PUKJSD – KISAH DISEBALIK PENSWASTAAN PEMUDA UMNO!

2 12 2009

Kalau kita perhatikan sejak kebelakangan ini, punca kelumpuhan pemuda UMNO berlaku di seluruh Malaysia adalah kerana ketua pemudanya si Kerry Jamban telah menswastakan institusi yang amat mulia ini! Sekarang ini adalah lebih wajar sekali sekiranya kita memanggil syarikat terbaru ini dengan nama Pemuda Umno KJ Sdn Bhd. (PUKJSB)

Kenapa saya berkata demikian, lihat sajalah bilamana tibanya perlantikan Ketua Pemuda Negeri, KJ telah melantik semua ‘orang-orang’ dia ke dalam jawatan berkenaan, bukan takat itu saja, sampai ke ajk-ajk negeri dan lain-lain jawatan peringkat negeri diberi kepada kroni dia sahaja!

Bukan apa, sekiranya orang yang dilantik itu boleh melaksanakan tugas-tugas mereka dengan baik, tidak mengapalah, tetapi apa yang terjadi di saat ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan bilamana mereka ini ternyata sekali tidak tahu untuk menjalankan tanggungjawab mereka!

Lihat saja di Selangor dan negeri-negeri lain, adakah mereka pernah membuat sesuatu yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO yang lain? Namakan satu perkara yang boleh kita banggakan yang pernah dibuat oleh lantikan KJ ni?

Susah nak cari jawapannya bukan, kerana apa yang ada sekarang hanyalah sebuah institusi yang teramat penting dalam parti keramat UMNO tetapi telah dipemudikan oleh ketuanya yang sukakan cara hidup elitis! Adalah amat memalukan sekali bila kita lihat perangai ketua-ketua PUKJSB ni semua!

Satu contoh yang saya nak bagi kepada pembaca sekalian, masih ingat lagikah pembaca sekalian tidak berapa lama dulu, semasa pakatan haram ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran di KL untuk menentang ISA, ada beberapa badan NGO juga ingin mengadakan perhimpunan PRO ISA, tetapi di kala itu CEO PUKJSB ni telah menolak pelawaan mereka untuk menyertai demonstrasi itu malah beliau telah memberi amaran yang keras kepada Pemuda UMNO satu Malaysia! Ini bukan budaya UMNO katanya!

Semalam ada berlaku satu demonstrasi di Penang, Pemuda BN membuat protes dan ‘street demo’ dalam usaha mereka untuk menentang Khalifah Lim Guan Eng, jangan salah faham ya, saya memang menyokong perbuatan Pemuda BN tersebut, kerana sekurang-kurangnya mereka berani meluahkan perasaan mereka dengan cara tersebut!

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ni, ada juga beberapa Pemuda UMNO turut serta dalam DEMO itu semalam, yang paling hebat sekali bilamana Ketua Pemuda UMNO PP turut serta sekali, malangnya walaupun dia Ketua Pemuda UMNO negeri tetapi hanya seratus orang saja(mengikut laporan Buletin Utama) yang mampu dibawanya! lagi satu Ketua Pemuda UMNO PP tersangat la lembutnya, tak nampak garang pun, auuuwww..auuuwww..

Sepatutnya dia sebagai Ketua Pemuda BN negeri boleh membawa beribu orang ke atas jalan, tetapi kenapa bilangan yang dibawa amat kecil sekali? Seperti yang saya katakan awal tadi, CEO mereka telah mengenepikan kem-kem yang lain, maka inilah natijahnya, bila nak buat apa saja, jumlah pemuda yang turun teramat kecil sekali bilangannya!

Salah siapa perkara sebegini boleh terjadi? Ini adalah pilihan KJ sendiri, sepatutnya dia tidak menswastakan institusi Pemuda dengan memmilih orang-orangnya sahaja, dia sepatutnya melantik semua yang berkebolehan sahaja tanpa mengira dari kem mana sekalipun, kalaulah si KJ ni berakal sikit dan membuat pilihan yang tepat tempohari dengan melantik secara sama rata, maka kita tidak akan melihat perpecahan sebegini!

Baca baki entri ini »

Advertisement