Baru sebentar tadi saya di hubungi oleh seorang rakan yang bekerja di sebuah syarikat swasta bagi memberitahu mengenai wujudnya blog tajaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang memburuk-burukkan Datuk Seri Najib secara terbuka. Saya sudah pun melihat blog-blog tersebut akan tetapi tidak mahu meletakkan link-link blog tersebut oleh kerana tidak mahu blog tersebut menjadi popular.
Dalam blog-blog tersebut, saya paling sakit hati dengan sebuah blog yang dinamakan dengan sebuah nama kononnya untuk menyelamatkan parti kesayangan kita. Selain Datuk Seri Najib Razak diserang, Datuk Seri Hishamuddin turut mejadi mangsa fitnah blog tajaan Ahli Parlimen Rembau itu.
Selain daripada itu, sebuah blog tajaan KJ yang dinamakan kontra kepada blog ini telah memulakan kempen untuk mendesak Perdana Menteri agar melantik Khairy Jamaluddin untuk menjadi menteri. Teman-teman UMNO yang sayangkan parti harus bersama-sama untuk menyekat pergerakkan ini. Jangan kita biarkan parti yang kita sayangi tersungkur dalam pilihanraya akan datang.
Anak Jati Rembau
singkirkan barua ini jauh2. jawatan yg diterima adalah melalui jalan tidak sah, maka segala sumber yg diperolehi dari perbuatan jijik ini adalah tidak sah dan haram. neraka adalah sebaik2 tempat untuk para perasuah ini – baik yg memberi, baik yg menerima. ini janji Allah!!
barua kj nie memang mangkun hayun betul. singkirkan dia dari umno dan kj bersama zahid hamidi memusnahkan umno dari dalam disertai pula oleh ezam mohd nor