KJ dan Zahid Hamidi nak jatuhkan Datuk Seri Najib?

27 12 2009

Laman Web UMNO Reform mengatakan bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi yang diketahui sebagai sekutu kuat kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dikatakan sedang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Klik disini.

Penghebohan peristiwa kehilangan enjit jet pejuang yang masih dalam siasatan polis dikatakan menjadi senjata untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya beliau akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatiknya beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau akan mempunyai “bargaining power” untuk memasukkan sekutunya KJ untuk menjadi menteri penuh. Bukankah Zahid Hamidi pernah berkata, seminit selepas beliau menjadi PM Malaysia, beliau akan melantik KJ menjadi menteri.

Apakah kita terlupa bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Menteri Pertahanan Malaysia sebelum beliau bersara? Apakah pada ketika Tun Abdullah menjadi Menteri Pertahanan, KJ menggunakan peluang tersebut untuk mencari “bahan” yang boleh digunakan untuk mengenakan Datuk Seri Najib?

Dan bahan tersebut diberikan kepada Zahid Hamidi untuk dibocorkan. Pembocoran maklumat tersebut memberikan keuntungan kepada KJ dan Zahid Hamidi. Jika Zahid Hamidi naik lebih tinggi, maka naiklah KJ juga. Apabila kedua-dua sekutu Anwar Ibrahim ini naik, maka dengan cepatlah cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai. Apabila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, lebih cepatlah Malaysia akan terjual kepada Amerika Syarikat.

Kita perlu ingat, orang-orang Anwar Ibrahim kini berkeliaran didalam UMNO. Apakah kita percaya dengan talibarut-talibarut Anwar seperti Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan jangan kita lupa tentang Ezam Mohd Noor. Mereka semua berada dalam satu kumpulan. Sampai masanya, semua akan bertindak untuk menaikkan boss kesayangan mereka iaitu Anwar Ibrahim.

UMNO pada hari ini masih lagi selamat oleh kerana Tun Dr. Mahathir masih ada. Tun merupakan benteng terakhir kepada UMNO dan dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib sibuk untuk “repair” negara setelah dimusnahkan oleh KJ dan Budak Tingkat Empat selama sepenggal pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Tanpa sokongan ahli-ahli UMNO yang lain, maka letihlah Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk melawan anasir-anasir jahat dalam UMNO.

Pilihan ditangan ahli-ahli UMNO. Mahu biarkan UMNO musnah, atau membersihkan agen-agen Singapura dan Israel yang terdapat dalam UMNO.

Anak Jati Rembau


Tindakan

Information

29 responses

28 12 2009
shafifah

Kunjungan Habib Umar Ben Hafiz ke Pondok Baitul Qurro’, Sg. Udang Melaka : http://wp.me/piAx4-ZY

Hari ini Jilsah bersama Habib Zaid Ben Yahya ANGGOTA IFTA’ (MAJLIS FATWA) DARUL MUSTHAFA : http://wp.me/piAx4-10Z

Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy’ari Terus Dijaga Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11d

28 12 2009
siber

Aku pun sampai sekarang masih pelik dengan Zahid Hamidi ni. Setelah terang-terang tunjuk pendehakaan kepada Presiden Parti DS Mahathir (masa tu PM) dengan mendedahkan kononnya DrM telah mengamalkan Nepotisma dan Kronisma masa menjawat Ketua Pemuda (dah tentu masa tu menyokong kuat AnWAR alj****i. Tapi dok percaya lagi kat dia …. pilih jadi Naib Presiden dan lantik jadi menteri ……….. entah2 dia musang berbulu ayam ……… aku tak percaya dia ni dah berubah.

29 12 2009
ngok

macam2 masalah.. kalo hal ini betul2 berlaku, sepatutnya masa jd menteri pertahanan dl, Dato seri Najib perlu menyelesaikan masalah tersebut, skg da menjadi bahan utk mengenakan beliau, hopefully masalah ini akan selesai dan pihak yang bertanggungjawab dlam hal ini dikenakan tindakan supaya negara lebih utuh dan meneruskan visi negara utk menjadi negara maju demi menjamin masa depan sekalian rakyat tak kira kaum.

30 12 2009
Zaki Zahid

Apakah Zahid Hamidi Gunting Dalam Lipatan Pentadbiran Najib?
Posted on Tuesday, December 29 @ 23:54:33 MYT
Topic: Utama

Oleh Sulaiman Abdullah

Sikap dan tindak -tanduk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula menjadi buah mulut di kalangan anggota masyarakat terutama mereka yang celik politik.

Beberapa sikap yang dipertontonkan Zahid menimbulkan persoalan dan tanda tanya apakah Zahid sebenarnya gunting dalam lipatan kepada pentadbiran Najib.

http://www.malaysia-instinct.com

Untuk memahami mengapa sikap Zahid boleh dipersoalkan maka kita perlu melihat kepada apakah sikap atau perbuatan yang dipertontonkan beliau.

Pertama adalah pemilihan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir Ogos lalu.

Zahid selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang telah mencalonkan seorang calon bermasalah iaitu Rohaizat Othman.

Sebelum proses pengundian bermula pun orang ramai sudah tahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melingkup di kawasan itu.

Puncanya mudah sahaja kerana calon itu penuh bermasalah orangnya seperti memiliki rekod menipu wang pelanggan semasa menjadi peguam, berkahwin dua dan sebagainya.

Disebabkan reputasi dan kedudukan Zahid, apabila beliau mencalonkan satu nama, maka UMNO pusat pun bertindak meluluskan atau endorse nama berkenaan untuk menjadi calon.

Pilihan raya Permatang Pasir ketika itu amat penting buat BN kerana BN ketika itu sedang baru mula melalui momentum kenaikkan apabila hanya tewas dengan undi kecil sebanyak 65 undi sahaja di kubu kuat Pas di Manek Urai pada pilihan raya kecil sebelum itu.

Calon yang dicadangkan Zahid bukan sahaja melemahkan UMNO tetapi mencacatkan momentum sokongan ke atas Najib dari satu segi.

Kemudian, yang terbaru ini, secara tidak semena-mena timbul pula kes kehilangan pesawat pemintas F5E yang berlaku pada tahun 2007 yang tiba-tiba bocor ke pengetahuan media.

Kehilangan itu berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Ada banyak pihak yang mendakwa bahawa Zahid yang bertanggungjawab membocorkan perihal kejadian itu kepada pihak media.

Tidak ada bukti yang kukuh untuk mengesyaki Zahid tetapi jika niat beliau adalah untuk memburuk dan melemahkan pentadbiran Najib, maka sudah hampir pasti kejadian itu sampai ke telinga media melalui perbuatan Zahid.

Mungkin bukan Zahid yang bercakap terus kepada pihak akhbar, tetapi mungkin dilakukan oleh orang-orang suruhannya.

Terdahulu pada itu, Zahid juga dengan tidak semena-mena mencadangkan agar kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada UMNO.

Walaupun beliau memilki sebab dan alasan untuk berbuat demikian, tetapi sebagai ahli politik yang senior, beliau pastinya lebih arif perkara seperti itu tidak boleh dilakukan terutama di kala sokongan masyarakat Cina kepada BN berada di tahap paling rendah.

Menuduh secara terbuka Gerakan tidak membuat kerja hanya mewujudkan situasi tidak senang Gerakan dengan UMNO dan kepada Najib secara tidak langsung.

Cadangan seperti itu juga dilihat masyarakat Cina sebagai menghakis kuasa politik masyarakat Cina dan UMNO bersikap pembuli.

Walaupun Zahid Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, beliau tidak rugi banyak dengan kenyataan beliau itu, tetapi impaknya ke atas BN dan Najib terutama dari perspektif sokongan masyarakat Cina adalah amat buruk sekali.

Di Janda Baik bebebrapa minggu lalu, Zahid dilaporkan berkata, kalau beliau menjadi Perdana Menteri 12.50, Khairy Jamaluddin (KJ) akan dilantik menjadi menteri 12.51.

Lagi sekali….apa motif Zahid berkata begitu?

Patutnya beliau fahamlah tentu Najib ada sebab untuk tidak melantik KJ.

Kenyataan Zahid itu nyata sekali merendahkan Najib dan tindakan Perdana Menteri. Apakah Zahid cuba menzahirkan beliau lebih bijak daripada Najib?

Atau sebenar mahu memecah-belahkan dengan lebih teruk lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang sudah sedia kala agak haru biru di bawah KJ.

Kenyataan itu hanya menambah benci yang mendalam di kalangan penyokong KJ terhadap Najib dan tidak membawa sebarang kebaikkan.

Itu adalah antara beberapa contoh sikap dan tindak tanduk Zahid yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Untuk menzahirkan mengapa penulis mencurigai Zahid, harus rasanya dikongsi sedikit pengalaman seorang rakan wartawan menemu bual Zahid secara eksklusif di pejabatnya tahun lalu.

Rakan itu menceritakan kepada penulis, dalam pertemuan hampir satu jam setengah itu, 60 peratus perbualan yang terbit daripada mulut Zahid adalah berkisar kepada Anwar Ibrahim.

Bukannya mengutuk tetapi puji-pujian dan kisah-kisah yang kononnya boleh menimbulkan rasa sedih dan simpati terhadap Anwar.

Zahid adalah Ketua Pemuda UMNO di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Zahid adalah antara anak didik Anwar yang paling berjaya. Malah, semasa reformasi, Zahid juga antara yang paling banyak memberikan ucapan pembakar semangat di rumah Anwar setiap malam.

Malah, dilaporkan sebab terlalu mengidolakan Anwar, Zahid pada satu peringkat mahu meninggal UMNO untuk menyertai perjuangan Anwar tetapi hasratnya berjaya dipatahkan oleh isterinya sendiri yang tidak bersetuju jika Zahid keluar UMNO.

Zahid adalah bekas Setiausaha Politik Najib dan perlantikan Zahid itu adalah atas arahan Anwar Ibrahim sendiri yang menentukan siapakah pegawai-pegawainya yang harus bersama dengan pemimpin-pemimpin Pasukan Wawasan.

Justeru, peranan Zahid memang sejak awal lagi untuk memantau pergerakan Najib.

Berbalik kepada pengalaman rakan penulis, rakan itu berkata, simpati dan kesetiaan Zahid kepada Anwar masih terlalu menebal.

” Zahir bercerita bagaimana Wan Azizah meninggal nota di peti sejuk mengatakan Papa dah takda jadi semua orang kena berjimat-cermat dan sebagainya bagi memperlihatkan bagaimana keluarga Anwar kononnya bersedih dan susah ketika Anwar dimasukkan ke penjara,” kata rakan penulis.

Dengan apa yang diberitahu rakan penulis dan melihat tindak tanduk Zahid, mahu tidak mahu wujud semacam perasaan skeptikal dan curiga terhadap Zahid.

Apakah beliau gunting dalam lipatan?

Mengapa Naib-naib Presiden yang lain seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Datuk Seri Shafie Apdal tidak pula mengeluarkan sebarang kenyataan atau berkelakuan seperti Zahid?

Apakah Zahid mahu melemahkan pentadbiran Najib untuk membuka laluan yang lebih kukuh kepada Anwar? Mengenangkan kedududkan Zahid dan keintiman beliau dengan ketua pembangikang berkenaan, perkara ini tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Atau Zahid mahu melemahkan pentadbiran Najib dengan niat untuk menaikkan dirinya dengan pantas ke jawatan yang lebih tinggi.

Cita-cita politik Zahid pun bukannya kecil, jangan kita lupa Zahid asalnya mencalonkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO yang sudah diketahui akan ditandingi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pemilihan UMNO yang lalu. Hanya selepas beberapa ketika baru beliau menarik diri dan mengumumkan bertanding Naib Presiden pula.

Mungkin Zahid mengintai jawatan-jawatan tertinggi negara dan parti untuk dirinya.

Apa pun, sikap dan tingkah laku Zahid dalam UMNO dan kerajaan harus dipantau dari dekat. Jika ada lagi perbuatan-perbuatan yang ‘pelik’ atau menimbulkan persoalan, maka tidak ada pilihan melainkan Zahid perlu dikawal.

Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Sebelum Zahid Hamidi menjadi kanser kepada parti, beliau perlu diubati. Tanda-tanda awal kanser sudah mula kelihatan dan tidak boleh dipandang enteng.

31 12 2009
berasiam

Ada seorang exco Puteri UMNO yang namanya seakan-akan dengan Naib Presiden ini. Sekarang ini heboh di bahagian Puteri berkenaan bahawa kereta terbaru yang dipandu oleh sang puteri adalah hadiah daripada Naib Presiden. Mungkin ini sekadar gossip nakal tetapi tidak mustahil terselit kebenaran di dalamnya. Mungkin dia suka bertemankan nama orang yang seakan dengan namanya kerana nama isterinya pun seakan dengan nama bapanya.

31 12 2009
shafifah

Solat Sunat Al Khusuf di Masjid Negara/Masjid Taman TAR/Masjid Al Falah

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa
Bertempat Perkarangan Masjid Negara
Tarikh 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat-Malam Tahun Baru 2010)

1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi

Aturcara Program adalah seperti berikut :

Pencerapan Gerhana Bulan Separa
Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
Pameran Bulan
Solat Sunat Gerhana Bulan
Khutbah Khas Gerhana Bulan
Pertandingan Kuiz
Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN DI MASJID TAMAN TAR

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN 1 JAN 2010

PROGRAM DI MASJID AL FALAH :

SOLAT SUNAT AL -KHUSUF GERHANA BULAN 1 JAN 2010

2 01 2010
Affuan

Bergomol la korang sesama sendiri. Bila Islam tidak dijadikan sandaran, kucar kacir gini lah akan jadi.

3 01 2010
cedikcenun

salam semua, testing

11 01 2010
14 01 2010
pakcikli00

“ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
atau:
http://beritamuslim.wordpress.com
Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
http://en.wordpress.com/report-spam/
Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
Your Email : email Anda
http://beritamuslim.wordpress.com
Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

15 01 2010
pakcikli00

Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
Assalamualaikum..
Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

tolong le barang sekupang dua

16 01 2010
Mohd Yusof

Zahid Hamidi ni adalah ular air.
Jelas2 dia dah tunjukkan belangnya.
DS Najib mestilah bertindak tegas utk membendung gejala yg merbahaya ini baik utk dirinya sendiri mahu pun utk kebaikan UMNO!

28 01 2010
Satu hala

Eksklusif: Exco Pemuda UMNO Minta KJ Letak Jawatan di Malaysia-instinct.com

31 01 2010
musuh khairy

Celaka punay khary dah lah zaman pak lah buat org hilang pekrjaan kerana xada projek. lain nak rosakkan negara. sungguh celaka khairy iotu

3 02 2010
dids

Laman blog cina, anti kerajaan melayu dan blog2 pembangkang hebat membantai pemimpin melayu. Blog2 melayu pulak tak habis2 hentam pemimpin melayu. Yg ketawa adalah org bukan melayu. Sampai bila melayu nak belajar.

17 02 2010
KJ beruk

Salam bro,

Hebat la blog lu bro. Nanti jangan lupa contact la sesama kita pembenci Beruk Hitam tu.

http://kjberuk.blogspot.com/2010/02/akaun-rahsia-kuda-jew-di-luar-negara.html

18 02 2010
antikayjey

Gunting dalam lipatan di dalam UMNO sudah tentu akan lempar batu sembunyi tangan.

Pecat sahaja mereka-mereka yang mempunyai anasir-anasir Singapura dan Yahudi ini.

Mereka memang amat celaka dan sialan kerana sanggup mempertaruhkan agama, bangsa dan negara hanya kerana pangkat dan duit yang ditawarkan kuasa asing.

21 02 2010
ALI

stupid!!!! ini pemikiran orang melayu
sebab itu orang melayu tak boleh maju,,,,
orang melayu lah yang paling banyak masuk neraka
kerana siarkan berita fitnah,,,,tobatlah sebelum malikat jemput
Ali

6 03 2010
1Najib

Soalnya bukan KJ atau Zahid nak jatuhkan Najib. Bukan setakat mereka berdua saja yang tak suka Najib. Soal yang lebih penting, kelalaian Najib hilangkan enjin jet tu. Ini menggambarkan Najib Seorang yang amat lalai. Kalau enjin jet pun dia tak boleh jaga, inikan pula nak jaga negara. Silap-silap 1Malaysia hilang…!

Memang KJ dan Zahid perlu diubati. Tapi lebih penting, Najib pun kena diubati juga. Semua banyak penyakit…!

20 03 2010
pakdeen

Salam, jangan lupa dengan sejarah kerajaan melayu Melaka yang kecundang kerana pemimpin melayu betelagah menjaga kpentingan diri dan kroni hingga sanggup bekerjasama dengan orang luar yang dah pasti musuh bangsa yang sangat jelas pada ketika itu, akibatnya negara tergadai 500tahun dan minda masih terus dijajah hingga bebrapa jenarasi lagi.

Apa yang berlaku hari ini hampir sama keadaanya. Adakah KL,PP, Selangor akan kembali kepada kita dalam ertikata sebenar. . . sedar le wahai semua pemimpin Melayu tak kira lah najib,anuar,zahid,khairi dan ramai lagi. . . Fikirkan lah!

24 03 2010
Pemuda Jln Langgar

Setakat tak suka KJ cucu oghang Kedah cukup laaaahhh. Kami kenal Tok Wan KJ kat Jalan Langgar, Alor Star. Gulungan sombong, tak mengaku kata orang Kedah. Pak Penakan KJ Cik Gu kami di Maktab Sultan Abdul Hamid. Mak dia pun kacau Syed Razak sampai Syed Razak takut kerana dia besan Pak Lah. Bukan takat KJ jeeerr.. yang guna Pak Lah takut-takut kan orang, Mak dia pun sama. Satu ketika Mak dia ikuti program Dr Halimah MP Selangor. Apaaaa niiiii….?.

Tapi, yang kami heran kenapa di kaitkan kerja buruk KJ di kaitkan dengan DZH yang menjaga Pertahanan, hjilang injen jet, kata DZH nak jatuhkan DSNTR?. Itu tak bererti ada matlamat. Kapal selam rosak sikit pun nak kata DZH nak sabotaj DSNTR jugak ka?. Jadi bloger, marah kat KJ, KJ saja lah disasarkan.

Soal kelantangan DZH masa jadi Ketua Pemuda, itu baik dan itu memang TDM suruh, bukan ertinya kelantangannya itu memusuhio TDM. Jika tidak, jadi macam KJ sekaranglah. Macam tikus munduk, orang katok pun murong lagi. Macam kes DSAI yang DS Zaharin hentam di Parlimen baru2 ni, tak ada pun ucapan berkesan daripada Ketua Pemuda, sedangkan dia dalam Parlimen. Orang bangkit riuhkan Parlimen, tujai DSAI, dia diam jeerrr…, apa ertinya ini?.

10 04 2010
mohamed

Sdr Anti Khairy

Susah nak faham our PM ni. Terlalu banyak kali dia difitnahkan oleh aljuburi, dipermainkan oleh zahid, tidak dibantu oleh pemuda UMNO dan lain-lain lagi. Terlalu mengalah, terlalu baik.

Nampaknya ia berseorangan. Nasihat saya kepada PM turunlah bertemu akar umbi, raakyat jelata. Aturlah langkah dengan rapi. Kalau kena dengan caranya mereka akan sambut Dato degan baik . Percayalah mereka iklas.

Sokongan mereka lebih iklas dari sokongan “rent collectors” yang Dato identify itu. Pertama mereka lebih ramai. Dari segi undi mereka lebih kuat.

Sokongan mereka akan lebih perkasakan Dato PM.

20 04 2010
mitikona

tak habis2 nak fitnah n nak putar belit.. hahahaha
gelak besar bila baca artikel budak skolah tu..
mlaga2kan api kemarahan..
org dah berfiqir daaa… haha

28 04 2010
whiteorange

UMNO bukan sahaja diasak dari luar malah dari dalam parti sendiri. Bukan saha isu Zahid, malah banyak lagi cerita yang kami dengar tentang kepincangan dari segi sokongan kepada UMNO @ BN.. oleh pihak2 seperti penjawat awam, orang-orang yang diberikankan kepercayaan untuk mengendalikan syarikat-syarkat kerajaan, orang-orang yang diberikan peluang untuk menerajui sesuatu badan, atau individu-individu yang memakai pelbagai topeng.. soalnya.. apakah pihak yang memimpin tidak tau semua ini, kalau tahu apakah langkah atau tindakan yang perlu di ambil…
kami rakyat sungguh gelisah dengan fenomena ini…. bayangkan orang-orang yang dahulunya diamanahkan memegang rahsia negara kini sewenang-wenangnya menikam kerajaan yang satu ketika dahulu telah memberikan segala kemudahan, segala kenikmatan, yang tak pernah dinikmati oleh orang orang seperti kami, penyokong tegar kerajaan. Dimanakah sumpah simpan rahsia yang telah diangkat dahulu, dimanakah akta rahsia rasmi? apakah akta seperti ini tidak boleh diguna pakai setelah seseorang penjawat awam itu meninggalkan kerajaan? Apakah undang-undang mengkhianati negara itu tidak wujud, ? kalau wujud apakah undang-undang itu tidak boleh diguna pakai disini? Apakah bezanya cita-cita komunis mahu menumbangkan kerajaan suatu ketika dahulu dengan cita-cita puak pembangkang @AnuA mahu menumbangkan kerajaan sekarang? bukankah kedua-duanya sama-sama pengkhianat, pengkhianat kepada kemerdekaan, pengkhianat kepada perpaduan, pengkhianat kepada kestabilan, pengkhianat kepada kesejahteraan… kedua-duanya penghasut,,, satu pihak berkiblat ke komunis satu pihak lagi berkiblat ke kolonialis,, dan kedua-dua elemen ini sekarang sedang bergabung mengkhianati sebuah negara merdeka demi cita-cita peribadi…. buatlah sesuatu wahai pemimpin ku.. kami rakyat amat gelisah melihat scenario ini…. sebak rasa di hati melihat jalan kehancuran ini .. wahai rakyat yang cintakan keamanan BERHENTILAH MENUDING KEPADA ORANG YANG TELAH MEMBERI KITA SESUAP NASI.. JANGAN TANYA APA ORANG LAIN DAH BERI PADA KITA TAPI TANYA APA YANG KITA DAH BERI PADA ORANG LAIN

3 05 2010
belantikboys

Kenapa anda semua ni bodoh sangat sikit sikit annuar yang salah,umno bn tidak juga bersalah inigin aku katakan di sini yang semua pemimpin umno sekarang termasuklah mahathir inilah saitan saitan yang akan menghancurkan one malaysia termasuk rakyantnya sekali sudahlah kekayaan negara habis di kebas ini pun masih ada lagi orang yang percaya dengan saitan saintan umno ini sememangnya ahli ahli umno ni kayu tidak boleh berfikir langsung sedangkan annuar sebatang balak pun tidak pernah di ambil, apa rasuah yang dia ambil???? tolong bagi tahu, ehh annuar juga yg salah nak jual negara konon sedangkan umno terang terang ejen yahudi yang akan merosakkan agama dan bangsa menatang parti yakjuk makjuk ini juga yang kalian nak pilih sahlah anda juga di antara saitan saitan umno. SIAL

9 06 2010
nobody

Di kalangan orang-orang Najib sendiri, masih langsung tak tahu dan buta pekak serta tuli berkenaan Zahid Hamidi dan org-org KJ/Anwar sedang memanipulasi mereka. Telah banyak kali diberitahu tapi mereka mcm tak berapa percaya.

Semua bloggers diminta meningkatkan usaha untuk menyedarkan mereka, kerana kebanyakan mereka ini bendul dan tak tahu geng KJ/Anwar sedang mempermainkan mereka. Sila cari jalan utk bagi Najib sedar siapa itu Zahid Hamidi.

Sehingga hari ini, masih ada cakap-cakap bahawa KJ diketepikan hanya SEMENTARA. Bila keadaan reda, KJ tetap akan dinaikkan…ini kata orang-orang Najib sendiri. Harap maklum.

15 07 2010
Ahmad Zaki

Zahid & Kitol Jamban (KJ) ni dulu penyokong ANUwar, lepas kena pecat & masuk “villa” Sungai Buloh, depa dah tak sokong ANUwar, tapi tak tahulah kalau depa ni pandai berlakon macam ANUwar jugak, sanggup jadi balaci Yahudi demi cita-cita jadi PM, Pak Najib patut bersihkan sampah2 macam diaorang ni… BN lemah sebab banyak talibarut & musuh dalam selimut….

20 08 2010
5 11 2010
delolo

kau orang ni main serkap jarang. taubat la sikit. kalau kau orang cakap tu fitnah tu macamana.takut la sikit pada Allah

Tinggalkan Jawapan kepada KJ beruk Batal balasan