Media diperalatkan untuk memenangkan Pak Lah dan Menantu

24 09 2008

Media arus perdana dikawal dengan ketat oleh Abdullah dan menantunya. RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan News Straits Times berada didalam gengaman mereka.

Rakyat Malaysia pasti melihat bagaimana liputan meluas diberikan kepada Khairy Jamaluddin oleh TV3ketika dia mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Sedangkan ketika Datuk Mukhriz Mahathir, Dato’ Seri Khir Toyo dan Datuk Zainul Zahid mengumumkan tentang kesediaan mereka untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, laporan yang diberikan hanya ala kadar sahaja.

Apa yang kita boleh lakukan sebagai ahli-ahli yang cintakan parti UMNO?

Untuk menyelamatkan parti yang telah banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan negara Malaysia, hanya ada satu cara iaitu “PENYATUAN DIKALANGAN PENENTANG-PENENTANG PAK LAH DAN KJ”.

Kita tahu sekarang ini majoriti ahli parti menentang Dinasti Abdullah Badawi. Kita juga tahu bahawa jika Abdullah terus diatas takhta, UMNO dan Barisan Nasional akan hancur!

Jika Dato’ Seri Najib mahu terus setia kepada Abdullah, kita terpaksa mengangkat Tengku Razaleigh dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi kepimpinan parti. Kita perlukan kepimpinan yang kuat bagi UMNO untuk meneruskan pemerintahan negara.

Jika kita hanya duduk dan marah dibelakang-belakang, tidak ada apa yang akan berubah.

Fikirkanlah. Masa depan negara ditangan anda!!!

Advertisement