PUKJSD – KISAH DISEBALIK PENSWASTAAN PEMUDA UMNO!

2 12 2009

Kalau kita perhatikan sejak kebelakangan ini, punca kelumpuhan pemuda UMNO berlaku di seluruh Malaysia adalah kerana ketua pemudanya si Kerry Jamban telah menswastakan institusi yang amat mulia ini! Sekarang ini adalah lebih wajar sekali sekiranya kita memanggil syarikat terbaru ini dengan nama Pemuda Umno KJ Sdn Bhd. (PUKJSB)

Kenapa saya berkata demikian, lihat sajalah bilamana tibanya perlantikan Ketua Pemuda Negeri, KJ telah melantik semua ‘orang-orang’ dia ke dalam jawatan berkenaan, bukan takat itu saja, sampai ke ajk-ajk negeri dan lain-lain jawatan peringkat negeri diberi kepada kroni dia sahaja!

Bukan apa, sekiranya orang yang dilantik itu boleh melaksanakan tugas-tugas mereka dengan baik, tidak mengapalah, tetapi apa yang terjadi di saat ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan bilamana mereka ini ternyata sekali tidak tahu untuk menjalankan tanggungjawab mereka!

Lihat saja di Selangor dan negeri-negeri lain, adakah mereka pernah membuat sesuatu yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO yang lain? Namakan satu perkara yang boleh kita banggakan yang pernah dibuat oleh lantikan KJ ni?

Susah nak cari jawapannya bukan, kerana apa yang ada sekarang hanyalah sebuah institusi yang teramat penting dalam parti keramat UMNO tetapi telah dipemudikan oleh ketuanya yang sukakan cara hidup elitis! Adalah amat memalukan sekali bila kita lihat perangai ketua-ketua PUKJSB ni semua!

Satu contoh yang saya nak bagi kepada pembaca sekalian, masih ingat lagikah pembaca sekalian tidak berapa lama dulu, semasa pakatan haram ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran di KL untuk menentang ISA, ada beberapa badan NGO juga ingin mengadakan perhimpunan PRO ISA, tetapi di kala itu CEO PUKJSB ni telah menolak pelawaan mereka untuk menyertai demonstrasi itu malah beliau telah memberi amaran yang keras kepada Pemuda UMNO satu Malaysia! Ini bukan budaya UMNO katanya!

Semalam ada berlaku satu demonstrasi di Penang, Pemuda BN membuat protes dan ‘street demo’ dalam usaha mereka untuk menentang Khalifah Lim Guan Eng, jangan salah faham ya, saya memang menyokong perbuatan Pemuda BN tersebut, kerana sekurang-kurangnya mereka berani meluahkan perasaan mereka dengan cara tersebut!

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ni, ada juga beberapa Pemuda UMNO turut serta dalam DEMO itu semalam, yang paling hebat sekali bilamana Ketua Pemuda UMNO PP turut serta sekali, malangnya walaupun dia Ketua Pemuda UMNO negeri tetapi hanya seratus orang saja(mengikut laporan Buletin Utama) yang mampu dibawanya! lagi satu Ketua Pemuda UMNO PP tersangat la lembutnya, tak nampak garang pun, auuuwww..auuuwww..

Sepatutnya dia sebagai Ketua Pemuda BN negeri boleh membawa beribu orang ke atas jalan, tetapi kenapa bilangan yang dibawa amat kecil sekali? Seperti yang saya katakan awal tadi, CEO mereka telah mengenepikan kem-kem yang lain, maka inilah natijahnya, bila nak buat apa saja, jumlah pemuda yang turun teramat kecil sekali bilangannya!

Salah siapa perkara sebegini boleh terjadi? Ini adalah pilihan KJ sendiri, sepatutnya dia tidak menswastakan institusi Pemuda dengan memmilih orang-orangnya sahaja, dia sepatutnya melantik semua yang berkebolehan sahaja tanpa mengira dari kem mana sekalipun, kalaulah si KJ ni berakal sikit dan membuat pilihan yang tepat tempohari dengan melantik secara sama rata, maka kita tidak akan melihat perpecahan sebegini!

Disebabkan sikapnya berpura-pura itu, hari ini telah memecah-belahkan Pemuda di seluruh negara, dalam perhimpunan agung UMNO yang lepas CEO PUKJSB ini telah meminta supaya semua pemuda bersatu, tetapi dalam masa yang sama dia juga melantik dari golongan yang kuat mengipasnya sahaja!

Inilah namanya cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, cakap-cakap tak bikin-bikin! Masa dia menyebut perkataan bersatu hari itu, ramai yang gelak tergolek-golek kerana mereka semua tahu bahawa si KJ ni tidak faham apakah maksud sebenar perkataan itu! Memalukan betul la Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni!

Jangan disalahkan pemuda-pemuda UMNO yang lain sekiranya hari ini mereka tiada rasa hormat terhadap KJ dan konco-konconya kerana seharusnya penghormatan itu diperolehi dengan rela hati dan bukan dengan cara paksaan (respect must be earned)

Berbalik pada cerita ‘street demo’ tadi, semua orang tahu bahawa KJ tidak suka akan Street Demo(walaupun pada hakikatnya dia pun pernah turut serta, ingat lagi drama si kitol ini di kedutaan Amerika dulu dengan tangan patahnya itu?)

KJ juga pernah mengatakan ini bukan budaya UMNO, tetapi semalam salah seorang Jeneralnya KP PP turut serta dalam demo?!! Ini sudah menimbulkan sedikit keraguan kerana dia adalah salah seorang loyalist CEO PUKJSB tetapi nampaknya dia sudah melanggar arahan bosnya atau ianya sekadar lakonan mereka sahaja?

Eh! Apa ni? Takkan penyakit Flip Flop Pak Mentua dah terkena pada anak menantu pulak sekarang ni? Sekejap kata boleh, sekejap kata tak boleh..errr..errr…

Tegur pun sudah, cakap pun sudah, nampaknya PUKJSB ni masih tidak mahu berubah, maka saya harap PM kita yang sangat kita hormati itu akan dapat melakukan sesuatu demi menaikkan semula institusi Pemuda UMNO Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi!

Nak tunggu berapa lama lagi untuk perubahan ni? Masa semakin suntuk, PRU13 sudah tidak jauh lagi, kalau dibiar perkara sebegini berlanjutan, maka kelak ianya akan memakan diri, tolonglah lakukan sesuatu sebelum terlambat! Sekiranya Ketua Pemuda Negeri di bawah penswastaan KJ ini tidak efektif maka lakukanlah rombakan yang sepatutnya!

Tak berbaloi UMNO ditalkinkan semata-mata untuk menyeronokkan segelintir saja penoyokong yang tidak mewakili keseleluruhan institusi Pemuda UMNO! Saya percaya masih ramai lagi di dalam Pemuda UMNO ini yang lebih layak untuk diketengahkan!

Sekian. Terima kasih! Lepas ni mesti blogger upahan pencacai CEO PUKJSB akan datang menyerang blog saya ni…he he he

Diambil dari sini.


Tindakan

Information

2 responses

2 12 2009
alberangque

Alahai, itulah nasib Pemuda UMNO. Ketua Pemuda UMNO kat Pahang tu SPM pun tak berapa nak lulus. Itulah ketua Pemuda UMNO. Betullah kata Mahathir, UMNO dah busuk sempai ke usus…
Jadi tak payahlah nak berharap pada Pemuda UMNO atau UMNO Tua..
Carilah alternatif lain. Aku tak rela berketuakan orang tak berapa cerdik..

31 01 2010
djef

napo ko dengki sgt dgn KJ..ko ne tali barut dap ko..asik nk bermusuh dgn org melayu jo..ko ada drg tak ceramah2 kj..apo ko boleh ckp mcm tu dpn org ramai…..raso pemudo xmaslh dgn kj,dia menang pun bertanding jugo..ko asik komen membuto tuli jo.asey raso elok ko jdi agen LIM kit siang je..xpyh nk memandai memikir politik .

Tinggalkan komen