KJ dan Zahid Hamidi nak jatuhkan Datuk Seri Najib?

27 12 2009

Laman Web UMNO Reform mengatakan bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi yang diketahui sebagai sekutu kuat kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dikatakan sedang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Klik disini.

Penghebohan peristiwa kehilangan enjit jet pejuang yang masih dalam siasatan polis dikatakan menjadi senjata untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya beliau akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatiknya beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau akan mempunyai “bargaining power” untuk memasukkan sekutunya KJ untuk menjadi menteri penuh. Bukankah Zahid Hamidi pernah berkata, seminit selepas beliau menjadi PM Malaysia, beliau akan melantik KJ menjadi menteri.

Apakah kita terlupa bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Menteri Pertahanan Malaysia sebelum beliau bersara? Apakah pada ketika Tun Abdullah menjadi Menteri Pertahanan, KJ menggunakan peluang tersebut untuk mencari “bahan” yang boleh digunakan untuk mengenakan Datuk Seri Najib?

Dan bahan tersebut diberikan kepada Zahid Hamidi untuk dibocorkan. Pembocoran maklumat tersebut memberikan keuntungan kepada KJ dan Zahid Hamidi. Jika Zahid Hamidi naik lebih tinggi, maka naiklah KJ juga. Apabila kedua-dua sekutu Anwar Ibrahim ini naik, maka dengan cepatlah cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai. Apabila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, lebih cepatlah Malaysia akan terjual kepada Amerika Syarikat.

Kita perlu ingat, orang-orang Anwar Ibrahim kini berkeliaran didalam UMNO. Apakah kita percaya dengan talibarut-talibarut Anwar seperti Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan jangan kita lupa tentang Ezam Mohd Noor. Mereka semua berada dalam satu kumpulan. Sampai masanya, semua akan bertindak untuk menaikkan boss kesayangan mereka iaitu Anwar Ibrahim.

UMNO pada hari ini masih lagi selamat oleh kerana Tun Dr. Mahathir masih ada. Tun merupakan benteng terakhir kepada UMNO dan dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib sibuk untuk “repair” negara setelah dimusnahkan oleh KJ dan Budak Tingkat Empat selama sepenggal pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Tanpa sokongan ahli-ahli UMNO yang lain, maka letihlah Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk melawan anasir-anasir jahat dalam UMNO.

Pilihan ditangan ahli-ahli UMNO. Mahu biarkan UMNO musnah, atau membersihkan agen-agen Singapura dan Israel yang terdapat dalam UMNO.

Anak Jati Rembau





KJ, FAM dan parlimen Rembau

21 12 2009

Habis riuh blogger-blogger Pro KJ memuji-muji dan mengangkat bos mereka oleh kerana kemenangan skuad bolasepak negara dalam perlawanan akhir Sukan SEA menentang Vietnam beberapa hari lalu.

Yang menganggu fikiran saya ialah apa kena mengena kemenangan skuad bolasepak negara dengan KJ?

Apabila skuad bolasepak negara tewas, semuanya senyap. Yang disalahkan ialah jurulatih dan pemain-pemain tetapi bukan KJ. Ketika mereka menang, KJ yang dilambung.

Pada ketika usaha melobi untuk menjadikan KJ sebagai Timbalan Menteri sedang hangat dilakukan, tahukah anda apa yang berlaku di Rembau?

Rembau diserang hebat oleh calon PKR yang hampir menewaskan KJ dalam pilihanraya umum lepas.

Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard dan konco-konconya giat bekerja di Rembau seolah-olah beliau adalah ahli parlimen disini.

Walaupun Chegubard dan konco-konconya tidaklah begitu ramai, kerja keras yang dilakukan oleh mereka menyebabkan beliau menjadi popular di kawasan parlimen Rembau. Mengapa ini berlaku?

Ini adalah kerana Ahli Parlimen Rembau sibuk melobi untuk menjadi Timbalan Menteri dan heboh untuk menjadi jaguh bolasepak sehinggakan kawasan sendiri tak terjaga.

Terbaru Chegubard dan konco-konconya telah membina hentian bas di Taman Bunga Raya di Rantau (dalam kawasan parlimen Rembau). Klik disini.

Jika perkara sebegini berterusan, tidak mustahil parlimen Rembau yang merupakan kubu kuat UMNO zaman berzaman akan jatuh ketangan pembangkang dalam pilihanraya akan datang. Ahli Parlimen Rembau terlalu sibuk melobi untuk menjadi menteri.

Sudahlah Pemuda UMNO tidak terjaga, kini parlimen Rembau pula dalam bahaya. Apakah orang sebegini hendak dimasukkan kedalam kabinet?

Sekarang tanpa apa-apa jawatan dalam kabinet pun parlimen Rembau tidak terjaga, apa lagi ketika KJ sudah berada dalam kabinet?

Seharusnya parlimen Rembau dijaga rapi oleh kerana calon pembangkang mendapat undi yang terbesar dalam sejarah kerusi parlimen Rembau pada pilihanraya lalu.

Ini tidak, yang disibukkannya ialah untuk jadi menteri. Alahai anak omak!

Anak Jati Rembau





Lobi untuk jadikan KJ Menteri berterusan

16 12 2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sah menerima perletakan jawatan daripada Timbalan Menteri Perlancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman. Dengan ini, terdapat kekosongan bagi menantu kepada bekas PM untuk melobi jawatan tersebut untuk dirinya.

Selain daripada menggunakan blogger-blogger upahannya untuk melobi, beliau juga menggunakan khidmat seorang lagi PROKSI Anwar Ibrahim di dalam UMNO. Siapakah PROKSI Anwar itu? Tidak lain tidak bukan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Semua orang tahu, Zahid Hamidilah yang melobi begitu kuat agar bekas PM, Tun Abdullah Badawi untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasa. Ketika melobi Pak Lah, hujah yang digunakan oleh Zahid Hamidi adalah Anwar boleh digunakan untuk melawan Tun Dr. Mahathir jikalau PM Malaysia Ke-4 itu mengganggu pentadbiran Pak Lah. Pak Lah yang sering tertidur itu pun mendengar cakap Zahid Hamidi. Maka bebaslah Anwar.

Oleh kerana hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, oleh kerana beliau adalah bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib, Zahidi Hamidi digunakan oleh Khairy untuk melobi PM agar membawanya masuk kedalam kabinet.

Tambahan lagi, Kementerian Pelancangon adalah salah satu “lubuk duit”, maka terliurlah Ahli Parlimen “Pintu Belakang” Rembau ni. Di Antara hujah Zahid Hamidi untuk melobi agar Khairy dilantik ialah Pemuda UMNO perlukan pemimpinnya masuk dalam kabinet. Barulah “gah” Pemuda UMNO dimata Pemuda BN yang lain.

Jadi, kepada blogger-blogger yang tidak mahu KJ masuk kabinet, jangan berhenti sampai disini. Kalautidak kita akan menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh menghalang KJ menghancurkan UMNO.

Ingat, jika KJ masuk kabinet, maka akan lebih banyaklah rahsia kerajaan akan diketahui oleh Anwar Ibrahim. Kita mesti bantu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerana dialah yang paling lantang menentang kemasukkan KJ kedalam kabinet.

Anak Jati Rembau





Mengapa KJ perlu dihalang daripada menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak?

12 12 2009

Terlalu banyak sebab mengapa KJ perlu dihalang daripada menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Diantaranya ialah:

1) Kita jangan menjadi Melayu yang mudah lupa. Tun Dr. Mahathir pernah menulis sajak yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa” untuk mengingatkan orang-orang Melayu betapa pentingnya menjadi sebuah bangsa yang “tidak mudah lupa” untuk terus maju kehadapan. Apakah kita terlupa bahawa Khairy Jamaluddin, sewaktu menjadi menantu kepada Perdana Menteri kelima Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah orang yang menghantar terus passport milik PENGKHIANAT BANGSA, Anwar Ibrahim kerumahnya sebelum beliau berubat ke negara Jerman. Persoalannya, apakah kena mengena Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim sehingga layanan kelas pertama diberikan kepada pembelot UMNO itu?

2) Isu penghantaran passport adalah bukti Khairy Jamaluddin adalah “orang” kepada Anwar Ibrahim di dalam UMNO yang bertujuan untuk mensabotaj dan menggagalkan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

3) Siapakah yang membantu Anwar Ibrahim melalui Raja Petra Kamarudin, Editor Malaysia Today untuk terus memfitnah dan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan isternya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya kalau bukan Khairy Jamaluddin?

4) Semasa menikmati kekuasaan sebagai menantu kepada PM Abdullah Badawi , isu Altantuya sememangnya digunakan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Akan tetapi, oleh kerana tidak mendapat kerjasama daripada pasukan polis, usaha jahat beliau gagal.

5) Apakah kita mudah lupa bahawa Khairy Jamaluddin telah disabitkan dengan kesalahan “politik wang” semasa bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO? Dia lepas dan dapat bertanding hanya kerana pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Presiden UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO menghormati Pak Lah dan membiarkan beiau bertanding.

6) Jika Khairy Jamaluddin masuk kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, maka mudahlah beliau untuk “membocorkan” keputusan mesyuarat kabinet kepada “idola”nya Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang.

7) Apabila Perasuah seperti Khairy Jamaluddin dilantik bagi menganggotai kabinet, usaha Datuk Seri Najib Razak untuk membersihkan kerajaan akan menjadi sia-sia oleh kerana perasuah seperti KJ berada didalam kabinet.

8) Khairy yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai Ketua Pemuda UMNO jika dilantik kedalam kabinet akan menyebabkan kementerian yang dijaga menjadi lemah. Dengan ini, kemnterian lemah dan Pemuda UMNO lemah. Jika Khairy tidak dilantik, hanya Pemuda UMNO yang lemah dan perkara ini boleh diselesaikan dengan menggantikan Ketua Pemuda UMNO atau melantik Datuk Razali menjadi Pemangku sebelum pemilihan yang akan datang.

9) Dengan Khairy sebagai Menteri atau Timbalan Menteri, “anjing-anjing TINGKAT EMPAT” yang telah dikeluarkan dari mengganggu pentadbiran negara akan kembali semula. Mula-mula masuk ke kementerian KJ, kemudia meresap ke kementerian lain.

10) Masuknya Khairy kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan UMNO berpecah lagi. Ramai ahli-ahli UMNO yang bagus akan meninggalkan parti Melayu ini oleh kerana tidak tahan dengan manusia yang bernama Khairy Jamaluddin.

Saya berbangga kerana kini telah mempunyai banyak blog yang bersatu dalam isu ini. Kita mesti terus mendesak agar Khairy Jamaluddin yang telah menyebabkan UMNO hampir hilang kuasa pada pilihanraya umum lalu tidak akan diterima untuk masuk kedalam kabinet.

Hanya desakan dan penyatuan yang boleh menyebabkan kita berjaya.

Jangan kita lupa bahawa insan yang bernama Khairy Jamaluddin ini sedang menghancurkan UMNO dari dalam. Jangan kita biarkan beliau bekerja dengan mudah. Kita harus bersatu untuk menyingkirnya!

Anak Jati Rembau





Najib harus biarkan Permatang Pauh dan fokus untuk dapatkan pencalonan tanding Presiden

4 08 2008

Semalam Pak Lah turun ke Permatang Pauh. Dia bawa sekali kawan baik menantunya, Ezam Mohd Noor yang suka mencabar dan bersumpah itu.

Nampak gayanya, Ezam lah yang akan jadi calon pilihan bapa mertua Khairy itu walaupun UMNO Permatang Pauh ada calon pilihan mereka.

Tak mengapalah…. Mungkin Permatang Pauh penting bagi Pak Lah dan menantunya. Maklumlah, negeri Perdana Menteri itu telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dulu waktu kempen PRU 12 tu, dengar sangat cakap menantu. Sibuk datang Kelantan. Akhirnya apa sudah jadi? Jatub tersungkur kubu-kubu kuat UMNO di Selangor, Perak, Kedah dan juga negeri Pak Lah sendiri di Pulau Pinang.

Maklumlah, menantunya kan bijak pandai. Lulusan luar negeri.

Dalam UMNO sekarang, hanya tinggal Najib sahaja yang boleh mencabar Pak Lah. Najib hanya perlu berani sedikit lagi. Sokongan UMNO ada pada Najib dan bukan pada Pak Lah dan menantunya. Pelan peralihan kuasa pada 2010 adalah satu penipuan besar.

Najib harus lawan Pak Lah.

Biarkan Pak Lah, menantu dan Ezam sibuk di Permatang Pauh. Najib dan penyokong harus pusing keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO yang akan memberinya tiket untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Biarkan pertarungan Pak Lah dan Anwar di Permatang Pauh. Lagipun Permatang pauh adalah negeri Pak Lah dan Anwar. Najib tidak perlu sibuk-sibuk.

Tanpa sokongan UMNO Pulau Pinang sekalipun, Najib mampu untuk mendapatkan pencalonan yang cukup.

Muhyiddin Yassin adalah orang yang terbaik untuk dijadikan regu Najib. Dengan adanya Muhyiddin, seluruh negeri Johor akan memberikan sokongan kepada Najib.

Biarkan Pak Lah, menantu dan Ezam buang masa di Permatang Pauh.

Najib harus fokus untuk dapatkan pencalonan bagi menyingkirkan Pak Lah dan menantunya dari UMNO!!!

Anak Jati Rembau.





Jika dibenar bertanding lawan Anwar, EZAM akan membuat pengakuan diliwat

30 07 2008

Baru-baru ini, bekas pengkhianat UMNO yang baru diterima masuk kedalam UMNO oleh Abdullah Bodohwi menyatakan kesediaannya untuk mencabar bekas bosnya, Anwar Ibrahim sekiranya akan berlaku pilihanraya kecil di Kulim.

Beliau berkata, satu pendedahan besar akan dilakukannya dalam kempen pilihanraya kecil tersebut.

Nampaknya maklumat yang kami terima sebelum ini semakin terlihat kebenarannya. Ezam dan pengikut-pengikutnya yang bersarang di Agenda Daily tidak sedikitpun menafikan posting Anti Khairy sebelum ini yang menyetakan bahawa Ezam akan membuat pengakuan diliwat oleh Anwar.

Jadi, kita jangan terkejut jika Ezam dibenarkan oleh UMNO untuk melawan bekas boss lamanya, pendedahan besar yang akan dibuatnya ialah dia telah diliwat oleh Anwar sewaktu menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan itu.

Jika dikata mengapa pendedahan tidak dilakukan sebelum ini, Ezam pasti menjawab bahawa beliau tidak dapat berbuat demikian kerana diugut oleh orang-orang Anwar.

Apakah Ezam akan mengulangi episod Saiful Bukhari?

Sabar…. Banyak lagi pendedahan…..

Anak Jati Rembau





Kau tetap Kera Jantan dihatiku….

23 06 2008





Kepimpinan Khairy dicabar di Rembau

22 06 2008

(Dari Malaysiakini)

Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Rembau hari ini menawarkan dirinya untuk bertanding mencabar Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda bahagian dalam pemilihan parti kali ini.

Azman Mohd Sah berkata bahagian berkenaan pergeraian Pemuda Umno bahagian berkenaan memerlukan perubahan terutama selepas isyarat jelas dari pengundi muda dalam pilihanraya semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Perubahan kepimpinan ini diperlukan kerana kita selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja,” katanya dalam satu sidang akhbar di Seremban.

“Malah kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan di dalam pergerakan ini,” tambahnya.

khairy jamaluddinMenurut laporan Bernama, Khairy juga merupakan naib ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sokong MB

Dalam pilihanraya umum lalu, Khairy berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau.

Azman, 37, seorang ejen insurans, adalah juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Siliau.

Azman mendakwa setakat ini beliau mendapat sokongan lapan ketua Pemuda cawangan di bahagian itu. Bahagian Rembau mempunyai 108 cawangan.

“Saya dan rakan-rakan Pemuda di bahagian Rembau dengan ini juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Ketua Bahagian Rembau.

“Kami turut menyokong pencalonan menteri besar sebagai naib presiden Umno sekiranya beliau berhasrat bertanding ke peringkat itu,” katanya.





Radio Belia: Satu Lagi Projek Khairy Jamaluddin Di KBS !!

10 06 2008

Oleh: cucumatkilau


  Baru-baru ini terdapat ura-ura bahawaa Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan akan mewujudkan stesen radio khas iaitu Radio Belia bagi memberi peluang kepada golongan itu menyuarakan pendapat dan pandangan secara terus kepada masyarakat dan kerajaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, stesen radio khas itu berlainan dengan slot tertentu untuk pendengar muda yang disediakan oleh stesen radio sedia ada.Ini kerana, jelas beliau, sasaran utama merupakan golongan belia yang mewakili satu pertiga atau 11 juta daripada 26 juta penduduk Malaysia

Sebelum ini Cucu pernah mendedahkan bahawa Ismail Sabri ini adalah boneka yang menjadi “kuda tunggangan” Khairy di kebinet Pak Lah. Sebelum pilihanraya umum, sudah jelas kedengaran disana sini sememangnya Khairy akan mengambilalih tempat Azahlina di Kementerian Belia dan Sukan.

Ini ditambah lagi dengan minat mendalam Khairy terhadap bolasepak hingga terciptanya rancangan realiti boleasepak “My Team” di TV3 suatu ketika dulu. Begitu gah sekali My Team dibawa ke Old Trafford, Manchester United kemudian diketemukan dengan pasukan Malaysia (B23) dan Indonesia yang akhirnya kecundang begitu sahaja. Minat khairy terhadap bolasepak juga menyebabkan Tengku Mahkota Pahang, Tengkua Abdullah Sultan Hj. Ahmad Shah terpaksa mengundur diri dan memberi laluan kepada anak muda itu menjadi Timbalan Presiden FAM yang baru. Namun, hingga kini kita pun tidak faham apa yang dibangunkan oleh Khariy agaknya.





Dimana pemimpin UMNO ketika rakyat menderita?

5 06 2008

Semalam Perdana Menteri Abdullah Badawi mengumumkan kenaikkan harga minyak. Petrol dinaikkan sebanyak 78 sen manakala diesel naik sebanyak RM 1.

Malam semalam jalan sesak hampir disemua kawasan. Pengguna berpusu-pusu ke stesen minyak untuk memenuhkan tangki mereka.

Hari ini dilaporkan parti pembangkang telah memulakan demonstrasi. DAP pagi tadi berdemonstrasi berhampiran dengan puduraya. Walaupun diadakan pada awal pagi, 50 orang hadir. Nampakkah anda mengapa Barisan Nasional hilang penguasaan terhadap beberapa buah negeri dalam pilihanraya yang lalu?

Ketika rakyat menderita, pihak pembangkang menghampiri mereka. Tidak kelihatan pemimpin UMNO bersama mereka.

Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Mahathir yang bersuara. Lihat video ini:

Malaysiakini turut melaporkan bantahan Mukhriz terhadap kenaikkan harga minyak.

Untuk membaca kenyataan penuh Ahli Parlimen Jerlun tersebut, klik disini.

Anak Jati Rembau