Najib harus biarkan Permatang Pauh dan fokus untuk dapatkan pencalonan tanding Presiden

4 08 2008

Semalam Pak Lah turun ke Permatang Pauh. Dia bawa sekali kawan baik menantunya, Ezam Mohd Noor yang suka mencabar dan bersumpah itu.

Nampak gayanya, Ezam lah yang akan jadi calon pilihan bapa mertua Khairy itu walaupun UMNO Permatang Pauh ada calon pilihan mereka.

Tak mengapalah…. Mungkin Permatang Pauh penting bagi Pak Lah dan menantunya. Maklumlah, negeri Perdana Menteri itu telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dulu waktu kempen PRU 12 tu, dengar sangat cakap menantu. Sibuk datang Kelantan. Akhirnya apa sudah jadi? Jatub tersungkur kubu-kubu kuat UMNO di Selangor, Perak, Kedah dan juga negeri Pak Lah sendiri di Pulau Pinang.

Maklumlah, menantunya kan bijak pandai. Lulusan luar negeri.

Dalam UMNO sekarang, hanya tinggal Najib sahaja yang boleh mencabar Pak Lah. Najib hanya perlu berani sedikit lagi. Sokongan UMNO ada pada Najib dan bukan pada Pak Lah dan menantunya. Pelan peralihan kuasa pada 2010 adalah satu penipuan besar.

Najib harus lawan Pak Lah.

Biarkan Pak Lah, menantu dan Ezam sibuk di Permatang Pauh. Najib dan penyokong harus pusing keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO yang akan memberinya tiket untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Biarkan pertarungan Pak Lah dan Anwar di Permatang Pauh. Lagipun Permatang pauh adalah negeri Pak Lah dan Anwar. Najib tidak perlu sibuk-sibuk.

Tanpa sokongan UMNO Pulau Pinang sekalipun, Najib mampu untuk mendapatkan pencalonan yang cukup.

Muhyiddin Yassin adalah orang yang terbaik untuk dijadikan regu Najib. Dengan adanya Muhyiddin, seluruh negeri Johor akan memberikan sokongan kepada Najib.

Biarkan Pak Lah, menantu dan Ezam buang masa di Permatang Pauh.

Najib harus fokus untuk dapatkan pencalonan bagi menyingkirkan Pak Lah dan menantunya dari UMNO!!!

Anak Jati Rembau.


Tindakan

Information

23 responses

4 08 2008
anti kerajaan 3 beranak

aku masih sayangkan UMNO.. tapi bukan kerajaan 3 beranak yg hanye mengkayakan anak beranak dan diri sendiri!!!

ptuihhh… kerajaan 3 beranak!!!

4 08 2008
robert13

Najib tidak boleh bertanding untuk jawatan presiden di dalam parti itu untuk masa terdekat ini memandangkan kes Altantuya beliau masih hangat. Tambahan lagi ugutan daripada RPK untuk tidak sama sekali membenarkan Najib menjadi PM akan memberikan suatu masalah yang harus ditangani oleh beliau, memandangkan RPK mempunyai peminat dan penyokong yang ramai.

4 08 2008
SHEIKH ANWAR AL JUBURI

AL IMAM HADHARI PORK LAH BODOHWI A/L SHEIKH ANWAR AL JUBURI WAL SODOMI

KHINZIR JANTAN A/L WAL KEPALA BUTOH

EL EZAM BAPOQI A/L AL BONTOT WAL JUBURI

4 08 2008
ambe

Selamat berjuang DSAI lawan itu BN. Rakyat majoriti tolak BN.

4 08 2008
Rakyat Malaysia Cina

Asalamualaikum kepada semua pembaca,
UMNO sudah ketinggalan zaman.
Hanya parti DSAI iaitu PKR dapat menaikkan taraf
rakyat Malaysia di dunia.
Marilah melayu cina india bersatu bergabung hati
membawa negara yang tersayang ini ke tahap
yang tertinggi demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Ameen.

5 08 2008
Janos

Salam,

Sekadar terpikir, apa agaknya akan jadi kalau terdapat pertarungang 3 penjuru di Permatang Pauh?

UMNO(BN) – PKR(PR) – BEBAS

UMNO = sapa-sapaLAH
PKR = DSAI
BEBAS = Tun Dr. Mahathir Mohamad

Hebatkan pertarungan di atas?

http://janjanos.blogspot.com/2008/08/kalaulah-tun-dr-m-bertanding-di.html

5 08 2008
Jeffripower

Biarkan calon UMNO dan Anwar je yang bertanding di Permatang Pauh. Mahathir, tak payah nak menggatal sibuk-sibuk nak bertanding. Duduk rumah jaga cucu dan banyakkan amalan untuk Akhirat lagi bagus…

6 08 2008
Dr.Siddiq Azani

najib seorang yesman yang amat patuh pada ketua..saya tidak rasa najib akan melakukan sedemikian..

http://writtenbyhim.wordpress.com/

7 08 2008
Mediakini

Pilihan raya kecil ini akan menjadi hebat seandainya, Tun Mahathir bertanding calon bebas..
saya sokong…

7 08 2008
Meluat! sikit2 melayu ...

Laknat-laknat yg sanggup memfitnah org lain dengan kepentingan untuk mengekalkan kuasa dan kekayaan pasti akan menerima hukuman daripada ALLAH yang maha adil. InsyaALLAH ALLAH pasti memperlihatkannya kepada kita semua.

Bertaubatla wahai orang melayu yang GILA KUASA & KEKAYAAN, bahawasanya ungkapan BOLEH BERTAUBAT mungkin mudah untuk disebut TAPI SUKAR untuk dibuat BILA HATI SUDAH HITAM …… LAKNATLAH KAMU BERSAMA SAMA FIRAUN QARUN & IBLIS DI DALAM NERAKA JAHANAM ….

Ya ALLAH ampunkan dosaku ini ………………

8 08 2008
Rakyat Malaysia Cina

Asalamualaikum
mari kita semua tumpukan perhatian
ke P.Pauh untuk memastikan DSAI menang
dengan kelebihan undi 30,000 ke atas.
Insyaallah ini akan tercapai.
Ameen.

8 08 2008
Rakan Siber KJ

Selamat berjuang Pak Lah. We love Pak Lah! We also love KJ! (Tapi bukan love yang haram, jangan salah tanggap)

9 08 2008
wengerkhairy

Harap Pak Lah berjaya! Hidup Pak Lah! Hidup KJ! Hidup UMNO!

9 08 2008
Batis Batagar

come on bro, update artikel…..

9 08 2008
menantu cucu jepun

life’s better w/out these 2 snobbish (elected???) ‘leaders’ (???) – pak lah n kj

9 08 2008
Habsah I'h Alhman

Tuan Pengurus Laman Web,
Bolehkah kito membuat komen memuji kehebatan PM dan kegagahan KJ serta kewibawaan DPM dan kepondananan Ketua Pemuda?

10 08 2008
arbai

salam AK,

Paklah dan Najib telah memeterai pejanjian yang Paklah akan melepaskan PM dan Najib bakal PM.. namun kedua-duanya memunyai agenda yang tersirat yang kedua-duanya tidak ketahui… samada PakLah mahu biarkan Najib disiasat atau Najib mahu betanding Presiden…sama2 kita saksikan..apa yang pastinya kedua-duanya mahu tempat yang selsesa…Walalhualam

12 08 2008
missleo

12 08 2008
missleo

nk wat amne kalu da keje nye asik tdo,tdo..la ni tgah dok mimpi a ni..x sedaQ2 lagi diri nak memimpin..nak kejut pun x mau bagun agi ni?x bangun terus lagi elok kot…

25 08 2008
anakjatipilah

hanya bersumpah saja rakyat percaya mereka itu benar atau tidak…menagapa anwar x mau bersumpah?..najib dan saiful telah bersumpah dan sanggup menanggung risiko laknat dari ALLAH tapi mengapa si anwar enggan??…aahaa..mesti ada sebab ni…

2 09 2008
Nila Setitik

Betul ke orang BN ni buat onar dan rasuah ?? Ada bukti ke ? Dari dulu lagik kita dengar tapi semua setakat cakap atau ikut² orang je .. cuba lah kalau ada bukti kata diorang ni rasuah dan seleweng .. tampilkan bukti tu .. buat laporan polis,BPR. Kalau tak jalan jugak .. buat sidang media .. panggil press dari luar negara. Paling louya pon korang masukkan bukti tu, publish kan dalam weblog ni . bagi la gambar yg asal, salinan dokumen, video ke hehehe, rakaman suara ke, akuan bersumpah ke?( ini kurang sikit sebab kita boleh bersumpah tipu) ..

Ini tak .. dari dulu sampai sekarang duk cakap pasal itu ini.. tapi fakta tak der.. takkan korang nak jadik macam BN, cakap tak serupa bikin. Macam mana nak bagitau kat rakyat yg kita ni betul dan buat benda yang betul dan BN itu salah dan buat benda yang salah. Rakyat sekarang ni dah semakin matang.. kalau kita cakap je .. lepas tu ikut je apa orang cakap .. Apa beza kita dan MEREKA

7 09 2008
kulitpisang

http://www.kulitpisang.com

Na’uzubillaahiminzaliq: Tadah tangan berdoa pun cukuplah jangan Anwar terus tipu pengundi Permatang Pauh

Oleh Abang Mahmor

Kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam tangan kalau Datuk Ariff Shah Omar Shah mendapat kerjasama kental dari tiga jaguh tempatan, seperti Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Timbalannya Datuk Pirdaus Ismail dan pendakwah bebas Datuk Shamsuri Ahmad.

Walaupun Abdul Jalil, Pirdaus dan Shamsuri pernah diuar-uarkan menjadi calon termasuk Ariff, tetapi apabila keputusan memihak kepada Ariff, hendaknya ketiga-tiga personaliti itu tidak berasa terpinggir kerana kalau menang, BN yang menang tetapi Ariff tetap jadi kuli kepada rakyat dua kawasan sepertimana kata hasratnya sendiri.

Ingatlah pepatah lama kita bahawa bercerai kita roboh dan bersatu kita teguh. Berikrar sahaja tidak cukup membantu Ariff. Oleh kerana ketiga-tiga yang terlepas itu mempunyai pengaruh masing-masing, berpakatlah untuk melakukan yang terbaik menyampaikan kepada penduduk di Permatang Pauh supaya jangan takut keluar mengundi dan kenalilah calon mereka untuk membuat pilihan terbaik.

Terangkanlah peranan BN dan bukti-bukti selama ini Permatang Pauh dibelenggu dengan kemunduran sejak ia diterajui PKR kerana PKR tidak memikirkan penduduknya, tetapi lebih sibuk memperjuangkan tauke partinya. Beritahu mereka kemampuan Wan Azizah sebelum ini amat terhad kerana suaminya terlalu asyik dan mabuk mahu mengejar jawatan perdana menteri lantas pengundinya terabai.

Tulisan ini tidak sama sekali mahu mengajar itik berenang, tetapi lebih memikirkan pengaruh ketiga-tiga jaguh seperti Jalil, Pirdaus dan Shamsuri juga bukan calang-calang orang di kawasan tersebut. Gunakanlah kebijaksanaan masing-masing untuk membantu kemenangan BN kali ini kerana Permatang Pauh adalah satu kawasan strategik di utara yang perlu mendapat nikmat pembangunan setanding dengan kawasan lain.

Sedarkanlah penduduk di Permatang Pauh bahawa inilah masanya mereka perlu membuat perubahan. Insya’Allah melalui tangan dan berkat kerajinan dan kemesraan serta kewibawaan Ariff, Permatang Pauh akan berubah dalam waktu yang terdekat kalau BN dapat menakluki semula kawasan tersebut.

Ezam Md Nor juga sepatutnya sudah bersedia untuk bersama Ariff, Jalil, Pirdaus dan Shamsuri bergabung tenaga dengan segera mengatur strategi bersama untuk memerangi Anwar habis-habisan. Ketika ini nescaya Anwar sedang lemah dan agak tertekan dengan kebangkitan Saiful yang telahpun menjalankan tanggungjawabnya bersumpah dengan Al-Quran bahawa Anwar telah meliwatnya.

Awaslah dengan taktik Anwar yang sentiasa memutarbelitkan kenyataannya kerana dia dikenali dengan bijak bercakap dengan Melayu lain, bercakap dengan Cina dan India lain. Ariff kena gunakan kecekapannya berbahasa Cina untuk menawan orang Cina yang mungkin terpingga-pingga dengan keadaan politik di Permatang Pauh sekarang.

Setiap anggota BN yang datang dari seluruh pelusuk negara pada ketika ini boleh membantu memberi gambaran jelas bahawa Anwar bukan pilihan untuk menjadi pemimpin kerana berlatarbelakangkan seorang pembelot dan pengkhianat, pendendam dan pembohong untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

Anwar sudah lama sangat berangan-angan untuk menjadi perdana menteri sejak dia pernah diberi jawatan timbalan perdana menteri suatu ketika dulu dan apa jasanya yang telah ditaburkan di Permatang Pauh? Dia sibuk mahu memijak Tun Mahathir ketika itu untuk cepat naik supaya dapat berkuasa mutlak menutup segala kelemahan dan jijik hidupnya yang bergelumang dengan dosa.

Beliau pergunakan ramai orang untuk meraih populariti dan untuk berfoya-foya seperti antaranya Nalakarupan pernah membuat pendedahan betapa kotornya bekas timbalan perdana menteri itu dalam konteks sosialnya. Selain Nala, orang yang pernah bersamanya membina Yayasan Anda (gabungan Anwar dan Daud), iaitu Daud Seman yang benar-benar tahu siapa Anwar luar dan dalam.

Pada ketika ini sepatutnya Nalakarupan dan Daud Seman berkampung di Permatang Pauh membantu Barisan Nasional memenangi kerusi parlimen itu daripada terlepas kepada orang yang sudah sepatutnya dinyahkan dari arena politik yang merosakkan imej negara di mata luar terutama bersekutu dengan Amerika dalam menjadikan negara ini negara bebas membuat perkara mungkar seperti menghalalkan liwat suatu hari nanti.

Pada negara maju seperti Amerika, liwat ini satu perkara biasa dan tidak jatuh kepada perbuatan luar tabii. Merekalah pencipta liwat yang disebarkan melalui DVD dan internet ke seluruh dunia hingga mempengaruhi ramai yang terjebak dalam berbuatan tidak senonoh itu yang sukar diubati.

Jijiknya perbuatan liwat itu hingga dalam Islam, Nabi junjungan kita, Muhammad tidak akan mengaku umatnya dan hidupnya pasti akan dilaknati dengan apa kaedah sekalipun. Inilah masanya rakyat yang menolak liwat harus melaknati Anwar yang mempelopori liwat secara terbuka dari apa yang didedahkan Saiful antara ramai yang lain telah menjadi mangsa Anwar. A’uzubillahiminzaliq.

Bantulah Ariff memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh bagi mengajar Anwar supaya sedar apa yang telah dilakukan dan apa yang akan dilakukan terhadap negara kita yang dulunya tidak sekecoh sekarang dengan godakannya semata-mata gila kuasa sedangkan moralnya hancus sama sekali.

Mana yang tidak mampu atau tidak berkesempatan bersama ke Permatang Pauh bertemu dengan pengundi di sana, tadahlah tangan sama-sama kita berdoa agar BN mendahului undi Anwar sebagai titik nokhtah untuk memberi masa kepada Anwar supaya kembali ke jalan yang benar terlebih dulu sebelum meletakkan dirinya menjadi jagoh di mata Amerika yang disekutunya dengan pembawakan pemerintahan ala Yahudi secara terang-terangan.

17 09 2008
salleh91

kenapa le khairy tetiba je jadi org kaye ha, ni mesti pak lah tlg die ni sama mcm CIMB jadi kaya sebab org kuat CIMB keluarga Najib Mongolia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: