P’wakilan bantah Khairy, Ali mengundi

27 03 2009

Sekurang-kurangnya dua perwakilan Muar memboikot pengundian  jawatan tertinggi Umno hari ini kerana membantah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dibenarkan mengundi.

Datuk Kadar Shah Sulaiman Shah dan adiknya Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak akan menyertai lebih 2,050 perwakilan memangkah calon pilihan masing-masing.

Tindakan mereka diambil ekoran surat bantahan mereka berhubung perkara itu telah ditolak oleh pengerusi tetap perhimpunan agung Umno, Tan Sri Onn Ismail.

Lembaga Disiplin Umno minggu lalu mendapati naib presiden itu dan Khairy bersalah selepas ejen-ejen mereka terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

umno 59 agm 2009 puteri youth wanita mt campaign 250309 08Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden, manakala Khairy diberi amaran tetapi dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno yang dimenanginya semalam.

Onn memanggil Kadar naik ke pentas untuk mengambil jawapannya terhadap bantahannya itu.

Bantahannya jelas ditolak apabila Onn memanggil Mohd Ali dan Khairy mengundi calon-calon yang bertanding.

Sebelum pengundian bermula kira-kira 12 tengah hari tadi, suasana kempen saat akhir sampai ke kemuncaknya pagi ini apabila penyokong bersesak-sesak mengedar kad nombor calon-calon masing-masing.

Selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selesai menyampaikan ucapan dasar pada 11.15 pagi, para penyokong menjerit-jeritkan nombor calon pilihan masing-masing tanpa henti.

Ratusan penyokong berkumpul di hadapan pintu keluar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam pakaian dan tag bercetak nombor pengundian bagi calon pilihan mereka.

Tinjauan Malaysiakini mendapati ada juga penyokong yang memakai topeng wajah calon pilihan mereka.

Suasana sesak dan terlalu bising itu menyebabkan pergerakan menjadi sukar dan mengganggu hampir seratus petugas media yang menunggu barisan pemimpin tertinggi parti itu keluar dari dewan untuk mendapatkan komen mereka berhubung ucapan Abdullah.

Keadaan gamat dan sesak itu memaksa polis dan anggota RELA beberapa kali membuka laluan untuk pemimpin parti itu keluar dari dewan.

Anggota penguatkuasa juga menutup tempat itu dengan plastik penghadang bagi mengelak kumpulan penyokong mengganggu pergerakan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

Kumpulan penyokong juga kelihatan memenuhi tingkat bawah bangunan Umno itu, tempat skrin besar ditempatkan dan gerai jualan..

Seramai 68 calon bertanding bagi jawatan-jawatan timbalan, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT).

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.

Dari sini.

Advertisement




Laporan Polis keatas Khairy Jamaluddin?

27 03 2009

Sebuah Laporan Polis dijangkakan akan dilakukan keatas Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih Khairy Jamaluddin, atas kesalahan salahlaku ‘politik wang’.

wang_bangsa_perwakilan

Laporan ini akan dibuat oleh seorang ahli Pemuda UMNO Perak dan minta pihak berkuasa menyiasat keatas dakwaan dimana ‘carpet bombing’ berjumlah RM 10,000.00 setiap seorang. Habuan lebih dikatakan dijanjikan apabila Khairy menang.

Modus operandi yang digunakan ialah wang tunai dan nombor magnum, agar sesiapa yang menerima habuan ini akan ‘menunaikan kemenangan’ ini tanpa dilihat sebagai ‘rasuah’. Kesalahan ini dikatakan dilakukan pada malam Selasa 24 Mac 2009. Terdapat laporan dimana Perwakilan Pemuda UMNO berbondong bondong menuju ke Hotel Corus, Kuala Lumpur, yang dikatakan sebagai ‘Lubuk KJ’.

utusan-18iii09-kt-kj1

Sebelum ini, Lembaga Disiplin UMNO telah menyiasat dan mendapati Khairy MP Rembau ini atas salahlaku dan salahguna politikwang. Namun begitu, beliau setakat diberikan amaran sahaja. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak, terutama ahli UMNO. Integriti badan penyiasat UMNO itu kini diragui.

Diambil dari sini.





Menantu Pak Lah menang – UMNO tergadai

27 03 2009

Ramai antara mereka dalam UMNO kesal dengan apa yang berlaku pada pemilihan semalam. Menantu Pak Lah menang dan kemenangan itu akan mendatangkan keparahan buat UMNO. Orang yang di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin atas politik wang berjaya menang dalam pemilihan Ketua Pemuda dan ini hanya menunjukkan kematangan ahli UMNO dan betapa seriusnya UMNO dalam melakukan perubahan. Menantu Pak Lah dengan bongkak menyatakan kemenangan kononnya menunjukkan ini bukan pengaruh bapa mertuanya. Ya, kalau bukan kerana dia menantu Pak Lah pun mungkin kerana pembelian undi – dan ini bukan kami kata – ini keputusan Lembaga Disiplin. Jadi ini bukan tuduhan tidak berasas tetapi ini adalah kenyataan rasuah perlakuan rasuah.

Kalau Menantu Pak Lah boleh lepas dari tuduhan skandal saham ECM Libra – apa pula dengan kes dalaman disiplin semacam ini. Menantu Pak Lah akan lebih menyulitkan usaha UMNO untuk kembali di sokong rakyat. Ahli UMNO sentiasa melihat wang yang kecil pemberian orang macam menantu Pak Lah ini dan lupa menantu ini tidak ada kasih sayang sejati pada UMNO. Menantu Pak Lah pasti akan kelemasan kerana anti-khairy.blogspot.com tidak akan undur selangkah dalam menghalau menantu Pak Lah keluar dari politik negara ini.





Tuah dan Sial

26 03 2009

tuah1Dapatkan segera – apa itu Khairy Jamaluddin – dalam buku terbaru Tuah dan Sial harga RM 20. sila sms no hp untuk kami hubungi

TERIMA KASIH WEB MASTER KERANA SUDI MENGIKLANKAN BUKU INI

email kami gempagempita@gmail.com





Khairy diberi amaran kerana dia menantu PM

17 03 2009

Menantu Pak Lah diberi amaran kerana kesalahan walau sudah terbukti ada menurut Jawatankuasa Disiplin UMNO atas alasan beliau adalah menantu Pak Lah. Menantu dalam pada itu mengaku TIDAK BERSALAH dan bersyukur bahawa dia masih boleh bertanding. Ahli UMNO perlu sedar tidak sampai beberapa tahun menantu Pak Lah ini jadi ahli UMNO beliau turut terjebak dalam RASUAH POLITIK. Bila nama Khairy keluar semestinya ramai sudah mengatakan bahawa menantu Pak Lah tidak akan dikenakan tindakan kerana lesen beliau sebagai menantu Pak Lah. Adakah orang macam ini mahu memimpin UMNO agar kegemilangan UMNO kembali?

Menantu Pak Lah sebelum ini telah dikatakan punca UMNO tewas PRU 12. Beliau dikatakan berselindung di sebalik kain Pak Lah apabila keluar isu bahawa beliau turut di siasat. Inilah menantu Pak Lah. Jangan ambil pemimpin seperti menantu Pak Lah – nanti habis seluar terlondeh.

Anak Jati Rembau





Khir Toyo disabotaj KJ?

16 03 2009

Telah banyak diperkatakan akhir-akhir ini mengenai usaha-usaha yang dilakukan oleh menantu PM untuk menjatuhkan satu persatu pencabarnya. Berikut adalah berita yang diambil dari Laman UMNO Reform:

Siapa Khir – Khairy ke? PDF Print E-mail
Written by Webmaster
Sunday, 15 March 2009

ImageKhir Toyo mendakwa beliau di sabotaj dalam usaha beliau untuk menjawat-jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Siapa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo menggunakan instrumen PKR untuk menjatuhkan beliau dalam pemilihan akan datang? Media hari ini memaparkan rintihan Bekas Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa usaha memburuk-burukkan beliau yang hari ini dimainkan oleh parti lawan turut mendapat sokongan dari mereka dalam UMNO yang berusaha mahu menghalang beliau untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa Khir Toyo, siapa? Siapa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo? Hipotesisnya hanya meletakkan antara Mukhriz dan Khairy Jamaluddin yang menolak Khir. Mustahil – kem Mukhriz, kerana Khir juga adalah pendukung Dr Mahathir. Khairy Jamaluddin? Betul ke Khir Toyo menuduh Khairy Jamaluddin? Khir baru-baru ini turut mencabar mereka yang mendedahkan keburukan beliau dengan konon-konon beliau terpalit dengan rasuah untuk melaporkan kepada SPRM. Selagi hanya berkokok dalam parlimen – itu hanya niat memburukkan reputasi beliau dan kemungkinan untuk melunaskan agenda mereka yang ada dalam UMNO – bersekongkol dengan PKR untuk memalukan dan mencalarkan imej beliau untuk pemilihan Ketua Pemuda. Siapa Khir – nyatakan segera atau jangan mengeluarkan spekulasi begitu.

Ahli UMNO juga perlu mendesak Khir untuk memaklumkan tuduhan beliau atau sebenarnya satu gimik kerana Khir tahu usaha untuk merebut KP UMNO sudah seakan pudar? Siapa Khir atau adakah kita pelayar www.umno-reform.com terus membuat spekulasi untuk isu ini. Siapa pada anda – yang dimaksudkan oleh Khir? SMS – pandangan anda kepada 012-6544762 dan kami akan siarkan komen SMS anda itu.

Diambil disini.

Nampaknya menantu PM tidak akan duduk diam. Kami difahamkan jika beliau berjaya meng”nyah”kan Khir Toyo, Mukhriz pula akan menjadi sasarannya. Apa kata anda?





Benarkah ada usaha menjatuhkan Najib

13 03 2009

Benarkah ada usaha menjatuhkan Najib. Persoalan tiba-tiba muncul. Ada email yang di kirim kepada kami mengatakan bahawa menantu Pak Lah ini tidak akan membenarkan Najib untuk menduduki jawatan Perdana Menteri. Menantu Pak Lah takut kerana ini akan memecahkan rahsia perbuatannya dalam mengaut kekayaan negara ini. Tindakan menantu Pak Lah ini semakin terserlah. Menantu Pak Lah ini mahu menduduki jawatan Ketua Pemuda tetapi apa erti Ketua Pemuda kalau Najib adalah Perdana Menteri. Kami dimaklumkan bahawa menantu Pak Lah telah terlibat dalam formulasi mendedahkan isu Najib kepada pembangkang. Menantu Pak Lah sanggup melakukan apa sahaja untuk menolak Najib dan konco-konconya dan ahli UMNO harus sedar perkara buruk yang dilakukan oleh menantu Pak Lah yang tidak langsung memikirkan masa depan UMNO. Menantu Pak Lah mengambil UMNO sebagai bapa dia punya dan hari ini kekayaan menantu Pak Lah terserlah dan tindakan memburuk-buruk Najib adalah satu tindakan yang mahu membunuh karier politik Najib. Apa yang mahu dilakukan adalah untuk menghukum Najib dalam media pembangkang dan kolaborasi pembangkang amat menghairankan. Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim sehingga hari ini kuat dalam gerakan menyokong Pak Lah untuk meneruskan jawatan Perdana Menteri kerana takut kehadiran perubahan dalam UMNO akan menguatkan UMNO dan melemahkan pembangkang. Ahli UMNO dinasihatkan supaya sedar akan perkara ini dan tindakan menantu Pak Lah akan hanya menjarakkan orang dari UMNO. Beberapa kali kita membelasah menantu Pak Lah tetapi penipuanlah menyebabkan dia masih di situ. Nyah menantu Pak Lah segera.





12 03 2009

antikhairy_kembaliAtas penerimaan satu pendedahan baru, maka kami terpaksa kembali untuk memastikan tindakan nakal menantu Pak Lah ini di patahkan. Hari ini beliau secara tidak demokratik mahu menang kerusi Ketua Pemuda UMNO dan berusaha untuk mengekalkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pendedahan dari “orang dalam” mendesak kami hadir semula untuk tujuan ini. Kami dimaklumkan bahawa beberapa perkembangan terbaru dalam UMNO menunjukkan kehadiran kerja sama antara beberapa pihak untuk mengagalkan usaha bagi Najib Tun Razak untuk menduduki kerusi PM. Ini adalah untuk kepentingan politik menantu Pak Lah sendiri. Beberapa tindakan terancang di buat dan ini hanya usaha untuk dirinya terus memegang secara tidak langsung negara ini. Pendedahan Khir Toyo dalam http://www.themalaysiainsider.com turut menunjukkan usaha jahat orang yagn bercita-cita besar ini untuk membolot Tanah Air kita demi kepentingan sendiri dan kroni. http://www.antikhairy.blogspot.com pernah dimusnahkan oleh konco-konco Khairy tetapi kami hadir semula dengan tekad untuk mendedahkan perbuatan menantu Pak Lah yang rakus ini. Semua kita harus sedar bahawa perbuatan sumbang menantu Pak Lah ini perlu ditangani segera sebelum negara ini tergadai – dek nafsu budak ini.