Menantu Pak Lah menang – UMNO tergadai

27 03 2009

Ramai antara mereka dalam UMNO kesal dengan apa yang berlaku pada pemilihan semalam. Menantu Pak Lah menang dan kemenangan itu akan mendatangkan keparahan buat UMNO. Orang yang di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin atas politik wang berjaya menang dalam pemilihan Ketua Pemuda dan ini hanya menunjukkan kematangan ahli UMNO dan betapa seriusnya UMNO dalam melakukan perubahan. Menantu Pak Lah dengan bongkak menyatakan kemenangan kononnya menunjukkan ini bukan pengaruh bapa mertuanya. Ya, kalau bukan kerana dia menantu Pak Lah pun mungkin kerana pembelian undi – dan ini bukan kami kata – ini keputusan Lembaga Disiplin. Jadi ini bukan tuduhan tidak berasas tetapi ini adalah kenyataan rasuah perlakuan rasuah.

Kalau Menantu Pak Lah boleh lepas dari tuduhan skandal saham ECM Libra – apa pula dengan kes dalaman disiplin semacam ini. Menantu Pak Lah akan lebih menyulitkan usaha UMNO untuk kembali di sokong rakyat. Ahli UMNO sentiasa melihat wang yang kecil pemberian orang macam menantu Pak Lah ini dan lupa menantu ini tidak ada kasih sayang sejati pada UMNO. Menantu Pak Lah pasti akan kelemasan kerana anti-khairy.blogspot.com tidak akan undur selangkah dalam menghalau menantu Pak Lah keluar dari politik negara ini.


Tindakan

Information

12 responses

27 03 2009
DANG ANUM

terus berjuang utk nyakkan parasit ini. ayuh…..maju…

27 03 2009
lubang_rahsia

mlm tu jer pro khairy dan pro mukhriz dah bertempur. lopeh ni tak tau ler den nak cakap. jgn sampai satu demi satu ahli dari setiap pihak kena c4 sudah ler.. kang makin kurang pulak ler pemuda umno yg tak berwawasan ni..

27 03 2009
Azisirikit

Si Mamat ni satu penggal aje. Kita lihat nati PRU akan datang. Berkuburlah UMNO.

27 03 2009
Malaysian

Terus berjuang atau terus berkubur untuk pilihanraya ke 13th??????

27 03 2009
mrshah

Bila dengar KJ menang Ketua Pemuda UMNO , sudah sah UMNO berada dipertalian hayat terakhir. Ingat-ingat lah wahai pemuda UMNO dimana mata hati kamu memilih orang sebegini.

27 03 2009
rozlan

Biarkan lah mereka bergaduh sesama sendiri.Duit dan kontrak punya hal

28 03 2009
syed

saya berasa kesal kerana perwakilan mengabaikan suara akar umbi yg memilih datuk mukhriz..jika skali lagi pilihanraya kita kalah semua yg harus di persalah kan ialah bkn kj tapi perwakilan yg bulurkan duit kj..mereka ini yg perlu bertanggungjawab…kerana belot dan tamak..xsesuai jadi pemimpin…….. BERANI BERUBAH…

30 03 2009
MUHAMMAD

kita kena ajar dengan memberi kekalahan kepada bn pada mana2 pilihan raya yang ada dan jelaskan ini semua kerana kj menang pemuda, supaya dengan sendiri nyer dia letak jawatan.

3 04 2009
BOTAKcung

Eh! lu orang biasa x tengok WWF kat TV. kalau watak sijahat menang camner watak dorang. sajer bagi panas ati penonton kat stadium. cam tu la aku tengok stail khairi ari tu poyo giler.

Pak Mentua dah belah.
Inilah masanye utk kita ganyang anak didik dan tali barut anuar jubori ni. kemenagan khairi adalah kemenangan anuar jua….

15 12 2009
aBe

download E-Book here how to learn about Your PC,latest software and Latest Driver to all brand Driver:)

http://y.ahoo.it/vypLdq

15 07 2010
Rudi Masayu Mas

Khairy anak menantukah atau m…hantukan pada pak llang atau pengalang untuk UMNO terus di hormati, kesahnya diakan kalah pada pemilihan ketua pemuda Umno kenapa tiba tiba menang pula ya, kes rasuah PM Najib tak boleh teruskan kah menuntut dan di bawa ke mahkamah untuk di sabit jika benar dia bersalah???

9 11 2010
SAYA

kj si kuar rasuah menang..
KETUA =Dato mukrihz
TIMBALAN=Dato Razali

kj rasuah xlayak menang..terbukti salah cuma diberi amaran

Tinggalkan komen