P’wakilan bantah Khairy, Ali mengundi

27 03 2009

Sekurang-kurangnya dua perwakilan Muar memboikot pengundian  jawatan tertinggi Umno hari ini kerana membantah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dibenarkan mengundi.

Datuk Kadar Shah Sulaiman Shah dan adiknya Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak akan menyertai lebih 2,050 perwakilan memangkah calon pilihan masing-masing.

Tindakan mereka diambil ekoran surat bantahan mereka berhubung perkara itu telah ditolak oleh pengerusi tetap perhimpunan agung Umno, Tan Sri Onn Ismail.

Lembaga Disiplin Umno minggu lalu mendapati naib presiden itu dan Khairy bersalah selepas ejen-ejen mereka terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

umno 59 agm 2009 puteri youth wanita mt campaign 250309 08Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden, manakala Khairy diberi amaran tetapi dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno yang dimenanginya semalam.

Onn memanggil Kadar naik ke pentas untuk mengambil jawapannya terhadap bantahannya itu.

Bantahannya jelas ditolak apabila Onn memanggil Mohd Ali dan Khairy mengundi calon-calon yang bertanding.

Sebelum pengundian bermula kira-kira 12 tengah hari tadi, suasana kempen saat akhir sampai ke kemuncaknya pagi ini apabila penyokong bersesak-sesak mengedar kad nombor calon-calon masing-masing.

Selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selesai menyampaikan ucapan dasar pada 11.15 pagi, para penyokong menjerit-jeritkan nombor calon pilihan masing-masing tanpa henti.

Ratusan penyokong berkumpul di hadapan pintu keluar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam pakaian dan tag bercetak nombor pengundian bagi calon pilihan mereka.

Tinjauan Malaysiakini mendapati ada juga penyokong yang memakai topeng wajah calon pilihan mereka.

Suasana sesak dan terlalu bising itu menyebabkan pergerakan menjadi sukar dan mengganggu hampir seratus petugas media yang menunggu barisan pemimpin tertinggi parti itu keluar dari dewan untuk mendapatkan komen mereka berhubung ucapan Abdullah.

Keadaan gamat dan sesak itu memaksa polis dan anggota RELA beberapa kali membuka laluan untuk pemimpin parti itu keluar dari dewan.

Anggota penguatkuasa juga menutup tempat itu dengan plastik penghadang bagi mengelak kumpulan penyokong mengganggu pergerakan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

Kumpulan penyokong juga kelihatan memenuhi tingkat bawah bangunan Umno itu, tempat skrin besar ditempatkan dan gerai jualan..

Seramai 68 calon bertanding bagi jawatan-jawatan timbalan, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT).

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.

Dari sini.

Advertisements




Najib harus biarkan Permatang Pauh dan fokus untuk dapatkan pencalonan tanding Presiden

4 08 2008

Semalam Pak Lah turun ke Permatang Pauh. Dia bawa sekali kawan baik menantunya, Ezam Mohd Noor yang suka mencabar dan bersumpah itu.

Nampak gayanya, Ezam lah yang akan jadi calon pilihan bapa mertua Khairy itu walaupun UMNO Permatang Pauh ada calon pilihan mereka.

Tak mengapalah…. Mungkin Permatang Pauh penting bagi Pak Lah dan menantunya. Maklumlah, negeri Perdana Menteri itu telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dulu waktu kempen PRU 12 tu, dengar sangat cakap menantu. Sibuk datang Kelantan. Akhirnya apa sudah jadi? Jatub tersungkur kubu-kubu kuat UMNO di Selangor, Perak, Kedah dan juga negeri Pak Lah sendiri di Pulau Pinang.

Maklumlah, menantunya kan bijak pandai. Lulusan luar negeri.

Dalam UMNO sekarang, hanya tinggal Najib sahaja yang boleh mencabar Pak Lah. Najib hanya perlu berani sedikit lagi. Sokongan UMNO ada pada Najib dan bukan pada Pak Lah dan menantunya. Pelan peralihan kuasa pada 2010 adalah satu penipuan besar.

Najib harus lawan Pak Lah.

Biarkan Pak Lah, menantu dan Ezam sibuk di Permatang Pauh. Najib dan penyokong harus pusing keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO yang akan memberinya tiket untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Biarkan pertarungan Pak Lah dan Anwar di Permatang Pauh. Lagipun Permatang pauh adalah negeri Pak Lah dan Anwar. Najib tidak perlu sibuk-sibuk.

Tanpa sokongan UMNO Pulau Pinang sekalipun, Najib mampu untuk mendapatkan pencalonan yang cukup.

Muhyiddin Yassin adalah orang yang terbaik untuk dijadikan regu Najib. Dengan adanya Muhyiddin, seluruh negeri Johor akan memberikan sokongan kepada Najib.

Biarkan Pak Lah, menantu dan Ezam buang masa di Permatang Pauh.

Najib harus fokus untuk dapatkan pencalonan bagi menyingkirkan Pak Lah dan menantunya dari UMNO!!!

Anak Jati Rembau.





Jika dibenar bertanding lawan Anwar, EZAM akan membuat pengakuan diliwat

30 07 2008

Baru-baru ini, bekas pengkhianat UMNO yang baru diterima masuk kedalam UMNO oleh Abdullah Bodohwi menyatakan kesediaannya untuk mencabar bekas bosnya, Anwar Ibrahim sekiranya akan berlaku pilihanraya kecil di Kulim.

Beliau berkata, satu pendedahan besar akan dilakukannya dalam kempen pilihanraya kecil tersebut.

Nampaknya maklumat yang kami terima sebelum ini semakin terlihat kebenarannya. Ezam dan pengikut-pengikutnya yang bersarang di Agenda Daily tidak sedikitpun menafikan posting Anti Khairy sebelum ini yang menyetakan bahawa Ezam akan membuat pengakuan diliwat oleh Anwar.

Jadi, kita jangan terkejut jika Ezam dibenarkan oleh UMNO untuk melawan bekas boss lamanya, pendedahan besar yang akan dibuatnya ialah dia telah diliwat oleh Anwar sewaktu menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan itu.

Jika dikata mengapa pendedahan tidak dilakukan sebelum ini, Ezam pasti menjawab bahawa beliau tidak dapat berbuat demikian kerana diugut oleh orang-orang Anwar.

Apakah Ezam akan mengulangi episod Saiful Bukhari?

Sabar…. Banyak lagi pendedahan…..

Anak Jati Rembau