Perjanjian Abdullah dan Najib: Khairy Ketua Pemuda UMNO Malaysia

30 09 2008

Perjanjian sudah termaktub. Abdullah akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi Abdullah memberi dua syarat:

1) Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI

2) Pastikan Khairy menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Baca artikel sepenuhnya dibawah dari MYKMU:

Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa
Posted on Tuesday, September 30 @ 00:59:14 MYT
Topic: editor

Jika ada sesiapa yang menganggap menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Saudara Khairy Jamaluddin, bakal kehilangan kuasa dan pengaruh dalam politik UMNO berikutan ura-ura pengunduran Presiden UMNO ini, nyata ia merupakan satu hipotesis yang tidak tepat.

Maklumat terbaru yang diperolehi oleh MYKMU mendapati sudah ada usaha kem Abdullah untuk memaksa DatukSeri Najib memastikan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac ini jika mahu Pak Lah meletak jawatan tanpa bertanding.

Menurut sumber, dua perkara yang diminta oleh Abdullah kepada Najib dalam pertemuan baru-baru ini ialah Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI dan pastikan Khairy akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Najib dikatakan bersetuju permintaan pertama tetapi tidak memberi apa-apa pandangan terhadap permintaan kedua. Disebabkan itu, Pak Lah tidak mengumumkan persaraannya Mac 2009 seperti sepatutnya. Pak Lah mahu melihat gerak tari Najib terlebih dahulu.

Najib mempunyai sehingga 9 Oktober ini untuk mencari jalan memastikan Khairy menang jawatan Ketua Pemuda atau sekurang-kurangnya meyakinkan Pak lah bahawa Najib akan memastikan Khairy menang.

Cakap-cakap di Kota Bharu juga mengesahkan Setiausaha Politik Datuk Seri Najib, Datuk Fatmi telah meminta Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda bagi menunjukkan restu Najib terhadap menantu Abdullah.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, Mykmu difahamkan usaha Datuk Fatmi ini bukanlah atas arahan Datuk Seri Najib.

Penguasaan Khairy bukan sahaja bersangkutan politik dalaman UMNO. Malah penghijrahan datuk Seri Najib ke Kementerian Kewangan juga tidak merupakan proses peralihan kuasa sepenuhnya.

Mustapha Ong bin Omar Ong, rakan baik Khairy Jamaluddin dan salah seorang pemain utama Ethos Consultant, dikatakan bakal dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Najib di Kementerian Kewangan. Oleh kerana perlantikan Setiausaha Politik merupakan bidang kuasa Perdana Menteri, maka tidak banyak yang dapat Najib lakukan.

Mustapha Ong pernah bekerja dengan Datuk Seri Najib sebelum ini. Beliau dikatakan  “Trojan Horse” Khairy dalam pejabat tersebut. Meninggalkan pejabat Najib atas persetujuan bersama setelah timbul beberapa isu dan juga berikutan kematian salah seorang penggerak utama Ethos sebelum ini.

Ethos merupakan salah satu pasukan konsultan yang digerakkan untuk kepentingan Khairy dalam pilitik dan perniagaan.

Nampaknya harapan Tun Mahathir dan pemimpin politik UMNO lain serta rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengaruh Khairy belum terlaksana. Malah Khairy mungkin akan menjadi lebih kuat selepas ini. Ini kerana beliau akan berjaya menghilangkan labialiti sebagai menantu Perdana Menteri.

Apakah kita sebagai ahli UMNO mahu membiarkan perkara ini berlaku?  Jika begini, lebih baik pemilihan parti diteruskan Disember ini. Biar semua jawatan dipertandingkan. Biar suara akar umbi UMNO yang menentukan.

Kami mahu Pak Lah letak jawatan dan menantunya disingkirkan dari UMNO. Semua ahli UMNO tahu yang menantulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menang besar di Permatang Pauh. Jika tidak kerana sikap sombong bodohnya, tidak mungkin Pakatan Rakyat akan menang sebesar itu.

Apakah kita harus biarkan parti kita diperkotak katikkan?

Anak Jati Rembau





Pemilihan UMNO akan ditangguh?

26 09 2008

Khabar angin bertiup kencang mengenai pemilihan parti akan ditangguhkan sehingga pertengahan tahun hadapan. Hari ini satu mesyuarat khasa Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan di Menara Dato’ Onn, PWTC.

Jika benar ahli-ahli MT bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga pertengahan tahun 2009, masa depan UMNO akan hancur. Perpecahan akan menjadi lebih parah. Yang lebih menyedihkan lagi, ahli-ahli parti yang mahukan demokrasi dikembalikan kepada UMNO kemungkinan besar akan berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.

Jika itu berlaku, rakan-rakan dalam BN juga tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama. Barisan Nasional yang telah sekian lama mentadbir negara akan punah ranah.

Ahli-ahli MT harus memikirkan masa depan UMNO dan BN. Jangan hanya kerana mahu menyelamatkan Pak Lah dan menantunya, parti kita hancur dan musnah.

Anak Jati Rembau





Menantu Pak Lah berlakon…. Kononnya disekat untuk bertemu ahli

26 09 2008

Nak termuntah pagi ini apabila membaca Utusan Malaysia. Dimuka depan akhbar tersebut ada berita yang bertajuk “Khairy dakwa disekat temui ahli Pemuda”.

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Datuk Mukhriz sebelum ini yang menyatakan ada pihak yang cuba menghalang anak bekas Perdana Menteri itu daripada bertemu dengan ahli Pemuda.

Ahli-ahli UMNO semua tahu bagaimana menantu PM menggunakan kuasa bapa mertuanya sebagai Presiden UMNO untuk kepentingan dirinya. Beliau juga menang jawatan Naib Ketua Pemuda diatas kapasitinya sebagai menantu Perdana Menteri dan bukannya melalui pertandingan.

Apabila beliau mengatakan terdapat sekatan terhadap dirinya untuk bertemu dengan ahli-ahli Pemuda, apakah kita mahu mempercayainya?

Bukankah ini lakonan seperti dalam filem Hindustan?

Ahli-ahli UMNO perlu sedar. KIta harus bersatu untuk memastikan Pak Lah dan menantunya disingkirkan daripada UMNO. Jika duit diberi, ambillah. Tetapi jangan gadaikan masa depan parti dan negara.

Anak Jati Rembau.





Media diperalatkan untuk memenangkan Pak Lah dan Menantu

24 09 2008

Media arus perdana dikawal dengan ketat oleh Abdullah dan menantunya. RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan News Straits Times berada didalam gengaman mereka.

Rakyat Malaysia pasti melihat bagaimana liputan meluas diberikan kepada Khairy Jamaluddin oleh TV3ketika dia mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Sedangkan ketika Datuk Mukhriz Mahathir, Dato’ Seri Khir Toyo dan Datuk Zainul Zahid mengumumkan tentang kesediaan mereka untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, laporan yang diberikan hanya ala kadar sahaja.

Apa yang kita boleh lakukan sebagai ahli-ahli yang cintakan parti UMNO?

Untuk menyelamatkan parti yang telah banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan negara Malaysia, hanya ada satu cara iaitu “PENYATUAN DIKALANGAN PENENTANG-PENENTANG PAK LAH DAN KJ”.

Kita tahu sekarang ini majoriti ahli parti menentang Dinasti Abdullah Badawi. Kita juga tahu bahawa jika Abdullah terus diatas takhta, UMNO dan Barisan Nasional akan hancur!

Jika Dato’ Seri Najib mahu terus setia kepada Abdullah, kita terpaksa mengangkat Tengku Razaleigh dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi kepimpinan parti. Kita perlukan kepimpinan yang kuat bagi UMNO untuk meneruskan pemerintahan negara.

Jika kita hanya duduk dan marah dibelakang-belakang, tidak ada apa yang akan berubah.

Fikirkanlah. Masa depan negara ditangan anda!!!





Menantu memulakan langkah, Pak Lah disuruh jangan letak jawatan

23 09 2008

Minggu lalu kita dapat saksikan bagaimana bapa mertua Khairy tersepit akibat didesak oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk meletakkan jawatan.

Diantara yang lentang mendesak Perdana Menteri untuk berundur ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Dato’ Seri Safie Afdal dan Tan Sri Muhammad Taib.

Muhyiddin Yassin telah memulakan langkah dari awal lagi bermula ketika beliau berada di Singapura. Dalam mesyuarat tersebut, Muhyiddin mengulangi pendiriannya.

Sementara Rafidah memberitahu Abdullah supaya berundur sebelum mesyuarat bahagian bermula kerana menurut survey yang dilakukan oleh Pergerakkan Wanita UMNO, Abdullah berkemungkinan besar tidak akan mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden parti.

Begitulah budi pekerti orang Melayu, walaupun benci, masih lagi baik hati untuk menasihatkan Abdullah supaya berundur secara terhormat.

Abdullah pada mulanya seperti akur dengan kehendak parti. Akan tetapi setelah pulang ke Seri Perdana, Kamaluddin dan Khairy memberitahu Abdullah bahawa sokongan boleh didapatkan untuk memastikan Abdullah terus berkuasa.

Abdullah juga di yakinkan oleh anak dan menantunya untuk meneruskan reformasi yang ingin dilakukan. Dengan ini, setelah Abdullah bersara nanti, dapatlah beliau menjadi Bapa Reformasi Malaysia.

Semenjak menantu PM mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, saya sudah tidak percaya Abdullah akan meletakkan jawatan. Ini adalah kerana, menantu PM tidak akan dapat naik dalam UMNO tanpa bantuan bapa mertuanya.

Dan apabila menantu PM sah bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda, anak lelaki kesayangan Perdana Menteri pula bersedia melaburkan wang berjuta-juta RM untuk memastikan kemenangannya.

Tidak susah untuk memastikan kemenangan Ahli Parlimen Rembau tersebut. Kamaluddin Abdullah bersama regunya Patrick Lim hanya perlu membeli kesemua Perwakilan UMNO Bahagian. Dengan kekayaan negara yang telah dirompak semenjak tahun 2004, 3 atau 4 Billion RM bukanlah banyak bagi mereka untuk memastikan Pak Lah kekal sebagai Presiden dan Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Pelan peralihan kuasa pada 2010 adalah penipuan semata-mata. Dato’ Seri Najib digula-gulakan dengan harapan untuk menggantikan Pak Lah pada pertengahan Jun 2010. Pemberian jawatan Menteri Kewangan kepada Timbalan Perdana Menteri itu adalah untuk memujuk penyokong-penyokong Najib agar tidak melawan Pak Lah dalam Pemilihan Agung UMNO Disember ini.

Sedangkan kita semua telah tahu apa perancangan Pak Lah. Menjelang tahun 2010 nanti, Najib akan dipecat dan Khairy akan dilantik oleh Pak Lah sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini adalah untuk menjayakan cita-cita menantu PM untuk menjadi Perdana Menteri pada umur 40 sekaligus memperkukuhkan Dinasti Abdullah Badawi di Malaysia.

Jadi, penyokong-penyokong Najib Tun Razak jangan mudah selesa. Jika masih lagi tunduk kepada Abdullah, UMNO akan mengangkat Ku Li dan Muhyiddin sebagai peneraju negara sekaligus memusnahkan harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih negara.

Anak Jati Rembau





Blog Anti Khairy kembali

23 09 2008

Setelah berehat dengan begitu lama, kini blog Anti Khairy kembali. Kali ini kami akan fokus untuk memastikan menantu PM gagal untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Niat kami hanyalah satu, selamatkan Malaysia daripada menuju kehancuran jika menantu PM menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Jika anda bersama kami dan ingin membantu kempen ini, sila kirimkan artikel ke matapena08@gmail.com.

Sekat Menantu PM!