Baru sebentar tadi saya di hubungi oleh seorang rakan yang bekerja di sebuah syarikat swasta bagi memberitahu mengenai wujudnya blog tajaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang memburuk-burukkan Datuk Seri Najib secara terbuka. Saya sudah pun melihat blog-blog tersebut akan tetapi tidak mahu meletakkan link-link blog tersebut oleh kerana tidak mahu blog tersebut menjadi popular.
Dalam blog-blog tersebut, saya paling sakit hati dengan sebuah blog yang dinamakan dengan sebuah nama kononnya untuk menyelamatkan parti kesayangan kita. Selain Datuk Seri Najib Razak diserang, Datuk Seri Hishamuddin turut mejadi mangsa fitnah blog tajaan Ahli Parlimen Rembau itu.
Selain daripada itu, sebuah blog tajaan KJ yang dinamakan kontra kepada blog ini telah memulakan kempen untuk mendesak Perdana Menteri agar melantik Khairy Jamaluddin untuk menjadi menteri. Teman-teman UMNO yang sayangkan parti harus bersama-sama untuk menyekat pergerakkan ini. Jangan kita biarkan parti yang kita sayangi tersungkur dalam pilihanraya akan datang.
Anak Jati Rembau
Komen Terbaru