KJ dan Zahid Hamidi nak jatuhkan Datuk Seri Najib?

27 12 2009

Laman Web UMNO Reform mengatakan bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi yang diketahui sebagai sekutu kuat kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dikatakan sedang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Klik disini.

Penghebohan peristiwa kehilangan enjit jet pejuang yang masih dalam siasatan polis dikatakan menjadi senjata untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya beliau akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatiknya beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau akan mempunyai “bargaining power” untuk memasukkan sekutunya KJ untuk menjadi menteri penuh. Bukankah Zahid Hamidi pernah berkata, seminit selepas beliau menjadi PM Malaysia, beliau akan melantik KJ menjadi menteri.

Apakah kita terlupa bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Menteri Pertahanan Malaysia sebelum beliau bersara? Apakah pada ketika Tun Abdullah menjadi Menteri Pertahanan, KJ menggunakan peluang tersebut untuk mencari “bahan” yang boleh digunakan untuk mengenakan Datuk Seri Najib?

Dan bahan tersebut diberikan kepada Zahid Hamidi untuk dibocorkan. Pembocoran maklumat tersebut memberikan keuntungan kepada KJ dan Zahid Hamidi. Jika Zahid Hamidi naik lebih tinggi, maka naiklah KJ juga. Apabila kedua-dua sekutu Anwar Ibrahim ini naik, maka dengan cepatlah cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai. Apabila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, lebih cepatlah Malaysia akan terjual kepada Amerika Syarikat.

Kita perlu ingat, orang-orang Anwar Ibrahim kini berkeliaran didalam UMNO. Apakah kita percaya dengan talibarut-talibarut Anwar seperti Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan jangan kita lupa tentang Ezam Mohd Noor. Mereka semua berada dalam satu kumpulan. Sampai masanya, semua akan bertindak untuk menaikkan boss kesayangan mereka iaitu Anwar Ibrahim.

UMNO pada hari ini masih lagi selamat oleh kerana Tun Dr. Mahathir masih ada. Tun merupakan benteng terakhir kepada UMNO dan dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib sibuk untuk “repair” negara setelah dimusnahkan oleh KJ dan Budak Tingkat Empat selama sepenggal pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Tanpa sokongan ahli-ahli UMNO yang lain, maka letihlah Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk melawan anasir-anasir jahat dalam UMNO.

Pilihan ditangan ahli-ahli UMNO. Mahu biarkan UMNO musnah, atau membersihkan agen-agen Singapura dan Israel yang terdapat dalam UMNO.

Anak Jati Rembau

Advertisement




KJ, FAM dan parlimen Rembau

21 12 2009

Habis riuh blogger-blogger Pro KJ memuji-muji dan mengangkat bos mereka oleh kerana kemenangan skuad bolasepak negara dalam perlawanan akhir Sukan SEA menentang Vietnam beberapa hari lalu.

Yang menganggu fikiran saya ialah apa kena mengena kemenangan skuad bolasepak negara dengan KJ?

Apabila skuad bolasepak negara tewas, semuanya senyap. Yang disalahkan ialah jurulatih dan pemain-pemain tetapi bukan KJ. Ketika mereka menang, KJ yang dilambung.

Pada ketika usaha melobi untuk menjadikan KJ sebagai Timbalan Menteri sedang hangat dilakukan, tahukah anda apa yang berlaku di Rembau?

Rembau diserang hebat oleh calon PKR yang hampir menewaskan KJ dalam pilihanraya umum lepas.

Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard dan konco-konconya giat bekerja di Rembau seolah-olah beliau adalah ahli parlimen disini.

Walaupun Chegubard dan konco-konconya tidaklah begitu ramai, kerja keras yang dilakukan oleh mereka menyebabkan beliau menjadi popular di kawasan parlimen Rembau. Mengapa ini berlaku?

Ini adalah kerana Ahli Parlimen Rembau sibuk melobi untuk menjadi Timbalan Menteri dan heboh untuk menjadi jaguh bolasepak sehinggakan kawasan sendiri tak terjaga.

Terbaru Chegubard dan konco-konconya telah membina hentian bas di Taman Bunga Raya di Rantau (dalam kawasan parlimen Rembau). Klik disini.

Jika perkara sebegini berterusan, tidak mustahil parlimen Rembau yang merupakan kubu kuat UMNO zaman berzaman akan jatuh ketangan pembangkang dalam pilihanraya akan datang. Ahli Parlimen Rembau terlalu sibuk melobi untuk menjadi menteri.

Sudahlah Pemuda UMNO tidak terjaga, kini parlimen Rembau pula dalam bahaya. Apakah orang sebegini hendak dimasukkan kedalam kabinet?

Sekarang tanpa apa-apa jawatan dalam kabinet pun parlimen Rembau tidak terjaga, apa lagi ketika KJ sudah berada dalam kabinet?

Seharusnya parlimen Rembau dijaga rapi oleh kerana calon pembangkang mendapat undi yang terbesar dalam sejarah kerusi parlimen Rembau pada pilihanraya lalu.

Ini tidak, yang disibukkannya ialah untuk jadi menteri. Alahai anak omak!

Anak Jati Rembau





Lobi untuk jadikan KJ Menteri berterusan

16 12 2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sah menerima perletakan jawatan daripada Timbalan Menteri Perlancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman. Dengan ini, terdapat kekosongan bagi menantu kepada bekas PM untuk melobi jawatan tersebut untuk dirinya.

Selain daripada menggunakan blogger-blogger upahannya untuk melobi, beliau juga menggunakan khidmat seorang lagi PROKSI Anwar Ibrahim di dalam UMNO. Siapakah PROKSI Anwar itu? Tidak lain tidak bukan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Semua orang tahu, Zahid Hamidilah yang melobi begitu kuat agar bekas PM, Tun Abdullah Badawi untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasa. Ketika melobi Pak Lah, hujah yang digunakan oleh Zahid Hamidi adalah Anwar boleh digunakan untuk melawan Tun Dr. Mahathir jikalau PM Malaysia Ke-4 itu mengganggu pentadbiran Pak Lah. Pak Lah yang sering tertidur itu pun mendengar cakap Zahid Hamidi. Maka bebaslah Anwar.

Oleh kerana hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, oleh kerana beliau adalah bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib, Zahidi Hamidi digunakan oleh Khairy untuk melobi PM agar membawanya masuk kedalam kabinet.

Tambahan lagi, Kementerian Pelancangon adalah salah satu “lubuk duit”, maka terliurlah Ahli Parlimen “Pintu Belakang” Rembau ni. Di Antara hujah Zahid Hamidi untuk melobi agar Khairy dilantik ialah Pemuda UMNO perlukan pemimpinnya masuk dalam kabinet. Barulah “gah” Pemuda UMNO dimata Pemuda BN yang lain.

Jadi, kepada blogger-blogger yang tidak mahu KJ masuk kabinet, jangan berhenti sampai disini. Kalautidak kita akan menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh menghalang KJ menghancurkan UMNO.

Ingat, jika KJ masuk kabinet, maka akan lebih banyaklah rahsia kerajaan akan diketahui oleh Anwar Ibrahim. Kita mesti bantu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerana dialah yang paling lantang menentang kemasukkan KJ kedalam kabinet.

Anak Jati Rembau





Mengapa KJ perlu dihalang daripada menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak?

12 12 2009

Terlalu banyak sebab mengapa KJ perlu dihalang daripada menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Diantaranya ialah:

1) Kita jangan menjadi Melayu yang mudah lupa. Tun Dr. Mahathir pernah menulis sajak yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa” untuk mengingatkan orang-orang Melayu betapa pentingnya menjadi sebuah bangsa yang “tidak mudah lupa” untuk terus maju kehadapan. Apakah kita terlupa bahawa Khairy Jamaluddin, sewaktu menjadi menantu kepada Perdana Menteri kelima Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah orang yang menghantar terus passport milik PENGKHIANAT BANGSA, Anwar Ibrahim kerumahnya sebelum beliau berubat ke negara Jerman. Persoalannya, apakah kena mengena Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim sehingga layanan kelas pertama diberikan kepada pembelot UMNO itu?

2) Isu penghantaran passport adalah bukti Khairy Jamaluddin adalah “orang” kepada Anwar Ibrahim di dalam UMNO yang bertujuan untuk mensabotaj dan menggagalkan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

3) Siapakah yang membantu Anwar Ibrahim melalui Raja Petra Kamarudin, Editor Malaysia Today untuk terus memfitnah dan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan isternya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya kalau bukan Khairy Jamaluddin?

4) Semasa menikmati kekuasaan sebagai menantu kepada PM Abdullah Badawi , isu Altantuya sememangnya digunakan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Akan tetapi, oleh kerana tidak mendapat kerjasama daripada pasukan polis, usaha jahat beliau gagal.

5) Apakah kita mudah lupa bahawa Khairy Jamaluddin telah disabitkan dengan kesalahan “politik wang” semasa bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO? Dia lepas dan dapat bertanding hanya kerana pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Presiden UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO menghormati Pak Lah dan membiarkan beiau bertanding.

6) Jika Khairy Jamaluddin masuk kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, maka mudahlah beliau untuk “membocorkan” keputusan mesyuarat kabinet kepada “idola”nya Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang.

7) Apabila Perasuah seperti Khairy Jamaluddin dilantik bagi menganggotai kabinet, usaha Datuk Seri Najib Razak untuk membersihkan kerajaan akan menjadi sia-sia oleh kerana perasuah seperti KJ berada didalam kabinet.

8) Khairy yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai Ketua Pemuda UMNO jika dilantik kedalam kabinet akan menyebabkan kementerian yang dijaga menjadi lemah. Dengan ini, kemnterian lemah dan Pemuda UMNO lemah. Jika Khairy tidak dilantik, hanya Pemuda UMNO yang lemah dan perkara ini boleh diselesaikan dengan menggantikan Ketua Pemuda UMNO atau melantik Datuk Razali menjadi Pemangku sebelum pemilihan yang akan datang.

9) Dengan Khairy sebagai Menteri atau Timbalan Menteri, “anjing-anjing TINGKAT EMPAT” yang telah dikeluarkan dari mengganggu pentadbiran negara akan kembali semula. Mula-mula masuk ke kementerian KJ, kemudia meresap ke kementerian lain.

10) Masuknya Khairy kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan UMNO berpecah lagi. Ramai ahli-ahli UMNO yang bagus akan meninggalkan parti Melayu ini oleh kerana tidak tahan dengan manusia yang bernama Khairy Jamaluddin.

Saya berbangga kerana kini telah mempunyai banyak blog yang bersatu dalam isu ini. Kita mesti terus mendesak agar Khairy Jamaluddin yang telah menyebabkan UMNO hampir hilang kuasa pada pilihanraya umum lalu tidak akan diterima untuk masuk kedalam kabinet.

Hanya desakan dan penyatuan yang boleh menyebabkan kita berjaya.

Jangan kita lupa bahawa insan yang bernama Khairy Jamaluddin ini sedang menghancurkan UMNO dari dalam. Jangan kita biarkan beliau bekerja dengan mudah. Kita harus bersatu untuk menyingkirnya!

Anak Jati Rembau