YAB Dato’ Seri Najib, Inilah Luahan Hati Kami!
Assalamualaikum Warramatullahi Wabaraqatuh.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib,
Dalam beberapa minggu lepas kami penyokong setia UMNO di ruang siber dikejutkan dengan khabar angin bahawa Khairy akan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri. Khabar angin tersebut juga ditulis oleh blogger senior Tunku Aisha.
Apabila mendengar khabar tersebut saya mengambil inisiatif untuk mengadakan forum terbuka dalam Facebook, bertempat di wall kepunyaan Kelab Penyokong UMNO dan saya pasti tidak memihak kepada mana-mana pemimpin tertentu.
Ramai para blogger pendokong UMNO mengambil bahagian dalam forum tersebut. Suka saya ingatkan YAB Dato’ Seri bahawa mereka ini merupakan blogger yang menyokong UMNO atas inisiatif sendiri demi memperjuangkan dan mempertahankan parti.
Nama-nama mereka juga tidak asing lagi seperti Parpu Kari, Khairulnizam Mohd Kasim Anti-Hipokrit, Khairul Ryzal Cucu Tok Selampit, AloqStaq dan Kelab Chedet.
Selain itu beberapa rakan FB turut mengambil, dan mereka ini juga secara aktif terlibat dalam FB mempertahan parti. Antara mereka ialah Matahati Bangsa, Pak Kamaluddin Idrus dan saudara Fadzil Mohamad.
Komen Terbaru