Perjanjian Abdullah dan Najib: Khairy Ketua Pemuda UMNO Malaysia

30 09 2008

Perjanjian sudah termaktub. Abdullah akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi Abdullah memberi dua syarat:

1) Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI

2) Pastikan Khairy menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Baca artikel sepenuhnya dibawah dari MYKMU:

Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa
Posted on Tuesday, September 30 @ 00:59:14 MYT
Topic: editor

Jika ada sesiapa yang menganggap menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Saudara Khairy Jamaluddin, bakal kehilangan kuasa dan pengaruh dalam politik UMNO berikutan ura-ura pengunduran Presiden UMNO ini, nyata ia merupakan satu hipotesis yang tidak tepat.

Maklumat terbaru yang diperolehi oleh MYKMU mendapati sudah ada usaha kem Abdullah untuk memaksa DatukSeri Najib memastikan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac ini jika mahu Pak Lah meletak jawatan tanpa bertanding.

Menurut sumber, dua perkara yang diminta oleh Abdullah kepada Najib dalam pertemuan baru-baru ini ialah Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI dan pastikan Khairy akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Najib dikatakan bersetuju permintaan pertama tetapi tidak memberi apa-apa pandangan terhadap permintaan kedua. Disebabkan itu, Pak Lah tidak mengumumkan persaraannya Mac 2009 seperti sepatutnya. Pak Lah mahu melihat gerak tari Najib terlebih dahulu.

Najib mempunyai sehingga 9 Oktober ini untuk mencari jalan memastikan Khairy menang jawatan Ketua Pemuda atau sekurang-kurangnya meyakinkan Pak lah bahawa Najib akan memastikan Khairy menang.

Cakap-cakap di Kota Bharu juga mengesahkan Setiausaha Politik Datuk Seri Najib, Datuk Fatmi telah meminta Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda bagi menunjukkan restu Najib terhadap menantu Abdullah.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, Mykmu difahamkan usaha Datuk Fatmi ini bukanlah atas arahan Datuk Seri Najib.

Penguasaan Khairy bukan sahaja bersangkutan politik dalaman UMNO. Malah penghijrahan datuk Seri Najib ke Kementerian Kewangan juga tidak merupakan proses peralihan kuasa sepenuhnya.

Mustapha Ong bin Omar Ong, rakan baik Khairy Jamaluddin dan salah seorang pemain utama Ethos Consultant, dikatakan bakal dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Najib di Kementerian Kewangan. Oleh kerana perlantikan Setiausaha Politik merupakan bidang kuasa Perdana Menteri, maka tidak banyak yang dapat Najib lakukan.

Mustapha Ong pernah bekerja dengan Datuk Seri Najib sebelum ini. Beliau dikatakan  “Trojan Horse” Khairy dalam pejabat tersebut. Meninggalkan pejabat Najib atas persetujuan bersama setelah timbul beberapa isu dan juga berikutan kematian salah seorang penggerak utama Ethos sebelum ini.

Ethos merupakan salah satu pasukan konsultan yang digerakkan untuk kepentingan Khairy dalam pilitik dan perniagaan.

Nampaknya harapan Tun Mahathir dan pemimpin politik UMNO lain serta rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengaruh Khairy belum terlaksana. Malah Khairy mungkin akan menjadi lebih kuat selepas ini. Ini kerana beliau akan berjaya menghilangkan labialiti sebagai menantu Perdana Menteri.

Apakah kita sebagai ahli UMNO mahu membiarkan perkara ini berlaku?  Jika begini, lebih baik pemilihan parti diteruskan Disember ini. Biar semua jawatan dipertandingkan. Biar suara akar umbi UMNO yang menentukan.

Kami mahu Pak Lah letak jawatan dan menantunya disingkirkan dari UMNO. Semua ahli UMNO tahu yang menantulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menang besar di Permatang Pauh. Jika tidak kerana sikap sombong bodohnya, tidak mungkin Pakatan Rakyat akan menang sebesar itu.

Apakah kita harus biarkan parti kita diperkotak katikkan?

Anak Jati Rembau

Advertisement

Tindakan

Informasi

33 responses

30 09 2008
DRemy

Ni betul ke ni? Sah ke sumber tu?
Jangan main tulis je, nanti tak pasal-pasal kena sumbat ISA.

3 10 2008
Dr.Sid

ingat tak bagaimana janji tun m dengan pak lah dulu? hari ni ada pak lah turuti janji tun m tu? tidak bukan? so khairy tak selamat lagi. najib boleh buang dia bila najib nak buang dia. najib peduli apa? bukankah pak lah buat benda yang sama pada tun m sekarang?

http://writtenbyhim.wordpress.com/

4 10 2008
nawawidahalan

Orang politik boleh aja berjanji, enggak perlu takut…nanti lepas janji bikin lupa gitu kan…inilah politik.

Dolah pun dah buat macam2 janji, apa takut. Banyak janji tinggal janji je.

jom lepak kat blog hamba, cari kelainan moga temui kebenaran;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

6 10 2008
burhan warisan panglima

kemanakah perginya janji paklah untuk mencari imam ghazali dan memartabatkan warisan imam shafie? disebabkan terlalu ghairah bermadah dan mempermainkan imam-imam bertaraf wali, maka paklah kini di sumpah oleh rakyat hampir setiap hari. inilah kesan dari mempermainkan nama-nama wali Allah dan menggunakan nama-nama wali bagi meraih undi dan simpati. akhirnya makan diri. Pak lah perlu insaf bahawa dirinya telah dicemari dgn ideologi bodoh menantunya khairi. Pak lah harus bangun dari mimpi indah yang sengaja dicipta oleh khairy bagi membolehkan dirinya terus berkuasa dan menguasai ekonomi dan politik malaysia kerana khairi sebenarnya adalah ANAK ANGKAT Lee kuan yeu dan beliau mahukan malaysia ini huru hara. hasrat beliau kini hampir menjadi kenyataan. sebuah artikel ditulis oleh lee kuan yeu selepas keluar dari malaysia pada tahun 1963 ada menyatakan bahawa ” dlm tempoh 40 tahun, malaysia akan jadi huru hara”

6 10 2008
Cucu Tok Selampit

Cakap Dr Sid betul. Kalau saya jadi Najib, saya boleh terima janji bulan bintang. Apalah sangat nak lantik Khairy jadi Ketua Pemuda. Selepas Najib jadi Perdana Menteri, ketuklah kepala Khairy sesuka hati.

6 10 2008
Little Napolean

Mungkin ada strategi lain yg blh gunakan utk buang khairi.pucuk pangkalnya, dah tau dia tu bangsat gila, nape di sokong???takpa, ada strategi nak jatuhkan khairi ni.

8 10 2008
ahmadzaki

Tak payahlah tunggu sampai Mac 2009, tandingkan semua jawatan Disember nih… dah meluat rakyat tengok perangai Pak Lah & KJ nih..

8 10 2008
Gelembai

jijik…

9 10 2008
9 10 2008
belang

Lagi cepat lagi bagus Pak Lah serah jawatan…meluattt tengok KJ tu..ptuih!!!

9 10 2008
ajie

fuck off la…all drama only…ha..ha..ha…wait after perhimpunan and you all will get the answer..poodah pak lah…

9 10 2008
belang

sape pun jadi pemerintah,,kena la adil… elak rasuah…kronisma….kapitalis… binalah kerajaan rakyat.. yg pentingkan rakyat… bukan periuk nasi sendiri jer…

9 10 2008
mountdweller

Semuanya boleh jadi. perkara begini bukanlah pelik dan menghairankan. janji orang politik memang tidak boleh dipegang. hari ini kawan, esok lawan. hari ini lawan, esok kawan. itulah falsafah orang politik. semuanya boleh jadi dan tak boleh jadi.

pak lah berjanji untuk letak jawatan, belum tentu jadi sebelum ianya terjadi. kalau najib janji belum tentu tertunai apabila sudah pegang kuasa. pak lah dulu pun ada janji dengan mahathir, tapi apakah pak lah tunaikan sepenuhnya?

9 10 2008
somchai

Khairi mempunyai ramai musuhnya dalam UMNO. Pasti tanpa bapa mertuanya, siapalah dia. Kita tunggu dan lihat

10 10 2008
penulis_cyber

Mari baca sedikit kisah sirah sahabat dijamin syurga oleh Nabi dan bandingkan dengan peristiwa berlaku sekarang di negara kita..Sempena berkat penghulu segala hari ( hari Jumaat ) hari ini…

Pembunuhan Saidina Ali bin Abi Talib ( 40 H )
Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi al- Hashimi merupakan khalifah Islam yang keempat dalam sejarah Khulafa’ Ar-rasyidin yang menjadi pewaris Nabi s.a.w dalam urusan pemerintahan negara dan umat Islam . Beliau turut di kenali sebagai Abu Al-Hassan iaitu anaknya yang pertama dengan Fatimah Az-Zahra’ binti Rasulullah s.a.w . Ibu beliau ialah Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdul Manaf .

Ali bin Abi Talib termasuk dalam sepuluh orang sahabat tersohor Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga semasa hidupnya lagi oleh Saiyidul Mursalin yang juga merupakan sepupu dan mertua beliau . Ini jelas menunjukkan tentang kedudukan dan keistimewaan beliau sebagai ahlul bait al-mutharah .

Ali bin Abi Talib terkenal sebagai seorang yang warak, luas ilmunya dan merupakan panglima perang Rasulullah s.a.w yang berani yang terlibat dalam keseluruhan peperangan bersama Rasulullah s.a.w kecuali peperangan Tabuk disebabkan keuzuran yang menghalang beliau daripada menyertai perang tersebut .

Selepas syahidnya Saidina Umar Al-khattab dalam suatu tragedi yang mencetuskan kepada fitnah yang besar dalam sejarah umat Islam sehingga kini, Ali bin Abi Talib dipilih oleh Umar Al-khattab sebagai salah seorang daripada enam orang Ashabus Syura untuk mengantikan Umar dalam memegang amanah Khilafah . Lima orang yang lain ialah : Usman bin Affan , Talhah bin Ubaidillah , Abdul Rahman bin Auf, Az-Zubair bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqqas . Akhirnya Saidina Usman bin Affan telah dipilih sebagai khalifah ketiga . Namun Saidina Usman juga syahid dibunuh oleh penentangnya juga dalam satu tragedi yang menyayat hati .

Selepas itu Ali bin Abi Talib diamanahkan untuk mengganti Saidina Usman . Beliau dilantik pada tahun ke 35 hijrah dalam suasana yang berkecamuk dan penuh dengan kontroversi pembunuhan Usman bin Affan . Desakan demi desakan dibuat agar beliau mencari dan menghukum pembunuh Saidina Usman .

Ekoran itu berlaku beberapa peristiwa antaranya peperangan Jamal pada tahun 36 hijrah dan peperangan Siffin pada tahun 37 hijrah antara beliau dan Muawiyah yang mendesak Ali bin Abi Talib menyelesaikan perkara berkaitan pembunuhan Usman atau meletak jawatan dan menyerahkannya kepada beliau yang ketika itu telah dipecat daripada menjadi gabenor Syam .

Peperangan Siffin berlaku dengan dahsyat dengan korban kedua belah pihak mencecah angka yang besar . Melihat keadaan ini, Muawiyah telah diberi nasihat oleh Amru bin al-Ash agar mengangkat mushaf dan meminta pihak Ali bin Abi Talib mengadakan tahkim .

Saidina Ali bin Abi Talib mulanya enggan kerana merasakan ianya semata-mata helah Amru bin Al-ash dan beliau telah mengungkapkan kata-katanya yang mashyur yang bermaksud : ‘Itu adalah perkataan benar tetapi bermaksudkan batil’ .

Akhirnya berlakulah majlis tahkim dengan pihak Muawiyah diwakili oleh Amru bin Al-ash sendiri dan pihak Ali oleh Abu Musa Al-asyari . Mereka mencapai kata sepakat untuk mengumumkan perletakan jawatan Saidina Muawiyah dan Saidina Ali serta menyerahkan urusan pemilihan khalifah kepada umat Islam . Pihak Saidina Ali pun mengumumkan pengunduran beliau .

Namun pihak Saidina Muawiyah tidak melakukannya sebaliknya menganggap jika Ali telah mengundur diri dari khilafah, maka tidak ada sebab untuk Muawiyah melakukan tindakan sama kerana akan menyebabkan umat berada dalam ketiadaan pemimpin .

Seluruh umat Islam gempar dengan peristiwa tersebut. Mereka berpecah kepada tiga golongan :
1- golongan yang membaiah Muawiyah iaitu penduduk Syam –
2- golongan yang tetap setia dengan Saidina Ali dan –
3- golongan yang mengasingkan diri daripada keduanya serta tidak memberi baiah kepada mana -mana pihak .

Golongan inilah yang dikenali sebagai Khawarij yang telah menaruh dendam pada Saidina Ali kerana menerima tahkim sedangkan beliau layak dan tidak sepatutnya menyerahkan khilafah kepada pihak lain . Urusan khilafah adalah haq Allah dan Dia akan memberinya kepada orang yang layak dan berhak . Mereka muncul selepas peperangan Nahrawan dengan pihak Saidina Ali dan berterusan memainkan isu tahkim tersebut . Mereka mengisytiharkan keluar dari memberi ketaatan pada Saidina Ali .

Sesudah itu Saidina Ali kembali ke Kufah yang menyokongnya . Sementara itu golongan Khawarij mula merancang untuk membunuh Ali bin Abi Talib, Muawiyah dan Amru bin Al-ash . Mereka berkumpul di Mekah dan memutuskan bahawa Abdul Rahman bin Muljam ditugaskan membunuh Saidina Ali , Al-Hajjaj At-tamimi membunuh Saidina Muawiyah dan Amru bin Bakir membunuh Amru bin Al-ash .

Dalam operasi ini hanya Ibnu Muljam sahaja yang berjaya membunuh Saidina Ali sementara yang lainnya gagal .

Tragedi itu berlaku pada subuh 17 haribulan Ramadhan tahun 40 hijrah ketika beliau mengejutkan penduduk Kufah untuk solat subuh berjemaah dimasjid . Walaubagaimanapun Saidina Ali meninggal dunia beberapa hari kemudian iaitu pada 21 Ramadhan dalam umur 63 tahun sementara Ibnu Muljam telah dibunuh oleh Al-Mughirah bin Naufal bin Al-Harith bin Abdul Mutalib .

Ibnu Muljam sendiri dianggap oleh puak Khawarij sebagai mujahid yang syahid di jalan Allah dan melakukan perbuatan itu sebagai taqarrub kepada Allah dan akan dimasukkan kedalam syurga. Mereka juga menggangap Ibnu Muljam sebenarnya tidak membunuh Saidina Ali sebaliknya membunuh syaitan yang menyerupai beliau

Rujukan
1- Tarikhul Khulafa’- Imam As-suyuti, Cetakan Darul Maarifah, Beirut 1999
2- Tarikh Islami – Hassan Ibrahim Hassan , Cetakan Beirut 1991
3- Al-Kulafa’ Ar- Rasyidun – Abdul Wahab An-Najjar, Cetakan Beirut

http://www.epondok.com.my/index.php?p=bannerbulanan/pramadhan.php

disampaikan oleh :

Penulis Cyber
http://ustazmoden.wordpress.com

10 10 2008
Snippets: Goodbye KJ « Writtenbyhim - Dr.Siddiq Blog

[…] Now he is going for the youth’s no.1 seat. After a massive defeat countered by UMNO in the las… […]

12 10 2008
he he he

Hidup khairi , hidup pak lah
he he he salah masuk ke nih

12 10 2008
Awang Jantan

Terpulanglah kepada perwakilan pemuda umno, isyarat dah ada laksanakan taggungjawab anda,bukan temolok anda

14 10 2008
anti kerajaan 3 beranak

Janji tetap janji.. pastu bile Najib dah dapat jawatan presiden. si KJ tu kena la… mcm dollah badawi janji dgn Tun M jugak! memula ‘play safe’ je.. pastu sendiri mau ingat la lu KJ! ingat ahli2 UMNO suka sama lu ka? pirahhhh.. budak hitam!!! ptuihhhh!!!!

14 10 2008
globalmalau

usah dipertikaikan lagi…Ini isu remeh yang tak perlu diambil minda berfikir banyak2…yang jelas kejatuhan Khairi dah bermula…dia akan tenggelam tidak lama lagi…hi hi hi hi
dan kejatuhan UMNO adalah disebabkan oleh adanya Khairi…macam biasalah cepat timbul lagi cepat tenggelam…dah lumrah…

19 10 2008
scarlet rose has died

tak dak pak mertua, masih ada abang long, abang ngah dari ‘tiga line’ yang bodoh dan dayus termakan budi oleh pak lah dan kj… barua-barua nih ada lagi..kj sure tak takut sebab apa apa nanti, anjing-anjing ‘tiga line’ nih laa nanti buat kacau dan tolong dia… maaf kalau aku betul-betul terkasar bahasa

30 10 2008
WongJowo

Semoga Allah memelihara Malaysia ini, dan cucuri rahmat keatas Roh khairy………..roh dia jahat sangat

5 11 2008
budak kecik

Peliklarr…kenapa rembau.net penuh dengan komen pujian..menyampah.BN kalah dlm PRU-13 sebab KJ.HIDUP TUN MAHATHIR!!!

10 11 2008
adibeta

tu la banyak sangat berillusi…loa ni 10/11/08-semuanya tak betul

14 11 2008
darags

semoga “kj” tersungkur…wabilahitaufik wal hidayah…

27 01 2009
pejuang bangsa

ini semua fitnah untuk memburukkan KJ .. hanya spekulasi yang direka oleh orang yang tak suka KJ spt tuan punya blog yang penyokong muhkriz dan che det ..

7 02 2009
sayang melayu

masuk umno untuk memperjuang agama,bangsa dan negara. kalau tak ada kemampuan untuk berjuang maju sila beri jawatan kepada orang yang amanah. letak jawatan dengan hurmat. jangan negara malaysia. sebuah negara islam tergadai. apa yang berlaku sekarang sunguh memalukan. ingat ahkirat!

7 02 2009
sayang melayu

sayang semua orang islam tapi benci orang islam yang tak amanah. orang nie tak sayang saudara saudara islamnya. mohon unmo lebih bersih. orang islam tak kianat kepada mana mana saudaranya. yang pegang jawatan tu jangan perasan le…

10 04 2009
mumun

salam..hm..betul ke nie? tapi i rasa khairy ok pe.. dia orang muda yg boleh bercakap secara telus..tapi sian dia,najib tak bg jawatan dlm kabinet tapi bg kat mukhriz plak.. dia ok jer..tak melatah pun..HIDUP KAHIRY..:)

21 04 2009
bakal PM

memang btol pun..
kalau takde pak lah,siapalah khairy tu..
walau pun dia menang,tapi klau kene -BOO_- watpe..
mmg malang

2 10 2009
anakpakcu

woi kj….pergilah jumpa anwar ibrahim abang long ngko tu….buat apa dok dalam umno…

9 12 2009
KJ dilantik Timbalan Menteri? « Khairy

[…] satu perjanjian untuk memastikan menantu kepada Pak Lah akan terus naik dalam kepimpinan UMNO. Klik disini. Ramai yang tidak percaya kepada pendedahan kami. Kami dituduh macam-macam didalam email yang […]

13 07 2010
peninjau

Apakata kita tes dulu bukan melayu jadi PM?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: