KJ dilantik Timbalan Menteri?

9 12 2009

Dahulu Blog Anti Khairy pernah mendedahkan bahawa wujudnya satu perjanjian untuk memastikan menantu kepada Pak Lah akan terus naik dalam kepimpinan UMNO. Klik disini. Ramai yang tidak percaya kepada pendedahan kami. Kami dituduh macam-macam didalam email yang diperolehi daripada pembaca.

Sila baca berita yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dibawah:

Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri?

PETALING JAYA, Dis 9 — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang “kehilangan peluang” untuk menyertai jemaah menteri April lalu disebut-sebut berkemungkinan akan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil yang bakal dilakukan.

Utusan Malaysia yang memetik portal Malaysia-instinct.com berkata pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima Perdana Menteri.

Laporan itu menyebut Khairy (gambar) dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bukannya di Kementerian Pelancongan.

“Dan, tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,” laporan Utusan Malaysia hari ini.

April lalu Khairy tidak diberikan sebarang jawatan dalam Kabinet sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada Umno.

Beliau dikatakan sudah mula mencatat kejayaan dalam usaha itu.

Khairy kembali ke tanah air hujung minggu lalu selepas menunaikan haji.

Buat masa sekarang timbalan Khairy di Pemuda Umno merupakan antara timbalan menteri dalam Kabinet diumumkan April lalu.

Datuk Mukhriz Mahathir yang menentang Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Awal minggu ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.

Dikatakan bahawa menantu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi didalam rombakan kabinet yang bakal dilakukan oleh Datuk Seri Perdana Menteri tidak lama lagi.

Jika benar berita yang disiarkan ini, bermakna UMNO sekali lagi berada dalam keadaan bahaya. UMNO yang hampir kehilangan kuasa untuk terus membela nasib orang-orang Melayu pada pilihanraya umum ke 12 lalu akan berhadapan dengan bahaya yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang.

Cuba kita imbas kembali pada pilihanraya kecil di Permatang Pauh bagaimana KJ membantu “idola”nya Anwar Ibrahim untuk menang besar terhadap calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Bagaimana KJ membantu Anwar?

Dengan berkempen cara yang dibenci oleh orang-orang Melayu iaitu dengan sombong dan bongkak. Pemuda UMNO yang dipimpinnya kini begitu lemah dan tidak bermaya.

Ketika orang-orang Melayu dihina dan dipijak, tidak kedengaran suara Pemuda UMNO yang seharusnya menjadi benteng pertahanan orang-orang Melayu.

Apakah kita mahu membiarkan perkara ini terus menghantui UMNO?

Atau kita harus mencegahnya sebelum parah. KJ perlu disingkirkan dengan segera.

Anak Jati Rembau


Tindakan

Information

2 responses

9 12 2009
LAWAN TETAP LAWAN

kalau kj jadi timbalan menteri maka lagi lemahlah umno.

13 12 2009
isa

kalau sayangkan UMNO halanglah kj dari masuk kabinet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: