P’wakilan bantah Khairy, Ali mengundi

27 03 2009

Sekurang-kurangnya dua perwakilan Muar memboikot pengundian  jawatan tertinggi Umno hari ini kerana membantah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dibenarkan mengundi.

Datuk Kadar Shah Sulaiman Shah dan adiknya Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak akan menyertai lebih 2,050 perwakilan memangkah calon pilihan masing-masing.

Tindakan mereka diambil ekoran surat bantahan mereka berhubung perkara itu telah ditolak oleh pengerusi tetap perhimpunan agung Umno, Tan Sri Onn Ismail.

Lembaga Disiplin Umno minggu lalu mendapati naib presiden itu dan Khairy bersalah selepas ejen-ejen mereka terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

umno 59 agm 2009 puteri youth wanita mt campaign 250309 08Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden, manakala Khairy diberi amaran tetapi dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno yang dimenanginya semalam.

Onn memanggil Kadar naik ke pentas untuk mengambil jawapannya terhadap bantahannya itu.

Bantahannya jelas ditolak apabila Onn memanggil Mohd Ali dan Khairy mengundi calon-calon yang bertanding.

Sebelum pengundian bermula kira-kira 12 tengah hari tadi, suasana kempen saat akhir sampai ke kemuncaknya pagi ini apabila penyokong bersesak-sesak mengedar kad nombor calon-calon masing-masing.

Selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selesai menyampaikan ucapan dasar pada 11.15 pagi, para penyokong menjerit-jeritkan nombor calon pilihan masing-masing tanpa henti.

Ratusan penyokong berkumpul di hadapan pintu keluar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam pakaian dan tag bercetak nombor pengundian bagi calon pilihan mereka.

Tinjauan Malaysiakini mendapati ada juga penyokong yang memakai topeng wajah calon pilihan mereka.

Suasana sesak dan terlalu bising itu menyebabkan pergerakan menjadi sukar dan mengganggu hampir seratus petugas media yang menunggu barisan pemimpin tertinggi parti itu keluar dari dewan untuk mendapatkan komen mereka berhubung ucapan Abdullah.

Keadaan gamat dan sesak itu memaksa polis dan anggota RELA beberapa kali membuka laluan untuk pemimpin parti itu keluar dari dewan.

Anggota penguatkuasa juga menutup tempat itu dengan plastik penghadang bagi mengelak kumpulan penyokong mengganggu pergerakan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

Kumpulan penyokong juga kelihatan memenuhi tingkat bawah bangunan Umno itu, tempat skrin besar ditempatkan dan gerai jualan..

Seramai 68 calon bertanding bagi jawatan-jawatan timbalan, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT).

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.

Dari sini.





Laporan Polis keatas Khairy Jamaluddin?

27 03 2009

Sebuah Laporan Polis dijangkakan akan dilakukan keatas Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih Khairy Jamaluddin, atas kesalahan salahlaku ‘politik wang’.

wang_bangsa_perwakilan

Laporan ini akan dibuat oleh seorang ahli Pemuda UMNO Perak dan minta pihak berkuasa menyiasat keatas dakwaan dimana ‘carpet bombing’ berjumlah RM 10,000.00 setiap seorang. Habuan lebih dikatakan dijanjikan apabila Khairy menang.

Modus operandi yang digunakan ialah wang tunai dan nombor magnum, agar sesiapa yang menerima habuan ini akan ‘menunaikan kemenangan’ ini tanpa dilihat sebagai ‘rasuah’. Kesalahan ini dikatakan dilakukan pada malam Selasa 24 Mac 2009. Terdapat laporan dimana Perwakilan Pemuda UMNO berbondong bondong menuju ke Hotel Corus, Kuala Lumpur, yang dikatakan sebagai ‘Lubuk KJ’.

utusan-18iii09-kt-kj1

Sebelum ini, Lembaga Disiplin UMNO telah menyiasat dan mendapati Khairy MP Rembau ini atas salahlaku dan salahguna politikwang. Namun begitu, beliau setakat diberikan amaran sahaja. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak, terutama ahli UMNO. Integriti badan penyiasat UMNO itu kini diragui.

Diambil dari sini.





Menantu Pak Lah menang – UMNO tergadai

27 03 2009

Ramai antara mereka dalam UMNO kesal dengan apa yang berlaku pada pemilihan semalam. Menantu Pak Lah menang dan kemenangan itu akan mendatangkan keparahan buat UMNO. Orang yang di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin atas politik wang berjaya menang dalam pemilihan Ketua Pemuda dan ini hanya menunjukkan kematangan ahli UMNO dan betapa seriusnya UMNO dalam melakukan perubahan. Menantu Pak Lah dengan bongkak menyatakan kemenangan kononnya menunjukkan ini bukan pengaruh bapa mertuanya. Ya, kalau bukan kerana dia menantu Pak Lah pun mungkin kerana pembelian undi – dan ini bukan kami kata – ini keputusan Lembaga Disiplin. Jadi ini bukan tuduhan tidak berasas tetapi ini adalah kenyataan rasuah perlakuan rasuah.

Kalau Menantu Pak Lah boleh lepas dari tuduhan skandal saham ECM Libra – apa pula dengan kes dalaman disiplin semacam ini. Menantu Pak Lah akan lebih menyulitkan usaha UMNO untuk kembali di sokong rakyat. Ahli UMNO sentiasa melihat wang yang kecil pemberian orang macam menantu Pak Lah ini dan lupa menantu ini tidak ada kasih sayang sejati pada UMNO. Menantu Pak Lah pasti akan kelemasan kerana anti-khairy.blogspot.com tidak akan undur selangkah dalam menghalau menantu Pak Lah keluar dari politik negara ini.