Sekurang-kurangnya dua perwakilan Muar memboikot pengundian jawatan tertinggi Umno hari ini kerana membantah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dibenarkan mengundi.
Datuk Kadar Shah Sulaiman Shah dan adiknya Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak akan menyertai lebih 2,050 perwakilan memangkah calon pilihan masing-masing.
Tindakan mereka diambil ekoran surat bantahan mereka berhubung perkara itu telah ditolak oleh pengerusi tetap perhimpunan agung Umno, Tan Sri Onn Ismail.
Lembaga Disiplin Umno minggu lalu mendapati naib presiden itu dan Khairy bersalah selepas ejen-ejen mereka terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.
Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden, manakala Khairy diberi amaran tetapi dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno yang dimenanginya semalam.
Onn memanggil Kadar naik ke pentas untuk mengambil jawapannya terhadap bantahannya itu.
Bantahannya jelas ditolak apabila Onn memanggil Mohd Ali dan Khairy mengundi calon-calon yang bertanding.
Sebelum pengundian bermula kira-kira 12 tengah hari tadi, suasana kempen saat akhir sampai ke kemuncaknya pagi ini apabila penyokong bersesak-sesak mengedar kad nombor calon-calon masing-masing.
Selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selesai menyampaikan ucapan dasar pada 11.15 pagi, para penyokong menjerit-jeritkan nombor calon pilihan masing-masing tanpa henti.
Ratusan penyokong berkumpul di hadapan pintu keluar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam pakaian dan tag bercetak nombor pengundian bagi calon pilihan mereka.
Tinjauan Malaysiakini mendapati ada juga penyokong yang memakai topeng wajah calon pilihan mereka.
Suasana sesak dan terlalu bising itu menyebabkan pergerakan menjadi sukar dan mengganggu hampir seratus petugas media yang menunggu barisan pemimpin tertinggi parti itu keluar dari dewan untuk mendapatkan komen mereka berhubung ucapan Abdullah.
Keadaan gamat dan sesak itu memaksa polis dan anggota RELA beberapa kali membuka laluan untuk pemimpin parti itu keluar dari dewan.
Anggota penguatkuasa juga menutup tempat itu dengan plastik penghadang bagi mengelak kumpulan penyokong mengganggu pergerakan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.
Kumpulan penyokong juga kelihatan memenuhi tingkat bawah bangunan Umno itu, tempat skrin besar ditempatkan dan gerai jualan..
Seramai 68 calon bertanding bagi jawatan-jawatan timbalan, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT).
Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.
Dari sini.


Dapatkan segera – apa itu Khairy Jamaluddin – dalam buku terbaru Tuah dan Sial harga RM 20. sila sms no hp untuk kami hubungi


Khir Toyo mendakwa beliau di sabotaj dalam usaha beliau untuk menjawat-jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Siapa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo menggunakan instrumen PKR untuk menjatuhkan beliau dalam pemilihan akan datang? Media hari ini memaparkan rintihan Bekas Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa usaha memburuk-burukkan beliau yang hari ini dimainkan oleh parti lawan turut mendapat sokongan dari mereka dalam UMNO yang berusaha mahu menghalang beliau untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa Khir Toyo, siapa? Siapa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo? Hipotesisnya hanya meletakkan antara Mukhriz dan Khairy Jamaluddin yang menolak Khir. Mustahil – kem Mukhriz, kerana Khir juga adalah pendukung Dr Mahathir. Khairy Jamaluddin? Betul ke Khir Toyo menuduh Khairy Jamaluddin? Khir baru-baru ini turut mencabar mereka yang mendedahkan keburukan beliau dengan konon-konon beliau terpalit dengan rasuah untuk melaporkan kepada SPRM. Selagi hanya berkokok dalam parlimen – itu hanya niat memburukkan reputasi beliau dan kemungkinan untuk melunaskan agenda mereka yang ada dalam UMNO – bersekongkol dengan PKR untuk memalukan dan mencalarkan imej beliau untuk pemilihan Ketua Pemuda. Siapa Khir – nyatakan segera atau jangan mengeluarkan spekulasi begitu. 

Atas penerimaan satu pendedahan baru, maka kami terpaksa kembali untuk memastikan tindakan nakal menantu Pak Lah ini di patahkan. Hari ini beliau secara tidak demokratik mahu menang kerusi Ketua Pemuda UMNO dan berusaha untuk mengekalkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pendedahan dari “orang dalam” mendesak kami hadir semula untuk tujuan ini. Kami dimaklumkan bahawa beberapa perkembangan terbaru dalam UMNO menunjukkan kehadiran kerja sama antara beberapa pihak untuk mengagalkan usaha bagi Najib Tun Razak untuk menduduki kerusi PM. Ini adalah untuk kepentingan politik menantu Pak Lah sendiri. Beberapa tindakan terancang di buat dan ini hanya usaha untuk dirinya terus memegang secara tidak langsung negara ini. Pendedahan Khir Toyo dalam www.themalaysiainsider.com turut menunjukkan usaha jahat orang yagn bercita-cita besar ini untuk membolot Tanah Air kita demi kepentingan sendiri dan kroni. www.antikhairy.blogspot.com pernah dimusnahkan oleh konco-konco Khairy tetapi kami hadir semula dengan tekad untuk mendedahkan perbuatan menantu Pak Lah yang rakus ini. Semua kita harus sedar bahawa perbuatan sumbang menantu Pak Lah ini perlu ditangani segera sebelum negara ini tergadai – dek nafsu budak ini.