KJ dan Zahid Hamidi nak jatuhkan Datuk Seri Najib?

27 12 2009

Laman Web UMNO Reform mengatakan bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi yang diketahui sebagai sekutu kuat kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dikatakan sedang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Klik disini.

Penghebohan peristiwa kehilangan enjit jet pejuang yang masih dalam siasatan polis dikatakan menjadi senjata untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya beliau akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatiknya beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau akan mempunyai “bargaining power” untuk memasukkan sekutunya KJ untuk menjadi menteri penuh. Bukankah Zahid Hamidi pernah berkata, seminit selepas beliau menjadi PM Malaysia, beliau akan melantik KJ menjadi menteri.

Apakah kita terlupa bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Menteri Pertahanan Malaysia sebelum beliau bersara? Apakah pada ketika Tun Abdullah menjadi Menteri Pertahanan, KJ menggunakan peluang tersebut untuk mencari “bahan” yang boleh digunakan untuk mengenakan Datuk Seri Najib?

Dan bahan tersebut diberikan kepada Zahid Hamidi untuk dibocorkan. Pembocoran maklumat tersebut memberikan keuntungan kepada KJ dan Zahid Hamidi. Jika Zahid Hamidi naik lebih tinggi, maka naiklah KJ juga. Apabila kedua-dua sekutu Anwar Ibrahim ini naik, maka dengan cepatlah cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai. Apabila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, lebih cepatlah Malaysia akan terjual kepada Amerika Syarikat.

Kita perlu ingat, orang-orang Anwar Ibrahim kini berkeliaran didalam UMNO. Apakah kita percaya dengan talibarut-talibarut Anwar seperti Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan jangan kita lupa tentang Ezam Mohd Noor. Mereka semua berada dalam satu kumpulan. Sampai masanya, semua akan bertindak untuk menaikkan boss kesayangan mereka iaitu Anwar Ibrahim.

UMNO pada hari ini masih lagi selamat oleh kerana Tun Dr. Mahathir masih ada. Tun merupakan benteng terakhir kepada UMNO dan dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib sibuk untuk “repair” negara setelah dimusnahkan oleh KJ dan Budak Tingkat Empat selama sepenggal pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Tanpa sokongan ahli-ahli UMNO yang lain, maka letihlah Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk melawan anasir-anasir jahat dalam UMNO.

Pilihan ditangan ahli-ahli UMNO. Mahu biarkan UMNO musnah, atau membersihkan agen-agen Singapura dan Israel yang terdapat dalam UMNO.

Anak Jati Rembau





KJ dilantik Timbalan Menteri?

9 12 2009

Dahulu Blog Anti Khairy pernah mendedahkan bahawa wujudnya satu perjanjian untuk memastikan menantu kepada Pak Lah akan terus naik dalam kepimpinan UMNO. Klik disini. Ramai yang tidak percaya kepada pendedahan kami. Kami dituduh macam-macam didalam email yang diperolehi daripada pembaca.

Sila baca berita yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dibawah:

Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri?

PETALING JAYA, Dis 9 — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang “kehilangan peluang” untuk menyertai jemaah menteri April lalu disebut-sebut berkemungkinan akan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil yang bakal dilakukan.

Utusan Malaysia yang memetik portal Malaysia-instinct.com berkata pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima Perdana Menteri.

Laporan itu menyebut Khairy (gambar) dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bukannya di Kementerian Pelancongan.

“Dan, tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,” laporan Utusan Malaysia hari ini.

April lalu Khairy tidak diberikan sebarang jawatan dalam Kabinet sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada Umno.

Beliau dikatakan sudah mula mencatat kejayaan dalam usaha itu.

Khairy kembali ke tanah air hujung minggu lalu selepas menunaikan haji.

Buat masa sekarang timbalan Khairy di Pemuda Umno merupakan antara timbalan menteri dalam Kabinet diumumkan April lalu.

Datuk Mukhriz Mahathir yang menentang Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Awal minggu ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.

Dikatakan bahawa menantu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi didalam rombakan kabinet yang bakal dilakukan oleh Datuk Seri Perdana Menteri tidak lama lagi.

Jika benar berita yang disiarkan ini, bermakna UMNO sekali lagi berada dalam keadaan bahaya. UMNO yang hampir kehilangan kuasa untuk terus membela nasib orang-orang Melayu pada pilihanraya umum ke 12 lalu akan berhadapan dengan bahaya yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang.

Cuba kita imbas kembali pada pilihanraya kecil di Permatang Pauh bagaimana KJ membantu “idola”nya Anwar Ibrahim untuk menang besar terhadap calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Bagaimana KJ membantu Anwar?

Dengan berkempen cara yang dibenci oleh orang-orang Melayu iaitu dengan sombong dan bongkak. Pemuda UMNO yang dipimpinnya kini begitu lemah dan tidak bermaya.

Ketika orang-orang Melayu dihina dan dipijak, tidak kedengaran suara Pemuda UMNO yang seharusnya menjadi benteng pertahanan orang-orang Melayu.

Apakah kita mahu membiarkan perkara ini terus menghantui UMNO?

Atau kita harus mencegahnya sebelum parah. KJ perlu disingkirkan dengan segera.

Anak Jati Rembau