Luahan dan Rayuan Blogger-blogger UMNO

9 12 2009

YAB Dato’ Seri Najib, Inilah Luahan Hati Kami!


Assalamualaikum Warramatullahi Wabaraqatuh.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib,

Dalam beberapa minggu lepas kami penyokong setia UMNO di ruang siber dikejutkan dengan khabar angin bahawa Khairy akan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri. Khabar angin tersebut juga ditulis oleh blogger senior Tunku Aisha.

Apabila mendengar khabar tersebut saya mengambil inisiatif untuk mengadakan forum terbuka dalam Facebook, bertempat di wall kepunyaan Kelab Penyokong UMNO dan saya pasti tidak memihak kepada mana-mana pemimpin tertentu.

Ramai para blogger pendokong UMNO mengambil bahagian dalam forum tersebut. Suka saya ingatkan YAB Dato’ Seri bahawa mereka ini merupakan blogger yang menyokong UMNO atas inisiatif sendiri demi memperjuangkan dan mempertahankan parti.

Nama-nama mereka juga tidak asing lagi seperti Parpu Kari, Khairulnizam Mohd Kasim Anti-Hipokrit, Khairul Ryzal Cucu Tok Selampit, AloqStaq dan Kelab Chedet.

Selain itu beberapa rakan FB turut mengambil, dan mereka ini juga secara aktif terlibat dalam FB mempertahan parti. Antara mereka ialah Matahati Bangsa, Pak Kamaluddin Idrus dan saudara Fadzil Mohamad.

YAB Dato’ Seri,

Berikut merupakan catatan dan pandangan blogger pendokong UMNO dari sesi forum tersebut.


























YAB Dato’ Seri,

Kesimpulan dari forum yang diadakan, tiada seorangpun peserta forum yang boleh memberi pendapat bernas mengapa Khairy perlu dilantik sebagai menteri atau timbalan parti. Malah majoriti berpendapatan bahawa memberi jawatan kepada Khairy sama seperti mengambil langkah melemahkan parti sekali lagi.

Tidak perlu dirisaukan mengenai reaksi penyokong Khairy jika beliau terus-menerus diketepi. Dalam ruang siber penyokong Khairy bukan sahaja tidak mempunyai kekuatan untuk menyokong UMNO, malah mereka langsung tidak mampu mempertahankan Khairy apabila dianjurkan soalah mengenai kerosakan yang telah dilakukan beliau.

Begitu juga di luar sana, Khairy tidak mampu menyatukan Pemuda. Lihat sahaja seminar yang bertempat di Janda Baik, hanya dihadiri oleh 1/3 sahaja perwakilan. Ini merupakan signal yang kuat bahawa Khairy masih lagi tidak diterima.

YAB Dato’ Seri,

Saya mendokong penuh transformasi besar-besaran anjuran Dato’ Seri, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Dengan adanya platform media ketiga, kami rakyat bawahan kini mampu juga bersuara.

Kami meminta agar Dato’ Seri melihat sejenak ke belakang semasa PRU 2008. Antara sebab berlakunya penolakan besar-besaran terhadap BN ialah suara mereka tidak langsung kedengaran di pihak atasan.

Atas dasar RAKYAT DIDAHULUKAN, kami amat berharap Dato’ Seri mengambil berat luahan dan pendapat rakyat mengenai Khairy, yang masih dilihat sebagai beban besar dan liabiliti kepada parti.

Berani saya katakan bahawa akan berlaku sekali lagi rombongan besar-besaran keluar dari parti jika Dato’ Seri memberi sebarang jawatan kepada parti. Luahan ini boleh di baca di blog Tunku Aisha dan Parpu Kari.

Para blogger pendokong UMNO yang cukup cekal mempertahankan parti juga akan menjadi patah semangat apabila Khairy dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri. Mereka akan rasa tertipu kerana kecekalan mereka pertahankan selama ini tidak dihargai jika beban besar seperti Khairy diangkat ke status lebih tinggi.

Tambahan pula lebih sukar untuk para blogger pendokong UMNO pertahankan parti jika Khairy diangkat menjadi menteri atau timbalan menteri. Ini adalah kerana nama Khairy cukup sinonim dengan rasuah dan salah guna kuasa semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Seperti kata Pak Kamaluddin Idrus:

Memberi jawatan kepada KJ samalah seperti memberi peluru kepada pihak lawan. Jangan rosakkan kestabilan UMNO kerana kepentingan dia.

YAB Dato’ Seri,

Beribu ampun dan maaf jika luahan saya ini tidak mengena pada tempat. Demi memegang teguh kepada konsep satu Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, dan dengan adanya platform media ketiga, maka saya mengambil kesempatan untuk memberi pandangan yang mewakili pandangan blogger dan rakyat bawahan.

Sekian Wassalam.

Diambil dari sini.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: