Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sah menerima perletakan jawatan daripada Timbalan Menteri Perlancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman. Dengan ini, terdapat kekosongan bagi menantu kepada bekas PM untuk melobi jawatan tersebut untuk dirinya.
Selain daripada menggunakan blogger-blogger upahannya untuk melobi, beliau juga menggunakan khidmat seorang lagi PROKSI Anwar Ibrahim di dalam UMNO. Siapakah PROKSI Anwar itu? Tidak lain tidak bukan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Semua orang tahu, Zahid Hamidilah yang melobi begitu kuat agar bekas PM, Tun Abdullah Badawi untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasa. Ketika melobi Pak Lah, hujah yang digunakan oleh Zahid Hamidi adalah Anwar boleh digunakan untuk melawan Tun Dr. Mahathir jikalau PM Malaysia Ke-4 itu mengganggu pentadbiran Pak Lah. Pak Lah yang sering tertidur itu pun mendengar cakap Zahid Hamidi. Maka bebaslah Anwar.
Oleh kerana hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, oleh kerana beliau adalah bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib, Zahidi Hamidi digunakan oleh Khairy untuk melobi PM agar membawanya masuk kedalam kabinet.
Tambahan lagi, Kementerian Pelancangon adalah salah satu “lubuk duit”, maka terliurlah Ahli Parlimen “Pintu Belakang” Rembau ni. Di Antara hujah Zahid Hamidi untuk melobi agar Khairy dilantik ialah Pemuda UMNO perlukan pemimpinnya masuk dalam kabinet. Barulah “gah” Pemuda UMNO dimata Pemuda BN yang lain.
Jadi, kepada blogger-blogger yang tidak mahu KJ masuk kabinet, jangan berhenti sampai disini. Kalautidak kita akan menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh menghalang KJ menghancurkan UMNO.
Ingat, jika KJ masuk kabinet, maka akan lebih banyaklah rahsia kerajaan akan diketahui oleh Anwar Ibrahim. Kita mesti bantu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerana dialah yang paling lantang menentang kemasukkan KJ kedalam kabinet.
Anak Jati Rembau
Mungkin Zahid telah melobi Pak Lah, tetapi Pak Lah bersetuju melepaskan Anwar sebenarnya bukan atas desakan Zahid. Orang yang mempengaruhi Pak Lah untuk melepaskan Anwar sebenarnya adalah KJ sendiri. Pak Lah sebenarnya telah menyerahkan keputusan ke atas kes Anwar kepada para Hakim mahkamah. Tetapi KJ telah campur tangan dan berjaya meyakini Pak Lah bahawa Anwar mesti dibebaskan. Samada rela atau tidak, Pak Lah bersetuju dan KJ sendiri telah berjumpa dengan para hakim untuk menyampaikan keputusan membebaskan Anwar. Ini bukan rekaan tetapi berasaskan maklumat dari sumber dalaman yang tahu tentang cerita sebenar pembebasan Anwar.
Pengaruh KJ ke atas bapa mertuanya amatlah kuat, ditambah pula dengan pendirian Pak Lah yang terumbang ambing dalam membuat keputusan. Jadi keputusan membebaskan Anwar bukanlah keputusan para hakim atau Pak Lah tetapi keputusan KJ sendiri. Apa pun, keputusan inilah yang telah menyebabkan negara ini menjadi kucar kacir sehingga kini.
Kepada blogger Anti-Khairy dan blogger-blogger lain, tingkatkanlah usaha untuk menghalang KJ dari memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet. Jangan benarkan seorang pengkhianat negara dari dalam kerajaan (KJ) membantu seorang lagi pengkhianat negara dari luar (Anwar) menghancurkan negara tercinta ini.
Hampeh si KJ ni.dio ni bukan org Rombau sbb omak dio anak mami Penang sbb tu la dio hitam logam.org Rombau tak do hitam logam mcm buntut kuali do lae pun org Romabu ikut sobolah omak adat pepatih.sobolah bapak tak laku do kalo kek rombau tak cayo ko pi tanyo tok Sote atau tok Rajo
belahlah nak jadi menteri kabinet. jadi menteri untuk haiwan di hutan pun belum tentu layak lagi. jadi ahli parlimen pun sebab pak lah. dah lah undi jatuh kat rembau 2. nak perasan lebih jadi menteri. habis duit rakyat je dia retilah
Di kalangan orang-orang Najib sendiri, masih langsung tak tahu dan buta pekak serta tuli berkenaan Zahid Hamidi dan org-org KJ/Anwar sedang memanipulasi mereka. Telah banyak kali diberitahu tapi mereka mcm tak berapa percaya.
Semua bloggers diminta meningkatkan usaha untuk menyedarkan mereka, kerana kebanyakan mereka ini bendul dan tak tahu geng KJ/Anwar sedang mempermainkan mereka. Sila cari jalan utk bagi Najib sedar siapa itu Zahid Hamidi.
Sehingga hari ini, masih ada cakap-cakap bahawa KJ diketepikan hanya SEMENTARA. Bila keadaan reda, KJ tetap akan dinaikkan…ini kata orang-orang Najib sendiri. Harap maklum.
[…] Didalam isu pembebasan Anwar Ibrahim, siapakah orang yang paling kuat melobi Pak Lah Pondan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dengan alasan dan hujah yang digunakan oleh Zahid Hamidi adalah Anwar boleh digunakan untuk melawan Tun Dr. Mahathir jikalau PM Malaysia Ke-4 itu mengganggu pentadbiran Pak Lah. Pak Lah yang sering tertidur itu pun mendengar cakap Zahid Hamidi. Maka bebaslah Anwar. Klik disini […]