Media diperalatkan untuk memenangkan Pak Lah dan Menantu

24 09 2008

Media arus perdana dikawal dengan ketat oleh Abdullah dan menantunya. RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan News Straits Times berada didalam gengaman mereka.

Rakyat Malaysia pasti melihat bagaimana liputan meluas diberikan kepada Khairy Jamaluddin oleh TV3ketika dia mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Sedangkan ketika Datuk Mukhriz Mahathir, Dato’ Seri Khir Toyo dan Datuk Zainul Zahid mengumumkan tentang kesediaan mereka untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, laporan yang diberikan hanya ala kadar sahaja.

Apa yang kita boleh lakukan sebagai ahli-ahli yang cintakan parti UMNO?

Untuk menyelamatkan parti yang telah banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan negara Malaysia, hanya ada satu cara iaitu “PENYATUAN DIKALANGAN PENENTANG-PENENTANG PAK LAH DAN KJ”.

Kita tahu sekarang ini majoriti ahli parti menentang Dinasti Abdullah Badawi. Kita juga tahu bahawa jika Abdullah terus diatas takhta, UMNO dan Barisan Nasional akan hancur!

Jika Dato’ Seri Najib mahu terus setia kepada Abdullah, kita terpaksa mengangkat Tengku Razaleigh dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi kepimpinan parti. Kita perlukan kepimpinan yang kuat bagi UMNO untuk meneruskan pemerintahan negara.

Jika kita hanya duduk dan marah dibelakang-belakang, tidak ada apa yang akan berubah.

Fikirkanlah. Masa depan negara ditangan anda!!!


Tindakan

Information

12 responses

24 09 2008
sabahdaily » Media diperalatkan untuk memenangkan Pak Lah dan Menantu

[…] -antikhairy.wordpress.com Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, September 24th, 2008 dalam kategori berita utama. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda. « Siasat Campurtangan Abdullah Dalam BPR Menyekat totalitarianisme agama » […]

25 09 2008
Jeffripower

Jangan suka buat spekulasi yang bukan-bukan. Sekarang ni kerajaan masih di bawah pimpinan Pak Lah. Memang logik la jika stesen tv kita pro kerajaan. Kalau pembangkang jadi pemimpin pun, pasti perkara yang sama berlaku. Walau bagaimanapun, pendapat seperti di atas hanya dikeluarkan oleh mereka yang anti kerajaan dan Pak Lah saja..

25 09 2008
insaflah

Tengok sahaja Buletin Utama malam tadi. NGO konon… Tapi yang kat depan tu siapa?? Bukan kah senator yang dilantik Pak Lah? Ada kepentingan sebab tu sokong membuta tuli..

Tak kena atas kepala sendiri. Yang dia fikir cuma perut sendiri. Orang lain tak makan tak mengapa, janji dia senang lenang.

Makin bertambah meluat aku dengan pemimpin sekarang. Islam Hadhari konon. Tapi langsung tak mencerminkan Islam. Kalau tak takut kat manusia, sekurang-kurangnya malu dan takutlah pada Allah… Ingat dunia ni tempat tumpangan sahaja. Akhirat jua yang sebenarnya….

26 09 2008
Orang Jelobu

Jefrfripower dan rakan sekelian,

Bukan soal siapa pemerintah tetapi lebih kepada etika. I heran kenapa berita sering menggunakan perkataan sindiran dan berbunyi terlalu berat sebelah seperti “kononnya…” dsbnya. Ini bukan sahaja untuk TV1, TV2, TV3, Utusan, etc tetapi juga applicable untuk semua media di Malaysia. Journalism perlu pengajaran semula. UiTM, USM, UKM atau mana-mana institusi yang mengajar mass media seharusnya bertindak dan bersuara untuk mempertingkatkan etika kewartawanan. Ko, memang bangal2 belako sumo orang wartawan ni, termasuk tenaga pengajar yang mengajar eh… Kaki ampu dan kaki jilat belaka… tak kiralah di pihak mana.

29 09 2008
Warga Prihatin

Wahai media arus perdana, di manakah profesionalisma anda semua ? Begitu mudah untuk diperalatkan ??? common lah..

Perlu diingatkan, rakyat kita ni bukannya bodo yg hanya terima bulat-bulat ape yang korang laporkan. Ntah2 ranking waktu siaran berita korang dah menurun kot skrg ni. Aku mmg dah tak tgk siaran berita dari channel2 media arus perdana ni..

fuh, media arus perdana.. mcm gempak je bunyinya…

hmmm, aku bg 1/2 bintang dari 10 bintang utk media arus perdana kita.

29 09 2008
media arus perdana

bukan tiada profesionalisma, bukan sebab kami kaki ampu. betul cakap jefripower, kalau tuan dah suruh siarkan berita begini, kami haruslah akur. kalau tidak, penaltinya berat…

30 10 2008
WongJowo

Erm……kalau dah kene sogok jutaan ringgit, memang lama la manusia macam dia nie leh control semua kepentingan dalam malaysia, elak israel buat negeri kat sebelah malaysia, itu yang K.J nak tu, dia sayang sangat ngan PAP(party singapura), sebab dia akan menyenangkan anak dan cucu cicit dia kelak, tak salah kan kalau cakap macam nie, sebab, seorang pemimpin perlulan mencerminkan diri masing – masing, jangan suka sangat cerita yang penuh ngan sampah, habuk tarak…..

6 01 2009
deom

wahai rakyat malaysia sekalian…
sesungguhnya semua ini adalah permainan politik.
permainan politik yang kotor tidak akan bertahan dengan lama..
hal ini kerana, rakyat bukan buta, rakyat bukan bisu dan tidak pandai menyuarakan pendapat mereka masing-masing…
oleh itu, kita harus melihat ke hadapan dan berfikiran terbuka serta menjadi penganalisis dengan apa sahaja keadaan…
oleh itu, kita harus menganalisis dahulu sesuatu permasalahan…
mana yang menghancurkan serta mana yang mendatangkan kebaikan..

18 02 2009
darag

Asyik nak menangkan menantu Pak Lah sorang ni je

5 09 2010
abdul hadi

Tiada sokongan bagi pihak abdullah badawi kalau dah letak jawatan boleh belah bersama boy friend lu samy vellu and sold you get out curry races negeri sembilan balance bangkai 506 kalau nak tahu jangan biadap.

5 09 2010
abdul hadi

Pendapat bagi pihak semua melayu memang anak raja melayu dan yang pelik yang dari pekida islam dulu action raja kah? Pekida islam pernah mengaku agama indu paling tua berikutan alamat pekida islam sudah murtad dan di sahkan PEKIDA KAFIR MALAYSIA.

5 09 2010
abdul hadi

Bagi pendapat kenapa abdullah badawi curi harta pakaian saya serta cek business di curi angkat dari pakai orang johor bernama moktar long di penang kononya diatu bapa kandung saya kah? Kalau tak malu cakap mengaku abdullah tak ada maruah punya pariah sundal barua bangsa banjar makan babi penang kenduri bakar kongkek lamat punggung babi.

Tinggalkan komen