Jika dibenar bertanding lawan Anwar, EZAM akan membuat pengakuan diliwat

30 07 2008

Baru-baru ini, bekas pengkhianat UMNO yang baru diterima masuk kedalam UMNO oleh Abdullah Bodohwi menyatakan kesediaannya untuk mencabar bekas bosnya, Anwar Ibrahim sekiranya akan berlaku pilihanraya kecil di Kulim.

Beliau berkata, satu pendedahan besar akan dilakukannya dalam kempen pilihanraya kecil tersebut.

Nampaknya maklumat yang kami terima sebelum ini semakin terlihat kebenarannya. Ezam dan pengikut-pengikutnya yang bersarang di Agenda Daily tidak sedikitpun menafikan posting Anti Khairy sebelum ini yang menyetakan bahawa Ezam akan membuat pengakuan diliwat oleh Anwar.

Jadi, kita jangan terkejut jika Ezam dibenarkan oleh UMNO untuk melawan bekas boss lamanya, pendedahan besar yang akan dibuatnya ialah dia telah diliwat oleh Anwar sewaktu menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan itu.

Jika dikata mengapa pendedahan tidak dilakukan sebelum ini, Ezam pasti menjawab bahawa beliau tidak dapat berbuat demikian kerana diugut oleh orang-orang Anwar.

Apakah Ezam akan mengulangi episod Saiful Bukhari?

Sabar…. Banyak lagi pendedahan…..

Anak Jati Rembau





Ezam akan mengaku DILIWAT oleh Anwar?

26 07 2008

Saya menerima email dari seorang Hamba Allah yang tidak dikenali. Kata Hamba Allah tersebut, dalam jangka masa terdekat ini,

Ezam Mohd Noor, bekas hulubalang Anwar Ibrahim yang baru sahaja diterima menyertai UMNO akan membuat satu Pengakuan Bersumpah untuk mengaku bahawa beliau pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Email tersebut menyatakan Ezam diliwat oleh Anwar ketika beliau menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan pada tahun 1996 ketika Anwar masih lagi dalam UMNO sebelum dipecat pada tahun 1998.

Apakah benar? Entahlah… Pening politik hari ini.

Kita tunggu dan lihat.

Anak Jati Rembau.





Ezam = Norza Zakaria = Wan Farid = Menantu PM

24 07 2008

Terbukti kemasukan Ezam kedalam UMNO langsung tidak membantu memperkuatkan UMNO. Malahan Ezam dilihat lebih banyak memberikan keutungan politik kepada Anwar Ibrahim daripada membantu memperkukuhkan UMNO.

Mengapa saya berkata begitu?

Setiap kali Ezam bersuara dalam isu liwat, sokongan terhadap Anwar akan bertambah. Kata-kata Ezam tidak dipercayai oleh rakyat. Ini adalah kerana Ezam pernah masuk penjara kerana mempertahankan Anwar daripada tuduhan liwat. Kini apabila beliau “turnover”, Ezam hanya dianggap sebagai orang yang telah dibeli dan kata-katanya tidak mempunyai kredibiliti.

Ezam juga tidak dilayani oleh Anwar, Azizah dan Azmin. Segala isu yang dibangkitkan oleh Ezam tidak mendapat sambutan daripada pemimpin tertinggi PKR. Kini beliau seolah-oleh seperti anjing yang menyalak dibukit.

Mengapa sekarang Ezam senyap dalam isu liwat Anwar?

Kerana dia telah disuruh DIAM oleh pimpinan tertinggi UMNO dalam isu liwat ini. Lebih banyak dia berbicara, lebih banyak keuntungan yang akan diperolehi oleh Anwar Ibrahim. Malahan kini telah timbul cakap-cakap dikalangan rakyat bahawa Ezam lah yang bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri.

Sebab itu Ezam disuruh diam. Kata-kata Ezam lebih banyak merosakkan daripada menguntungkan. Tak pasal-pasal Timbalan Perdana Menteri pula dituduh berkonspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Semua ini salah Ezam.

Siapa yang sebenarnya menaja kemasukan Ezam kedalam UMNO?

Mungkin ramai yang belum tahu, mungkin juga ramai yang dah tahu. Orang yang memulakan hubungan dengan Ezam tak lain tak bukan ialah ayam sabung menantu PM iaitu Dato’ Norza Zakaria. Melalui Norza, menantu PM memberikan wang agar Ezam membangunkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).

GERAK dijadikan landasan untuk Ezam menarik seramai mungkin penyokong PKR untuk bersama NGO itu. Apabila tiba masa sesuai, Ezam akan masuk UMNO bersama-sama dengan pengikutnya dalam GERAK. Akan tetapi, tidak begitu ramai yang menyertai Ezam kedalam UMNO. Cikgu Badrul orang yang selama ini rapat dengan Ezam tidak bersamnya ketika beliau masuk UMNO. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Farid Wan Ahmad yang juga proksi menantu PM dalam kabinet adalah diantara pemain-pemain utama kemasukkan Ezam kedalam UMNO. Dengan kerjasama Norza, Wan Farid telah membawa Ezam berjumpa dengan Pak Lah. Seperti biasa, menantu PM yang mendapat keuntungan besar apabila rebat diberikan oleh kerajaan melalui Pos Malaysia, yang mencaturkan gerakan ini. Beliau dan Norza bermain dibelakang tabir. Wan Farid menjadi frontline bersesuaian dengan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri.

Seperti biasa, Pak Lah yang tidak tahu apa-apa hanya bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh menantunya. Menantu PM meyakinkan bapa mertuanya bahawa Ezam boleh digunakan untuk menyerang saki-baki penyokong Dr. Mahathir didalam UMNO dan juga menyerang Anwar.

Sebab itu kita boleh lihat sekarang, Hishamuddin Tun Hussein menjadi “kecut telur”. Banyak fail rasuahnya berada ditangan Ezam. Pendek kata, jika Hisham bersuara, dia akan merengkok didalam penjara akibat daripada kes rasuah semasa beliau memimpin Kementerian Belia dan Sukan.

Benar Ezam telah menyebabkan Hishamuddin Tun Hussein bersama Pak Lah. Tetapi beliau masih lagi gagal untuk memecahkan kekuatan Anwar Ibrahim.

UMNO membelanjakan RM 5 juta untuk membawa Ezam kedalam UMNO. Akan tetapi, Ezam sedikitpun tidak menguntungkan UMNO. Malahan UMNO rugi kerana menerima Ezam. Ezam tidak memperkuatkan UMNO tetapi memberikan kekuatan yang luar biasa kepada boss lamanya.

Terbukti menantu PM, Wan Farid dan Norza Zakaria tersilap percaturan. RM 5 juta dihabiskan semata-mata untuk membawa masuk “sampah-sampah” seperti Ezam dan kawan-kawannya.

Bersambung.

 

Anak Jati Rembau





Pelan peralihan kuasa 2010, helah menantu PM untuk singkirkan Najib Tun Razak

14 07 2008

Ramai ahli-ahli UMNO yang marah apabila Pak Lah mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Najib Tun Razak pada pertengahan Jun 2010. Najib didalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia semalam dikatakan kelihatan begitu ceria dan gembira apabila ditemui wartawan.

Namun disudut hatinya, tiada siapa yang tahu. Najib terpaksa bersetuju dengan pelan peralihan kuasa “cadangan menantu PM” oleg kerana beliau sudah tidak ada pilihan yang lain.

Walaupun beliau mampu untuk meraih pencalonan yang secukupnya untuk melayakkan dirinya untuk bertanding dalam Pemilihan Agong UMNO pada bulan Disember ini, anak kepada Tun Razak tersebut tidak dapat berbuat demikian oleh kerana dia amat faham tentang permainan menantu PM dan “budak-budak tingkat empat”.

Najib juga mungkin sudah tahu yang beliau sudah masuk perangkap. Oleh kerana itu beliau terpaksa bersetuju dengan pelan peralihan kuasa menantu PM. Sepanjang tempoh bermula sekarang sehingga pertengahan Jun 2010, pelbagai kemungkinan akan berlaku dalam usaha menantu PM dan “geng tingkat empat” untuk membunuh karier politik Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Diantara yang “mereka” akan lakukan ialah:

Mengaitkan Najib dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

Jika Najib didapati terlibat dengan pembunuhan warga Mongolia tersebut, maka karier politik beliau sudah tentu akan hancur. Yang paling buruk akan berlaku ialah bukan sahaja karier politik Timbalan Perdana Menteri itu akan hancur malah beliau akan menghadapi hukuman gantung.

Siapa yang akan digunakan untuk membunuh karier politik Najib Tun Razak?

Sudah tentulah Anwar Ibrahim. Anwar akan diberi lebih banyak lagi fakta yang direka oleh “budak tingkat empat” dan akan mendapat perlindungan untuk menyerang anak Tun Razak tersebut.

Akan bersambung…..

Anak Jati Rembau





APA YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA KJ ?

10 07 2008

Elok kalau dapat dirujuk petikan dari artikel di bawah dulu………….

Tidak bermaksud untuk menghuraikannya dengan panjang lebar. Semua dah muak dengan senario politik hari ini. Bercelaru . Haru biru. Porak peranda.

Cuma, sedikit ulasan sahaja

Bukan juga bermaksud untuk menyanjung KJ. Sebenarnya, oleh kerana promosi terlalu hebat, sejak 3,4 tahun kebelakangan ini, terhadapnya, maka nampak seolah-olah lulusan Oxford ini, begitu gah di persada politik negara. Ini adalah ekoran penempatan orang-orang Pak Lah di hampir semua media utama negara. Maka sudah tentulah nampak sangat hebat budak ni.

Betul ke beliau sangat hebat? Pendapat pro dan kontra, tak dapat lah nak dielakkan, demokrasi katakan.

AHLI STRATEGIS?

Sebelum dan semasa PRU-12 lalu, boleh dikatakan hampir semua orang-orang UMNO setuju, iaitu beliau adalah penentu, samada dicalon atau tidak, pendek kata, kata pemutus.

Hasilnya, nyaris-nyaris UMNO/BN bungkus, kerana salah nasihatnya dan akalnya pendek .Tetapi kerana kecekapan dalam menipu, yang diwarisi dari kepimpinan terdahulu, dan menipu bukan satu kesalahan dalam parti UMNO, malah ia merupakan satu kewajaran, terselamatlah sekejap.

Hampir tidak ada pemimpin UMNO yang tidak mengutuk, memaki hamun, mencela dan menyalahkannya, kerana kekalahan UMNO/BN di 4 negeri, termasuk Kelantan. Begitu juga kegagalan mengekalkan majoriti dua per tiga di Parlimen,adalah gara-gara campur tangan menantu PM ini.

Rumusannya, KJ. bukanlah seorang yang cekap dalam mentadbir sesuatu ke arah kebaikan, atau mencipta sesuatu yang ke arah bermanfaat. Untuk menghancurkanya mungkin boleh diserahkan kepada beliau.

Seperti, kes ECM Libra, Telekom, Pantai Medical dan lain-lain, kerjanya menghabiskan apa yang dah ada, serah kat dia saja. Tetapi, untuk menambah yang sikit supaya jadi banyak, tolong jangan bagi kat dia, ATAU untuk membaiki apa yang rosak tak usah sekali-kali serah kepadanya.

Ini kerja budak nakal, yang duduk di tingkat 4 tu.

NATIJAHNYA

Beliau mungkin boleh dikatogerikan sebagai PEROSAK. Iaitu untuk menimbulkan kerosakan kepada sesorang, sesuatu organisasi, parti politik, syarikat dan lain-lain.

Ini pernah diungkapkannya sedikit waktu dahulu, ketika demam PRU-12, beliau mendakwa tugasnya adalah untuk merosakkan pembangkang. Walaubagaimanapun, seperti yang selalu disebut, perancangan beliau tidaklah sehebat perancangan Allah. UMNO/BN terlungkup juga, sebahagiannya hasil kerja tangannya.

Itulah kemahirannya, seperti yang dibangga-banggakannya.

DS NAJIB, DAN NASIB BUAH T ANGAN LIWATNYA

Beberapa hipotesis mungkin boleh dikeluarkan di sini, betul atau tidak tak tau lah ;

i. Ramai mempercayai, projek ini dikendalikan oleh DS Najib

ii. DS Najib, telah diberikan nasihat yang salah oleh orang-orangnya, atau think tanknya, mengenai strategi liwat 2 DSAI

iii. KJ, telah berjaya menyelinap masuk ke dalam team DS Najib, yang kononnya bagi membantu memudah dan mempercepatkan perlaksanaan projek ini

iv. Tujuan sebenarnya ialah, untuk melumpuhkan DS Najib, yang tidak ada pilihan kedua lagi, maka terpaksa bertanding dalam perhimpunan agng UMNO disember nanti, menentang bapa mertuanya, walaupun kononnya ada pelan peralihan kuasa.

v. Maknanya, untuk menyelamatkan bapa mertuanya pada kedudukan yang selamat, bermaksud dirinya juga akan selamat sebagai Ketua Pemuda. Tidak mungkin dan sudah agak sukar untuk Khir atau Mukhriz meneruskan hajatnya, kalaulah difikirkan apa yang berlaku pada najib, sungguh ngilu dan memalukan.

vi. Khir dan Mukhriz terpaksa memikirkan banyak kali, tak tau lah berapa kali, kena tanya dia orang lah

Dr M Ada usaha bersepadu jatuhkan Najib
Um 08072008 selasaKUALA LUMPUR 7 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelbagai tuduhan liar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menunjukkan terdapat usaha bersepadu untuk menjatuhkannya dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui punca di sebalik komplot terhadap Timbalan Perdana Menteri itu tetapi percaya terdapat beberapa pihak terlibat.

”Bukan sahaja Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat seorang lagi dan lain- lain.
”Tentu ada dalang di sebalik keadaan sebegini yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib. Terdapat usaha bersepadu menentang Najib. Saya tidak tahu kenapa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.
Ditanya mengapa Anwar membuat ‘serangan’ terhadap Najib, Dr. Mahathir menjelaskan, beliau tidak mengetahui puncanya.
”Saya tidak tahu kenapa beliau (Anwar) menentang Najib. Setahu saya, Najib tidak melaporkan tingkah lakunya (Anwar), tetapi beliau telah menyerang Najib.
”Mungkin dia berasa Najib menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri,” kata Dr. Mahathir.
Mengenai kemungkinan Anwar menyertai UMNO, Dr. Mahathir menolaknya sambil menyatakan Anwar tidak mungkin berbuat demikian.
Ditanya sama ada Najib patut membersihkan namanya yang dicemari pelbagai persepsi negatif, Dr. Mahathir berkata: ”Tuduhan terhadap beliau adalah desas-desus semata-mata. Tiada bukti. Dia hanya bercakap dia membuat ini dan itu. Orang lain kata ini dan itu. Tetapi anda perlu memberikan bukti. Bukan hanya kata saya dengar orang lain cerita dan anggapnya sebagai bukti. Itu bukan bukti,” katanya.

– Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)





Siapa dibelakang semua yang berlaku hari ini?

5 07 2008

Percayalah, inilah orangnya:

Tak percaya?

Dimana Balasubramaniam sebelum ini? Dimanakah bekas penyiasat upahan Razak Baginda sebelum pengakuan bersumpah dibuat?

Tepuk dada tanya selera!