga yang berpatutan.
Ianya sesuai di gunapakai oleh semua golongan terutama yang mengendalikan kerja-kerja yang berkautan dengan akaunting, tak kira samada secara peribadi, bersyarikat atau yang berkaitan.
Amat baik untuk akaunten-akaunten bank, pengurus-pengurus syarikat atau pengurus kewangan syarikat, juru audit berdaftar, atau mana-mana pihak yang melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan keluar masuk kewangan.
Baik untuk pensyarah-pensyarah di Universiti untuk jadikan modul asas perniagaan sebagai TEMPLATE kepada pelajar-pelajar di bawah kelolaan mereka. Ianya amat mudah (verry easy) untuk di gunakan.
Di jamin 100%, dengan adanya Perisian Penuh E-Perniagaan ini, pelajar tingkatan 3 (form 3) dapat melakukan kerja- yang di lakukan akautan-akauntan bertauliah. Graduetgraduet universiti.
Ianya juga amat sesuai untuk di pakai guna untuk jurujual-jurujual kenderaan, jurujual perumahan, kerani bank dan lainnya memandangkan pakej yang disediakan merangkumi ….
KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA LAYARI http://www.guamusang.net

29 08 2008
30 08 2008
hafizforty

Hmmm… betul ke khairi tuh ejen yahudi…? mungkin kot… betul ke anwar tu ejen yahudi…? mungkin kot…. musuh yang paling dekat dgn dirimu itulah yg paling utama yang patut engkau perangi… mahathir tu walaupun x baik sgt, tapi dier berterus terang… dan hujahnya boleh diterima pakai…

3 09 2008
kamikaze

kalo ada org rembau kat cni,cuba jls kan knp pilih khiary..padahal org yg skong BN pun ramai xsuka kat si khairy ni..tgk mka pun dh tahu mka masalah..laloq jaa..msa zmn Dr M dulu mana da bnd cmni..mn da org berani kluar parlimen ska2 hati mcm arini..MPs skrg dh biadap sbb Pak Lah ska lena

7 09 2008
aberamly

TUDUH MENUDUH PULAK. SIAPA AGEN ISRAEL. AGEN TAK PENTING… TAKUT2 16 SEPT NI JADI ISRAEL KITA

7 09 2008
kulitpisang

http://www.kulitpisang.com

Jihad Menentang Anwar Kerana Anwar Redha Kafir Menghina Islam.

Dalam Malaysiakini, 8 Ogos, Anwar Ibrahim menyatakan bersetuju forum”Memeluk Islam” diadakan berhubung masalah pertukaran agama dikalangan bukan Islam di bawah perkara 121 (1A).”Saya rasa, untuk kepentingan Malaysia yang pelbagai kaum, kita patut berhati-hati tentang perkara ini. Teruskan perbincangan, bertemu dengan mereka yang bimbang. Saya rasa sebagai strategi, ia akan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang” kata Anwar.

Menurut buku yg ditulis oleh Allahyarham Ikhwan Nasir, beliau kata Anwar pernah menentang keputusan Ayatollah Khomenei yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap penulis buku Satanic Versus iaitu Salman RusdieSikap Anwar tidaklah patut kerana dia seorang Islam. Kata Anwar
di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:”Saya telah membaca The Satanic Verses.

Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”

INTIPATI BUKU SALMAN RUSHDIE :

Salah seorang blogger telah memberi komen kepada artikel AIDC ini, dan menyatakan inti-pati kandungan The Satanic Verses, antaranya..

(1). Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.(2). Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

(3). Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan. Apakah Anwar sedar apa yang diperkatakan kepada Newsweek?
WAJIB BAGI ORANG ISLAM MENJATUHKAN ANWAR.ANWAR ADALAH JURUCAKAP KAFIR
HARBI MALAYSIA.

19 09 2008
kota belud girl

bpodoh…. tiada kerja lain ka

19 09 2008
Ezineartikel.com

KENAPA TAK ADA ARTIKEL BARU ??????

KERJA ANDA BANYAK LAGI UNTUK MENENDANG KHAIRY !!!

KHAIRY DAH UMUM NAK BERTANDING , HABIS TUNGGU APA LAGI >>>

UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA DAN UMNO (ATAU YANG BALANCE) , HARAP ANDA MASIH BERTENAGA UNTUK MENULIS BANYAK LAGI ARTIKEL . PLEASE KEEP ON WRITING!

28 10 2008
MELAYUISLAM

BAWAK BANYAK2 MENGUCAP JANG, BANYAK LAGI KOJO YANG KAU ORANG PATUT BUEK. JANGANLAH BUANG MASA MEREKA-REKA CERITA NAK MEMBURUKKAN SAUDARA SENDIRI. SIAP LAGI LAH YANG BERSIH DI MALAYSIA NI, ASALKAN JADI PEMIMPIN YO, KENA TELANJANGKANLAH.
HABIS PEMIMPIN MELAYU KAU ORANG TELANJANGKAN, APO KAU ORANG DAH NAK BONA LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI KO?

BANGANG BETUL MELAYU…

1 06 2010
poccoyo

dah agak lama isu ni..tp if ade org bace, kalu x dibetulkan, susah lah…minda kalau dh ktor n biru pekat simbahan air busuk tengik UMNO ni, mmg terdesak…cuba bce wawancara asal dlm asiaweek tu, bdak kecik pon bleh tafsir ngan mudah yng anwar nyatakan x stuju tu bkan pd khomenei, tp salman…heh! saya cdangkan sedara bace dua tig kerat blog yng cuba merasionalkan bhwa ia mmg ditujukan buat khomenei…bacelah hujah diorng, aku gelak sorng2…hahaha…aduh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: