Khabar angin bertiup kencang mengenai pemilihan parti akan ditangguhkan sehingga pertengahan tahun hadapan. Hari ini satu mesyuarat khasa Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan di Menara Dato’ Onn, PWTC.
Jika benar ahli-ahli MT bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga pertengahan tahun 2009, masa depan UMNO akan hancur. Perpecahan akan menjadi lebih parah. Yang lebih menyedihkan lagi, ahli-ahli parti yang mahukan demokrasi dikembalikan kepada UMNO kemungkinan besar akan berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.
Jika itu berlaku, rakan-rakan dalam BN juga tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama. Barisan Nasional yang telah sekian lama mentadbir negara akan punah ranah.
Ahli-ahli MT harus memikirkan masa depan UMNO dan BN. Jangan hanya kerana mahu menyelamatkan Pak Lah dan menantunya, parti kita hancur dan musnah.
Anak Jati Rembau
Komen Terbaru