Menantu Pak Lah berlakon…. Kononnya disekat untuk bertemu ahli

26 09 2008

Nak termuntah pagi ini apabila membaca Utusan Malaysia. Dimuka depan akhbar tersebut ada berita yang bertajuk “Khairy dakwa disekat temui ahli Pemuda”.

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Datuk Mukhriz sebelum ini yang menyatakan ada pihak yang cuba menghalang anak bekas Perdana Menteri itu daripada bertemu dengan ahli Pemuda.

Ahli-ahli UMNO semua tahu bagaimana menantu PM menggunakan kuasa bapa mertuanya sebagai Presiden UMNO untuk kepentingan dirinya. Beliau juga menang jawatan Naib Ketua Pemuda diatas kapasitinya sebagai menantu Perdana Menteri dan bukannya melalui pertandingan.

Apabila beliau mengatakan terdapat sekatan terhadap dirinya untuk bertemu dengan ahli-ahli Pemuda, apakah kita mahu mempercayainya?

Bukankah ini lakonan seperti dalam filem Hindustan?

Ahli-ahli UMNO perlu sedar. KIta harus bersatu untuk memastikan Pak Lah dan menantunya disingkirkan daripada UMNO. Jika duit diberi, ambillah. Tetapi jangan gadaikan masa depan parti dan negara.

Anak Jati Rembau.


Tindakan

Information

10 responses

26 09 2008
Orang Jelobu

Sepo nak jumpo kau? Hanya orang Melayu yang bangang, pak turut, dan terlalu mengharap (desperate) ajo nak kan dio ni. Kok kau datang kampung den, den sanggup berabih kempen jangan pogi jumpo kau. Den sayangkan Malaysia. Den tak nak Malaysia ni hancur tergadai dek ketamakan kau tu. Moyang tok nenek den azab nak mampus marin tu berjuang untuk UMNO dan Malaysia, ekau dtg dengan banggo eh gadaikan untuk porut kau jo. Den sumpah kau dunio akhirat. Kok ada setongah sen pun duit cukai den yang kau dah kelentongkan, den tak halalkan sampai 7 anak keturunan kau.

So, jangan risau orang kempen boikot kau. Orang yang sadar dan berpelajaran memang meluat tengok kau. Mano ajo kau pogi, UMNO jahaman. Kelantan kau pgi, Kelantan jatuh. Terengganu kau masuk, orang UMNO Terengganu kau pun runtuh. Selangor kau kacau, habih lingkup. Orang Kg Esok kek Kenaboi pun tahu yang kau ni bawak sial pada semua. Sepakatlah orang UMNO. Buang kancer ini dpd menular.

26 09 2008
zack

Patutla dia rasa pun.. Dulu dia buat kat orang.. Sekarang rasa giliran dia pulak..

29 09 2008
aku la

mmg patut pun..
rosak UMNO kalau dia naik…
berlagak lebih

2 10 2008
Art

Harap orang UMNO sedar akan kehadiran Virus (Khairy) inilah yang menyebabkan UMNO kini di meluat oleh orang melayu sendiri. Pemimpin yang tiada trade mark. Famous pun sebab menantu PM. Bayangkan kalau dia bukannya menantu Pak Lah,siapa la si KJ tu…Sokong membawa berubah,bukannya sokong membawa rebah.

10 10 2008
Zackry

Jangan risau Mat Rempit akan menyokong ponoh mamat Jongos nie.

13 10 2008
patah tangga

bernarlah khairy tidak boleh jumpa pemimpin di peringkat bahagian hingga kini baru dapat 19 percalonan,,semoga pemintaannya allah makbulkan sehingga tak cukup kuota untuk bertanding….alhamdulillah

15 10 2008
ujang

wek malu orang ghombau yo…..memandai yo mengaku orang ghombau…hampeh

30 10 2008
WongJowo

Ala…..cerita autah kari khairy tu…..tarik publisiti…..ingat dia siapa? orang tgk muka dia jer dah nak muntah darah…..porahhhh

19 01 2009
mamat

hahahaha….UMNO kalau nak menang, singkirkan dulu KhaIRY JAmaluddin…tolong Najib atau sesiapalah next PM mesti singkirkan dia dulu..ok

18 09 2009
kalina kamal

Biarkan Khairy menerajui UMNO sebab kalau dia jadi kepala UMNO, Insya-Allah tak ada orang nak undi BN dan PR akan naik!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: