Hari ini seluruh ahli UMNO harus mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana tegas tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO walaupun didesak oleh anak, menantu dan orang-orang yang mempunyai kepentingan sewaktu beliau memerintah dahulu.
Ternyata Pak Lah masih ada perasaan sayang dan kasih terhadap UMNO. Beliau tahu, jika terus memimpin, maka musnahlah UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Didalam sidang akhbar tadi, Perdana Menteri berkata,
“Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara.”
Beliau turut mengaku bahawa kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu disebabkan oleh kelemahan dirinya dan berharap agar penggantinya akan melakukan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Pak Lah sudah berundur untuk perpaduan UMNO dan Barisan Nasional. Kini tiba masanya untuk UMNO membersihkan parti ini sebersih-bersihnya.
Menantu Pak Lah dan konco-konconya yang selama ini menguasai tingkat empat harus disingkirkan serta-merta. Dengan ini UMNO akan pulih dan kembali kuat seperti dahulu. Jika dahulu Pak Lah mengkhianati Tun Dr. Mahathir, tidak salah kalau Dato’ Seri Najib mengkhianati janjinya untuk memberikan kemenangan kepada Khairy Jamaluddin untuk memimpin Pemuda UMNO.
Kepada pejuang-pejuang didalam UMNO, tugas kita masih belum selesai.
Tugas kita hanya akan selesai selepas menantu Pak Lah turut berundur dari kepimpinan perdana UMNO.
Anak Jati Rembau
Komen Terbaru