APA YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA KJ ?

10 07 2008

Elok kalau dapat dirujuk petikan dari artikel di bawah dulu………….

Tidak bermaksud untuk menghuraikannya dengan panjang lebar. Semua dah muak dengan senario politik hari ini. Bercelaru . Haru biru. Porak peranda.

Cuma, sedikit ulasan sahaja

Bukan juga bermaksud untuk menyanjung KJ. Sebenarnya, oleh kerana promosi terlalu hebat, sejak 3,4 tahun kebelakangan ini, terhadapnya, maka nampak seolah-olah lulusan Oxford ini, begitu gah di persada politik negara. Ini adalah ekoran penempatan orang-orang Pak Lah di hampir semua media utama negara. Maka sudah tentulah nampak sangat hebat budak ni.

Betul ke beliau sangat hebat? Pendapat pro dan kontra, tak dapat lah nak dielakkan, demokrasi katakan.

AHLI STRATEGIS?

Sebelum dan semasa PRU-12 lalu, boleh dikatakan hampir semua orang-orang UMNO setuju, iaitu beliau adalah penentu, samada dicalon atau tidak, pendek kata, kata pemutus.

Hasilnya, nyaris-nyaris UMNO/BN bungkus, kerana salah nasihatnya dan akalnya pendek .Tetapi kerana kecekapan dalam menipu, yang diwarisi dari kepimpinan terdahulu, dan menipu bukan satu kesalahan dalam parti UMNO, malah ia merupakan satu kewajaran, terselamatlah sekejap.

Hampir tidak ada pemimpin UMNO yang tidak mengutuk, memaki hamun, mencela dan menyalahkannya, kerana kekalahan UMNO/BN di 4 negeri, termasuk Kelantan. Begitu juga kegagalan mengekalkan majoriti dua per tiga di Parlimen,adalah gara-gara campur tangan menantu PM ini.

Rumusannya, KJ. bukanlah seorang yang cekap dalam mentadbir sesuatu ke arah kebaikan, atau mencipta sesuatu yang ke arah bermanfaat. Untuk menghancurkanya mungkin boleh diserahkan kepada beliau.

Seperti, kes ECM Libra, Telekom, Pantai Medical dan lain-lain, kerjanya menghabiskan apa yang dah ada, serah kat dia saja. Tetapi, untuk menambah yang sikit supaya jadi banyak, tolong jangan bagi kat dia, ATAU untuk membaiki apa yang rosak tak usah sekali-kali serah kepadanya.

Ini kerja budak nakal, yang duduk di tingkat 4 tu.

NATIJAHNYA

Beliau mungkin boleh dikatogerikan sebagai PEROSAK. Iaitu untuk menimbulkan kerosakan kepada sesorang, sesuatu organisasi, parti politik, syarikat dan lain-lain.

Ini pernah diungkapkannya sedikit waktu dahulu, ketika demam PRU-12, beliau mendakwa tugasnya adalah untuk merosakkan pembangkang. Walaubagaimanapun, seperti yang selalu disebut, perancangan beliau tidaklah sehebat perancangan Allah. UMNO/BN terlungkup juga, sebahagiannya hasil kerja tangannya.

Itulah kemahirannya, seperti yang dibangga-banggakannya.

DS NAJIB, DAN NASIB BUAH T ANGAN LIWATNYA

Beberapa hipotesis mungkin boleh dikeluarkan di sini, betul atau tidak tak tau lah ;

i. Ramai mempercayai, projek ini dikendalikan oleh DS Najib

ii. DS Najib, telah diberikan nasihat yang salah oleh orang-orangnya, atau think tanknya, mengenai strategi liwat 2 DSAI

iii. KJ, telah berjaya menyelinap masuk ke dalam team DS Najib, yang kononnya bagi membantu memudah dan mempercepatkan perlaksanaan projek ini

iv. Tujuan sebenarnya ialah, untuk melumpuhkan DS Najib, yang tidak ada pilihan kedua lagi, maka terpaksa bertanding dalam perhimpunan agng UMNO disember nanti, menentang bapa mertuanya, walaupun kononnya ada pelan peralihan kuasa.

v. Maknanya, untuk menyelamatkan bapa mertuanya pada kedudukan yang selamat, bermaksud dirinya juga akan selamat sebagai Ketua Pemuda. Tidak mungkin dan sudah agak sukar untuk Khir atau Mukhriz meneruskan hajatnya, kalaulah difikirkan apa yang berlaku pada najib, sungguh ngilu dan memalukan.

vi. Khir dan Mukhriz terpaksa memikirkan banyak kali, tak tau lah berapa kali, kena tanya dia orang lah

Dr M Ada usaha bersepadu jatuhkan Najib
Um 08072008 selasaKUALA LUMPUR 7 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelbagai tuduhan liar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menunjukkan terdapat usaha bersepadu untuk menjatuhkannya dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui punca di sebalik komplot terhadap Timbalan Perdana Menteri itu tetapi percaya terdapat beberapa pihak terlibat.

”Bukan sahaja Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat seorang lagi dan lain- lain.
”Tentu ada dalang di sebalik keadaan sebegini yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib. Terdapat usaha bersepadu menentang Najib. Saya tidak tahu kenapa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.
Ditanya mengapa Anwar membuat ‘serangan’ terhadap Najib, Dr. Mahathir menjelaskan, beliau tidak mengetahui puncanya.
”Saya tidak tahu kenapa beliau (Anwar) menentang Najib. Setahu saya, Najib tidak melaporkan tingkah lakunya (Anwar), tetapi beliau telah menyerang Najib.
”Mungkin dia berasa Najib menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri,” kata Dr. Mahathir.
Mengenai kemungkinan Anwar menyertai UMNO, Dr. Mahathir menolaknya sambil menyatakan Anwar tidak mungkin berbuat demikian.
Ditanya sama ada Najib patut membersihkan namanya yang dicemari pelbagai persepsi negatif, Dr. Mahathir berkata: ”Tuduhan terhadap beliau adalah desas-desus semata-mata. Tiada bukti. Dia hanya bercakap dia membuat ini dan itu. Orang lain kata ini dan itu. Tetapi anda perlu memberikan bukti. Bukan hanya kata saya dengar orang lain cerita dan anggapnya sebagai bukti. Itu bukan bukti,” katanya.

– Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)


Tindakan

Information

9 responses

11 07 2008
anti kerajaan 3 beranak

haku dah agak dah… mesti Kera Jahaman ada sangkut paut punye. kalo nak menjatuh kan org dan mencarik kelemahan org.. mmg serah kan Kera Jahaman je.

Dasar gampang punya KJ… ptuihhh!!!

p/s: UMNO mesti dipulihkan… tapi mcm mane? selagi Kera Jahaman masih di atas…

11 07 2008
Rakyat Malaysia

sebelum pilihan raya parti UMNO menyatakan bahawa
Anwar is a spentforce dan tidak akan memberi apa apa
kesan atau pengaruh.

tetapi apabila Pakatan Rakyat yang di ketuai
oleh Wira Anwar menang besar parti UMNO
dengan serta merta menyerang secara besar besaran
menggunakan segala jentera kerajaan untuk
menyekat kemaraan PR.

Marilah rakyat Malaysia Melayu Cina India kadazan Dayak
dan lain lain bersatu dan bergabung tenaga
membantu Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

11 07 2008
tsudomy and duress

Sebelum pilihan raya BN tidak menghiraukan
Wira DSAI.
Tetapi selepas PR menang besar BN menggunakan
segala jentera kerajaan untuk memastikan
kemaraan politik DSAI di matikan serta merta
walau apa cara pun.

rakyat malaysia bangkitlah membantu PR menubuhkan Kerajaan Persekutuan secepat mungkin.

12 07 2008
tukangfitnah

bagi saya, tiada apa yang bermanfaat daripada otak khairy ini yang berguna kepada bangsa, agama dan masyarakat malaysia. orang begini harus disula dan dibiarkan saja mati di tengah panas terik.

12 07 2008
Meluat! sikit2 melayu ...

pi mampus la dengan ahli-ahli politik yang haprak ….
konon nak pertahankan hak melayu …. pirahhhh
mana nak letak ISLAM ? ISLAM HADHARI !…merapu

Dah akhir zaman dah ooi … dah nak kiamat dahhh
masih dok gila kuasa & harta …. jomla kita pakat2
beramal lagi bagusssss ..

KJ betui ka? PAKLAH betui ka? DSAI betui ka? Najib betui ka?
itu aku tak peduli …. bukan bleh tolong akhirat nanti pun
silap-silap duk asyik sanjung depa dengan kita2 tangung sekali.

JOM PILIH ISLAM …….

13 07 2008
Meluat! sikit2 melayu ...

Can A Family Man With Salary RM3,000 Survive In Malaysia …..!

Can a family man with Salary RM3,000 survive in Malaysia

Let’s do some simple calculations here.

In Malaysia , the average family income is RM3,000 /month
(where father works, mother doesn’t).

I understand there are many families whose
monthly income does not reach RM3,000,
but, to make things simple,
let’s take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let’s start rolling with a family which has
Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ….

Calculation starts…

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater … ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons…?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 .. can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school,
only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs,
retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don’t think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so…
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents, and etc…

Let’s use a calculator to total up… WALAO EH! Shit! RM3,610 already…

EPF belum potong, income tax lagi……..oledi RM3,610 ….

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don’t eat? Don’t work? Don’t send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don’t earn RM3,000/month!!!

What is this? Inilah Malaysia Boleh… Sorry … it should be Malaysians Boleh , because we’re still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

17 07 2008
siapa

Nak percaya atau tidak, betul apa anda katakan, banyak sangat citer pasal si dia. Sampai dalam parlimen pun ada orang sebut.
Tapi takkan laa takder tindakan langsung , itu yang siapa pelik

22 07 2008
nald

rasa-rasanya khairy kenal altantuya.?

5 09 2008
Merill

cubalah lebih releven na naikkan minyak dengan tinggi????shit man….klo na na naikkan sesuatu cubala naikkan harga rokok minuman keras barulah dikatakan berfaedah…

Tinggalkan komen