Menantu memulakan langkah, Pak Lah disuruh jangan letak jawatan

23 09 2008

Minggu lalu kita dapat saksikan bagaimana bapa mertua Khairy tersepit akibat didesak oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk meletakkan jawatan.

Diantara yang lentang mendesak Perdana Menteri untuk berundur ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Dato’ Seri Safie Afdal dan Tan Sri Muhammad Taib.

Muhyiddin Yassin telah memulakan langkah dari awal lagi bermula ketika beliau berada di Singapura. Dalam mesyuarat tersebut, Muhyiddin mengulangi pendiriannya.

Sementara Rafidah memberitahu Abdullah supaya berundur sebelum mesyuarat bahagian bermula kerana menurut survey yang dilakukan oleh Pergerakkan Wanita UMNO, Abdullah berkemungkinan besar tidak akan mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden parti.

Begitulah budi pekerti orang Melayu, walaupun benci, masih lagi baik hati untuk menasihatkan Abdullah supaya berundur secara terhormat.

Abdullah pada mulanya seperti akur dengan kehendak parti. Akan tetapi setelah pulang ke Seri Perdana, Kamaluddin dan Khairy memberitahu Abdullah bahawa sokongan boleh didapatkan untuk memastikan Abdullah terus berkuasa.

Abdullah juga di yakinkan oleh anak dan menantunya untuk meneruskan reformasi yang ingin dilakukan. Dengan ini, setelah Abdullah bersara nanti, dapatlah beliau menjadi Bapa Reformasi Malaysia.

Semenjak menantu PM mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, saya sudah tidak percaya Abdullah akan meletakkan jawatan. Ini adalah kerana, menantu PM tidak akan dapat naik dalam UMNO tanpa bantuan bapa mertuanya.

Dan apabila menantu PM sah bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda, anak lelaki kesayangan Perdana Menteri pula bersedia melaburkan wang berjuta-juta RM untuk memastikan kemenangannya.

Tidak susah untuk memastikan kemenangan Ahli Parlimen Rembau tersebut. Kamaluddin Abdullah bersama regunya Patrick Lim hanya perlu membeli kesemua Perwakilan UMNO Bahagian. Dengan kekayaan negara yang telah dirompak semenjak tahun 2004, 3 atau 4 Billion RM bukanlah banyak bagi mereka untuk memastikan Pak Lah kekal sebagai Presiden dan Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Pelan peralihan kuasa pada 2010 adalah penipuan semata-mata. Dato’ Seri Najib digula-gulakan dengan harapan untuk menggantikan Pak Lah pada pertengahan Jun 2010. Pemberian jawatan Menteri Kewangan kepada Timbalan Perdana Menteri itu adalah untuk memujuk penyokong-penyokong Najib agar tidak melawan Pak Lah dalam Pemilihan Agung UMNO Disember ini.

Sedangkan kita semua telah tahu apa perancangan Pak Lah. Menjelang tahun 2010 nanti, Najib akan dipecat dan Khairy akan dilantik oleh Pak Lah sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini adalah untuk menjayakan cita-cita menantu PM untuk menjadi Perdana Menteri pada umur 40 sekaligus memperkukuhkan Dinasti Abdullah Badawi di Malaysia.

Jadi, penyokong-penyokong Najib Tun Razak jangan mudah selesa. Jika masih lagi tunduk kepada Abdullah, UMNO akan mengangkat Ku Li dan Muhyiddin sebagai peneraju negara sekaligus memusnahkan harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih negara.

Anak Jati Rembau

Advertisement

Tindakan

Informasi

31 responses

23 09 2008
Jeffripower

Setahu saya yang mahukan Pak Lah serah jawatan hanya beberapa MT saja. Bukan semua. Saya yakin ada antara MT yang tidak akan berani menentang peralihan kuasa. Spekulasi mengatakan bahawa MT UMNO mendesak Pak Lah letak jawatan awal adalah kerja-kerja mereka yang berada di dalam parti tetapi anti Pak Lah, untuk mendapat perhatian akar umbi…

23 09 2008
Ang

Khairy memang mush rakyat no 1!

23 09 2008
YB Kahiry

Sokong!!!

24 09 2008
Stanley the king of free lunch

SOKONG!!!

24 09 2008
Melayu

Khairi mesti belajar lagi cara nak kelentong jiwa rakyat
belum tamat kursus dah kencing sifu dier Anwar Ibrahim ( pakar kelentong ). lumrah dunia guru durjana akan dikianat oleh murid durjananya juga.
Bumi Malaysia ni bumi bertuah… percayalah Allah x kan izin kan manusia jenis ni naik untuk meminpin negara kita. walau apapun cara mat dua ekor ni buat untuk berkuasa. negara akan bencana jika mereka yg berkuasa.
seperti zaman tunku dulu.

Harap tuan2 jangan marah… inilah kenyataan nye

24 09 2008
insaflah

Apa yang nak dikejar lagi Pak Lah… Kalau kamu tu ada akal, tak dibutakan hati, kamu boleh fikir… Daripada esok nak menjawab kat akhirat, lebih baik serah pada orang yang mampu…

Ingat sikit, usia kamu tu dah senja… Banyak2 kanlah amal untuk dibawa ke sana. Ingat apa yang kamu cari dahulu… Gahzalai dan Hambali bukan?? Jadi tunjukkanlah… bukan terus nak menongkat langit…

Cari apa yang perlu, bukan apa yang kau mahu… Sampai bila pun takkan cukup…

Takutlah apa yang bakal disoal di akhirat kelak, daripada apa yang disoal dek menantu dan anak…

24 09 2008
ahmadzaki

Sokong!!

25 09 2008
mat

Mat Taib tak termasuk yang suruh LAH undur..Mattaib geng Paklah

25 09 2008
kadir

sokong…..

25 09 2008
jebat

1.TUNKU ABDUL RAHMAN-BAPA KEMERDEKAAN.
2.TUN ABDUL RAZAK-BAPA PEMBANGUNAN.
3.TUN HUSSEIN ONN-BAPA PENDIDIKAN.
4.TUN DR MAHATHIR-BAPA PERMODENAN.
5.DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI-BAPA MERTUA KHAIRY JAMALUDDIN.

25 09 2008
ada nama

anwar ibrahim pakar kelentong?..lu biar betul..setau aku bee end yg paling banyak kelentong rakyat…

25 09 2008
tannae

Warga Pasir Salak dah Boring Lihat Ketua Pemuda Bahagian Dan Naib Ketua pemuda Bahagian lebihkan KJ.
Kj akan hulur mereka ahli dapat apa.
Politik ampu terus berkuasa…
KJ sahaja yang Mereka pentingkan..Pemuda dapat apa….

25 09 2008
jebat

FOKUS KEPADA PENUBUHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.AGENDA RAKYAT DAN NEGARA LAGI PENTING…

25 09 2008
orghe klate

Aku buntu dengan Kerajaan BN……
-menyusahkan orang
-tak fikir pasal rakyat

25 09 2008
globalmalau

Setakat Pak Lah tak jadi masalah…tetapi bila masuk Khairi…Pak Lah pun disuruh berhenti…alasanya orang ramai memang tak ndak Khairi…itu yang betul ..tak perlu buat kajian …siasatan…

25 09 2008
hindu

Khairi mesti belajar lagi cara nak kelentong jiwa rakyat
belum tamat kursus dah kencing sifu dier Anwar Ibrahim ( pakar kelentong ). lumrah dunia guru durjana akan dikianat oleh murid durjananya juga.
Bumi Malaysia ni bumi bertuah… percayalah Allah x kan izin kan manusia jenis ni naik untuk meminpin negara kita. walau apapun cara mat dua ekor ni buat untuk berkuasa. negara akan bencana jika mereka yg berkuasa.
seperti zaman tunku dulu.

Harap tuan2 jangan marah… inilah kenyataan nye

mana tidak nya bos sifu dia chedet lebih dan masih aktif lagi..
jenis kerajaan putar belit macam india memang tak boleh diharap.
dah lah orang turungkan cukup la tuh dok gangu lagih..
berehat bersama pencen tuh..orang dah tak nak pakai lagi..

kalau tuan nak mara pun mara lah.
dah memang pun tuan marah….

25 09 2008
ISAKI

Pembangkang memang suka “budak tu” duduk dlm UMNO lagi supaya cepat UMNO bungkus. Lagi cepat dia tinggalkan UMNO lagi cepat UMNO pulih. Fikirlah wahai org UMNO.

25 09 2008
a.b.u.

KJ sgt2 beruntung!
mana nak dapat pak mentua yg sangat2 sayang kat menantu mcm ni, nak apa semua dapat, asalkan kena pertahankan pak mentua la.
konfem ramai nak jadi menantu paklah gak kn kn huhu

26 09 2008
namedol

teori beli perwakilan 2500xrm100,000=250 juta untuk tabalkan KJ dan PM terus memegang tampok kuasa di Malaysia.Lepas tu panggil DSAI serah kuasa secara aman

26 09 2008
Top Posts « WordPress.com

[…] Menantu memulakan langkah, Pak Lah disuruh jangan letak jawatan Minggu lalu kita dapat saksikan bagaimana bapa mertua Khairy tersepit akibat didesak oleh beberapa Ahli Majlis […] […]

26 09 2008
apong

apokato pok loh gi honey moon ngan jane
amik cuti 3 taung, wak anok rerama skik,
kalu bleh biar anok tinoo, bleh dpak mnantu ramai lgi cam KJ
baru kuat skik penasihat tu. Kalau umur panjang ler
kalu sperm sihat ler

26 09 2008
Orang Jelobu

Memang KJ mirip Anwar. Dua-dua tong kosong yang pandai berirama yang ingin kita dengar. Tak payah kata BN kelentong ke apa. Anwar tu dari acuan yang sama. Bezanya, dia dah terkeluar maka dia pun merubah iramanya agar cita-cita dia tercapai. Ingat dia buat ni untuk Malaysia? Untuk rakyat? Untuk kamu? Piii rah…!!! Tengok tatacara Anwar set-up his base semasa di dalam UMNO. GLC, newspaper, TV station, big companies, semua ada link dengan dia supaya senang dia control info dissemnination, get funding when necessary, etc. Bila dia dipaksa keluar, bukan ke banyak company yang ikut lingkup? Tak kroni namanya? Anwar tak kelentong duit rakyat? Piii… rah!!!! Anwar pandai bercakap berbunga-bunga (goli goman den kengkadang tu).

KJ guna tatacara yang sama… tapi lagi hebat. Terjorit ke hulu, tepokik ke hilir. Lagi cepat nak kayo, lagi cepat nak power. Support base dia pun sama aje stylenya. Kalau kita biarkan? Mampuih lah kito jawab eh… Tergadailah negaro. Pikir-pikr lah….

26 09 2008
raja 2008

aku pelik betul dgn BN……

28 09 2008
Ensemnya Nabil

Pak Lah, KJ dan kaki ampu mereka … LU PIKIR LA SENDIRI !!!

Demi untuk bangsa, agama dan negara yang tercinta ini, baik korang buat keje lain. Bercucuk tanam ke atau menternak ikan ke. Kalau tak leh nak perform, resign je… Takkan nak minta RAKYAT cakap “You are FIRED. Get Lost !!! ” baru nak blah kan.

Daripada diundurkan, baik undur cepat2. lagi cepat lagi bagus. mungkin UMNO yang kita sayangi ini dapat diselamatkan. Kalau tidak, bye bye lah.
PR lah yang menjadi pilihan selepas ini. huhuhu

Adioss

6 10 2008
gondol

anwar ibrahim kata jika dia jadi PM RM1.3 trillion akan masuk malaysia. tak silap duit tu baru saja pakai nak tolong amerika. so ada ke balance lagi. so camno bapak angkat anwar nak tolong malaysia. tak silap dulu masa 97 anwar kata tak boleh kerajaan tolong swasta, tak yah bagi subsidi, naik kan bunga bank biar duit geng2 yahudi dia senang masuk malaysia. tapi aleh2 ni amerika pulak jilat ludah sendiri ikut pakai cara mahathir masa 98 dulu. apa dah jadi. dah tu pergi hong kong berucap kononnya dia lah yg selamatkan malaysia masa meleset dulu.. adoiii boleh terima ke cakap org mcm ni.. munafiq.

7 10 2008
ariffin noor

aku sokong paklah dan khairy dipecat daripada UMNO. pemimpin UMNO lain buat apa, kalau tak mau depa, pakatlah ramai2 singkir depa. Majlis tertinggi UMNO pun boleh pecat Paklah macam Mahathir pecat Anwar dulu. AMT ni takdak telok ka. Sokong Paklah dgn menantu dia pun tak guna, nanti yang menyokong depa tu yang menyesal. Paklah dgn menantu makan isi AMT makan kuah baru tahu.
Tapi memang PR suka Khairi duduk dalam UMNO, sebab pilihanraya umum nanti BN akan jadi sejarah, bunnggggggggkus

9 10 2008
hang tuah

aku memang tak puas hati dgn khairy, musuh malaya. sekarang jgn sampai hang jebat bersuara. ingat lah sikit khairy, bapak mertua ko bukan bodoh sangat tapi ko tu yang bodoh. harap belajar je kat luar negara. tamak. gi lah mati. orang yang teranyai doakan khairy mati di sambar petir

10 10 2008
penulis_cyber

Mari baca sedikit kisah sirah sahabat dijamin syurga oleh Nabi dan bandingkan dengan peristiwa berlaku sekarang di negara kita..Sempena berkat penghulu segala hari ( hari Jumaat ) hari ini…

Pembunuhan Saidina Ali bin Abi Talib ( 40 H )
Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi al- Hashimi merupakan khalifah Islam yang keempat dalam sejarah Khulafa’ Ar-rasyidin yang menjadi pewaris Nabi s.a.w dalam urusan pemerintahan negara dan umat Islam . Beliau turut di kenali sebagai Abu Al-Hassan iaitu anaknya yang pertama dengan Fatimah Az-Zahra’ binti Rasulullah s.a.w . Ibu beliau ialah Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdul Manaf .

Ali bin Abi Talib termasuk dalam sepuluh orang sahabat tersohor Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga semasa hidupnya lagi oleh Saiyidul Mursalin yang juga merupakan sepupu dan mertua beliau . Ini jelas menunjukkan tentang kedudukan dan keistimewaan beliau sebagai ahlul bait al-mutharah .

Ali bin Abi Talib terkenal sebagai seorang yang warak, luas ilmunya dan merupakan panglima perang Rasulullah s.a.w yang berani yang terlibat dalam keseluruhan peperangan bersama Rasulullah s.a.w kecuali peperangan Tabuk disebabkan keuzuran yang menghalang beliau daripada menyertai perang tersebut .

Selepas syahidnya Saidina Umar Al-khattab dalam suatu tragedi yang mencetuskan kepada fitnah yang besar dalam sejarah umat Islam sehingga kini, Ali bin Abi Talib dipilih oleh Umar Al-khattab sebagai salah seorang daripada enam orang Ashabus Syura untuk mengantikan Umar dalam memegang amanah Khilafah . Lima orang yang lain ialah : Usman bin Affan , Talhah bin Ubaidillah , Abdul Rahman bin Auf, Az-Zubair bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqqas . Akhirnya Saidina Usman bin Affan telah dipilih sebagai khalifah ketiga . Namun Saidina Usman juga syahid dibunuh oleh penentangnya juga dalam satu tragedi yang menyayat hati .

Selepas itu Ali bin Abi Talib diamanahkan untuk mengganti Saidina Usman . Beliau dilantik pada tahun ke 35 hijrah dalam suasana yang berkecamuk dan penuh dengan kontroversi pembunuhan Usman bin Affan . Desakan demi desakan dibuat agar beliau mencari dan menghukum pembunuh Saidina Usman .

Ekoran itu berlaku beberapa peristiwa antaranya peperangan Jamal pada tahun 36 hijrah dan peperangan Siffin pada tahun 37 hijrah antara beliau dan Muawiyah yang mendesak Ali bin Abi Talib menyelesaikan perkara berkaitan pembunuhan Usman atau meletak jawatan dan menyerahkannya kepada beliau yang ketika itu telah dipecat daripada menjadi gabenor Syam .

Peperangan Siffin berlaku dengan dahsyat dengan korban kedua belah pihak mencecah angka yang besar . Melihat keadaan ini, Muawiyah telah diberi nasihat oleh Amru bin al-Ash agar mengangkat mushaf dan meminta pihak Ali bin Abi Talib mengadakan tahkim .

Saidina Ali bin Abi Talib mulanya enggan kerana merasakan ianya semata-mata helah Amru bin Al-ash dan beliau telah mengungkapkan kata-katanya yang mashyur yang bermaksud : ‘Itu adalah perkataan benar tetapi bermaksudkan batil’ .

Akhirnya berlakulah majlis tahkim dengan pihak Muawiyah diwakili oleh Amru bin Al-ash sendiri dan pihak Ali oleh Abu Musa Al-asyari . Mereka mencapai kata sepakat untuk mengumumkan perletakan jawatan Saidina Muawiyah dan Saidina Ali serta menyerahkan urusan pemilihan khalifah kepada umat Islam . Pihak Saidina Ali pun mengumumkan pengunduran beliau .

Namun pihak Saidina Muawiyah tidak melakukannya sebaliknya menganggap jika Ali telah mengundur diri dari khilafah, maka tidak ada sebab untuk Muawiyah melakukan tindakan sama kerana akan menyebabkan umat berada dalam ketiadaan pemimpin .

Seluruh umat Islam gempar dengan peristiwa tersebut. Mereka berpecah kepada tiga golongan :
1- golongan yang membaiah Muawiyah iaitu penduduk Syam –
2- golongan yang tetap setia dengan Saidina Ali dan –
3- golongan yang mengasingkan diri daripada keduanya serta tidak memberi baiah kepada mana -mana pihak .

Golongan inilah yang dikenali sebagai Khawarij yang telah menaruh dendam pada Saidina Ali kerana menerima tahkim sedangkan beliau layak dan tidak sepatutnya menyerahkan khilafah kepada pihak lain . Urusan khilafah adalah haq Allah dan Dia akan memberinya kepada orang yang layak dan berhak . Mereka muncul selepas peperangan Nahrawan dengan pihak Saidina Ali dan berterusan memainkan isu tahkim tersebut . Mereka mengisytiharkan keluar dari memberi ketaatan pada Saidina Ali .

Sesudah itu Saidina Ali kembali ke Kufah yang menyokongnya . Sementara itu golongan Khawarij mula merancang untuk membunuh Ali bin Abi Talib, Muawiyah dan Amru bin Al-ash . Mereka berkumpul di Mekah dan memutuskan bahawa Abdul Rahman bin Muljam ditugaskan membunuh Saidina Ali , Al-Hajjaj At-tamimi membunuh Saidina Muawiyah dan Amru bin Bakir membunuh Amru bin Al-ash .

Dalam operasi ini hanya Ibnu Muljam sahaja yang berjaya membunuh Saidina Ali sementara yang lainnya gagal .

Tragedi itu berlaku pada subuh 17 haribulan Ramadhan tahun 40 hijrah ketika beliau mengejutkan penduduk Kufah untuk solat subuh berjemaah dimasjid . Walaubagaimanapun Saidina Ali meninggal dunia beberapa hari kemudian iaitu pada 21 Ramadhan dalam umur 63 tahun sementara Ibnu Muljam telah dibunuh oleh Al-Mughirah bin Naufal bin Al-Harith bin Abdul Mutalib .

Ibnu Muljam sendiri dianggap oleh puak Khawarij sebagai mujahid yang syahid di jalan Allah dan melakukan perbuatan itu sebagai taqarrub kepada Allah dan akan dimasukkan kedalam syurga. Mereka juga menggangap Ibnu Muljam sebenarnya tidak membunuh Saidina Ali sebaliknya membunuh syaitan yang menyerupai beliau

Rujukan
1- Tarikhul Khulafa’- Imam As-suyuti, Cetakan Darul Maarifah, Beirut 1999
2- Tarikh Islami – Hassan Ibrahim Hassan , Cetakan Beirut 1991
3- Al-Kulafa’ Ar- Rasyidun – Abdul Wahab An-Najjar, Cetakan Beirut

http://www.epondok.com.my/index.php?p=bannerbulanan/pramadhan.php

disampaikan oleh :

Penulis Cyber
http://ustazmoden.wordpress.com

14 10 2008
anti kerajaan 3 beranak

MT UMNO kene buang KJ! kalo tak, BN akan bungkus pada PRU akan dtg dan Pakatan Rakyat akan mentadbir negara.. lagi naya!
ptuihhh!!! (kat KJ)

30 10 2008
WongJowo

Memang dah jenis anak dajjal memang susah nak cakap, K.J memang taik dalam party, dialah syaitan yang nyata yang wujud dalam dunia nie, suwey kalau dia terus dalam party, betul cakap antikerajaan3beranak….memang bungkus la umno kalau mamat K.J tu dalam party….ptuihhhh 2X(kat K.J)

14 01 2011
buka minda

apa lah korang ni politik skrg bila dlm parlimen bukan cite susah rakyat tapi rebut rebut penuhkan saku masing masing cth utk rawat air tiap thn berjuta juta tapi kotor jgk dikelantan x berjuta pun kotor jugak jadi mana yg membazir…..sistem jalan raya hancur sibuk orang hantar anak anak ke sek ke tempat keje lori sebesar besar lori hingga sekecil kecil kenderaan ikut jalan yg sama macam mana tu….syarikat lori kebanyakan vip,fikir lah rakyat..gule naik,minyak masak naik,minyak krete naik,tmbg bas naik,klape naik,beras naik,bawang naik,VIP KOPERAT NAIK..RAKYAT JE TURUN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: